Asal Usul Yakuza


Dunia sering melihat Jepun sebagai sebuah negara yang serba lengkap dengan teknologinya dan banyak sisi baik yang disebarkan di media untuk tatapan umum namun, sisi gelap negara itu turut dibincangkan sama ada industri pornografi yang keterlaluan serta angka bunuh diri dalam kalangan rakyat Jepun yang semakin rencam saban tahun.


Jika diceritakan mengenai sejarah lampau negara ini merentas beberapa dekad, ia pasti berkisarkan era Perang Dunia Kedua dan zaman empayar Jepun yang menjajah banyak tanah negara asing.

Penceritaaan sejarah ini pastinya tidak lengkap jika kita mengenepikan sejarah kumpulan sindiket jenayah atau pun kongsi gelap negara ini iaitu Yakuza.

Pastinya perkataan Yakuza ini tidak mampu kita pisahkan dari lagi-lagi peminat filem Jepun.

Sedar atau tidak, kumpulan ini masih wujud di Jepun dengan puluhan ribu ahlinya yang masih aktif beroperasi serta menjalankan perniagaan. Ia juga telah berakar umbi ke dalam masyarakat Jepun yang serba moden dan maju ini.

Dalam artikel ini akan menerangkan asal-usul perkataan yakuza serta teori-teori kemunculan mereka


Permainan hanafuda menimbulkan perkataan Yakuza

Kebanyakan jurnal kajian berkaitan yakuza berpendapat bahawa perkataan yakuza berasal dari sebuah permainan judi dari Jepun yang dikenali sebagai hanafuda.

Permainan ini mempunyai sembilan nombor iaitu nombor 1 hingga 9, yang pemain perlu mengambil tiga kad dan mencampurkan semua nombor dari tiga kad yang dimiliki. Daripada hasil tambah tersebut, nombor paling belakang akan dikira sebagai skor.

Maka, jika pemain itu mendapat hasil campur tiga kad berjumlah 19, maka dialah pemenang kerana nila skornya adalah 9.

Sebaliknya, jika pemain itu mendapat nombor 20 sekali pun, ia dikira tak berguna kerana skor yang diperolehinya adalah 0.

Maka, terhasilnya perkataan Yakuza ini adalah daripada perkataan y a (lapan), ku (sembilan) dan za (tiga).

Campuran nombor ya ku za akan menghasilkan nombor 20 dan seperti yang dikatakan tadi, nombor ini tidak berguna kerana nilai skornya adalah 0.

Akhirnya, perkataan ini digunakan di luar permainan judi dengan membawa maksud orang-orang jahat dan tak berguna


Teori-teori asal usul pembentukan kumpulan Yakuza

Asal-usul pembentukan yakuza tidaklah diketahui secara keseluruhannya, tetapi ia dipercayai wujud ketika pertengahan era pemerintahan Tokugawa (1603-1868).

Ketika era ini, terdapat beberapa kumpulan yang wujud dalam sejarah lampau Jepun.

Dari beberapa kumpulan inilah dipercayai wujudnya kumpulan yakuza


1. Bakuto, dari operasi perjudian ke gerakan politik

Menurut Ahli Kriminologi Tokyo, Hashino bahawa bakuto ini adalah kumpulan organisasi jenayah paling berpusat dalam kalangan orang Jepun. Apa aktiviti mereka?

Kumpulan ini bermula apabila kerajaan ketika itu menyediakan satu skim bergerak.

Tujuan skim ini adalah untuk mendapatkan semula gaji yang telah diberikan kerajaan kepada pekerja-pekerja binaan mereka. Maka, bakuto memulakan aktviti rekrut dari kalangan penjenayah hinggalah para petani.

Mereka ini diarahkan untuk bermain judi dengan pekerja-pekerja binaan tadi dan hasil keuntungan dari permainan itu akan dibahagikan kepada pemain-pemain judi lantikan bakuto.

Lama kelamaan, kumpulan ini melebarkan sayapnya dengan membina satu kem (seperti hotel) berdekatan dengan jalan raya yang sibuk.

Orang-orang yang singgah, bukan sahaja dapat tidur di sana, malah mereka berpeluang untuk bermain judi.

Oleh kerana rapatnya bakuto dengan aktiviti judi, maka kumpulan inilah bertanggungjawab yang mempopularkan tradisi berjudi, adat memotong jari (yubitsume) dan kumpulan pertama sekali menggunakan perkataan ya-ku-za.

Jika diambil kira terkaitnya perkataan ya-ku-za dengan kumpulan bakuto, para pengkaji yang merumuskan mereka ini adalah yakuza yang sebenar.

Jika dikembangkan lagi, kumpulan bakuto tidaklah hanya tertumpu kepada aktiviti perjudian sahaja.

Menurut para pengkaji, kumpulan ini mempunyai kepakaran dalam aktiviti keganasan.

Ianya bertepatan dengan sifat kumpulan ini yang mempunyai kawasan-kawasan tersendiri dan mereka akan bertarung dan mengganas bagi melindungi perniagaan dan harta mereka.

Berdasarkan sejarah, oleh kerana kumpulan ini bertempur lebih hebat berbanding samurai, maka mereka direkrut untuk bertarung dalam Perang Saudara Boshin (1868-1869).

Sekitar tahun 1880-an pula, ahli kumpulan bakuto mula menyertai dan memegang tampuk kepimpinan gerakan Kebebasan dan Hak Rakyat (Freedom & People’s Right).

Ketika itu jugalah merupakan fasa paling ganas gerakan itu sehingga mereka menyertai arena politik.

Penyertaan kumpulan ini ke arena politik telah mengubah operasi mereka daripada aktiviti perjudian kepada operasi lebih besar seperti kumpulan yakuza yang kita kenali hari ini


Tekiya, dari penjaja jalanan kepada peniaga kepercayaan kerajaan
Salah satu teori lain kemunculan yakuza berakar dari sekumpulan penjaja jalanan yang dikenali sebagai tekiya.

Mereka ini bermula sebagai saudagar ubat sebelum bercambah dan mula menjual barangan lain serta terlibat dengan aktiviti jenayah.

Mereka ini bukanlah penjaja jalanan biasa, ada helah dalam aktiviti urus niaga yang dibuat.

Kumpulan ini seringkali menjual produk yang nampak bagus, hakikatnya tidak berkualiti.

Apabila menjual, mereka akan berlakon menjadi mabuk dan terus bersembang pasal produk yang dijual.

Aktiviti perniagaan mereka juga agak besar kerana mereka akan mengambil alih gerai di pasar.

Penguasaan kumpulan ini di sesebuah pasar sampai tahap boleh menentukan siapa yang dibenarkan menjual dan barang apa yang boleh dijual.

Caj lebih akan dikenakan untuk sewa tapak termasuklah wang perlindungan dan duit poket.

Melaui caj perlindungan ini, peniaga akan terselamat daripada diganggu dan jika gagal membayar, ahli kumpulan tekiya akan mencuri barang, menakut-nakutkan pelanggan atau boleh membawa ke tahap serangan fizikal.

Tidak seperti bakuto, tekiya lebih kepada aktivti kerja yang sah dan menyebabkan pihak kerajaan memberi lebih banyak kuasa kepada ketua-ketua kumpulan ini.

Kalau difikirkan semula, taktik tekiya ini saling tak tumpah seperti kumpulan-kumpulan mafia yang ada diseluruh dunia sautu ketika dahulu


Bakuto dan tekiya hilang ditelan zaman?Permainan Hanafuda

Bakuto dan tekiya muncul pada era yang sama, apa yang menarik mereka juga beroperasi pada kawasan yang sama.

Konflik di antara dua kumpulan ini kurang berlaku kerana mereka bergembira dengan perniagaan masing-masing.

Bakuto beroperasi di jalan raya dan pekan, tekiya pula melakukan perniagaan di pasar jalanan dan pesta-pesta.

Kajian membuktikan bahawa, kemunculan bakuto dan tekiya pada abad ke-18 dan hilang sedikit demi sedikit dari masyarakat ini sebenarnya tidaklah pupus begitu sahaja.

Mereka berkemungkinan muncul semula dan perlahan-perlahan membentuk kumpulan yakuza.

Maka, segala bentuk operasi kumpulan yakuza seolah-olah sama seperti yang dilakukan kumpulan bakuto dan tekiya.

Dari budaya potong jari kepada berjudi dan meminta wang perlindungan dari peniaga.

Sedikit demi sedikit, kumpulan yakuza ini berevolusi hingga satu tahap, masyarakat Jepun mengganggap kumpulan ini jahat tapi memerlukan mereka dalam kehidupan seharian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adajew.net/2019/06/asal-usul-yakuza.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asal Usul Meriam Buluh Fakta Yang Perlu Anda Tahu

Asal Usul Meriam Buluh Fakta Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1890 hits
Bangsa Melayu adalah satu satunya bangsa yang menjadikan senjata meriam sebagai mainan tradisional ketika musim perayaan Saya masih ingat waktu kecil era 90 an kanak kanak kampung main meriam buluh Orang dewasa pula main meriam besi Meriam ...
Mesti Baca Buka Minda Asal Usul Hikayat Aladdin Dan Kisah Hikayat 1001 Malam

Mesti Baca Buka Minda Asal Usul Hikayat Aladdin Dan Kisah Hikayat 1001 Malam

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 969 hits
Ramai yang mengenali Aladdin daripada filem Aladdin terbitan Disney Namun Aladdin mempunyai sejarah yang panjang dan cukup menarik untuk diimbas kembali DARI MANA ASAL USUL KISAH ALADDIN Jawapannya ialah daripada koleksi hikayat berjudul 10...
Pakai Kasut Adidas Tapi Tak Tahu Asal Usul Sebenar

Pakai Kasut Adidas Tapi Tak Tahu Asal Usul Sebenar

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 2058 hits
Ramai antara dari korang ada yang minat kasut adidas kan Tapi tak tau pun asal usul jenama ni Brand ADIDAS ni sangat lama dan cara dia dapatkan brand ini sangat unik sejarah jenama kasut yang sangat terkenal ini dimulai pada tahun 1920 oleh...
Dewan Ulamak Lulus Usul Taawun Siyasi

Dewan Ulamak Lulus Usul Taawun Siyasi

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 231 hits
MUHAMMAD ARIF ISMAIL20 JUNE 2019KUANTAN Para perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Pusat ke 58 bersetuju sebulat suara menyokong usul taawun siyasi dengan Umno yang sudah bermula selepas Pilihan Raya Umum ke 14 lalu Usul tersebut dib...
Pemerintah Usul Maskapai Jual Tiket Pesawat Murah Di Jam Sepi Penumpang

Pemerintah Usul Maskapai Jual Tiket Pesawat Murah Di Jam Sepi Penumpang

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 273 hits
Susiwijono mencontohkan jika dalam suatu rute terdapat 10 jadwal penerbangan yang dimiliki oleh maskapai maka setidaknya terdapat 1 2 jadwal penerbangan berbiaya murah
Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 273 hits
Dewan Ulama Pas Pusat menyokong kerjasama dengan Umno dengan meluluskan dua usul berkaitan taawun siyasi dengan Umno pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke 58 di Wisma Belia di sini semalam Usul berkenaan diterima sebulat suara perwakilan...
Pemprov Dki Dapat Rp 100 47 M Dari Bir Dprd Tetap Usul Jual Saham

Pemprov Dki Dapat Rp 100 47 M Dari Bir Dprd Tetap Usul Jual Saham

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 209 hits
Pemprov DKI Dapat Rp 100 47 M dari Bir DPRD Tetap Usul Jual Saham Meski meraup untung signifikan Ketua Komisi C DPRD DKI Santoso menyatakan tetap mendukung wacana Pemprov DKI untuk melepas saham di perusahaan tersebut
Usul Undi Tidak Percaya Hanya Imaginasi Karut Laskar Siber Musuh Kit Siang

Usul Undi Tidak Percaya Hanya Imaginasi Karut Laskar Siber Musuh Kit Siang

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 215 hits
Pada 22 Jun 2019Laskar siber upahan pembangkang semakin giat menyebarkan fitnah terhadap kerajaan Pakatan Harapan dengan pelbagai tuduhan palsu dan tohmahan berniat jahat Terbaharu mereka mendakwa kononnya akan muncul usul undi tidak percay...
Rayakan Idulfitri 2019 Masyarakat Diminta Menhub Tak Asal Terbangkan Balon Udara

Rayakan Idulfitri 2019 Masyarakat Diminta Menhub Tak Asal Terbangkan Balon Udara

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 203 hits
Menteri Perhubungan Budi Karya Sumadi meminta masyarakat yang mempunyai tradisi perayaan Idulfitri 2019 dengan menerbangkan balon udara berukuran besar dilakukan secara bijak Hal tersebut untuk menghindari gangguan pada angkutan udara saat ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu