Aset Usang Apa Pilihan Yang Ada


KALAU diambil kira tarikh, hampir sedekad rasanya kontrak projek kapal tempur pesisir (LCS) ditandatangani. Tapi sampai sekarang, hanya enam buah kapal tersebut meniti di bibir tanpa bayangan sekalipun.

Kalau semua kapal LCS tersebut siap, ia menggalas tugas berat dengan berperanan sebagai sufface combatant, sekali gus menyokong peranan kapal misi pesisir (LMS) yang lebih kepada rondaan pesisir pantai. Walau apa pun, keputusan muktamad telah diputuskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini bahawa projek itu diteruskan. Ini bermakna kalau diteruskan, kapal berkenaan dijangka siap pada 2025.

Tidak mengapa, biarkan dahulu cerita mengenai LCS sebab kerajaan dalam masa sama telah merancang untuk memperoleh LMS fasa kedua. Berdasarkan kenyataan Hishamuddin sebelum in, kapal tersebut akan bermula dengan tiga buah dahulu berserta pakej persenjataan lebih canggih tanpa memperincikan lebih lanjut jenis sistem yang akan digunakan nanti.

Saiznya juga dikatakan besar sedikit berbanding LMS kumpulan pertama. Kalau ikut penilaian, rasanya tiga buah kapal baharu itu pun belum cukup untuk ketajaman taring Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengawal perairan negara.

Apatah lagi dengan jumlah aset usang dalam perkhidmatan TLDM yang mencecah 60 peratus sehingga menyebabkan anggota angkatan laut itu kini bukan menggalas tugas dan tanggungjawab semata-mata, sebaliknya turut memikul beban.

Kita tidak boleh nafikan perbelanjaan negara bagi mengurus wabak Covid-19 menyebabkan adanya kekangan bagi pembelian aset-aset penting. Namun, tadbir urus yang baik dalam proses perolehan sedikit sebanyak membantu meminimumkan perbelanjaan.

Kerajaan perlu memastikan projek LMS baharu ini tidak berlaku sebagaimana LCS lebih-lebih lagi banyak ‘mata’ yang kini sudah pun mengintai peluang-peluang yang ada.

Tidak kira sama ada syarikat dalam mahu pun luar negara yang minat dengan projek pembinaan LMS, mereka perlu menjalani proses yang ketat dan telus sebelum penganugerahan tender dibuat.

PELURU BERPANDU
Setakat ini, beberapa nama syarikat seperti STM Defence, China Shipbuilding and OffShore International Company (CSOC) dan Damen dikatakan berminat memenuhi keperluan TLDM. Turut difahamkan, setiap satu daripada syarikat tersebut telah mula memberikan pelbagai tawaran kepada Malaysia.

STM Defence sebagai contoh, menawarkan kapal korvet kelas Ada untuk kegunaan TLDM dan bersedia mengikut segala spesifikasi serta teknologi berdasarkan permintaan daripada kerajaan Malaysia. Malah syarikat berkenaan juga dikatakan akan membina limbungan di negara ini dan mahu mengadakan kerjasama dengan syarikat tempatan.

Perkara tersebut dinyatakan sendiri Timbalan Pengurus Besar STM Defence, Bulent Soydal semasa ditemui Utusan Malaysia di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022, baru-baru ini.

Sebagai rekod, kapal kelas Ada dilengkapi hangar helikopter dan peluru berpandu antikapal Harpoon berkelajuan 29 knot.

Selain STM, Damen iaitu syarikat Belanda dikatakan turut membuat tawaran kelas Sigma sebagaimana yang dimiliki Indonesia. Kalau melihat kepada beberapa tawaran, memang menarik. Namun, persoalan penting selain isu ketelusan penganugerahan tender adalah kriteria utama kerajaan untuk melengkapi armada TLDM dengan keperluan aset canggih.

Adakah pembinaan LMS seterusnya betul-betul mempunyai kemampuan untuk menghadapi peperangan tiga dimensi? Malah, adakah kapal-kapal LMS kumpulan kedua ini nanti mampu menampung keperluan tugas TLDM yang kini semakin berat selepas lebih banyak tinggalan aset usang berbanding aset baharu?

Yang ada sekarang pada TLDM adalah beban berat segulung batu. Paling parah sekiranya beban tersebut memberi impak negatif kepada anggota bertugas. Sepatutnya kerajaan sedar lambakan aset usang hanyalah meningkatkan perbelanjaan selenggaraan, bukannya ke arah langkah penjimatan.

Perlu diingat, keperluan aset baharu untuk keselamatan negara umpama membeli insurans. Semakin tinggi premium, semakin baik perlindungannya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/04/aset-usang-apa-pilihan-yang-ada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jiwa Terseksa Bila Jadi Menantu Bukan Pilihan

Jiwa Terseksa Bila Jadi Menantu Bukan Pilihan

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 142 hits
KATA orang tua tua jauh berjalan luas pandangan dan bila berjalan kita bertemu dengan ramai manusia dan mengenali pelbagai kerenah dan perangai mereka aik dari segi agama bahasa juga budaya Malah dalam masyarakat sekeliling kita pun masih a...
Daftar Pilihan Provider Judi Slot Online

Daftar Pilihan Provider Judi Slot Online

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 573 hits
Ketika siapa pun ingin bertaruh judi slot online Pasti kalian akan memilih permainan yang membuat kalian nyaman untuk bermain di dalam game tersebut Dan masing masing game yang tercipta akan dibuat dan dikembangkan oleh banyak provider dari...
Dengar Online 15 Pilihan Lagu Raya Nostalgia Terbaik

Dengar Online 15 Pilihan Lagu Raya Nostalgia Terbaik

papar berkaitan - pada 23/4/2022 - jumlah : 256 hits
Dengar 15 pilihan lagu Raya Aidilfitri nostalgia terbaik Lagu lagu raya Aidilfitri yang paling syok paling best didengar ialah lagu lagu raya nostalgia Tak lekang dek panas tidak lapuk dek hujan lagu lagu Hari Raya Aidilfitri ini memang ser...
20220422 Makanan Ready To Eat Pilihan Ppim Courts Untuk Menggantikan Bubur Lambuk Tradisi Minaq Jinggo 23 04 2022

20220422 Makanan Ready To Eat Pilihan Ppim Courts Untuk Menggantikan Bubur Lambuk Tradisi Minaq Jinggo 23 04 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 180 hits
Sumber minaq jinggo20220422 MAKANAN READY TO EAT PILIHAN PPIM COURTS UNTUK MENGGANTIKAN BUBUR LAMBUK TRADISI
Beritahu Haris Suka Nama Bilal Rupanya Ni Sebab Nama Bilal Jadi Pilihan Neelofa Haris

Beritahu Haris Suka Nama Bilal Rupanya Ni Sebab Nama Bilal Jadi Pilihan Neelofa Haris

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 180 hits
Memilih nama anak bukan mudah namun bagi usahawan dan pengacara Neelofa dia dan suami sepakat memilih nama Muhammad Bilal buat anak sulungnya kerana begitu sukakan nama Bilal Malah kata Neelofa lagi selain amat menyukai nama tersebut suamin...
Berbagai Pilihan Tempat Wisata Alam Di Bandung Terpopuler

Berbagai Pilihan Tempat Wisata Alam Di Bandung Terpopuler

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 311 hits
Bandung merupakan salah satu kota yang memiliki tempat wisata alam melimpah Suasana dan udara segar di daerah pedesaan membuat banyak masyarakat ingin melakukan refreshing di sana Kota Bandung memiliki banyak wisatawan yang berkunjung baik ...
Rendang Pucuk Ubi Jeli Cocktail Menu Mudah Pilihan Sheera Iskandar Untuk Berbuka

Rendang Pucuk Ubi Jeli Cocktail Menu Mudah Pilihan Sheera Iskandar Untuk Berbuka

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 193 hits
Menarik juga ya menu Rendang Pucuk Ubi ni Selalu makan rendang ayam atau daging je Kalau korang teringin nak rasa kesedapan Rendang Pucuk Ubi ni bolehlah cuba resipi Sheera Iskandar ni dan yang paling penting sekali ramuan rahsia dalam rend...
Bolehkah Pilihan Binari Menguntungkan Ini Petua Mengenainya

Bolehkah Pilihan Binari Menguntungkan Ini Petua Mengenainya

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 185 hits
Setakat wang tunai dan wang pilihan berpasangan ialah pilihan yang hasilnya boleh menerima dua keputusan umum dan paling ideal Satu ialah ukuran persetujuan yang tetap Yang lain bukan apa apa dengan imaginasi apa pun Pilih awak punya Walau ...
Pelbagai Pilihan Cenderamata Eco Murah Dan Berkualiti Tinggi

Pelbagai Pilihan Cenderamata Eco Murah Dan Berkualiti Tinggi

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 192 hits
Pelbagai Pilihan Cenderamata Eco Murah Dan Berkualiti Tinggi Assalamualaikum dan salam fasa ke 4 PKP pastikan korang terus duduk dirumah sebab sha nak kongsikan satu kedai barangan yang korang boleh order secara online untuk barangan cender...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint