Asal Scene Kampung Je Mesti Hulu Langat Abil Luah Kekesalan Terhadap Industri Hiburan Tempatan
Sebelum ini Ohmedia ada kongsikan cerita tentang Zul Yahya yang mengajak mereka yang masih bekerja dalam industri hiburan tanah air untuk berubah mencari kehidupan yang lebih kerana industri hiburan yang masih tiada hala tuju.
Baca: Zul Yahya Saran Rakan Dalam Industri Hiburan Cari Kerja Yang Lebih Berkat
Kini giliran anak penyanyi kumpulan Search, Nabila Huda meluahkan kekesalan dan juga pandangannya terhadap industri seni tanah air melalui Instagram Story baru-baru ini setelah menonton sebuah filem berjudul Hollywood yang berkisarkan kesungguhan pelakon dan pembuat filem selepas WWII.
Sumber dari Instagram AbilNabila Huda menekankan bahawa untuk menjayakan sesuatu filem, isu bajet adalah paling kritikal kerana tanpa bajet yang cukup, mustahil untuk mendapatkan wardrobe atau kostum yang baik dan sesuai dengan filem yang dihasilkan. Beliau turut mencadangkan agar orang muda dalam industri digunakan sebaiknya kerana mempunyai pendekatan yang berbeza dari orang lama.
Sumber dari Instagram AbilSelain itu Nabila Huda menekan betapa pentingnya pemilihan pelakon yang berkebolehan dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah drama. Tambah Nabila lagi, pemiliihan pelakon tidak seharusnya berdasarkan jumlah pengikut di media sosial tetapi kemampuan mereka membawa sesuatu watak dengan berkesan.
Sumber dari Instagram AbilJelas pelakon Munafik 1 berkenaan, produser filem atau drama seharusnya tidak memilih pelakon kegemaran stesen tv atau produser sendiri sebaliknya menjalankan uji bakat watak terlebih dahulu bagi memastikan mereka dapat membawa watak berkenaan dengan berkesan.
Sumber dari Instagram AbilNabila Huda turut menempelak production manager yang tidak menjalankan tanggungjawab sepenuhnya kerana set lokasi pengambaran yang tidak kena dengan skrip serta mengulang-ulang set lokasi pengambaran yang pernah dipakai sebelum ini bagi filem atau drama lain.
Sumber dari Instagram AbilNamun Nabila Huda atau mesra dipanggil Abil menyedari bahawa kebanyakan dari krew belakang tadbir tidak dibayar dengan upah sepatutnya sekiranya melakukan kerja lebih masa. Oleh itu Abil meminta pihak produser untuk memberi bayaran tambahan sekiranya mereka terpaksa bekerja lebih masa.
Sumber dari Instagram AbilAbil turut menegur manager artis baru yang meletakkan harga tidak masuk akal untuk satu episod drama. Oleh itu beliau menyarankan agar manager berkenaan study terlebih dahulu untuk menjadi manager yang baik dan tidak mementingkan duit semata-mata.
Sumber dari Instagram AbilTambah Abil, pihak produksi perlulah memastikan baju yang yang ditaja sesuai dengan watak meskipun ianya percuma. Dalam masa yang sama, Abil berkata isu bajet tidak perlulah menjadi penghalang kepada kejayaan industri hiburan kerana industri seni tempatan mempunyai banyak bakat hebat dalam sesuatu bidang hiburan.
OHMEDIA: BETUL TU, SEHARUSNYA SESUATU DRAMA ATAU FILEM PERLULAH MEMPUNYAI BAJET YANG MENCUKUPI AGAR MASALAH BAJET TIDAK MENJEJASKAN KEJAYAAN DRAMA ATAU FILEM BERKENAAN.
Kredit: Instagram @kupu_kupu
+ Baca respon pembaca Abil luah kekesalan terhadap industri hiburan di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.terengganu11.com/2020/05/asal-scene-kampung-je-mesti-hulu-langat.html