Arul Kanda Hadir Di Sprm Rileksmedia


PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan pindaan laporan akhir audit 1MDB.
Beliau tiba di SPRM kira-kira 9.30 pagi.
Terdahulu, bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Dr Ali Hamsa turut kelihatan berada di ibu pejabat SPRM itu namun media tidak mengetahui tujuan kedatangan beliau.
Pada 25 Nov lepas, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad mendedahkan laporan akhir audit 1MDB diubah dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahu mengenai perkara itu.
Madinah turut mendedahkan dua perkara penting digugurkan dalam laporan itu ialah kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB serta status kewangan 1MDB.
Pada hari sama, SPRM dilaporkan berkata pihaknya sudah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan laporan itu dan akan memanggil beberapa saksi bagi memberi keterangan dan membantu siasatan.
Semalam, Najib ditahan kira-kira dua jam setengah di SPRM ketika hadir untuk dirakam keterangannya berhubung isu pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB itu sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Pada 6 Dis lalu, Najib hadir kali pertama untuk memberi keterangan yang mengambil masa kira-kira empat jam di SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes sama.
Antara yang telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes ini ialah bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad. – BERNAMA

sumber : mynewshub
The post Arul Kanda Hadir Di SPRM – RileksMedia appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/arul-kanda-hadir-di-sprm-rileksmedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Arul Kanda Ditahan Sprm Rileksmedia

Arul Kanda Ditahan Sprm Rileksmedia

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 405 hits
PUTRAJAYA Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad Arul Kanda Kandasamy ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini ketika hadir di ibu pejabat SPRM di sini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan pindaan lap...
Laporan Audit 1mdb Sprm Nafi Akan Dakwa Arul Kanda

Laporan Audit 1mdb Sprm Nafi Akan Dakwa Arul Kanda

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 448 hits
Sumber SPRM berkata Arul Kanda Kandasamy sudah dipanggil semalam dan kertas siasatan belum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara kerana siasatan masih dijalankan KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menafikan Arul Kanda Kan...
Arul Kanda Ditangkap Sprm

Arul Kanda Ditangkap Sprm

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 486 hits
Arul Kanda Kandasamy ditahan sejurus beliau tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di sini pada 9 45 pagi ini Bekas ketua pegawai eksekutif 1Malaysia Development Bhd hadir dipercayai bagi membantu siasatan dakwaan pindaa...
Pinda Laporan Audit 1mdb Arul Kanda Ditahan Sprm Kata Peguam

Pinda Laporan Audit 1mdb Arul Kanda Ditahan Sprm Kata Peguam

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 416 hits
Arul Kanda Kandasamy tiba di ibu pejabat SPRM kira kira 9 30 pagi tadi PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkaitan dakwaan meminda laporan Akhir Pengauditan 1MDB...
Prosecutors Set To Charge Ex Pm Najib And Arul Kanda On Wednesday

Prosecutors Set To Charge Ex Pm Najib And Arul Kanda On Wednesday

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 387 hits
PUTRAJAYA Graft prosecutors are set to charge Datuk Seri Najib Tun Razak and former 1MDB president Arul Kanda Kandasamy on Wednesday over the tampering of the company s final audit report Sources said that the former prime minister will be ...
Sources Arul Kanda To Be Charged Over 1mdb Audit Report Tampering

Sources Arul Kanda To Be Charged Over 1mdb Audit Report Tampering

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 459 hits
EXCLUSIVE Former 1MDB president Arul Kanda is expected to be hauled to court over the alleged tampering of the government audit report on the firm according to MACC sources Malaysiakini learned that former premier Najib Abdul Razak could al...
Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat Ariff Rileksmedia

Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat Ariff Rileksmedia

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Datuk C Sivarraajh kekal sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands dan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga proses rayuan di mahkamah selesai Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof membuat keputusan...
Pac Akan Panggil Ali Hamsa Apandi Dzulkifli Dan Arul Kanda

Pac Akan Panggil Ali Hamsa Apandi Dzulkifli Dan Arul Kanda

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 438 hits
4 Dis 2018 Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara berkata akan memanggil empat lagi individu dalam siasatannya terhadap dakwaan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB Menurut Pengerusi PAC Ronald Kiandee mereka adalah bekas peguam negara Apa...
Ex Ag Apandi Arul Kanda To Be Called Up By Pac Soon

Ex Ag Apandi Arul Kanda To Be Called Up By Pac Soon

papar berkaitan - pada 5/12/2018 - jumlah : 350 hits
Former attorney general Mohamed Apandi Ali is among those due to be called up by the parliamentary Public Accounts Committee soon According to PAC chairperson Ronald Kiandee the three other individuals expected to be called up regarding the...
Cara Nak Sertai Daftar Sumud Flotilla Ke Gaza

Budi Madani Ron95 3 Easy Ways To Claim Your Fuel Subsidy

Kelebihan Kad Kredit Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Platinum

Signing Up For An Account Texas88 Login Trusted

Laporan Rasmi Sncc Berhubung Situasi Terkini Gsf

Tia8king 31 Tia8king Top 54 By Delila

Best Dinner Recipes Good

Monolog Jiwa Tolonglah Dengan Ikhlas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Cara Urus Kewangan Peribadi Dengan Bijak Walaupun Gaji Kecil

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar