Asam Pedas Ikan Pari Yang Menyelerakan


 Assalamualaikum...
ASAM Pedas Ikan Pari, lauk kami tiga beranak malam tadi. Bulat mata Sk macam tak percaya bila Pak Inche minta masakkan lauk asam pedas. Kalau tidak, asyik-asyik kari sambal, sambal kari, kan. Tapi,lagi kelakar, SK dah lupa keberadaan ikan pari tu, dalam peti ais. Kemungkinan besar ikan pari tu dibeli pertengahan Januari lepas, ada Sk ceritakan DI SINI. 
Haaa.. tengah taip-taip ni, baru teringat cerita masa beli ikan pari. Syukur CPU dalam otak ni masih simpan memori penting ni. Ceritanya, Sk pilih ikan pari siap potong tu dua keping, lalu Sk serahkan pada kakak tomboi tu untuk dipochong-pochong dipotong-potong. Masa tu, ada seorang pelanggan lain sedang bayar dan ambil plastik berisi banyak jenis ikan. Ingat lagi plastik dia besar warna putih. Dah siap potong ikan Sk tu (yang potong orang lain), dorang pun pas la plastik ikan tu pada kak tom dan kak tom beri pada Sk. "Kenapa macam sikit?" Tanya Sk. Ikan tu dua keping besar, kan, tapi macam ada empat lima ketul jer dalam plastik tu. Kakak tu belek sekejap plastik ikan tu, kemudian dia kata, ikan dah potong-potong, jadi nampak sikit.
Sk masih kabur-kabur la kat situ, takkan nak tipu pulak, kan. Bukan baru-baru Sk beli ikan kat situ, dah bertahun. Rasa macam nak buka plastik kira berapa keping ikannya, cantumkan balik, hihi. Tengah-tengah keliru tu, tetiba pelanggan yang beli ikan banyak dalam plastik besar putih tu datang semula. Ikan tak cukup dia kata. Dahhhh.. dorang lupa masukkan, katanya. Nasib baiklah orang tu periksa semula sebelum masuk dalam boot kereta. Sk punya ikan, haaaaa.. ada tu, dia baru nak potong lagi sekeping. Hurmmmm... peliks! Dahlah ikan mahal sekarang, agak-agakla kan.. eh, sabar ajelah kita.

Siap dah Asam Pedasnya. Gembira sungguh Iman, lama emaknya tak masak asam pedas, kan, haha. Biasalah, nak cerita pasal satu lauk jer pun, intro meleret-leret. Penting tahu kisah di sebalik semua peristiwa ni. Jadi, nanti anak cucu bila baca, tahulah kisah sejarah atuknya yang rajin nau nau ke pasar, hihi. Selalu orang Johor, masak asam pedas letak daun kesom, tapi Sk jarang la ada stok kesom ni, nak petik kat  laman, pokok pun tak ada, hahaha.. nak singgah kedai lagilah, kirim salam. Siapa yang nak tengok resepi, bolehlah intai-intai DI SINI tapi yang tu Sk masak Pari Burung. Jap.. ikan ke burung? Namanya Pari Burung, sebab ada muncung macam burung, katanya. Boleh terbang ke tak? Wallahu'alam.. terbang dalam air la kot, hihi.

Kalau masak asam pedas, kenalah dikawankan dengan telur dadar. Ni atas permintaan Iman la. Kalau Sk, tak ada telur pun tak apa. Kalau orang dulu-dulu, tambah telur tu supaya anak kenyang makan. Ialah, ikan selar ke, kembong ke, seekor biasanya dipotong-potong. Kadang tu, masa kami kecik dulu, ikan sardin pun belah empat. Nasiblah sardin dulu besar-besar. Jadi, tambahlah telur, biar cukup lauk. Teringat dulu sepupu Sk yang paling syaiton nakal, dia panggil ni telur masak besar. Hari-hari mak dia kena buat telur masak besar. Dia tak makan kuah ya, dia makan nasi dengan sos tomato dan telur masak besar. Tapi Alhamdulillah, besar aje badannya. Maklumlah keturunan kami memang ditakdirkan besar-besar begitu, hahaha. 
Tips nak goreng telur dadar supaya besar dan kembang adalah dengan mencampurkan sedikit air. Panaskan kuali, letak minyak agak banyak, bila minyak dah panas, baru tuangkan telur yang telah dicampur bersama garam dan air. Air tu, jangalah sampai secawan pulak. Ada kawan Sk cerita, kakak iparnya yang berniaga nasi lemak, akan campur telur dengan air, kemudian pukul sampai kembang sebelum didadar. Jadi, dapatlah banyak telurnya. Kalau 100 peratus telur, memang susah nak balik modal tambah dengan penat nak bangun pagi masak nasi lemak. Tu zaman telur belum mahal ya. Sekarang ni, mungkin terpaksalah naikkan harga. Takkan nak letak air banyak-banyak pulak.

Pak Inche tanya, ada ikan goreng tak? Selalu dia pesan aje, buat ikan goreng, tapi semalam dia cuma cakap masak asam pedas. Nasib baiklah terfikir nak asingkan dua potong pari untuk digoreng. Tahulah, ikan pari ni kan sepotong tu besar, ada tulang sekeping kat tengah tu, jadi, Sk belah dua pulak. Jadi empat keping. Sk perap dengan garam dan kunyit jer. Kadang, benda-benda macam ni boleh jadi gaduh. Pak Inche tu, kalau tak dapat makanan kesukaan dia, mahu karang jadik macam Si Pekan. Tapi, tu dulu-dulu la.. sekarang, goreng jer ikan kering, ada sambal belacan, telur goreng letak kicap, sejuklah hati dia, hahahaha


Pukul  9, barulah makan, lepas Iman habis kelas online MUET. Kisahnya semalam, Pak Inche balik tu dengan muka yang bermasalah. Kad tertinggal di mesin CDM lepas dia pindahkan duit. Katanya, lepas masukkan duit dan keluar resit, ada panggilan masuk ke telefon. Jadi, lepas angkat panggilan tu, dia ambil resit dan terus jalan keluar ke pintu. Kan, kalau kita buat pindahan, nanti mesin akan tanya, nak berurusan lagi atau tak, kemudian kalau kita kata tak, barulah kad dikeluarkan dari mesin. Tapi, disebabkan dapat panggilan tu, Pak Inche terus lupa pasal kad tu, dah sampai Tun Aminah, baru teringat, ambil tak kad tu? Tengok dalam wallet, tak ada

Jadi, dia telefon hotline. Nama aje hotline, tapi tak dijawab-jawab. Tentulah risau, kan. Dibuatnya ditemui orang yang tak bertanggungjawab? Padahal, ramai jer orang baik dalam dunia ni, tapi tetap risau. Sk google nombor yang patut dihubungi bila tertinggal atau kehilangan kad bank, dapatlah satu nombor ni. Syukur, setelah melalui berbagai prosedur operator, tekan star la, satu la, dapat jugak bercakap dengan operator bertugas. Kenalah jawab soalan-soalan yang diberi bagi memastikan kita memang pemilik kad tu dan akhirnya penggunaan kad telah pun berjaya disekat. Memang sebelum tu, tiada siapa guna dan bayaran yang dibuat tu pun ada dalam sistem. Syukurrrr... barulah boleh makan dengan berselera. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/asam-pedas-ikan-pari-yang-menyelerakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Mudah Super Sedap Asam Rebus Ikan Parang Asam Pedas Utara

Resipi Mudah Super Sedap Asam Rebus Ikan Parang Asam Pedas Utara

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 275 hits
Asam Pedas Utara atau lebih popular dengan nama asam rebus ini memang super sedap Guna ikan parang segar lagi bergandalah sedapnya Rahsia kesedapannya biarlah rasa masam masam sikit baru best Resipi yang dikongsi daripada June Ahmad ini sed...
Ikan Kembung Goreng Berlada Pedas Pedas Manja

Ikan Kembung Goreng Berlada Pedas Pedas Manja

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 171 hits
Dah jemu makan ayam kita masak ikan lah pulak Esok esok jemu ikan bertukar menu berasaskan makanan laut pulak Begitulah seterusnya sampai Abang Jamil mampussss Popular dialog tu dalam cerita madu 3 Abang Jamil dan bapak mertua sama otak gel...
Pes Asam Pedas Melaka Yang Cepat Mudah Dan Sedap

Pes Asam Pedas Melaka Yang Cepat Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum Siapa peminat Asam Pedas Melaka Aku antara pengemar asam pedas Melaka yang pekat dan sedap Memang kalau pergi melaka akan cari asam pedas yang ada citarasa yang tersendiri Tapi masalahnya adalah nak masak sendiri memang lece...
Resipi Ikan Masak Pedas Thai Campak Campak Je Siap

Resipi Ikan Masak Pedas Thai Campak Campak Je Siap

papar berkaitan - pada 22/2/2022 - jumlah : 193 hits
Resipi ikan masak pedas Thai ini rasanya sedikit masam manis dan pedas berlemak Buat tekak yang tak sihat ni berselera jadinya Resipi mudah ini dikongsi Liza Idris dan sesuai untuk dimakan bersama keluarga IKAN MASAK PEDAS THAIBAHAN BAHAN 1...
Rumah Asam Pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera

Rumah Asam Pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 316 hits
Rumah Asam pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera Awak peminat Asam pedas Suka Lauk pauk menu masakan kampung Apa Tak minat Huh lemah Tiba kan nak emosi orang tak minat Kali ni aku nak kongsi port makan asam pedas dan juga menu lauk ...
Lebai Mentekedarah Kepala Ikan Banyak Sangat

Lebai Mentekedarah Kepala Ikan Banyak Sangat

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 160 hits
Semua penduduk dan veteran2 ATM yang tinggal di SEMBRONG dengar peasanan ini Johor polls set to be a general election bellwether The Johor state elections next month coming at a time of inflation growing unemployment struggling businesses a...
Kulit Rangup Inti Enak Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap

Kulit Rangup Inti Enak Resipi Karipap Ikan Ni Memang Terlajak Sedap

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 191 hits
Sedapnya Karipap Inti Ikan ni Lama rasanya tak mencuba juadah popular dari Terengganu ni Berbeza dengan karipap biasa yang menggunakan kentang atau sardine tin karipap ini menggunakan inti ikan segar yang dimasak bersama santan dan ramuan r...
Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

Fishball Homemade Kenyal Rasanya Dan Lebih Rasa Ikan

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 159 hits
Biasanya bila nak masak sup fishball pasti kita membeli fishball di kedai Bimbang akan status halal fish ball yang dibeli mungkin boleh pertimbangkan untuk membuatnya sendiri Fish ball yang kenyal pasti menjadi kegemaran sekeluarga Boleh fo...
Resepi Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis

Resepi Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 425 hits
Resepi Sambal Belimbing Buluh Ikan Bilis Resepi ni zaza ternampak dekat facebook orang share Sebab terfikir sekarang tengah musim buah belimbing buluh berbuah lebat So kat rumah pun tengah berbuah BAHAN BAHANCili Api MerahCili HijauCili Mer...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco