Arwah Nabil Mentor Lembut Bila Bercakap Dengan Anak Anak Momen Beraya Bersama Keluarga Undang Sebak


Arwah Nabil Mentor lembut bila bercakap dengan anak-anak, momen beraya bersama keluarga undang sebak. Nabil Zamanhuri atau panggilan mesranya ‘Nabil Mentor’ telah meninggal dunia pada 25 Mei lalu pada usia 37 tahun.
Arwah Nabil Mentor Lembut Bila Bercakap Dengan Anak-anak Arwah seorang lelaki yang dikenali sebagai suami dan ayah yang penyayang. Menerusi video yang dikongsikan oleh ibunya Fatimah Abdullah di laman TikTok @timbigpix menunjukkan betapa lembutnya arwah berbicara dan berinteraksi dengan anak-anak.

Kenangan manis dan kebahagiaan Nabil & Adelia – Al-Fatihah buat Nabil bin Zamanhuri- tulis Fatimah di ruangan kapsyen. 
@timbigpix Kenangan manis dan kebahagiaan Nabil & Adelia – Al-Fatihah buat Nabil bin Zamanhuri #nabilzamanhuri #familyguy #rinduanak #cintasejati❤️ #allahsayang @Najihah Zamanhuri @Madihah ❁ @AMMAR NAAM @nabilzamanhuri
♬ Kamu Dan Kenangan – liriiklagu

Pada hari raya terakhir sebelum pemergiannya, arwah Nabil dilihat sangat tenang dan lembut dalam setiap perbuatan dan kata-katanya, terutama sekali terhadap anak-anaknya.
Momen Beraya Bersama Keluarga Undang Sebak Memetik AWANI, Fatimah mengesahkan kematian anaknya disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital. Dalam pada itu, Fatimah memberitahu ia juga berkemungkinan berkait dengan stres (tekanan) termasuk cara pemakanan tidak teratur.
Sepanjang hayatnya, arwah Nabil telah berkhidmat bersama Astro selama lima tahun sebagai Digital Strategist dan Content Development Unit untuk saluran Melayu. Ia termasuk mengelolakan kandungan digital untuk rancangan signature Astro seperti Big Stage, Gegar Vaganza dan terbaharu The Hardest Singing Show.

Dalam karier nyanyiannya arwah pernah menyertai program pencarian bakat, Mentor musim pertama di TV3 pada 2005 dan menyandang gelaran naib juara.
Arwah Nabil juga pernah menghasilkan satu album, Dari Jauh pada 2006 dan antara single nyanyiannya seperti Hati Ini, Hey Emma, Dari Jauh, Beku, Selangkah (OST Aladdin) dan Kenangan Lama (OST drama Ijab Kabut).
Dalam lakonan, Nabil pernah membintangi drama Seribu Erti pada 2007, Kerana Kirana 2 (2008), Kamelia Katrina (2009) dan Ijab Kabut (2022), selain filem Aladdin dan Boboiboy Movie 2 sebagai Kapten Kaizo (2019).
Nabil bertemu jodoh dengan wanita pilihan, Adelia Citra Hapsari pada 2014, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, kini berusia tiga tahun.
Sumber: TikTok @timbigpix dan Awani
Baca artikel lain juga: Cantik Anak Eira Syazira Pak Azad, Amarra Sofea Rose Kurus, Tinggi Macam Ibunya
 
 
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
The post Arwah Nabil Mentor Lembut Bila Bercakap Dengan Anak-anak, Momen Beraya Bersama Keluarga Undang Sebak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/arwah-nabil-mentor-lembut-bila-bercakap-dengan-anak-anak-momen-beraya-bersama-keluarga-undang-sebak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nampak Penyayang Dan Lembut Dengan Anak Anak Video Raya Terakhir Nabil Zamanhuri Undang Sebak Netizen

Nampak Penyayang Dan Lembut Dengan Anak Anak Video Raya Terakhir Nabil Zamanhuri Undang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 283 hits
Satu video menjadi tumpuan warga maya di aplikasi TikTok di mana ia merakamkan momen sambutan hari raya terakhir Allahyarham Nabil Zamanhuri Bekas penyanyi dan juga personaliti TV itu sebelum ini dilaporkan meninggal dunia pada bulan Mei ya...
11 Tahun Menanti Zuriat Reaksi Suami Isteri Ini Undang Sebak Netizen

11 Tahun Menanti Zuriat Reaksi Suami Isteri Ini Undang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 334 hits
Sudah menjadi lumrah pasangan berkahwin untuk mempunyai zuriat namun tidak semua mempunyai rezeki yang sama Terbaru sepasang suami isteri berkongsi berita gembira mereka yang sudah 11 tahun menanti untuk dikurniakan cahaya mata Dalam perkon...
Cara Bercakap Dengan Anak Lelaki Perempuan Kena Berbeza Ini Caranya

Cara Bercakap Dengan Anak Lelaki Perempuan Kena Berbeza Ini Caranya

papar berkaitan - pada 10/7/2024 - jumlah : 162 hits
Cara bercakap dan berkomunikasi dengan anak lelaki dan anak perempuan seharusnya berbeza kerana cara berfikir bagi kedua dua anak ini punya cara tertentu Inilah yang dikongsikan oleh menerusi Instagramya Anak lelaki perlu dilatih menggunaka...
Sendiri Pakai Telefon Retak Permintaan Bapa Sebelum Belikan Anak Iphone Bikin Sebak

Sendiri Pakai Telefon Retak Permintaan Bapa Sebelum Belikan Anak Iphone Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 4/7/2024 - jumlah : 224 hits
Seorang bapa telah datang ke kedai telefon untuk membelikan anaknya iPhone walaupun diri sendiri pakai telefon retak membuatkan ramai sebak Mahu belikan anak iPhone Menerusi perkongsian yang dibuat pemilik kedai dikenali sebagai Chegu Aiman...
Tak Sengaja Terjumpa Wanita Sebak Dapat Peluk Mak Cik Persis Arwah Ibu

Tak Sengaja Terjumpa Wanita Sebak Dapat Peluk Mak Cik Persis Arwah Ibu

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 73 hits
Wanita sebak dapat peluk mak cik persis wajah ibunya apabila baru baru ini secara kebetulan merakam wajah warga emas berkenaan yang ditemui di sebuah pasaraya MHI beri kejutan Menerusi posting yang dibuat benaffiq dia telah berkongsi momen ...
Datin Alyah Kongsi Wajah Anak Comelnya Zara Ramai Teruja Tok Ram Pegang Baby

Datin Alyah Kongsi Wajah Anak Comelnya Zara Ramai Teruja Tok Ram Pegang Baby

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 199 hits
Perkongsian Datin Alyah yang sempat mengucapkan selamat hari bapa buat suaminya Dato s Ramly MS menarik perhatian ramai Biarpun masih berapa di Mekah bagi mengerjakan ibadah haji namun penyanyi bersuara lantang itu tidak terlepas memberi uc...
Video Luhut Blak Blakan Makan Gratis Prabowo Sebut Anak Indonesia Tak Pernah Makan Daging

Video Luhut Blak Blakan Makan Gratis Prabowo Sebut Anak Indonesia Tak Pernah Makan Daging

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 139 hits
Luhut mengapresiasi program tersebut karena menilai banyak anak di Indonesia yang tidak pernah memakan daging maupun telur
Makanan Tinggi Proses Tak Elok Untuk Anak Makin Sihat Imun Makin Kuat

Makanan Tinggi Proses Tak Elok Untuk Anak Makin Sihat Imun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 21/6/2024 - jumlah : 213 hits
Anak yang kerap demam dan tidak sihat selalu membuatkan kita resah dan bimbang Salah satu cara yang kita perlu perbetulkan adalah mengawal pemakanan anak Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan makanan tinggi proses paling penting dielakkan ...
Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti

Perubahan Iklim Tingkatkan Risiko Ozon Paras Tanah Sebagai Pencemar Udara Sekunder

Tunai Haji Selesa Dengan Pakej Premium Mkm Travel

Bawang Besar

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef