Belajar Berjam Jam Tapi Satu Apa Tak Masuk Kepala Nak Ajar Anak Jangan Dipaksa


Bila disuruh belajar seperti membaca atau mengira, anak tidak menunjukkan minat. Pening juga dibuatnya. Tak lama lagi nak masuk darjah satu. Dahlah silibus susah sekarang! Secara umumnya pembelajaran seseorang kanak-kanak berbeza mengikut tahap usianya. Kebiasaannya daripada usia 2 sehingga 7 tahun kanak-kanak akan mula membina kebolehan dalam dirinya.
Artikel Menarik: [“Dengar Cakap, Esok Bawa Jalan.” Kerap Berjanji Tak Buat, Kita Ajar Anak Menipu]
Pada tahap ini dia akan mula mencari sebab dan berfikir merujuk kepada dirinya sendiri. Kemudian  selepas 7 tahun barulah dia melihat persekitaran luar daripada dirinya. Ini bermakna jika ingin mengajar anak dengan mudah terutama yang memasuki pra sekolah, berikan contoh-contoh yang mempunyai kaitan dengan diri mereka.
Artikel Menarik: [Seawal Setahun Rajin Rangsang 7 Deria Ini, Impian Nak Anak Bijak Boleh Tercapai]
Misalnya, kanak-kanak yang lebih kecil memahami untuk belajar konsep abjad, nombor dan warna berbanding perkara-perkara abstrak seperti tatabahasa, pantun dan sebagainya. Seterusnya ikuti 7 panduan yang ibu ayah terlupa nak buat supaya mudah untuk  mengajar anak  belajar.
1.TEMPOH MASA

Kanak-kanak hanya mampu memberikan tumpuan untuk jangkamasa yang pendek. Oleh yang demikian, sewaktu anda membuat aktiviti dengan anak anda, misalnya menggunakan flash card, ataupun membuat gerak kerja tertentu menggunakan buku atau kertas, pastikan anda berhenti sebentar untuk rehat ataupun tukar kepada aktiviti yang lain apabila anak anda dilihat mula bosan atau menunjukkan kenakalannya.
2.PENGULANGAN
Lakukan pengulangan supaya pembelajaran yang diajar diingati dengan mudah. Biarkan mereka mengulang sesuatu aktiviti, tajuk atau set perkataan. Di samping itu, penyediaan kerja rumah (homework) dapat membantu anak anda mempelajari pembelajaran dengan cepat. Wujudkan jadual supaya ia dilakukan secara rutin dan konsisten.
3.KENALI PERSONALITI
Bagi kanak-kanak yang mudah mesra, dia mampu bersosial dengan baik dan boleh belajar sesuatu bahasa dengan cepat kerana mereka hendak berkomunikasi. Kanak-kanak jenis ini tidak takut untuk membuat kesilapan. Belajar secara berkumpulan dengan kanak-kanak lain mungkin lebih baik baginya.

Manakala bagi yang jenis pendiam, tidak suka melakukan kesilapan dan tidak akan memulakan sesuatu perkara atau tindakan sehinggalah mereka mendapat kepastian. Bagi yang jenis pendiam, ia lebih perlukan privasi, keadaan yang lebih senyap dan tenang untuknya mempelajari sesuatu bahasa.
4.KETAHUI MINAT ANAK

Apabila anda memahami dan tahu mengenai hal ini mudah untuk melakukan pembelajaran. Persoalan seperti Apakah kepekaan mereka yang paling utama? Adakah mereka sukakan gambar-gambar atau membaca? Jika ya! Galakkan anak anda menggunakan lukisan, gambar, peta dan gambarajah sebagai sebahagian daripada bahan pembelajaran mereka.
5.BACA KUAT

Sejak kecil lagi anak suka mendengar anda membaca buku cerita sebelum tidur. Oleh itu, tidak mustahil ada segelintir kanak-kanak suka mendengar kepada penerangan dan membaca dengan kuat. Malah mungkin cara nyanyian dan lagu.
6.ANAK AKTIF
Anak anda seorang yang lincah dan bertenaga. Sukar untuk mengawalnya supaya duduk diam seketika. Jika mempunyai anak sebegini boleh menggunakan permainan (game) untuk menggalakkan mereka bergerak dan juga menari bersama si manja.
7.SUASANA CERIA

Untuk menarik minat anak, ia perlu dilakukan dalam suasana  yang seronok dan tidak memberikan tekanan (stress-free). Galakkan anak anda untuk menuruti kehendak dan minatnya sendiri. Sebagai contoh, jika anak anda meminati badminton, berikan dia bahan bacaan berkaitan dengan badminton. Cara ini menarik minat anak-anak untuk membaca dengan pekara yang dia suka.
TIP MUDAH
Berikan pujian dan galakan Jangan kritik apabila anak buat silap Sediakan bahan bacaan yang diminatinya Ruang pembelajaran Sediakan jadual pembelajaran di rumah  
 
 
 
 
 
 
 
The post Belajar Berjam-Jam, Tapi Satu Apa ‘Tak Masuk’ Kepala. Nak Ajar Anak Jangan Dipaksa! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/belajar-berjam-jam-tapi-satu-apa-tak-masuk-kepala-nak-ajar-anak-jangan-dipaksa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Berguling Di Lantai Menangis Nak Mainan Jangan Marah Atasinya Dengan Berlembut Tapi Tegas

Anak Berguling Di Lantai Menangis Nak Mainan Jangan Marah Atasinya Dengan Berlembut Tapi Tegas

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 453 hits
Bila anak mula buat perangai menangis dan berguling guling di lantai kerana ingin mainan mak ayah mulalah naik berang dengan perangai anak Malu dengan orang sekeliling yang memandang Adakalanya anak memang tidak boleh dikawal bila dia berke...
Memandai Pulak Nak Suruh Sumbat Anak Orang Individu Dikecam Syor Tips Tak Masuk Akal Khuatir Pengaruh Ibu Muda

Memandai Pulak Nak Suruh Sumbat Anak Orang Individu Dikecam Syor Tips Tak Masuk Akal Khuatir Pengaruh Ibu Muda

papar berkaitan - pada 18/8/2019 - jumlah : 308 hits
Bayi yang baru dilahirkan sememangnya memerlukan penjagaan yang rapi daripada kedua dua ibu bapanya Pelbagai aspek perlu diteliti supaya bayi yang baru dilahirkan tidak mengalami sebarang masalah Begitu juga bagi aspek pemakanan bayi ibu ba...
Anak Bukan Alasan Tapi Keutamaan Mak Mak Jangan Rasa Bersalah Utamakan Anak Keluarga

Anak Bukan Alasan Tapi Keutamaan Mak Mak Jangan Rasa Bersalah Utamakan Anak Keluarga

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 550 hits
Dilema bagi mak mak terpaksa tolak undangan sebab komitmen Sebagai ibu dalam apa juga keputusan anak bukanlah menjadi alasan anak adalah keutamaan Hanis Zalikha menyuarakan isi hatinya yang terpaksa menolak undangan pada sebelah malam keran...
Anak Saya Geli Nak Pijak Rumput Dia Pembersih Sikit Jangan Larang Biar Je Sensori Anak Dirangsang

Anak Saya Geli Nak Pijak Rumput Dia Pembersih Sikit Jangan Larang Biar Je Sensori Anak Dirangsang

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 390 hits
Anak kita lambat anak elak nak buat itu dan ini takut nak cuba semua perkara sebenarnya bukan kerana diri anak itu sendiri Akan tetapi kerana larangan demi larangan yang dibuat mak ayah dalam proses awal hidup mereka Sebenarnya nak melarang...
Semua Orang Nak Ada Anak Rezeki Je Belum Sampai Kita Jangan Gatal Mulut Sibuk Bertanya Bila Nak Beranak

Semua Orang Nak Ada Anak Rezeki Je Belum Sampai Kita Jangan Gatal Mulut Sibuk Bertanya Bila Nak Beranak

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 454 hits
Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLAH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat Tapi rezeki manusia itu berbeza beza Ada yang sudah bernikah bertahun tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak Berat mata...
Kereta Bergerak Je Nangis Bukan Anak Tak Nak Duduk Carseat Tapi Ini Puncanya

Kereta Bergerak Je Nangis Bukan Anak Tak Nak Duduk Carseat Tapi Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 424 hits
Bayi menangis bila diletakkan di carseat Sebelum ibu ayah jangan kata anak tidak mahu duduk di carseat give up untuk letak ketahui faktor ini yang mungkin menjadi sebabnya Car seat atau kerusi keselamatan bayi amat penting untuk digunakan s...
Jangan Kata No Kalau Anak Nak Beli Buku Cerita Itu Tanda Mereka Sedang Berimaginasi

Jangan Kata No Kalau Anak Nak Beli Buku Cerita Itu Tanda Mereka Sedang Berimaginasi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 410 hits
Kemahiran berfikir sama pentingnya dengan kemahiran membaca menulis dan mengira Ia telah menjadi salah satu kemahiran utama yang perlu dimiliki oleh semua golongan termasuk kanak kanak Anak anak yang selalu didedahkan dengan buku cerita ata...
Salah Sikit Terus Marah Jangan Hairan Kalau Anak Tak Nak Dekat Dengan Kita

Salah Sikit Terus Marah Jangan Hairan Kalau Anak Tak Nak Dekat Dengan Kita

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 290 hits
Kanak kanak kadangkala akan berkelakuan buruk mengikut emosinya Bergantung kepada tahap keterukan kenakalan mereka time out perlu dilaksanakan Walau bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan cara yang betul Ikuti artikel ini untuk mengetahui 6...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Cuci Kerang

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Kerajaan Pn Akan Undang Bencana

Pkr Datang Dari Jalanan Jangan Halang Rakyat Berhimpun Hassan Karim

Tips Memilih Mesin Minuman Untuk Cafe Dan Restoran

Minggu Asperasi Dan Kecemerlangan Pelajar 2024 2025