Arwah Ustaz Norazli Saman Ahmad Syihan Sampai Bankrap


Perjuangan Allahyarham Ustaz Norazali Musa semenjak masih hayat untuk menolak fitnah berangkai ke atas beliau menemui jalan kebenaran baru-baru ini. Hal ini berikutan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang mengeluarkan perintah kebankrapan ke atas Defendan kes, iaitu Ahmad Syihan Ismail pada 21 Julai 2020 lepas.
Semasa hayatnya, Allahyarham yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada Julai 2015 telah bertindak menyaman Defendan kerana menerbit dan menyiarkan kata-kata fitnah terhadap beliau. Fitnah Ahmad Syihan disiarkan dalam Facebook beliau yang turut disebutkan dalam pernyataan tuntutan, iaitu “Ceramah di Jelai semalam, Norazli Taliban kata sape keluar Jemaah Islam (PAS) jatuh kafir” sedangkan kata-kata itu tidak diucapkan oleh Allahyarham dalam ceramah beliau.


Allahyarham yang dikenali ramai sebagai ‘Ustaz Taliban’ mendakwa fitnah tersebut menyebabkan beliau dicaci, dipersenda, dicemuh oleh orang ramai hingga menyebabkan kerosakan kepada reputasi beliau. Untuk rekod, ketika kata-kata fitnah tersebut disiarkan Allahyarham merupakan Presiden Pertubuhan Pendokong Dan Pencinta Ulamak  (Geng Ustaz) serta penceramah bertauliah di masjid, surau dan premis-premis awam. Malah PAS dan pimpinannya sendiri menerima kecaman teruk daripada warga maya dan masyarakat.
Saman untuk membersihkan nama Allahyarham didengar di Mahkamah Seksyen Kota Bharu dengan memohon gantirugi, permohonan maaf oleh defenden di akhbar-akhbar tempatan dan Facebook serta kos atau relif lain.  Setelah menjalani perbicaraan, pada tanggal 19 April 2016 mahkamah membenarkan tuntutan Allahyarham selaku Plaintif. Malah, ketika perbicaraan Defendan disahkan tidak berada dalam majlis ceramah Allahyarham, sebaliknya abang beliau yang berada di situ.
Ahmad Syihan sebagai Defendan diperintah membayar gantirugi am serta teladan sebanyak RM50,000 berserta kos perbicaraan RM4,450.00 kepada Allahyarham serta memohon maaf kepada Allahyarham yang mesti disiarkan di facebook dan akhbar-akhbar tempatan.
Defendan kemudian membuat rayuan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Namun, pada 20 Februari 2017 mahkamah membuat keputusan menolak rayuan tersebut dan mengekalkan keputusan Mahkamah Seksyen sebelum itu di samping perlu membayar kos perbicaraan. Yang Arif Hakim bersetuju bahawa Allahyarham telah berjaya membuktikan tiga elemen penting, iaitu kata-kata iatu adalah fitnah, ia ditujukan kepada Allahyarham selaku Plaintif dan ia telah diterbitkan oleh Defendan. Setelah tewas dua kali, Ahmad Syihan tidak lagi berani membawa kes tersebut di peringkat yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, Defendan bukan setakat tidak memohon maaf malah turut gagal membayar ganti rugi dan kos yang diperintahkan oleh mahkamah. Untuk menegakkan haknya mengikut lunas undang-undang, Allahyarham kemudiannya memulakan tindakan kebankrapan ke atas Defendan. Namun Allah SWT yang Maha Pengasih telah menjemput beliau terlebih dahulu – pada 12 Mac 2019 ketika beliau di bumi Madinah – sebelum sempat tindakan kebankrapan dimuktamadkan.
Namun, kecekalan naik turun mahkamah oleh Allahyarham disambut oleh wakilnya yang juga isteri beliau, Mastura Ahmad. Lantas kes tindakan kebankrapan di atas Ahmad Syihan diteruskan di Mahkamah Tinggi. Akhirnya pada 21 Julai 2020 lepas, Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengisytiharkan hukuman bankrap ke atas Defendan.
Peguam Allahyarham, Mohd Jamil Yaacob ketika ditemui Portal Shahalamku.com berkata tindakan komital terhadap Defendan akan diteruskan kerana menghina Mahkamah apabila gagal untuk meminta maaf secara terbuka kepada Allahyarham termasuk di akhbar-akhbar utama. Selain Mohd Jamil, Allahyarham turut diwakili oleh peguam Kamarulzaman Jusoh daripada Tetuan Srihana Mohamad & Partners, sementara Defendan diwakili peguam Zulhazmi Shariff.
Bagi Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, YDP PAS Shah Alam keputusan mahkamah tersebut sangat disyukuri memandangkan kecekalan dan kesabahan Allahyarham serta keluarga ketika menghadapi pelbagai fitnah ke atas mereka. Beliau yang juga AJK Geng Ustaz dapat memahami keperitan Allahyarham saat-saat akhir hayatnya yang masih gagah berdakwah ke sana-sini walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran kiri dan kanan.
Allahyarham dikenali seorang yang ikhlas dan istiqamah dengan Islam. Dikenali dengan usaha dan kental beliau dalam perjuangan Islam. Namun, ramai tidak menyangka perjuangannya menegak kebenaran bukan sahaja semasa hidup, malah berlarutan ketika arwah telah berada di alam barzakh. Didoakan kebaikan berpanjangan untuk Allahyarham Ustaz Norazli. Al-Fatihah.

#Sumber :  — shahalamku.com (NBD)  
    


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/arwah-ustaz-norazli-saman-ahmad-syihan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Kenyataan Hidayah Isteri Arwah Abam Berkenaan Isu Saman

Ini Kenyataan Hidayah Isteri Arwah Abam Berkenaan Isu Saman

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 377 hits
Kembali panas berkenaan isu melibatkan keluarga arwah Abam Bocey Kali ini isu saman menyaman antara balu Abam dan juga adik arwah iaitu Ali Puteh Nor Hidayah ditanya wartawan apa sebenarnya yang berlaku namun ibu tunggal ini lebih memilih u...
Rina Harun Hadapi Saman Muflis

Rina Harun Hadapi Saman Muflis

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 312 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dilaporkan berhadapan dengan saman muflis selepas berhutang dengan sebuah syarikat produksi filem dan televisyen yang berpusat di Paris sebanyak RM1 9 juta Memetik lap...
Penerbit Aadd Tetap Teruskan Saman Rm50 Juta Syak Angkara Orang Dalam

Penerbit Aadd Tetap Teruskan Saman Rm50 Juta Syak Angkara Orang Dalam

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 292 hits
Selepas 30 minit mengumumkan mahu menyaman platform e dagang itu telah bertindak menurunkan link filem terbitan saya Namun saya akan tetap teruskan sama pihak yang bertanggungjawab sebab ini berkaitan isu hak cipta yang telah dicetak rompak...
Hiburan Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

Hiburan Tindakan Saman Hanya Terhadap Ali Tanpa Ahli Keluarga Lain Hidayah Akui Tak Saman Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 430 hits
Seakan kembali menjadi bualan hangat netizen apabila konflik yang membabitkan Nor Hidayah bersama keluarga mertuanya makin berpanjangan apabila peguam balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Mohamed Ibrahim Mohamad menjelaskan tiada sebarang sama...
Ditipu Rm634 400 Jemaah Haji Nekad Fail Saman

Ditipu Rm634 400 Jemaah Haji Nekad Fail Saman

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 336 hits
Ditipu RM634 400 jemaah haji nekad fail saman Dikemas kini 46 minit yang lalu Diterbitkan pada 8 Sep 2020 4 17PM
Kes Saman Awal Scha Dengan D Haja Mahkamah Cadang Selesai Melalui Mediasi

Kes Saman Awal Scha Dengan D Haja Mahkamah Cadang Selesai Melalui Mediasi

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 310 hits
Kes saman membabitkan pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya Scha Alyahya dengan syarikat pembekal tekstil D Haja Sdn Bhd yang kini berada di peringkat rayuan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mencadangkan supaya diselesaikan secara baik ...
Jpj Selangor Raih Kutipan Saman Rm1 6 Juta

Jpj Selangor Raih Kutipan Saman Rm1 6 Juta

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 350 hits
SELANGOR Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ Selangor menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila meraih RM1 6 juta kutipan saman menerusi tawaran pengurangan saman sehingga 70 peratus yang bermula sejak 1 hingga 30 Ogos lalu Men...
Mesti Serba Salah Pakcik Yang Rakam Video Tu Polis Saman Pemilik Kereta

Mesti Serba Salah Pakcik Yang Rakam Video Tu Polis Saman Pemilik Kereta

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 284 hits
Susulan viral video di media sosial seorang kanak kanak lelaki berusia 9 tahun memandu kereta tanpa lesen polis telah mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan itu Ketua Polis Daerah Rembau Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam b...
Minyak Sawit Di Sebalik Saman Terhadap Eu Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka

Minyak Sawit Di Sebalik Saman Terhadap Eu Rakyat Malaysia Perlu Lebih Peka

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 308 hits
Dua bulan yang lalu Menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah mengeluarkan kenyataan bahawa KPPK telah membuat satu ketetapan dan telahpun mengumumkan bahawa kerajaan akan memfailkan tindakan undang undang terhadap Ke...
Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Nak Rasa Cromboloni Sedap Boleh Ke Flour Crown Jitra

Nostalgia Bedak Sejuk

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Adik Ipar Nak Tumpang Rumah Kemudian Datang Lagi Sorang Akhirnya Kami Laki Bini Dah Kurus Kering

Aku Ceraikan Isteri Ikut Kehendak Dia Sebab Dia Tak Pandai Buat Air Ikut Tekak Keturunan Kami

Stop The Drip Stay Warm A Guide To Oil Tank Replacement Services

Kempen Pn Dijangka Menggila Selepas Usaha Serang Kerajaan Tak Berhasil



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Unveiling The Efficiency Of Delta 8 Gummies An Extensive Guideline

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari

Adira Suhaimi Kasih Chord

Bila Duit Nak Masuk

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats