Rumah Asam Pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera


Rumah Asam pedas Melaka Lauk Pauk Kampung Memikat Selera

Awak peminat Asam pedas? Suka Lauk pauk menu masakan kampung? Apa! Tak minat? Huh lemah. Tiba kan nak emosi orang tak minat. Kali ni aku nak kongsi port makan asam pedas dan juga menu lauk pauk kampung yang pastinya memikat selera.

Aku tahu tentang kewujudan kedai makan Rumah Asam Pedas Melaka secara tak sengaja masa balik Melaka selepas rancangan nak makan di restoran Sultan Salai Simpang Ampat tak jadi.

Kebetulan restoran Sultan Salai ditutup sementara sebab dia nak baik pulih kedai, aku perasan dia letak tar jalan di sekeliling kedai. Kira baguslah memudahkan pelanggan nak parking kalau datang makan.






Rumah Asam Pedas Melaka Menu Asam Pedas Baik Punya

Sesekali bila balik kampung dan dapat makan lauk kampung memang seronok lah. Apa yang best dekat Rumah Asam Pedas Melaka ni ialah selain menawarkan menu asam pedas, dia juga ada menu salai seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Api & gulai Daging Salai.






Dekat sini korang boleh cuba pelbagai jenis Asam Pedas termasuklah Asam Pedas Pari, Asam Pedas Kembong, Asam Pedas Tenggiri, Asam Pedas Parang, Asam Pedas Telur Mayong, Asam Pedas Siakap, Asam Pedas Jenahak, Asam Pedas Merah, Asam Pedas Terubuk, dan Asam Pedas daging tetel.
Masih terbayang kesedapan kuah asam pedas dia. Ikut skala kesedapan, rasa asam pedas Rumah Asam Pedas Melaka memenuhi citarasa aku. Jangan pula korang marah kalau rasa dia tak seperti kau harapkan.

Oh ya, selain itu kalau tak mahu makan asam pedas mahupun gulai salai boleh lah cuba ayam kampung goreng, udang celup tepung dan menu lebih kurang dekat kedai makan lain.






Lokasi Rumah Asam Pedas Melaka

Salah satu faktor yang menyebabkan kami singgah makan di sini ialah sebab kedudukan kedai ni betul-betul tepi jalan. Senang nak jumpa. Parking je depan kedai. Masa kami sampai waktu lunch, kereta dah berderet parking.

Kedai ni atas bukit jadi kena la mendaki sikit, tak sempat nak penat dah sampai pintu depan. Sedikit kesukaran untuk warga emas yang naik kerusi roda, tapi tak jadi masalah. Pakcik yang jadi penyambut tetamu tu ramah je bagi instruction suruh masuk bilik untuk sanitasi.

Sempat aku borak pakcik tu tinggal tak jauh dari kedai tu. Siap tunjuk lokasi rumah dia lagi. Punyalah friendly rasa macam bapak-bapak cerita pasal sedara mara bila balik kampung.






Oh kalau nak mudah lepas keluar Tol Simpang Ampat korang waze je, tak sampai 10 minit boleh jumpa kedai ni.

Kedai agak luas, ada kawasan berhawa dingin dan masa aku datang kami pilih duduk area beranda menghadap jalan raya. Berpeluh juga la ketiak, tapi syok luas mata memandang.

Servis pun okay lah kita faham kalau waktu lunch ramai orang tidak la lambat sampai sejam. Acceptable.   

Kalau nak cuba makan di Kedai Asam Pedas Berkat Salam Bukit Katil pun okay juga. Nak makan Udang celup tepung, seafood boleh ke Perkampungan ikan Bakar Terapung, Umbai Baru Melaka.





Tercapai Hasrat Makan Asam Pedas Telur Ikan Mayong

Setelah lama berhajat nak makan asam pedas Telur Ikan Mayong, akhirnya tercapai juga. Suami dengan anak-anak memang akan ikut je selera aku. Nak masak Telur Ikan Mayong tu aku tak reti, aku pernah cuba masak tapi gagal.

Buang je satu periuk, nasib masa tu beli sikit je. Selepas kejadian ambil pengajaran jadi kita makan dekat kedai saja. Tak membazir.

Rasa Telur Ikan Mayong nak explain macamana entah, kalau jenis tak suka ikan dia sedikit berbau hanyir. Masa kunyah dia meletus dalam mulut dan rasa dia macam makan telur ayam warna kuning tapi tak rasa apa.

Lah pelik pula aku explain. Maaf korang, sebab aku suka mencuba bagi aku biasa sahaja lah. Nak cuba lagi? Kita cuba menu lain la pula. Sebelum balik boleh bawa anak-anak ke The Shore Oceanarium



Kesimpulan

Jika korang dah lama teringin nak makan asam pedas dan menu lauk pauk kampung boleh la datang dan support makan di Rumah Asam Pedas Melaka. Syahdu weh makan sambil dengar bunyi unggas. Vibe kampung tu sampai lah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2022/02/rumah-asam-pedas-melaka-lauk-pauk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pes Asam Pedas Melaka Yang Cepat Mudah Dan Sedap

Pes Asam Pedas Melaka Yang Cepat Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 257 hits
Assalamualaikum Siapa peminat Asam Pedas Melaka Aku antara pengemar asam pedas Melaka yang pekat dan sedap Memang kalau pergi melaka akan cari asam pedas yang ada citarasa yang tersendiri Tapi masalahnya adalah nak masak sendiri memang lece...
Resepi Sambal Tumis Udang Sedap Memikat Selera

Resepi Sambal Tumis Udang Sedap Memikat Selera

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 484 hits
Pernah tak cuba masak resepi sambal tumis udang sedap yang menjadi Saya pun pernah banyak kali try resepi macam macam tapi kadangkala entah kenapa tak menjadi sambalnya Kecewa juga kan Jadi semalam sebelum mula sesi pembelajaran secara onli...
Asam Pedas Ikan Pari Yang Menyelerakan

Asam Pedas Ikan Pari Yang Menyelerakan

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum ASAM Pedas Ikan Pari lauk kami tiga beranak malam tadi Bulat mata Sk macam tak percaya bila Pak Inche minta masakkan lauk asam pedas Kalau tidak asyik asyik kari sambal sambal kari kan Tapi lagi kelakar SK dah lupa keberadaa...
Masak Lemak Pedas Ayam Kampung Dara Organik

Masak Lemak Pedas Ayam Kampung Dara Organik

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 244 hits
Seharian saya dan Juita menghabiskan masa di Euro Moda dan Jakel Mall sehingga kepala pening kerana baru teringat belum makan apa apa dari pagi Saya memang suka sangat kalau dapat seharian berada dalam gedung fabrik Memang mengasyikkan Kala...
Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

Makan Tengahari Nasi Campur Di Warung Caen Selera Kampung Dan Tomyam Padang Besar Perlis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 457 hits
Warung Caen Selera kampung dan TomyamWarung Caen Selera Kampung dan Tomyam ni terletak di Padang besar Perlis Warung ni warung untuk korang makan tengahari Ada pelbagai jenis masakan yang korang boleh try Walaupun gerai ni tak besar mana pu...
Resipi Mudah Super Sedap Asam Rebus Ikan Parang Asam Pedas Utara

Resipi Mudah Super Sedap Asam Rebus Ikan Parang Asam Pedas Utara

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 275 hits
Asam Pedas Utara atau lebih popular dengan nama asam rebus ini memang super sedap Guna ikan parang segar lagi bergandalah sedapnya Rahsia kesedapannya biarlah rasa masam masam sikit baru best Resipi yang dikongsi daripada June Ahmad ini sed...
Bekalan Buah Asam Gelugur Hijau Kuning

Bekalan Buah Asam Gelugur Hijau Kuning

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 491 hits
Kali terakhir dapat tahun lepas Masa tu ambil sebiji dua je selebihnya bagi orang Ahad lepas mak singgah bagi lagi bekalan buah asam gelugur ada hijau dan kuning Hijau tu dah tentu lah belum masak Dan yang kuning tu dah masak Kalau masih ad...
Telur Goreng Asam Fried Eggs In Tamarind Sauce

Telur Goreng Asam Fried Eggs In Tamarind Sauce

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 250 hits
Telur Goreng Asam Fried Eggs in Tamarind Sauce is one of the quickest yet the tastiest dish you could prepare to serve with piping hot rice It has spicy tangy and slightly sweet taste using just few ingredients You can increase the chili fo...
8 Artis Yang Belikan Orang Tua Sebuah Rumah Hadiah Yang Bikin Haru

8 Artis Yang Belikan Orang Tua Sebuah Rumah Hadiah Yang Bikin Haru

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 155 hits
Makin bahagia orang tua makin lancar rezeki kita Semoga suatu saat bisa mengikuti jejak para artis ini ya Aamiin
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash