Asalkan Anda Bersedia Untuk Belajar Akan Ada Orang Yang Datang Mengajar



“Bila anak murid bersedia, cikgu pun muncul” .Pernah dengar ayat di atas tu?
Paling terkenal, ayat tu disebut daam Bahasa Inggeris berbunyi begini.
“When the student is ready the master will appear.”
Saya ada cuba cari maklumat dari mana asal usulnya ayat itu dalam carian Google. Dikatakan, ayat tu adalah berasal dari kata-kata Lao Tzu.
Ayat penuhnya berbunyi begini.
 “When the student is ready the teacher will appear. When the student is truly ready… The teacher will Disappear.”
Ada juga yang percaya itu merupakan ajaran yang datang dari Gautama Buddha.
Walau dari manapun datangnya ayat menarik tu, saya rasa yang lebih baik adalah untuk cuba selami apa maknanya dan fikirkan semula perjalanan hidup anda selama ini antara menjadi anak murid dan menjadi cikgu.
Anak murid bersedia jadi cikguIni merupakan salah satu cara nak faham maksud ayat tersebut.
Saya pun sebelum ini tak nampak tafsiran dalam bentuk ini. Tapi kebetulan bila buat carian untuk mendalami maksudnya, terjumpa pula tafsiran ni.
Bila anak murid dah belajar, mendalami segala ilmu dari gurunya. Sehingga satu masa, satu tahap, dia telah berjaya menguasai ilmu tersebut. Maka ketika itu, muncullah pula seorang guru baru.
Ertinya anak murid tu dah naik darjatnya ke atas menjadi seorang guru pula.
Sebab itu ayat tersebut berkata, bila anak murid bersedia, cikgupun muncul. Dialah yang jadi cikgu tu sebab dah pandai dah bersedia untuk ambil peranan sebagai cikgu.
Cikgu muncul bila murid bersediaIni satu lagi fahaman yang biasa orang pegang.
Selama ini saya juga nampak kepada tafsiran ini. Dan artikel inipun saya nak tulis pada mulanya berdasarkan pengalaman dari sudut tafsiran ini.
Kebetulan saya sendiri ada pengalaman cuba untuk menjadi cikgu. Cuba untuk kongsikan sedikit ilmu yang ada kepada kawan-kawan yang berniaga.
Bila dah cuba, baru nampak sangat benarnya ayat itu.
Datanglah cikgu sehebat tara manapun, nak cuba mengajar. Kalau orang kat depan tu tak bersedia nak jadi anak murid, tak bersedia nak belajar, rasa dia dah tahu, dah sangat bijak dan tak perlu diajar, sia-sia sajalah kehadiran cikgu tu.
Buang masa dan kacau jiwa sahaja.
Terutamanya jiwa cikgu yang sanggup bersengkang mata, sediakan segala bahan dan luangkan masa bercakap dan cuba fahamkan. Tapi anak murid tak pandang pun, malah anggap semuanya buang masa dan membosankan.
Anak murid hanya tunggu masa cikgu berhenti sebentar untuk dia cabar dengan pertanyaan yang dianggapnya sukar. Soalan yang kadangkala sangat bebal.
Macam sebutan Lao Tzu kat atas tadi.
Bila anak murid dah rasa dirinya bersedia, cikgupun terus hilang. Walaupun cikgu secara fizikal masih terpacak kat depan tu, tapi martabat dan kegunaannya dah hilang. Sebab anak murid rasa dah pandai dan tak mau diajar lagi.
Bersedia jadi anak muridDari pengalaman saya sendiri. Yang saya lalui terutamanya ketika waktu awal nak berniaga dahulu.
Kalau anda benar-benar nak belajar, anda hanya perlu bersedia untuk menjadi anak murid sahaja.
Bila dah bersedia, tak payah tunggu lama. Cikgu akan muncul dari segenap sudut. Bukan macam cerita donggeng. Muncul Tok Sheikh dari udara berkepul-kepul datang ajar ayat pengasih atau ayat kebal tak lut senjata.
Tapi memang muncul kawan atau kenalan dan semua orang yang anda jumpa akan berubah bertukar menjadi guru. Ada saja perkara yang anda serap dan ambil pelajaran.
Perumpamaannya, bila anda usung gelas kosong tunjukkan pada orang, akan ada saja orang nak isikan air masuk ke dalamnya.
Masa mula beriaga dulu, saya memang sangat kosong pengetahuan. Memang saya sungguh-sungguh terasa macam tu. Rasa satu bebanan jiwa yang kuat mencari jawapan terhadap soalan berat masa tu.
“Macam mana nak berniaga?”
Apa yang perlu saya buat untuk mula berniaga.
Paling penting berniaga dengan betul. Maksudnya dapat menjana pendapatan dan dapat menampung hidup untuk diri sendiri serta kesemua tanggungan yang ada.
Berniaga dengan betul supaya tidak menyusahkan orang. Sebaliknya memudahkan kehidupan orang. Biarlah diri sendiri bersusah-susahan. Asalkan banyak orang mendapat manfaat dari usaha yang dijalankan dalam perniagaan itu.
Bila ada pertanyaan secara ikhlas muncul dari dalam sudut hati yang paling dalam, maka itu tandanya sudah muncul seorang anak murid dalam diri anda sendiri.
Tak tunggu lama, muncullah guru yang sudi memberikan pengajaran. Tak jemu memberi tunjuk ajar tanpa minta dibayar. Ramai yang muncul ketika itu.
Antara orang awal yang sangat saya hargai ialan kawan di kampung. Saya sangat berterima kasih pada seorang kawan senior Zolkifly Mat Lazim namanya. Seorang Taukeh Hospital. Dia antara kawan-kawan awal yang banyak ajar saya tentang dunia bisnes.
Mungkin dia pun tak sedar yang dia jadi guru saya. Tapi saya sedar banyak benda yang sudah dipelajari dari dia. Masa mula-mula nak berniaga dulu, dialah yang banyak ajar saya. Dari dia, saya jumpa lebih ramai lagi usahawan lain.
Kalau nak senaraikan terlalu banyak.
Tapi semuanya muncul dan seribu satu ilmu saya belajar dari mereka. Samada saya ikut atau tak ikut itu perkara lain. Tapi semua maklumat dan pengajaran itu membuatkan saya rasa mula faham sedikit demi sedikit.
Mula membuatkan saya lebih yakin untuk membuat keputusan dan pergerakan dalam menjalankan bisnes sendiri. Sehinggalah sampai ke saat ini.
Rasa sukar untuk dapatkan guruDah sekian lama saya rasa sangat gundah gulana (pinjam ayat P Ramlee).
Gundah sebab memikirkan saya perlukan seorang guru yang boleh saya belajar dan tambah banyak ilmu. Untuk membolehkan saya keluar dari cengkaman atau belenggu statik di tahap yang saya tengah berada sekarang.
Dah banyak tahun jadi macam tu.
Kebanyakan masa, bila duduk berjumpa dengan orang, sayalah yang akan banyak bercakap. Sayalah yang akan banyak berikan pandangan dan nasihat.
Bila selalu jadi macam tu, saya mula rasa bosan. Saya mula rasa takut kalau-kalau saya selama ini hanya perasan pandai. Sedangkan orang tak hargai lansung apa pandangan saya. Mereka angguk sekadar nak ambil hati saja.
Itu tak pa lagi.
Paling risau adalah tahap statik yang ada sekarang. Rasa macam dah beberapa tahun tak bergerak naik. Itu lebih merisaukan. Saya perlukan munculnya seorang guru. Untuk itu saya perlu banyak mendengar dari banyak bercakap. Tapi …
Bila saya cuba diamkan diri, biasanya tak akan jadi juga.
Apa masalah saya?
Kenapa guru tak mucul-muncul?
Sekarang baru saya sedar dan dah jumpa jawapannya. Kalau anda juga sedang alamai masalah yang sama. Saya nak kongsikan jawapannya kat sini hari ini.
Perlu bersedia jadi anak muridGuru tak akan muncul selagi anda sendiri tak bersedia nak jadi anak murid. Tak ada pertanyaan yang ikhlas yang anda ingin tahu datang dari sudut hati anda yang paling dalam.
Ya saya tahu!. Memang semua orang ada pertanyaan.
Tapi tak berapa nak ikhlas lagi apabila, sebaik saja orang jawab soalan tu, anda bantah dan mencabar untuk menolak jawapan yang diberikan. Bukannya nak hadam dan cuba merungkai dengan lebih banyak lagi pertanyaan untuk mendalaminya.
Itulah yang sebenarnya berlaku pada diri saya selama ini.
Dalam bahsa kasarnya, saya dah mula jadi perasan pandai.
Nak tolak nak bantah semua pendapat orang. Kononnya pendapat saya lebih baik dan lebih matang. Tahap gurulah katakan. Itulah perasan yang membuatkan anda tak akan jadi anak murid.
Maka sampai bilapun guru tak akan muncul.
Walau apapun, eloklah saya dah sedar diri. Saya doakan hati ini segera menjadi rendah. Moga hati lebih tertunduk. Hilanglah perasaan perasan. Dan semoga menjadi kecil ego yang dah naik tocang tu.
Ya Allah, jadikah aku seorang anak murid yang dahagakan jawapan tentang kehidupan ini! Amin.
Saya harap anda yang membaca juga dapat manfaat dari artikel ini. Bersedia untuk menjadi anak murid. Insyaalah, guru akan muncul nanti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/02/asalkan-anda-bersedia-untuk-belajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Papa Aisyah Datang Ni Aisyah Dapat Banyak Hadiah Luluh Hati Mama Sayang

Papa Aisyah Datang Ni Aisyah Dapat Banyak Hadiah Luluh Hati Mama Sayang

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 135 hits
Rindu seorang anak tiada penghujungnya Begitulah perasaan yang dirasai seorang anak perempuan ini apabila terpaksa menanggung rindu pada arwah bapa tercinta setelah pergi buat selama lamanya Lagi sedih apabila anak ini tidak mampu berkongsi...
Assalamualaikum Papa Aisyah Datang Ni

Assalamualaikum Papa Aisyah Datang Ni

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 135 hits
Kehilangan bapa tercinta di usia kecil bukan sesuatu yang mudah Begitulah yang dialami oleh anak kecil ini apabila terpaksa menanggung rindu yang teramat sangat apabila diusia yang masih muda bapanya telah pergi meninggalkannya Tular dimedi...
Pin Pin Hadiah Datang Lagi

Pin Pin Hadiah Datang Lagi

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 186 hits
Tak perasan ada whatsapp masuk sebab handphone tengah charge Whatsapp dari seseorang bagi tracking number ada hantar sesuatu Apakah Tengok dari gaya tracking number macam pos laju Saya pun terus lah salin dan tampal nombor tersebut dalam we...
Kucing Jiran Datang Tumpang Bermain

Kucing Jiran Datang Tumpang Bermain

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 128 hits
KUCING JIRAN DATANG TUMPANG BERMAIN Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt SEBELUM PC lahir mama babah memang dah bela kucing Banyak dan bersilih ganti Sampailah sekarang kalau Memang dah tak ada langsun...
1 600 Wisman Datang Ke Bali Sejak Penerbangan Internasional Dibuka

1 600 Wisman Datang Ke Bali Sejak Penerbangan Internasional Dibuka

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 151 hits
Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Luhut Binsar Pandjaitan mengatakan sebanyak 1 600 wisatawan mancanegara datang ke Bali sejak Pulau Dewata dibuka untuk penerbangan internasional 4 Februari lalu
Bukan Penat Belajar Tapi Penat Pikul Beg Ibu Bapa Desak Loker Diwajibkan Di Sekolah

Bukan Penat Belajar Tapi Penat Pikul Beg Ibu Bapa Desak Loker Diwajibkan Di Sekolah

papar berkaitan - pada 9/2/2022 - jumlah : 224 hits
Banyak pihak bersikap acuh tak acuh setiap kali cadangan menyediakan loker di sekolah diutarakan menurut ibu bapa yang turut kesal dengan situasi itu SHAH ALAM Masalah beg sekolah berat yang dikaitkan kepada sakit tulang belakang pelajar ak...
Amsterdam Kami Datang

Amsterdam Kami Datang

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 450 hits
Saksikan telefilem Amsterdam Kami Datang lakonan Nazim Othman Elfaezah Ul Haq Shiqin Kamal dan Shaikh Kalam pada Isnin pukul 9 00 malam di TV2 Amsterdam Kami DatangWaktu Siaran Isnin 28 Februari 2022 9 00 malamRangkaian TV2 slot Drama On 2P...
Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

Muhyiddin Dedah Zahid Hamidi Najib Datang Temuinya Minta Selesai Kes Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 184 hits
Pemimpin UMNO didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika menyokong pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional dan Perikatan Nasional pada Mac 2020 kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata ...
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Tiramisu Guna Keju Mascarpone Yang Lagi Enak

Surah Al Kahfi Terjemahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

10 Cctv Rumah Yang Murah Tapi Berkualiti Bawah

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Analisis Video Bagi 26 Disember 2024