Asalnya Nak Bersuka Ria Tapi Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Bahaya Untuk Anak


Taman permainan merupakan satu keseronokan untuk kanak-kanak tapi bukan kepada ibu bapa kerana menurut mereka taman permainan boleh mengundang bahaya. Penting untuk ibu bapa memastikan peralatan dan permukaan yang tidak sesuai serta perlakuan cuai yang boleh mengundang bahaya kepada kanak-kanak.

Anda perlu memastikan anak anda menikmati masa mereka sepanjang berada di taman permainan di samping mengelakkan mereka daripada kecederaan dengan mengamalkan cara-cara ini:
Memantau anak anda menggunakan peralatan taman permainan
Cara paling selamat untuk memastikan keselamatan anak anda adalah memantau ketika mereka bermain. Ini tidak susah kerana mereka sentiasa akan memanggil anda untuk melihat mereka bermain. Anda perlu memastikan tiada peralatan yang berkarat atau rosak sebelum anak anda bermain serta memastikan tiada objek bahaya seperti kaca atau permukaan yang tidak rata.

Ajar anak anda untuk berjaga-jaga
Sebelum membiarkan anak anda memasuki taman permainan, buka semua rantai atau gelang yang dipakai oleh mereka untuk mengelakkannya tersangkut pada apa-apa peralatan. Jika terdapat golongan umur kanak-kanak yang pelbagai, ajar anak anda untuk bermain di kalangan kanak-kanak seusia mereka. Ajar anak anda bahawa menolak, menarik, bersesak-sesak di taman permainan boleh mengundang bahaya.
Pilih kawasan bermain berdasarkan umur anak anda
Pastikan anak anda menggunakan peralatan yang sesuai dengan umurnya. Kawasan khas untuk kanak-kanak berumur di bawah 5 tahun seharusnya diwujudkan dan dibaikpulih.
Untuk bayi yang baharu belajar berjalan, kawasan permainan haruslah mempunyai kawasan dan permukaan yang sesuai dan lembut untuk memudahkan mereka.
Artikel Menarik: [Tak Payah Asingkan, Nanti Tertinggal. Sediakan Medical Kit Macam Ni Bila Bawa Anak Travel, Selamat!]
Jika bayi anda sudah boleh mengawal tindak-tanduk mereka dan boleh duduk dengan sokongan (biasanya berumur sekitar 9 bulan), boleh cuba menggunakan buaian yang mempunyai sokongan yang selamat.
Pastikan permukaan dan kawasan permainan tersebut selamat
Elakkan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan yang keras seperti konkrit, rumput, berbatu atau bertar.
Artikel Menarik: [Tak Ada Anak Yang Tak Pandai. Mungkin Lambat Sikit, Tapi Dia Yang Buat Kita Bangga]
Sebaliknya gunakan taman permainan yang mempunyai tapak permukaan seperti pasir dan getah. Tikar getah, rumput tiruan dan apa-apa material artifisial juga merupakan tapak permukaan yang selamat dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap.

Pastikan taman permainan tersebut diperiksa dan diselenggara oleh pihak berwajib
Pastikan dengan pihak sekolah atau pusat penjagaan untuk memastikan mereka mempunyai taman permainan yang sesuai mengikut umur kanak-kanak dan mempunyai penyelenggaraan yang baik.
Jika terdapat apa-apa bahaya di kawasan taman permainan, laporkan segera kepada mereka dan halang anak anda menggunakan taman permainan tersebut sehingga diselenggara.
Laporkan apa-apa bahaya kepada organisasi bertanggungjawab untuk taman permainan tersebut (contohnya sekolah, rukun tetangga atau majlis bandar raya).
Sumber: Hello Doktor
The post Asalnya Nak Bersuka Ria, Tapi Taman Permainan Boleh Jadi Tempat Bahaya Untuk Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/asalnya-nak-bersuka-ria-tapi-taman-permainan-boleh-jadi-tempat-bahaya-untuk-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

Anak Tak Selesa Senak Dan Sakit Tapi Mak Ayah Tak Perasan Angin Pasang Boleh Undang Bahaya

papar berkaitan - pada 15/9/2019 - jumlah : 453 hits
Masalah angin pasang yang sering terjadi kepada anak kecil kita selalu dipandang ringan oleh masyarakat Hakikatnya jika dibiarkan akan menjadi ketidakselesaan kepada kesihatan anak kecil kita Masyarakat kita umumnya menamakan penyakit Ingui...
Ada Anak Kembar Kelam Kabut Tu Biasa Semua Skil Boleh Buat Sebab Nak Cepat

Ada Anak Kembar Kelam Kabut Tu Biasa Semua Skil Boleh Buat Sebab Nak Cepat

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 446 hits
Nak anak kembar semua seronok tapi bab menjaganya bukan mudah Dalam hal ni ibu bapa kena pandai uruskan masa dan sanggup berkorban dan bersabar sementara tunggu si kembar membesar Bak kata Datuk Dr Sheikh Muszaphar ramai yang inginkan pasan...
Belajar Berjam Jam Tapi Satu Apa Tak Masuk Kepala Nak Ajar Anak Jangan Dipaksa

Belajar Berjam Jam Tapi Satu Apa Tak Masuk Kepala Nak Ajar Anak Jangan Dipaksa

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 411 hits
Bila disuruh belajar seperti membaca atau mengira anak tidak menunjukkan minat Pening juga dibuatnya Tak lama lagi nak masuk darjah satu Dahlah silibus susah sekarang Secara umumnya pembelajaran seseorang kanak kanak berbeza mengikut tahap ...
Polri Taman Lalu Lintas Cibubur Tempat Belajar Anak Usia Dini

Polri Taman Lalu Lintas Cibubur Tempat Belajar Anak Usia Dini

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 147 hits
Di sini banyak permainan ada rambu ada marka ada jalan yang bagus ada stasiun ada terminal ada mobil mobilan ada motor motoran ada kereta
Kereta Bergerak Je Nangis Bukan Anak Tak Nak Duduk Carseat Tapi Ini Puncanya

Kereta Bergerak Je Nangis Bukan Anak Tak Nak Duduk Carseat Tapi Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 372 hits
Bayi menangis bila diletakkan di carseat Sebelum ibu ayah jangan kata anak tidak mahu duduk di carseat give up untuk letak ketahui faktor ini yang mungkin menjadi sebabnya Car seat atau kerusi keselamatan bayi amat penting untuk digunakan s...
Kalau Semua Benda Tak Boleh Macam Mana Anak Nak Jadi Bijak Dan Berani Mencuba

Kalau Semua Benda Tak Boleh Macam Mana Anak Nak Jadi Bijak Dan Berani Mencuba

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 520 hits
Agak sukar untuk kita berkata jangan atau tidak kepada anak Bimbang jika sering mengucapkan kata kata ini anak akan hilang keyakinan diri sehingga bersifat pasif Ini akan menjejaskan perkembangan dirinya apabila memasuki persekolahan Namun ...
Tak Semestinya Cara Formal Nak Ajar Anak Bercakap Sambil Main Buat Aktiviti Pun Boleh

Tak Semestinya Cara Formal Nak Ajar Anak Bercakap Sambil Main Buat Aktiviti Pun Boleh

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 555 hits
Anak anak kecil kita sememangnya perlu dirangsang untuk memulakan percakapan Bukan mereka tidak tahu tetapi mereka tidak tahu caranya untuk memulakan interaksi dengan mak ayah Dalam hal ini mak ayah berperanan lebih untuk merangsang anak an...
Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

Amalkan Formula 30 60 5 5 Gaji Cuma Rm2500 Tapi Boleh Simpan Rm750 Sebulan Ini Rahsianya Yang Ramai Mesti Nak Cuba

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 448 hits
Ramai mengeluh gaji sering takcukup Orang yang bergaji Rm2k 5k cakap tak cukup Gaji 10k pun cakap tak cukup Apa lagi yang gaji lagi rendah dari tu Tapi sebenarnya semua ini ada jalan penyelesaian dan kena guna formula yang betul Paling best...
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Interview Q And A With Ji Chang Wook Asia S Noble Prince



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Elegant Nostalgia Old Money Bedroom Makeover Ideas

Bufet Ramadan 2024 The Pearl Kuala Lumpur

Kena Pindah Tempat Duduk

Natalia D Sulu Ngelebu Chord

Lobbyists Politicians Cronies A Noxious Mix

Ph Working With Bersatu Will Only Antagonise Umno Says Analyst