Arwah Ahmad Ammar Kisah Hebat Remaja Dari Malaysia Yang Dimakamkan Di Kuburan Sahabat Nabi


Arwah Ahmad Ammar, Kisah Hebat Remaja Dari Malaysia Yang Dimakamkan Di Kuburan Sahabat NabiAnda mungkin pernah mendengar kisah mengenai Allahyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam suatu ketika dahulu. Pemuda yang merantau ke Bumi Eropah untuk menuntut ilmu namun ditakdirkan meninggal dunia dalam usianya yang sangat muda setelah menjadi mangsa kemalangan jalan raya.
Selepas meninggal dunia, nama Allahyarham menjadi sebutan bukan sahaja di negara dimana jasadnya dikebumikan iaitu di Turki, malah turut disebut-sebut dalam kalangan belia dalam negara.
Kematian beliau begitu dicemburui malah jenazahnya diberi pernghormatan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan yang menempatkan jasad 60 para syuhada yang juga sahabat-sahabat Nabi yang membebaskan Konstatinopel antaranya Abu Ayyub al-Ansari .
Ikuti perkongsian oleh saudara Muhammad Najmie Ruslan yang sempat menziarahi pusara Allahyarham dan kisah syahid yang tertangguhnya di bawah.
AHMAD AMMAR, KISAH SYAHID YANG TERTANGGUH
“Alhamdulilah saya sempat menziarahi Pusara Ahmad Ammar, seorang Anak Muda yang diberikan penghormatan oleh Kerajaan Turki untuk dikebumikan di Tanah perkuburan Ayub.
Apabila sampai di sana, sejuk mata memandang apabila melihat kubur pusara Ahmad Ammar penuh dengan bunga2 tulip yang hidup dengan suburnya.”
Ahmad Ammar Bin Ahmad Azam telah pergi menemui Tuhannya pada usia semuda 20 tahun di dalam kemalangan jalan raya ketika Awal Muharram di Istanbul, Turki.
Ahmad Ammar telah memilih bidang sejarah di Universiti Marmara dengan mendapat biasiswa Kerajaan Turki.
Semangatnya untuk mendalami sejarah Uthmaniyyah dan melihat Kerajaan Islam kembali tertegak selari dengan cita-cita ayahanda dan bondanya.
Sememangnya beliau dilahirkan di dalam keluarga yang mementingkan ilmu, ibadah, dakwah dan pengorbanan.
Ayahandanya Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dan ibunya Puan Nur Azlina Aziz.
Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Ahmad Ammar merupakan pelajar yang sangat cemerlang SPM di RMC (Maktab Tentera Diraja) namun memilih menyambung pengajian di bidang Sejarah di Turki, bersama harapan dan perancangan kedua ibu bapanya
Juga, untuk menjadikan dirinya pemimpin negara kita yang pakar dalam sejarah khususnya Sejarah Uthmaniyyah, dan fasih bertutur di dalam bahasa Turki serta mendapat pendidikan di sana.
Sungguh bagi remaja semuda Ammar, untuk mendengar alunan Quran sebagai halwa telinga mungkin menjadi pilihan yang terakhir sekali.
Namun tidak untuk Ammar. Beliau dikhabarkan keluar rumah setelah membaca al-Quran dalam tempoh yang panjang.
Malah pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia.
Misi ke Syria begitu menyayat hati, seolah-olah Ammar tertinggal hatinya di Syria.
Meskipun letupan demi letupan meletus di kiri dan kanan malah terlalu hampir dengan hospital tempat penginapan mereka, namun Ammar teguh tidak gentar ingin terus membantu Syria.
Allahu Akbar!
Sejak pulang dari Syria itulah sahabat-sahabat menggelarnya “Syahid yang Tertangguh”.
Alangkah bertuahnya ayahanda dan bonda beliau kerana dapat menyaksikan sendiri perjalanan terakhir seorang anak dengan pengakhiran yang baik.
Ribuan manusia memenuhi Masjid Abu Ayyub al-Ansari, malah dimakamkan berhampiran sahabat agung Rasulullah saw iaitu Abu Ayyub al-Ansari yang berjihad dalam angkatan pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Seorang sahabat menulis, Ammar adalah “Muhajir” dan menjadi tetamu kepada Abu Ayyub al-Ansari.
Subhanallah indahnya “tawafuk” yang disusun Allah dan bukan kebetulan.
Sekiranya kita masih mengingati sejarah hijrah Rasulullah S.A.W dari Makkah ke Madinah, bukankah Baginda Rasulullah s.a.w menjadi tetamu di rumah Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari?
Bukankah unta Baginda S.A.W dengan hidayah Allah telah memilih rumah Abu Ayyub al-Ansari tidak yang lain?
Secara simboliknya Ahmad Ammar Ahmad Azzam berhijrah menuntut ilmu dari Malaysia ke Turki seperti hijrahnya Baginda S.A.W dari Makkah ke Madinah.
Taqdir Allah menentukan Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari terpilih untuk memuliakan Rasulullah S.A.W di rumahnya, begitu jugalah Ahmad Ammar menjadi tetamu kepada Sayyidina Abu Ayyub al-Ansari di permakaman Eyup, Turki.
Inilah rezeki beliau yang pastinya amat menggembirakan ayahanda dan bondanya yang kesedihan.
Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa’:
“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Subhanallah, pada pagi kejadian, Ammar keluar menuju rumah pelajar-pelajar baru dari Asia Tenggara dengan semangat untuk berkongsi ilmu dan bermuzakarah Rasail Nur karangan Imam Bediuzzaman Said Nursi.
Malah catatan terakhirnya dan di masukkan ke 
dalam beg sandang beliau berbunyi:
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.
Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting.
Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun.
Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini.”
Namun seperti yang dicatatkan ayahandanya, Tuan Haji Ahmad Azam, beliau sempat melintasi jalan, namun kehilangan imbangan badan dan terjatuh lalu dirempuh sebuah ambulan.
Beliau pergi pada usia 20 tahun, penuntut tahun dua Universiti Marmara.
Beliau amat rindukan syahid.
Rupa-rupanya Ahmad Ammar ini telah pun menyaksikan bidadarinya sehingga beliau tidak lagi menoleh ke kiri atau ke kanan dalam mengejar cita-citanya.
Beliau terus berkhidmat untuk berdakwah dan tekun beramal sehingga pada tarikh itu berakhirlah tugasan beliau di bumi yang fana ini.
Alhamdulillah kerana Allah dengan kasih sayang-Nya masih memelihara agama ini dengan adanya remaja-remaja seumpama Ammar.
Masya Allah Tabarakallah!
Untuk insan yang istimewa ini —-> Al-Fatihah.
“Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Hanya pada hari Kiamat sajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”  Al-Imran:185
“Andai aku syahid, kebumikan aku di pinggir Constantinople. Agar pada suatu hari nanti, apabila aku mendengar tapak kaki kuda tentera Islam di atas kuburku, tahulah aku bahawa janji Nabi, telah tertunai!”
– Abu Ayyub al-Ansari r.a. 44H –
Sumber: Muhammad Najmie Ruslan
The post Arwah Ahmad Ammar, Kisah Hebat Remaja Dari Malaysia Yang Dimakamkan Di Kuburan Sahabat Nabi appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/arwah-ahmad-ammar-kisah-hebat-remaja-dari-malaysia-yang-dimakamkan-di-kuburan-sahabat-nabi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Nabi Muhammad

Kisah Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 436 hits
Kisah Nabi Muhammad Inilah Kalimat yang Diajarkan Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad ketika Isra Mi rajby ADA sebuah kalimat yang diajarkan Nabi Ibrahim alaihis salam pada Nabi kita Muhammad shallallahu alaihi wa sallampada malam Isra Mi raj...
Kisah Nabi Yusuf Menuju Ke Mesir

Kisah Nabi Yusuf Menuju Ke Mesir

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 835 hits
KISAH NABI YUSUF BAGIAN KE 2PERJALANAN KE MESIR Imam As Sudai berkata Nabi Yusuf tinggal di sumur selama tiga hari dan pada hari keempat datanglah rombongan pedagang dari kota Madyan hendak mengadakan perniagaan di Mesir Mereka beristirahat...
Viral Kisah Remaja Belajar 17 Jam Sehari Demi Keluar Dari Kemiskinan

Viral Kisah Remaja Belajar 17 Jam Sehari Demi Keluar Dari Kemiskinan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 274 hits
Pendidikan tentu menjadi cara paling efektif untuk mengentas kemiskinan Mengetahui hal tersebut seorang remaja mendedikasikan masa mudanya untuk tekun belajar Ia pun menjadi inspirasi bangsa setelah viral karena belajar hingga 17 jam dalam ...
Dua Hati Satu Jiwa Genap 20 Tahun Kisah Penderma Hati Pertama Malaysia Buat Ramai Terkesan

Dua Hati Satu Jiwa Genap 20 Tahun Kisah Penderma Hati Pertama Malaysia Buat Ramai Terkesan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 548 hits
Dua hati satu jiwa Genap 20 tahun kisah penderma hati pertama Malaysia buat ramai terkesan Mungkin ramai yang sudah terlupa mengenai kisah yang berlaku 20 tahun lepas mengenai seorang bayi yang memerlukan penderma hati bagi terus hidup Pada...
Kisah Nabi Yusuf Skandal Di Istana Quthifar

Kisah Nabi Yusuf Skandal Di Istana Quthifar

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 778 hits
KISAH NABI YUSUF BAGIAN KE 3SKANDAL DI ISTANA QUTHIFARQithfir mengajak Yusuf tinggal dirumahnya dseperti yang tersurat dalam Surat Yusuf yang artinya Qithfir berkata pada isrinya muliakanlah ia mungkin ia sangat bermanfaat baghi kita dan an...
Arti Isra Miraj Kisah Nabi Muhammad Dan Sejarah Diperintahkannya Sholat Untuk Pertama Kalinya

Arti Isra Miraj Kisah Nabi Muhammad Dan Sejarah Diperintahkannya Sholat Untuk Pertama Kalinya

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 336 hits
Kehadiran Rasulullah SAW mendakwahkan kebenaran dari Allah SWT rupanya membuat orang orang musyrik Makkah benar benar kehilangan kesabaran Rintangan dan terror yang ditujukan kepada Nabi dan para pengikutnya tidak lagi mempertimbangkan wakt...
Status Kisah Kehamilan Wanita Mandul Di Zaman Nabi Musa A S

Status Kisah Kehamilan Wanita Mandul Di Zaman Nabi Musa A S

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 679 hits
Soalan Apakah status kisah ini berkaitan mukjizat doa dan kelebihan mengucapkan perkataan Ya al Rahim Seorang wanita telah datang kepada Nabi Musa Wanita itu berkata Doalah kepada Tuhanmu agar mengurniakan kepadaku seorang zuriat Lalu Nabi ...
Saya Tak Suka Bertudung Walaupun Arwah Suami Puji Cantik Bila Berhijab Wilma Muhammad Kongsi Kisah Hijrahnya

Saya Tak Suka Bertudung Walaupun Arwah Suami Puji Cantik Bila Berhijab Wilma Muhammad Kongsi Kisah Hijrahnya

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 2327 hits
Seksi dan menggoda Itu antara watak yang sering dipegang pelakon Wilma Mummmad satu ketika dahulu Popular dengan filem Ghazal Untuk Rabiah dan Pasrah Wilma telah mengubah cara hidupnya untuk menjadi Muslimah sejati selepas berkahwin dengan ...
Sertai Prokids 2019 Bimbingan Ustaz Ebit Lew Yang Membantu Remaja Malaysia

Sertai Prokids 2019 Bimbingan Ustaz Ebit Lew Yang Membantu Remaja Malaysia

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 493 hits
Assalamualaikum Aku antara peminat setia Ustaz Ebit Lew memang setiap hari aku akan mendengar dan mengikuti perkembangan kisah kisah yang dipaparkan di laman sosialnya Aku pernah beberapa kali bertemu dengannya dan setiap kali dengar cerama...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun