Asam Pedas Ikan Tenggiri Berempah Yang Sedap




Saya ingin kongsikan catatan dari kuliah Zoom oleh Ustaz Mohd Lukmanul Hakim iaitu Hari Arafah 10 hari terbaik Dunia. Walaupun panjang, harap anda dapat membacanya sehingga ke akhir. Demi waktu Fajar dalam surah Fajri dan pada 10 hari di dalam bulan Zulhijjah. Ulamak berselisih pandangan iaitu samada 10 hari zulhijjah adalah bulan terbaik. Bagaimana pula dengan bulan Ramadhan 10 akhir Ramadhan. Cari lah kamu Lailatul qadar. Adakah 10 Zulhijjah lebih baik dari Ramadhan. Sahabat Nabi Ibnu Abbas berkata kelebihan 10 Ramadhan terletak pada malam manakala kelebihan Zulhijjah terletak pada siangnya.
Kenapa? Ianya kerana dalam 10 zulhijjah terdapat satu amalan yang sangat hebat iaitu masyair iaitu amalan menunaikan fardhu Haji di siang hari. Satu lagi hari terbaik yang ditunggu oleh setiap manusia beriman iaitu hari Arafah. Hari yang Nabi rindui. Umat Islam sedang berada di Mekah untuk melaksanakan ibadah Haji yang ke5 dalam Rukun Islam.
Mereka sekarang sedang menuju ke Arafah. Sama sama mendoakan mereka agar diberikan kesihatan agar dapat melaksanakan ibadah Haji dan dapat Haji yang mabrur dan kita juga diberikan kesihatan.
Hadis iman Bukhari, Tidak ada hari yang amal soleh padanya itu amat dicintai Allah. Sehingga kelebihan ditanya seorang sahabat pada Nabi. Adakah jihad ke jalan Allah tak dapat menandingi amal soleh dalam 10 hari bulan Zulhijjah?. Nabi menjawab jihad tidak dapat menandingi kecuali orang yang berjihad dan bawa harta dan jiwa raga kemudian mati syahid.
Apa nak buat dalam 10 hari Zulhijjah ni? Dalam tempoh ini antaranya ialah solat fardhu jangan kita lupa dan kena sempurnakan. Berpuasa dari 1-9 hari Zulhijjah. Sentiasa bersedekah dalam pelbagai bentuk. Bantu orang juga sedekah. Apa sahaja benda baik juga dikira sedekah. Tahmid juga dikira sedekah. Setiap ruas badan kita itu menpunyai sedekah bila kita laksanakan kebaikan dan amal soleh. 365 sendi bila buat satu kebaikan.
Kepada mereka yang melaksanakan ibadah Haji juga dikira amal soleh. Kemuncak puasa ialah puasa hari Arafah. Hari Arafah disambut pada 9 Zulhijjah. Umat Islam di Masyair sedang berwukuf di Arafah. Kita juga dianjur mengadakan majlis keramaian seperti mana wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Waktu hari Arafah ialah dari gelincir matahari sehingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah.
Arafah adalah nama sebuah bukit yang ada di Mekah. Dikenali juga sebagai Al Aaraf iaitu tingginya. Dari situ juga ada perkataan taaruf iaitu bertemu berjumpa dan berkenalan merujuk kepada pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas dikeluarkan dari syurga menuju ke dunia. Mereka berjumpa di Jabal Rahmah.
Arafah Juga asal dari Al aaraf iaitu puncak tinggi rujuk surah Al araf yang banyak kelebihan antaranya ialah ayat 1-3 amal untuk menumbuhkan dalam diri kita akhlak yang baik. Ayat 10 untuk rezeki. Ayat 26 untuk taufik dari Allah. Ayat 43 untuk mempertaut kasih sayang sesama kita. Ayat 56-57 bagi keamanan pada sihir dan makhluk halus. 97-99 ayat memelihara dari makhluk perosak. Binatang pun bertasbih pada Allah. Ayat 200-201 untuk hilang was was di hati.
Arafah juga rujuk kepada diketahui. Dailog antara Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail berlaku pada 8 Zulhijjah iaitu malam Tarwiah hari di mana orang menunaikan Haji akan persiap air untuk ke Padang Arafah. Satu lagi makna ialah tertanya tanya adakah benar mimpi aku itu. Allah menyatakan mimpi itu benar. 8 Zulhijjah Nabi Ibrahim tahu apa yang dimimpi adalah benar. Nabi Ibrahim memberitahu Nabi Ismail, semalam dalam mimpi Allah suruh aku menyembelih kamu. Apa pandangan kamu. Hari mengetahui.
Arafah juga diambil dari Arafhtu maksudnya dalam surah Al Baqarah ayat 128 Nabi Ibrahim ketika siap membina kaabah. Mengata pada Allah kami telah buat apa disuruh, maka tunjuk pada kami ibadah yang aku buat melalui pembinaan kaabah ini. Jibril bawa Nabi Ibrahim ke Bukit Safa, Bukit Marwah dan jamrah. Nampak iblis di jamrah. Jibril menyuruh Nabi Ibrahim bertakbir dan lempar batu pada iblis. Iblis lari pada jamrah kedua. Bertakbir dan lempar batu. Lari pula pada jamrah sugra. Jibril tanya 3 kali adakah kamu mengetahui apa ibadah perlu dibuat. Jawab Arahtu.
Arafah juga untuk hari kita muhasabah siapa diri kita. Siapa tahu diri dia akan tahu Allah. Kaya msikin semua pakai kain ihram warna putih semua dalam keadaan tidak berjahit. Menunjukkan kita sama. Di Arafah kita muahasabah diri. Ianya umpama perhimpunan kita di Padang Mahsyar. Padang yang himpun semua manusia dari zaman Nabi Adam sehingga umat Nabi Muhammad. Makhluk lain juga dihimpunkan. 7 golongan dapat naungan dari Allah di Pdang Mahsyar. Antaranya ialah orang mahir baca Quran. Itulah gambaran Arafah seperti padang Mahsyar.
Nabi menyatakan bahawa tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hamba dari api neraka iaitu Hari Arafah di mana Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka di sisi malaikat. Apa lagi yang hambaKu mahukan wahai Malaikat. Mereka berpusu pusu hadir di padang Arafah. Aku akan beri pembebasan pada mereka semua. Hadis ibnu Majjah.
Kelebihan hari Arafah ialah salah satu rukun dari ibadah Haji. Siapa dapat Arafah dapat Haji. Hari itu adalah Arafah untuk wukuf. Nabi baca masa kutbah haji wada Pada hari ini agama kamu telah disempurnakan oleh Allah. Allah juga telah menyempurnakan bagi kamu nikmat aku bagi pada kamu dan aku juga redha kepada kamu Islam itu sebagai agama. 
Turun Surah Al Maidah ayat ke3 para sahabat bergembira kerana agama Islam telah disempurnakan. Tapi Saidina Abu Bakar menangis teresak esak dan ditanya kenapa, jawabnya kerana bila satu agama itu sempurna, pastinya Allah akan ambil balik orang yang membawa risalah agama itu maknanya Nabi dah dekat dengan ajal.
Merupakan hari raya hari kebesaran pada umat Islam. Hari untuk kita sembelih dan juga hari Tasrik iaitu hari raya orang Islam. Hari hari makan dan minum. Hari tasyrik ialah hari di mana matahari yang pedih iaitu hari untuk kita jemur sesuatu. Hari untuk menjemur daging untuk guna dalam jangka masa lama. Masa tu tiada peti sejuk.
Hari untuk kita makan dan minum, sehingga diharamkan kita berpuasa pada 10-13 Zulhijjah. Mereka yang tidak menunaikan haji, disunatkan berpuasa. Mereka yang menunaikan haji diharamkan berpuasa pada 9 Zulhijjah. Kerana mereka dalam keadaan penat. Allah sedang menyambut tetamu Nya jadi Allah tak mahu tetamunya dalam keadaan kelaparan. Maknanya mereka yang di Padang Arafah sedang disambut Allah Taala.
Arafah juga adalah hari pembebasan dari api neraka. Tidak ada hari yang paling banyak Allah bebaskan hambaNya dari api neraka. Ulamak berbeza pandangan adakah mereka yang ada di Padang Arafah sahaja atau pada semua manusia. Majoriti ulamak kata bebas untuk semua mausia tak kira di mana berada asal tidak melakukan perkara yang menimbulkan kemurkaan Allah. Jadi mereka yang berpuasa pada hari tersebut akan mendapat pembebasan dari api neraka.
Kelima, puasa pada hari Arafah, Nabi bersabda aku berharap siapa berpuasa pada hari Arafah supaya Allah memberikan keguguran dosa satu tahun sebelum dan satu tahun selepas.
Sebagai penutup, perbanyakkan berdoa pada hari Arafah. Sebaik baik doa adalah doa pada hari Arafah. Disamping berpuasa, banyakkan berdoa. Minta doa banyak banyak. Doa terbaik mulakan dengan kalimah Laa ilaahaillallaahu wahdahuu laa syariikalah. Lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumiit. Wahua ‘alaa kulli syaiiin qadirr. Ini lah zikir terbaik sepanjang hari dalam Arafah. Diajar oleh Nabi. Siapa baca doa ini diikuti dengan hajat, doa ini akan cepat dimakbulkan. Selang seli antara zikir dan doa.
Selain berdoa dan zikir, apa lagi kita nak buat iaitu perbanyakkan doa sayyidul istighfar. Apa lagi, perbanyakkan selawat atas Nabi Allahumma solli ‘alaa Muhammad, wa ‘alaa aali Muhammad. 
Yang paling Afdhal selepas waktu Asar di mana di Arafah selepas gelincir matahari. Kita pun berdoa. Cari dalam google Doa penyerahan diri pada Allah. Riwayat Iman at Tarmidzi. Mohon doa keampunan riwayat Bukhari Muslim iaitu Allahummargh firgli. Doa pada ibubapa. Surah Ibrahim ayat 41. rabbanaghfir lî wa liwâlidayya wa lil-mu'minîna yauma yaqûmul-ḫisâb.
Doa mohon rahmat ayat ali Imran 16 allażīna yaqụlụna rabbanā innanā āmannā fagfir lanā żunụbanā wa qinā 'ażāban-nār. Doa agar hati ditetapkan dalam ketaatan surah Ali imran ayat 8 rabbanā lā tuzig qulūbanā ba‘da iż hadaitanā wa hab lanā mil ladunka raḥmah(tan), innaka antal-wahhāb(u). Doa dikurnia keturunan baik surah Al furqan ayat 74 kurnia zuriat soleh solehan. Wahai Tuhan kami kurniakan pada kami pasangan yang baik, zuriat yang soleh.
Ke7 doa menjadi hamba bersyukur pada Allah dapat nikmat macam macam surah an namlu ayat 19. Terakhir doa dihindari dari menpunyai rasa hasad dengki pada orang lain. Tuhan nak dengar segala doa kita. Boleh baca dalam Bahasa Melayu. Lintasan jahat di hati. Surah al Hajj ayat 10. Untuk mendinding diri dari rasa hasad dengki pada orang.
3 benda kita minta pada Allah iaitu minta diberi hidayah supaya dapat memanafaat bulan zulhijjah dan bulan lain, minta Allah bagi kesempatan Ya Allah bagi kesempatan pada ku dan Allah bagi lah kesihatan yang baik pada aku.
Puasa Arafah patut ikut negara Arab Saudi (kerana Arafah merujuk kepada tempat) atau Arafah 9 Zulhijjah di tempat kita? Ambil jalan tengah dan telah dijawab mufti wilayah persekutuan berdasar Hadis Nabi, ambil hari sama dengan 9 Zulhijjah di tempat kita. 
Bagi yang nak ikut di sana, terserah pada mereka. Nak senang, puasa dua dua hari 8 dan 9 Zulhijjah iaitu Sabtu dan Ahad. Hari Arafah di Mekah dan 9 Zulhijjah di tempat kita. Nabi pernah berkata ikutlah tempat di mana kamu berada dalam kes tempat tak nampak anak bulan. 


Saya makan masa berbuka puasa semalam menambah nambah sehingga 3 kali kerana kesedapan lauk asam pedas ni. Saya hanya makan lauk ni dan sebelah telur masin. Masya Allah sedap sangat. Alhamdulillah kerana nikmat sedap masakan ini adalah satu nikmat besar kepada manusia. 
Kalau nak sedap, kena menumis lama lama supaya ianya benar benar masak. Sambil menumis, saya siapkan kerja kerja lain seperti siang ayam, siang ikan dsb. Cuma sekali sekala dikacau supaya bahan tumis tidak hangit pulak. Itu jer rahsianya. 
Keduanya ikan tenggiri yang saya gunakan hari ini sangat segar. Kalau guna ikan segar, masak apa pun sedap kan. Jadi cari ikan segar untuk masakan asam pedas berempah ni. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Asam Pedas ikan Tenggiri BerempahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:5-6 keping ikan tenggiri1 bunga kantan1 ikat daun kesum1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan airGaram secukupnyaKacang bendi secukupnya3/4 sudu besar serbuk kariSerbuk cili keringSerbuk kunyitMinyak masak
Bahan Kisar;4 sudu besar cili kering kisarBawang merah3 ulas bawang putih 1 ibu jari halia
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak. 

Masukkan serbuk kari, serbuk cili dan serbuk kunyit. Tumis lagi sehingga ianya benar benar masak dan garing. Nota: boleh masukkan air berulang kali dan tumis lagi sehingga terbit minyak. 
Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Masukkan ikan. 
Masukkan bunga kantan, daun kesum dan garam. 

Setelah mendidih, masukkan kacang bendi. 

Renih sehingga kacang bendi separuh lembut. Boleh tutup api. 

Nota:Boleh juga dibuat kuah asam pedas sahaja dan disimpan dalam bekas kecil dalam freezer. Tak perlu masukkan daun kesum dan bunga kantan. 
Bila nak makan, masukkan ikan yang digoreng, daun kesum dan hirisan bunga kantan. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2024/06/asam-pedas-ikan-tenggiri-berempah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap

Resepi Sup Ayam Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 222 hits
Hai korang Lama tak share resepi disini kan Banyak ja aku masak tapi tak berkesempatan nak share plus of course malas haha Petang tadi aku ke supermarket beli barang dapur dan alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan gituw...
Resepi Bakwan Tomyam Sheila Rusly Sedap Buat Minum Petang

Resepi Bakwan Tomyam Sheila Rusly Sedap Buat Minum Petang

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 180 hits
RESEPI BAKWAN TOMYAM SHEILA RUSLY SEDAP BUAT MINUM PETANG Nak buat Bakwan ni mudah je kalau ada bahan bahan kat dapur Hari tu ternampak ig Sheila Rusly kemain sedap dia makan Bakwan Tomyam Krup Krap dengo ui Umi pun apa lagi tengok bahan ad...
Sedap Juga Snow Doh Nut Di Tehyeish Cafe Sik

Sedap Juga Snow Doh Nut Di Tehyeish Cafe Sik

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 228 hits
Hai semua Sehari sebelum Raya Aidiladha aku dan kakak singgah ke Tehyeish Cafe Sik Viral haritu di tiktok jadi apa kata kita cuba sendiri Sedap ke idok rasnaya Kecoh di Sik haaa owner buka pulak cawangan baru di Padang Serai Kulim Rezeki do...
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 19/6/2024 - jumlah : 237 hits
20 Resepi Daging Mudah Tapi Sedap Musim korban pasti ramai akan dapat daging korban kan Sana sini sedekah daging sampai pening nak masak apa dah Jangan risau di sini MF nak kongsikan 20 resepi berasaskan daging yang confirm sedap Nak buat p...
Foto Konsumsi Ikan Sarden Hingga Teri Cegah 750 Ribu Kematian Pada 2050

Foto Konsumsi Ikan Sarden Hingga Teri Cegah 750 Ribu Kematian Pada 2050

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 137 hits
Mengganti daging merah dengan ikan sarden herring hingga teri disebut dapat mencegah 750 ribu kematian setiap tahun pada 2050
Pasang Weedmat Alihkan Tong Ikan

Pasang Weedmat Alihkan Tong Ikan

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 220 hits
Setelah beberapa lama akhirnya tong hitam yang digunakan untuk sistem bioflok tempohari akan dialihkan ke tempat lain Cadangnya untuk pelihara ikan keli pula kerana 1 Ikan keli lebih lasak2 Tak perlu pam oksigen3 Air cepat kotor air baja ya...
Kolam Memancing Ikan Air Masin Pertama Di Selangor Abah23 Paradise Sg Nibong Sungai Besar

Kolam Memancing Ikan Air Masin Pertama Di Selangor Abah23 Paradise Sg Nibong Sungai Besar

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 192 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Panggilan Panggilan Panggilan untuk kaki pancing seluruh antero dunia wahhhh gituwwww Sekarang ni korang tidak lagi perlu pergi ...
Penuntut Ipta Lemas Mandi Di Kolam Ternakan Ikan

Penuntut Ipta Lemas Mandi Di Kolam Ternakan Ikan

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 168 hits
SEGAMAT Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam lemas semasa mandi di tapak perkhemahan Agro Farm Aminah Rahmat Jalan Mahang Felda Chempelak Labis dekat sini hari ini Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Ahmad Za...
Abah23 Paradise Sekinchan Lubuk Nelayan Darat Memancing Ikan Air Masin

Abah23 Paradise Sekinchan Lubuk Nelayan Darat Memancing Ikan Air Masin

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 262 hits
Hi Korang Kak lily bukan favour sangat hobi memancing ni tapi bila dah tengok suasana kolam memancing di Abah23 Paradise ini rasa macam nak menceburkan diri dalam hobi yang kena banyak bersabar ni plak hah Kalau korang nak tau yang mana kol...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa