Asia Pasifik Wilayah Panas


BEIJING: Keputusan Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Australia membina ‘pakatan baharu’ diberi nama AUKUS mendapat kecaman China.

AUKUS dianggap China sebagai ‘amat tidak bertanggungjawab’ dan ‘berfikiran sempit’.

Pakatan itu menyaksikan AS dan UK memberi Australia teknologi membina kapal selam berkuasa nuklear untuk pertama kalinya.

Ini secara luas dilihat sebagai usaha melawan pengaruh China di wilayah Laut China Selatan yang menjadi tuntutan bertindih beberapa negara.

Jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian berkata, pakatan itu berisiko ‘merosakkan keamanan serantau dan memperhebatkan perlumbaan senjata’.

BBC melaporkan, beliau mengkritik apa yang disebutnya sebagai ‘mentaliti Perang Dingin yang sudah usang’ dan memberi amaran ‘AUKUS akan melukai kepen­tingan mereka sendiri’.

Media kerajaan di Beijing menggunakan ruangan editorial mengecam perjanjian itu manakala Global Times mengatakan Australia kini ‘mengubah dirinya menjadi musuh China’.

PELUANG BERSEJARAH
Melalui AUKUS, AS akan berkongsi teknologi kapal selam untuk pertama kalinya dalam tempoh 50 tahun, sebelum ini berkongsi dengan UK.

Ini bermakna Australia akan membangun kapal selam berkuasa nuklear yang lebih cepat dan sukar dikesan daripada armada berkuasa konvensional.

Kerjasama baharu itu diumumkan dalam sidang akhbar secara maya bersama Presiden AS, Joe Biden; Perdana Menteri UK, Boris Johnson dan rakan sejawatannya dari Australia, Scott Morrison, kelmarin.

Sementara nama China tidak dise­but secara langsung, ketiga-tiga pemimpin itu berulang kali merujuk kepada masalah ke­selamatan wilayah yang mereka katakan telah ‘berkembang de­ngan ketara’.

“Ini adalah peluang bersejarah bagi ketiga-tiga negara, dengan sekutu dan rakan yang berpikiran sama, untuk melindungi nilai bersama dan mempromosikan keamanan dan kemakmuran di wilayah Pasifik,” jelas kenyataan bersama pemimpin berkenaan.

Menurut penganalisis, AUKUS mungkin pengaturan keselamatan paling penting antara ketiga-tiga negara sejak Perang Dunia Kedua.

“Ini menunjukkan ketiga-tiga negara memu­lakan garisan baharu melawan gerakan agresif (China),” kata Guy Boe­kenstein dari Asia Society Australia.

AS TAMBAH TENTERA
Dalam pada itu, Australia memaklumkan, lebih ramai tentera AS akan ditempatkan untuk penugasan di negara itu.

Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton berkata, Canberra sudah bersedia mene­rima lebih ramai tentera laut AS untuk penugasan secara bergilir-gilir melalui Darwin.

“Kita mempunyai aspirasi memastikan bilangan tentera terbabit bertambah. Keupayaan udara dan maritim serta kedudukan pasukan akan ditingkatkan.

Dutton menegaskan, Indonesia, Vietnam dan Korea Selatan sebagai rakan strategik Australia di Pasifik.

PERAIRAN NATUNA DIANCAM?
Sementara itu, di sebelah pihak Indonesia pula, mereka meningkatkan kawalan di kepulauan Natuna di Laut China Selatan selepas kapal AS dan China dikesan berhampiran perairan antarabangsa.

Lapor al-Jazeera, Komander Armada Barat Angkatan Laut Indonesia, Arsyad Abdullah berkata, lima kapal tentera laut dibantu unit rondaan udara dikerahkan ke Laut Natuna Utara untuk mengawal kawasan berkenaan.

“Kedudukan tentera laut sa­ngat ‘tegas’ dalam melindungi kepentingan nasional di wilayah Indonesia untuk memastikan tiada toleransi terhadap pencerobohan,” katanya.

Pada 2017, Indonesia menama­kan semula wilayah utara zon ekonomi eksklusifnya di Laut China Selatan sebagai Laut Natuna Utara, sebagai sebahagian daripada penentangan terhadap cita-cita wilayah maritim China.

KETEGANGAN CHINA-JEPUN
Terdahulu, Jepun menetapkan ‘garis merah’ di sekitar kepulauan yang dituntut China.

Dalam temu bual eksklusif CNN, Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi berkata, Kepulauan Sensaku, dikenali sebagai Pulau Diaoyu di China, adalah wilayah Jepun dan akan mempertahankannya.

Untuk itu, Jepun memperluas angkatan pertahanannya di wilayah berkenaan.

“Menentang tindakan China di Kepulauan Senkaku dan bahagian lain di Laut China Timur, kita harus menunjukkan Jepun dengan tegas mempertahankan wilayah kita,” jelas Kishi.

Oleh: WARTAWAN LUAR NEGARA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/asia-pasifik-wilayah-panas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 966 Panas Bekas Pm8 Sah Beri Kontrak Berbilion Ringgit Kepa

Rentasan 966 Panas Bekas Pm8 Sah Beri Kontrak Berbilion Ringgit Kepa

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 176 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 9661 TAHNIAH PAKATAN HARAPAN 2 LAPANGAN TERBANG KULIM CEMAR AIR SUNGAI MUDA 3 BERSATU NAK GELAPKAN PERIKATAN NASIONAL GAGAL 4 MARI BERKENALAN DENGAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA DI DUNIA
Panas Didewan Anwar Ibrahim Bertembung Ismail Sabri

Panas Didewan Anwar Ibrahim Bertembung Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 250 hits
Pertembungan pertama Pedana Menteri Ismail Sabri dengan Ketua Pembangkan Anwar Ibrahim di hari kedua sidang dewan Rakyat Apa isu isunya Masih terkawal setelah menanda tangani MOU semalam
Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

Ph Kekal Jadi Pembangkang Walaupun Sain Mou Dengan Kerajaan Kata Fahmi

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 457 hits
September 14 2021 Antara perkara disepakati kerajaan dan Pakatan Harapan dalam memorandum persefahaman termasuk tidak membubarkan Parlimen hingga 31 Julai tahun depan menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil Dalam catatan di Twitter Ahl...
Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 217 hits
September 14 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan agar bertemu di meja perundingan dengan beliau...
Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

Panas Pemimpin Umno Bedal Muhyiddin Tiada Pendirian Politik Hanya Nak Duduk Dalam Kerajaan Saja

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 222 hits
September 12 2021 NAIB Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mempunyai pendirian jelas dan tetap dalam pegangan politik Sebaliknya beliau berkata Muhyiddin selesa menukar nukar pegangan se...
Panas Ngo Islam Persoal Apa Pendirian Kerajaan Terhadap Uec

Panas Ngo Islam Persoal Apa Pendirian Kerajaan Terhadap Uec

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 396 hits
Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu mengeluarkan jaminan bahawa Sijil Peperiksaan Bersepadu berkiblatkan Taiwan tidak akan didagangkan semata mata kerana perebutan jawatan politik Ini susulan laporan portal media tempatan...
5 Cara Elakkan Telefon Cepat Panas

5 Cara Elakkan Telefon Cepat Panas

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 525 hits
5 Cara Elakkan Telefon Cepat Panas Telefon cepat panas macam nak meletup pasti pernah alami kan Masa memula beli memang bagus tapi bila menjangkau setahun ke atas mula la buat perangai kan Tapi ada cara elakkan telefon cepat panas ni sebab ...
Hiburan Aku Yang Tak Shooting Orang Lain Yang Panas Rita Rudaini Hairan Sikap Netizen Gemar Jaga Tepi Kain Orang

Hiburan Aku Yang Tak Shooting Orang Lain Yang Panas Rita Rudaini Hairan Sikap Netizen Gemar Jaga Tepi Kain Orang

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 402 hits
Pelakon penuh kontroversi Rita Rudaini meluahkan rasa hairan dengan sikap sesetengah individu yang gemar menjaga tepi kain orang lain terutama terhadap dirinya yang sanggup melepaskan tawaran berlakon kerana enggan mengambil vaksin COVID 19...
Misteri Lelaki Cemas Tiba Tiba Keluar Haba Panas Dari Bawah Lantai Rumah

Misteri Lelaki Cemas Tiba Tiba Keluar Haba Panas Dari Bawah Lantai Rumah

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 279 hits
Berlaku satu kejadian misteri melibatkan sebuah rumah di Desa Kedaton Kalianda Lampung selepas seorang lelaki melaporkan rumahnya tiba tiba sahaja mengeluarkan haba panas secara tiba tiba dari bawah lantai baru baru ini
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025