Di Malaysia Muhammad Sajjad Tetap Lelaki Di Negara Atau Alam Lain Dia Nak Jadi Jantina Apa Kita Tak Campur


'Di Malaysia Muhammad Sajjad tetap lelaki, di negara atau alam lain dia nak jadi jantina apa kita tak campur'



Jantina usahawan kosmetik yang dikenali sebagai Sajat di Malaysia adalah lelaki seperti yang tertera di kad pengenalannya iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.


Beliau berkata Malaysia menentukan jantina setiap individu berdasarkan maklumat yang tertera di kad pengenalan masing-masing.


"Jantina dia (Sajat) adalah sebagaimana dalam IC (kad pengenalan) di negara kita dan itu yang kita guna pakai.


"(Kad pengenalan) adalah dokumen yang sah di negara ini untuk menentukan jantina dia (Sajat) dan sama ada dia ingin pilih negara atau alam mana untuk tentukan jantina, perkara itu kita tidak campur," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Manual Komuniti Hijrah (Lesbian dan Gay) di sini, hari ini.


Semalam, media melaporkan Sajat melalui perkongsian di Instagram miliknya memaklumkan yang beliau menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.


Sebelum ini, Sajat diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.


Pada Jun tahun lalu, polis turut menjejaki beliau bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang sedang berlangsung di Mahkamah Ampang.


Mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan pengharaman buku "Gay is OK! A Christian Perspective" semalam, Ahmad Marzuk berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat mengemukakan rayuan ke peringkat lebih tinggi agar ia tidak menjadi perkara yang menggusarkan orang Islam.


"LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) dan buku itu tidak sepatutnya menjadi satu agenda untuk dinormalisasikan di negara kita… ia tidak sesuai di Malaysia," katanya.


Menurut laporan media, penerbit dan penulis "Gay is OK! A Christian Perspective" berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan perintah Menteri Dalam Negeri yang mengharamkan buku itu pada 2020.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan kehakiman penerbit buku itu Chong Ton Sin dan penulisnya Ngeo Boon Lin.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2022/02/di-malaysia-muhammad-sajjad-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lihat Semua Rakyat Malaysia Mereka Bukan Nak Memulihkan Negara Tetapi Melingkupkan Dengan Berebut Jawatan

Lihat Semua Rakyat Malaysia Mereka Bukan Nak Memulihkan Negara Tetapi Melingkupkan Dengan Berebut Jawatan

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 256 hits
Barangkali negara yang perlu pulihkan MPN Zahid bidas Muhyiddin February 15 2022 Zahid Hamidi berkata mereka yang menggalas tanggungjawab mengepalai MPN wajib melihat pemulihan ekonomi sebagai satu keperluan mendesak PETALING JAYA Presiden ...
Usahawan Kontroversi Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina Jadi Wanita Di Australia

Usahawan Kontroversi Muhammad Sajjad Sah Tukar Status Jantina Jadi Wanita Di Australia

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 209 hits
PETALING JAYA Usahawan kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memaklumkan sudah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia Nur Sajat 35 melalui sesi Live di Instagramnya berkata dia ber...
Kalau Bagi Rm2 Juta Saya Baliklah Muhammad Sajjad Tuntut Rm2 Juta Kalau Nak Dia Balik Nafi Dirinya Bankrupt

Kalau Bagi Rm2 Juta Saya Baliklah Muhammad Sajjad Tuntut Rm2 Juta Kalau Nak Dia Balik Nafi Dirinya Bankrupt

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 288 hits
The ReporterLelaki bernama Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang menjadi buruan pihak berkuasa sehingga memaksa dia lari ke negara lain baru baru ini mengemukakan syarat kepada sesiapa yang mahukan dia pulang semula ke Malaysia perlulah membaya...
Nama Muda Tapi Bab Nak Hormat Orang Lain Kelaut

Nama Muda Tapi Bab Nak Hormat Orang Lain Kelaut

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 297 hits
ADAM ADLI TEGUR PARTI MUDA SHAH ALAM Parti Ikatan Demokratik Malaysia dinasihatkan supaya lebih berhati hati dan tidak cuba untuk menggores hati dan perasan akar umbi Parti Keadilan Rakyat Menurut ahli PKR yang juga aktivis sosial Adam Adli...
Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kenapa Uae Fobia Nak Melabur Kat Malaysia

Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kenapa Uae Fobia Nak Melabur Kat Malaysia

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 255 hits
ABDULLAH MAT ISA 1 Tersebarlah berita UAE melabur RM93 5 billion kat Indonesia dan berkokoklah penyokong penyokong Najib kenapa kerajaan PH tak boleh dapatkan pelaburan UAE 2 Kalau nak tau sebelah Jokowi tu Putera Mahkota Emiriyah Abu Dhabi...
Dari Hong Kong Ke Hollywood Ini Pelakon Malaysia Yang Pernah Membintangi Filem Luar Negara

Dari Hong Kong Ke Hollywood Ini Pelakon Malaysia Yang Pernah Membintangi Filem Luar Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 392 hits
Pelakon tempatan sebenarnya boleh berjaya di arena antarabangsa sekiranya mereka diberi peluang atau berani untuk membawa diri ke dunia perfileman antarabangsa Terdapat beberapa pelakon kelahiran Malaysia pernah membintangi filem filem anta...
Hisense Malaysia Melancarkan Pengering Dan Pencuci 2 In 1 Mesra Alam

Hisense Malaysia Melancarkan Pengering Dan Pencuci 2 In 1 Mesra Alam

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 309 hits
Hisense dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Mesin Basuh dan Pengering Beban Depan yang sangat cekap serta Super Freezer berkapasiti besar mereka pada akhir Februari 2022 Mesin Basuh Pengering Beban Depan dibuat mudah...
Mof Nafi Had Pembelian Ron95 Sekali Sehari Harga Subsidi Kekal Terjamin

Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Honor Magic V5 Design Innovation Highlights

Mailbox User Upgrade

Pengerusi Mara Lamar Putera Iman Shah Sebagai Anak Angkat

Cara Isi Ron95 Guna Mykad Di Pam Minyak Petronas Petron Bhpetrol Shell Caltex