Artis Artis Muda Menghargai Kekayaan Warisan Malaysia Semasa Pandemik


Walaupun menghadapi pelbagai cabaran dalam menganjurkan pertandingan seni ketika pandemik, Kumpulan Usaha Tegas tetap berazam untuk menyediakan platform bagi anak-anak muda Malaysia menunjukkan bakat masing-masing melalui “Usaha Tegas Heritage Art Competition 2021”



Kumpulan Usaha Tegas, sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki oleh ahli perniagaan, Encik T Ananda Krishnan, mempunyai kepentingan dalam pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa yang beroperasi dalam beberapa industri termasuk industri telekomunikasi, media, hartanah serta minyak dan gas

Pertandingan “Usaha Tegas Heritage Art Competition” dianjurkan setiap tahun dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan menggalakkan artis baharu untuk mempamerkan bakat unik mereka serta memupuk rasa bangga dan cinta terhadap kekayaan warisan negara dalam kalangan orang muda di Malaysia

Pertandingan ini sudahpun memasuki tahun ke-21 penganjuran dan pada tahun ini telah menerima sebanyak 251 karya seni daripada 26 institusi pengajian tinggi. Peserta-peserta pertandingan diminta menggambarkan warisan budaya Malaysia berdasarkan tema pertandingan iaitu ‘Warisan Malaysia’



Selaras dengan norma digital baharu, 22 orang pemenang pertandingan seni pada tahun ini telah diumumkan dalam upacara penyampaian anugerah secara maya. Puan Maureen Toh, Pengarah, Usaha Tegas Sdn Bhd (UTSB) dan Encik Sivam Kandavanam, Pengarah, UTSB beserta Encik Lim Ghee Keong, Ketua Pegawai Operasi, UTSB telah menyampaikan hadiah bernilai RM63,500 kepada semua pemenang

Puan Maureen Toh, Pengarah UTSB berkata, “Dua tahun yang lalu merupakan cabaran sukar untuk kita semua dan persada seni Malaysia turut terkesan. Namun, kami tetap komited memainkan peranan untuk menyediakan ruang kepada artis muda bagi mempamerkan kreativiti mereka. Dengan usaha bersemangat dan sikap pro-aktif pasukan kami, termasuk kemudahan platform digital, beserta sambutan luar biasa yang ditunjukkan oleh peserta kami, kami dapat mengatasi cabaran dan meneruskan usaha untuk menghayati warisan Malaysia yang pelbagai.”
Beliau berkata, “Pada tahun ini, peserta perlu menggambarkan warisan budaya tidak ketara Malaysia berdasarkan tema ‘Warisan Malaysia’. Kami amat berbesar hati untuk melihat banyak ekspresi-ekspresi yang menawan jiwa bertemakan warisan.” 


Barisan panel juri pertandingan terdiri daripada pengiat-pengiat seni yang terbilang dalam industri tempatan. Panel juri diketuai oleh seni maestro cetak yang telah memenangi anugerah dan mempunyai kerjaya seni yang menjangkaui lebih daripada 30 tahun, Encik Juhari Said. Beliau disertai oleh Puan Bibi Chew, seorang artis multidisiplin yang telah memenangi pelbagai anugerah serta Ar. Paramanathan, seorang ahli pemuliharaan bangunan warisan berpengalaman di Penang

Panel juri pada tahun ini juga disertai oleh kurator seni kanan Balai Seni Lukis Negara, Encik Syahrul Niza. Encik Syahrul ialah seorang ahli jawatankuasa Bakat Muda Sezaman, Pameran Arca Asia Oita (Malaysia) dan Kuala Lumpur Biennale

Ketua juri, Encik Juhari Said, mengulas, “Kategori Arang/Pensel/Dakwat terbukti paling memberangsangkan pada tahun ini. Kami terpesona dengan konseptualisasi karya-karya seni serta teknik kompleks yang digunakan untuk melukiskan karya-karya tersebut.” 


Bagi Kategori Arang/Pensel/Dakwat, Wong Kin Tong berjaya menyandang tempat pertama dengan hasil karya berbentuk patung tanah liat bertajuk Peranakan. Para hakim menganugerahkan dua hadiah naib johan bagi kategori ini kepada Ho Wen Hong dari The One Academy Pulau Pinang dan Yong Hui Lin dari Institut Seni Malaysia. Kategori ini juga menganugerahkan dua hadiah tempat ketiga kepada Ng Sin Koon dan Ooi Jia Hao dari Akademi ATEC

Akademi ATEC merebut kategori Media Campuran pada tahun ini dengan memenangi dua anugerah. Ng Sin Koon muncul sebagai pemenang dengan karya seninya yang begitu menyentuh perasaan yang menggambarkan seorang gadis muda yang terpegun dengan makanan istimewa buatan sendiri di pasar tempatan. Lim Shu Kee dari Akademi ATEC memenangi tempat kedua manakala Muhammad Fahmi bin Hisham dari Universiti Malaysia Sabah menyandang tempat ketiga. Terdapat dua hadiah sagu hati telah diberikan untuk kategori ini

Ng Sin Koon, wakil barisan pemenang-pemenang pada tahun ini, berkata, “Saya berasa gembira menjadi salah seorang daripada pemenang Pertandingan Seni Warisan Usaha Tegas. Terima kasih kerana menyediakan platform serta memberi peluang kepada artis muda untuk menerokai dan mempamerkan kreativiti kami dalam industri seni terutamanya pada situasi semasa yang sukar ini.”


Tan Peng Hong dari Dasein Academy of Art telah memenangi hadiah pertama bagi kategori Minyak/Akrilik manakala Mohd Relmie bin Jimmy dari Universiti Malaysia Sabah dan Sun Jin Cin dari Universiti Sains Malaysia masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga dalam kategori tersebut. Dua peserta juga dianugerahkan dengan hadiah saguhati untuk kategori ini. 
Ho Wen Hong dari The One Academy Pulau Pinang dianugerahkan tempat pertama dalam kategori Cat Air, manakala Tan Hui Leng dari Kolej Antarabangsa Alfa dinobatkan tempat kedua. Tiada pemenang hadiah ketiga untuk kategori ini dan terdapat dua pemenang hadiah sagu hati

Kategori Penghasilan Cetak tidak menghasilkan sebarang pemenang tempat pertama. Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Ahmad Afiq bin Md Sebari dari Universiti Teknologi MARA dan Leow Li En dari Dasein Academy of Art. Kategori ini juga menawarkan satu hadiah sagu hati











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mahagosip.com/2022/02/artis-artis-muda-menghargai-kekayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perkahwinan Artis Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2022

Perkahwinan Artis Selebriti Malaysia Sepanjang Tahun 2022

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 475 hits
Jom kita selongkar antara selebriti tanah air yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahhun 2022 1 Heliza Helmi Datuk Seri Mahadi Badrul ZamanPenyanyi yang juga aktivis kemanusiaan Heliza Helmi 36 kini bergelar isteri ahli perniagaan diperc...
Memalukan Malaysia Lagi Wakil Lembap Kita Ke Yunaited Nesyen Patut Tepuk Meja Saja Serta Rujukan Surah 33 5

Memalukan Malaysia Lagi Wakil Lembap Kita Ke Yunaited Nesyen Patut Tepuk Meja Saja Serta Rujukan Surah 33 5

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 180 hits
Why choose fatwa over civil laws UN committee asks Putrajaya BY YISWAREE PALANSAMY in Malay Mail 21 Feb 2018 KL Feb 21 The Malaysian government should state the legality of Islamic edicts or fatwas and why they take precedence over civil la...
Yoursay Who Scammed Malaysia Most Dr M Najib Or Muhyiddin

Yoursay Who Scammed Malaysia Most Dr M Najib Or Muhyiddin

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 468 hits
YOURSAY All are betrayers kleptocrats extremists in once beautiful nation Doc Malaysians seem to love corrupt politicians The more corrupted the politician is based on how much he walloped from the nation s coffers the more grandeur his ele...
Di Malaysia Muhammad Sajjad Tetap Lelaki Di Negara Atau Alam Lain Dia Nak Jadi Jantina Apa Kita Tak Campur

Di Malaysia Muhammad Sajjad Tetap Lelaki Di Negara Atau Alam Lain Dia Nak Jadi Jantina Apa Kita Tak Campur

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 256 hits
Di Malaysia Muhammad Sajjad tetap lelaki di negara atau alam lain dia nak jadi jantina apa kita tak campur Jantina usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sajat di Malaysia adalah lelaki seperti yang tertera di kad pengenalannya iaitu Muham...
Rakyat Malaysia Kena Belajar Sejarah Jepun

Rakyat Malaysia Kena Belajar Sejarah Jepun

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 187 hits
Malaysia ada 3 PM Jepun ada 4 PM apa nak hairan PAS buktikan kekuasaan mereka politik mudah RAKYAT MALAYSIA KENA BELAJAR SEJARAH JEPUN Semalam saya menulis adakah perlu kita terlalu akademik dlm kempen pilihanraya Saya berhujah tidak perlu ...
Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

Pakej Penjagaan Covid 19 Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 294 hits
Aassalamualaikum Hi korang Semalam SA balik kerja sampai sedikit lewat sampai jer tengok tengok ada 2 parcel kat rumah SA pun tak ingat ada ke SA beli barang online Rasanya macam takde biasa la bila dah stress kerja dan sibuk sangat sanagt ...
Fenomena Drama Jepun Moero Attack Di Malaysia Suatu Ketika Dulu

Fenomena Drama Jepun Moero Attack Di Malaysia Suatu Ketika Dulu

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 293 hits
Assalamualaikum Hi korang Sape lahir 70an 80an tau la drama bersiri Moero Attack yang sangat popular suatu ketika dulu Menjadi satu fenomena dimana sukan bola tampar menjadi ikutan dan sanagt popular SA antara yang terjebak dengan sukan ni ...
Malaysia The Need To Move From Personality To Policy Based Politics Analysis

Malaysia The Need To Move From Personality To Policy Based Politics Analysis

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 161 hits
All the same leaders who have occupied political leadership for decades have been fighting for power Political crises in Malaysia haven t been over any fundamental differences in policy They are simply about who with which group will rule M...
Hisense Malaysia Melancarkan Pengering Dan Pencuci 2 In 1 Mesra Alam

Hisense Malaysia Melancarkan Pengering Dan Pencuci 2 In 1 Mesra Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 253 hits
Hisense dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Mesin Basuh dan Pengering Beban Depan yang sangat cekap serta Super Freezer berkapasiti besar mereka pada akhir Februari 2022 Mesin Basuh Pengering Beban Depan dibuat mudah...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Importance Of Domain Valuation

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan