Asas Ketinggalan Ni Nak Tambah Insurans Takaful Ibu Bapa Keluh Silibus Matematik Tahun 6


 
Ura-ura silibus baharu dalam subjek matematik mengundang kritikan dan bantahan ibu bapa serta golongan pendidik.GOMBAK: Kalangan warganet termasuk guru meluahkan rasa marah dan kecewa susulan spekulasi bertebaran murid darjah enam diwajibkan belajar mengenai insurans dan takaful apabila sesi persekolahan bermula Mac ini.
“Sebab silibus ‘advance’ macam inilah, anak saya tak suka subjek matematik,” kata Dolorence M Pius di Facebook, mengulas perkongsian beberapa pihak menguar-uarkan insurans dan takaful topik baharu dalam silibus mata pelajaran matematik Tahun 6.
“Lepas darjah 6 boleh kerja jadi ejen takaful, tambah pendapatan mak ayah. Parah dah silibus sekarang ini,” kata warganet, Anita Abdul Ghani.
Manakala SH Rosniza berkata “walaupun saya ejen takaful tapi topik ini tak sepatutnya diperkenalkan di Tahun 6.”
Rosli Hashim pula menulis “harapnya…nanti anak saya dah pandai main saham. Senang, tak payah saya bagi duit belanja tiap minggu.”
“Saya sebagai guru matematik pun dah tak tahu nak kata apa,” kata seorang lagi.
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) berkata, isu itu menjadi kebimbangan terbaharu kalangan ibu bapa yang cemas anak semakin dibeban dengan sukatan pelajaran tambahan pada usia terlalu muda.
“Sebelum kita nak memaksa anak-anak menuju arah lebih tinggi, perlu (kita) lihat dahulu asas-asas seperti tambah, darab dan sebagainya yang kita ketinggalan, (ini pula) nak tambah pula dengan insurans dan takaful,” kata Presiden PEPIAS, Muhammad Zakir Abdul Razak.
“Saya fikir kita ini terlalu nak kejar benda yang tidak pasti. Macam kita nak ajar anak ikan panjat pokok. Anak ikan sepatutnya kita ajar berenang dan ‘survival’ dalam air,” beliau memberitahu FMT.
Tinjauan FMT mendapati beberapa pihak berbincang di media sosial mengenai desas-desus pengajaran insurans dan takaful menerusi mata pelajaran matematik Tahun 6.
Menurut muatan laman sosial yang dikongsi oleh guru-guru tertentu, pelajar Tahun 6 akan diberi pendedahan mengenai tujuan dan kepentingan perlindungan insurans dan takaful menerusi subjek matematik.
Ia bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar berumur 12 tahun bahawa insurans dan takaful bertujuan melindungi aset dan pencarum, menurut pautan Facebook seorang pendidik.
FMT telah menghubungi Kementerian Pendidikan untuk mendapatkan pengesahan namun tidak mendapat respons setakat ini.
Muhammad Zakir Abdul Razak.Zakir mendesak KPM memberikan penjelasan segera untuk menjawab kebimbangan pelbagai pihak.
“Orang yang bertanggungjawab terhadap isu ini perlu respons. Kalau tak sahih, dia (KPM) kena sahkan bahawa silibus ini tak akan ada. Jadi kita sebagai ibu bapa serta pelajar akan lega dengan isu ini,” katanya.
Zakir berkata, KPM sepatutnya menumpukan usaha mengisi “kehilangan pembelajaran” selama tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), bukannya menambah silibus baharu, yang tinggi arasnya dan tidak sesuai untuk pelajar sekolah rendah.
“Topik insurans, takaful ini suatu beban yang tak munasabah kepada pelajar waktu sekarang, ditambah pula kita ada waktu pandemik yang sangat lopong ini. Saya fikir ‘vakum’ yang kosong ini perlu ada pelan tindakan khas sebelum kita tambahkan beban dengan topik yang baharu,” katanya.
Malah, katanya, KPM yang diterajui Radzi Jidin, masih belum mengemukakan pelan pemulihan pasca Covid-19 untuk memastikan pencapaian akademik pelajar tidak terjejas setelah sekolah ditutup sekian lama.
“Saya menunggu pelan tindakan daripada KPM. Saya percaya KPM mahukan yang terbaik untuk pelajar kita, tapi kena ingat ada isu yang lebih penting dan lebih parah yang perlu kita tekankan sebelum kita nak pergi ke arah yang lebih tinggi. Berapa banyak diskusi yang meminta KPM lebih ke hadapan berbicara tentang pelan tindakan (pasca Covid-19) dan jayakan pelan itu.
Zakir bertegas isu tambahan silibus harus diperjuangkan oleh semua pihak berkepentingan seperti pelajar, guru, dan PIBG sekolah untuk mendesak KPM tidak membebankan lagi pelajar dengan sukatan pelajaran rumit dan tidak relevan.
“Kita membazir masa dan tenaga. Saya fikir guru-guru sedia ada tak terlatih pun dengan topik insurans, takaful. Kita akan kehilangan masa untuk (mengajar) perkara asas seperti tambah, darab dan sebagainya sebab kita ada tambahan (topik) pula nak kena fikir (dan) guru pula terpaksa belajar (topik) insurans, takaful,” katanya.
Zakir tidak menolak kemungkinan industri tertentu cuba menggunakan KPM sebagai saluran memperkenalkan topik pembelajaran yang boleh membawa keuntungan komersial di masa kelak.
“Kalaulah insurans, takaful ini dibawa ke sekolah, sudah tentu ia membuka peluang kepada syarikat insurans untuk mencari pelanggan (di masa depan). Bukan saya kata insurans tak bagus, malah saya sendiri ada insurans, tetapi semua orang seolah berniaga dengan pendidikan. Kita perjuang pendidikan percuma tiba-tiba ia jadi untuk langganan dan sebagainya (di masa depan),” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/asas-ketinggalan-ni-nak-tambah-insurans.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans Takaful

Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans Takaful

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 202 hits
Silibus Baru Matematik Tahun 6 Belajar Insurans Takaful Baru baru ini tular di laman Facebook satu perkongsian daripada seorang guru yang dikenali sebagai Mohd Fadli Salleh yang mendakwa terdapat penambahan dalam silibus subjek Matematik Ta...
Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

Selepas 4 Tahun Terpisah Gara Gara C0vldl9 Anak Kena Minta Persetujuan Ibu Nak Salam Bapa Baru Pulang Dari Australia

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 232 hits
SEJAK kerajaan membuka pintu sempadan negara secara selamat penghujung tahun lalu kita dapat menyaksikan perkongsian warganet mengenai momen pertemuan mereka dengan insan tersayang yang terpisah gara gara C0vldl9 Begitu juga pasangan ini ya...
Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

Dari Sibu Ke Kota Bharu Doa Pemuda Nak Jumpa Ibu Kandung Akhirnya Termakbul Selepas 21 Tahun Menahan Rindu

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 256 hits
Siapa sangka berkat usaha dan doa yang dilakukan Mohammad Ashraf Daniel selama ini akhirnya membawa kebahagiaan apabila dia berjaya berjumpa dengan ibu kandungnya Ashraf yang terpisah dengan ibu kandungnya sejak lahir menjumpai syurganya it...
Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

Hiburan Auto Mata Ibu Masuk Habuk Jugak Anak Nangis Meraung Tak Nak Bapa Pulang Ke Pangkalan

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 212 hits
Baru baru ini tular di aplikasi video memaparkan seorang anak perempuan yang menangis meraung ketika bapa kesayangan ingin kembali bertugas pulang ke pangkalan Video yang telah dimuat naik oleh ibu kepada anak anak tersebut telah berjaya me...
Pm Beri Jaminan Kerajaan Tidak Akan Paksa Ibu Bapa Vaksin Anak

Pm Beri Jaminan Kerajaan Tidak Akan Paksa Ibu Bapa Vaksin Anak

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 262 hits
ISKANDAR PUTERI Kerajaan tidak pernah memaksa ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan Kanak Kanak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dakwaan segelintir ibu b...
Pemandu Ambulan Buntu Gusar Masa Depan Anak Angkat Tiga Tahun Cari Bapa Kandung

Pemandu Ambulan Buntu Gusar Masa Depan Anak Angkat Tiga Tahun Cari Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 163 hits
JERANTUT Seorang pemandu ambulans gusar dengan masa depan anak angkatnya susulan proses dokumentasi Jabatan Pendaftaran Negara masih belum selesai hingga kini Jaznul Hakim Jauhar 38 dari Kampung Temin di sini berkata anak angkatnya Nur Hann...
Wah Reunion Selepas 3 Tahun Ainul Lepak Di Pavilion Dengan Dr Amalina Ibu Harap Ukhwah Berkekalan

Wah Reunion Selepas 3 Tahun Ainul Lepak Di Pavilion Dengan Dr Amalina Ibu Harap Ukhwah Berkekalan

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 239 hits
DR Amalina Che Bakri dan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin dua nama ini cukup familiar dalam kalangan rakyat Malaysia Menyoroti kisah Ainul bermula daripada pender1taan penyak1t yang dialaminya sehinggalah pembed4han membuang tum0r seberat 200...
Anak Terperangkap Dalam Sebuah Perigi 5 Hari Ini Kata2 Bapa Ibu Rayan Buat Mata Ramai Berkaca

Anak Terperangkap Dalam Sebuah Perigi 5 Hari Ini Kata2 Bapa Ibu Rayan Buat Mata Ramai Berkaca

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 234 hits
ISTANA Diraja Maghribi mengesahkan kanak kanak yang terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter Rayan Awram telah meninggal dunia
Ibu Tikam Anak Perempuan Berusia 3 Tahun Sampai Mati Sebab Spongebob Yang Suruh

Ibu Tikam Anak Perempuan Berusia 3 Tahun Sampai Mati Sebab Spongebob Yang Suruh

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 207 hits
Ibu tikam anak perempuan berusia 3 tahun sampai mati sebab Spongebob yang suruhSeorang wanita yang berhalusinasi di bawah pengaruh dadah jenis heroin telah menikam anak perempuannya berusia tiga tahun sehingga mati selepas diarahkan berbuat...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran