Aset Petronas Disita Semuanya Bermula Di Zaman Najib Rafizi Ramli


 
Sejak berita mengenai tindakan waris Kesultanan Sulu menyita aset PETRONAS tersebar, Dato’ Seri Najib Tun Razak bertubi-tubi menyerang kononnya ia berpunca dari kegagalan pentadbiran Pakatan Harapan.
Lebih jahat lagi, beliau mengalihkan pandangan rakyat kepada bekas Peguam Negara, Tommy Thomas untuk membina persepsi perkauman kononnya pentadbiran Pakatan Harapan melantik tokoh bukan Melayu yang akhirnya menggadaikan kedaulatan negara.
Ini permainan persepsi yang cuba dimainkan oleh Najib untuk dua tujuan:
Pertama, untuk terus memainkan politik perkauman menjelang Pilihanraya Umum 15 (PRU).
Kedua, untuk mengalihkan pandangan rakyat dari fakta sebenar iaitu tindakan undang-undang yang membawa kepada kejadian aset PETRONAS disita sebenarnya bermula akibat dari keputusan semasa beliau Perdana Menteri. Malah, pentadbiran beliau telah dimaklumkan mengenai perkara ini seawal 2017.
Semakan ke atas kertas keputusan proses timbang tara (“arbitration”) bertarikh 28 Februari 2022 jelas menunjukkan bahawa pentadbiran Najib telah dimaklumkan mengenai tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan menyita aset ini.
Saya sertakan kertas keputusan timbang tara sebanyak 124 muka surat untuk makluman rakyat Malaysia.
https://drive.google.com/file/d/138QshyOfyt3RNCWBTak2Hyo8izV5WhWh/view?usp=sharing
Rujuk muka surat 23 di bawah tajuk “The Initial Phase of the Proceedings”, perenggan 21 secara jelas menyatakan bahawa “penuntut (waris Kesultanan Sulu) telah menyerahkan notis awal menyatakan hasrat untuk memulakan proses timbang tara, bertarikh 2 November 2017 di Kedutaan Malaysia di Madrid.”
Rakyat juga sedia maklum pentadbiran Najib juga yang membuat keputusan menghentikan bayaran (mengikut perjanjian yang diwarisi Kerajaan Persekutuan) kepada waris Kesultanan Sulu dalam tahun 2013.
Hakikatnya, keseluruhan aset negara yang dimiliki oleh syarikat dan badan kerajaan seperti PETRONAS, MARA dan lain-lain kini terdedah kepada tindakan disita akibat kecuaian dan kegagalan Najib semasa menjadi Perdana Menteri.
Mujurlah aset yang dikenakan tindakan sita itu telah pun dijual oleh PETRONAS terlebih dahulu dan semua hasil urusniaga telah dipulangkan. Kita bernasib baik kerana pimpinan PETRONAS lebih bijak merancang dan menangani risiko berbanding Najib dan menteri-menterinya dahulu.
Ketika notis bertarikh 2 November 2017 itu diserahkan, Najib sedang terperangkap dengan skandal 1MDB dan sebahagian besar tumpuan pentadbirannya dalam setahun terakhir sebelum kalah PRU14 adalah untuk menutup skandal tersebut.
Perangai tidak malunya yang meneruskan pembohongan dengan cuba mengalihkan pandangan kepada orang lain tidak boleh diambil mudah.
Oleh itu, saya akan menyusun, mulai minggu depan, supaya satu laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Najib Razak atas kegagalan dan kecuaiannya yang menyebabkan harta-harta negara milik PETRONAS dan badan-badan lain terdedah kepada tindakan sita di seluruh dunia.
RAFIZI RAMLI
Timbalan Presiden Keadilan
15 Julai 2022.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/aset-petronas-disita-semuanya-bermula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jabatan Peguam Negara Teliti Laporan Aset Petronas Disita

Jabatan Peguam Negara Teliti Laporan Aset Petronas Disita

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 368 hits
Jabatan Peguam Negara teliti laporan aset Petronas disita Dikemas kini 7 jam yang lalu Diterbitkan pada 12 Jul 2022 10 26PM
Aset Petronas Dirampas Kesultanan Sulu Tak Menipu Bukan Najib Bidas Bekas Pegawai Miti Bidas

Aset Petronas Dirampas Kesultanan Sulu Tak Menipu Bukan Najib Bidas Bekas Pegawai Miti Bidas

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 334 hits
Kalau tak menipu bukan Najib namanya dakwa bekas pegawai Kementerian Perdaganga Antarabangsa dan Industri kerana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan isu Sulu Menurut bekas peg...
Giler Best Rafizi Ramli Bedall Najib Razak Kow Kow Di Johor

Giler Best Rafizi Ramli Bedall Najib Razak Kow Kow Di Johor

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 283 hits
Rafizi Ramli membedal kow kow lagi Najib Razak yang tidak tahu malu dan masih lagi berlagak untuk menjadi hero UMNO Memperboodohkan orang UMNO tentang dana yang diterima najib Ucapan Rafizi Ramli di Majlis Makan Malam Dana Johor Bahru
Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

Isu Waris Sultan Sulu Sita Aset Petronas Di Azerbaijan 3 Persoalan Najib Perlu Jawab

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 346 hits
Ramai yang minta saya kupas isu waris Sultan Sulu menyita aset Petronas di Azerbaijan Selalunya kes kes perundangan ini saya ambil masa untuk kupas kerana banyak perkara perlu diteliti Banyak fakta dan dokumen perlu diperhalusi Namun sebelu...
Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

Pkr Panas Pinggirkan Rafizi Ramli Tian Chua Punya Kerja Kongres

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 325 hits
Jul 17 2022 Hari kedua kongres PKR kecoh apabila Rafizi ramli yang secara rasminya dipilih dan disahkan menjadi Timbalan Presiden PKR tidak kelihatan berada diatas pentas seperti mana ketua AMK dan ketua Wanita PKR Kemunculan rafizi yang di...
Najib Mana Mau Cara Penyesaian Terbaik Dia Suka Sakaw Duit Dia Akan Sakaw Duit Petronas Untuk Sakaw Atas Sakaw

Najib Mana Mau Cara Penyesaian Terbaik Dia Suka Sakaw Duit Dia Akan Sakaw Duit Petronas Untuk Sakaw Atas Sakaw

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 274 hits
Najib tolak cadangan Anwar selesai isu harga ayam minyak sawit July 9 2022Najib Razak mengingatkan Anwar Ibrahim bahawa mengehadkan eksport sawit tidak akan menurunkan harga minyak masak PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menol...
Tb Pendedahan Eksklusif Rafizi Ramli Taktik Kotor Umno

Tb Pendedahan Eksklusif Rafizi Ramli Taktik Kotor Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 246 hits
aktik Kotor UMNO BN untuk Menjahanamkan Rakyat sebarkan PERKARA KELIHATAN NYATA SELEPAS UMNO DITEWASKAN DAN TERBONGKAR SATU DEMI SATU
Rafizi Ucap Tahniah Atas Keberanian Mat Hasan Sanggah Najib

Rafizi Ucap Tahniah Atas Keberanian Mat Hasan Sanggah Najib

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 257 hits
agendaily com06 07 2022Rafizi Ramli puji keberanian Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Rafizi Ramli memberi pujian kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berani dan berpendirian tegas terhadap bekas Perdana...
Era Anwar Rafizi Bermula Di Landasan Betul Kata Perwakilan

Era Anwar Rafizi Bermula Di Landasan Betul Kata Perwakilan

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 235 hits
freemalaysiatoday com July 18 2022 9 00 AMPresiden PKR Anwar Ibrahim dan timbalannya yang baru dipilih Rafizi Ramli menunjukkan perpaduan di kongres parti pada Ahad SHAH ALAM Cakap cakap mengenai konflik jelas antara Presiden PKR Anwar Ibra...
Maulidur Rasul Jom Throwback Sirah Nabi Dalam Hidup Kita

Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani