Artikel Menarik Untuk Dibaca Dilema Muhyiddin Pasca Covid 19





Pada 26 April 2020
oleh Liew Chin Tong



Dua bulan selepas episod Langkah Sheraton, kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin masih tercari-cari hala tuju. Berdepan krisis dunia paling buruk abad ini, beliau mesti mendapatkan kepercayaan orang ramai, walaupun hanya untuk menjustifikasi kewujudan kerajaan yang tidak dilantik melalui peti undi ini.
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan mengawal penyebaran wabak Covid-19 ini sedikit sebanyak telah memberi ruang bernafas untuk Muhyiddin. Tetapi beliau tahu bahawa PKP ini bukanlah untuk selama-lamanya.
Memandangkan Parlimen bakal bersidang pada 18 Mei, situasi politik akan kembali mencuri tumpuan. Meski menjadi orang yang paling untung hasil rampasan kuasa yang meletakkannya di kerusi Perdana Menteri, beliau bukanlah watak yang paling dibenci di Malaysia.
Anggota kabinet yang lainnya barangkali langsung tidak dipeduli, tidak dikenali, ditertawakan atau amat dibenci.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali kini menjadi cercaan ramai akibat peranannya dalam rampasan kuasa ini, dan turut tidak disukai ramai ekoran kesilapannya dalam menguruskan pembukaan semula beberapa perusahaan dalam fasa ketiga PKP.
Menteri Kesihatan Adham Baba pula kini pelawak ‘de facto’ nombor satu negara, dan merupakan liabiliti besar dalam pentadbiran Muhyiddin. Setiap kali beliau muncul di media, kerajaan hilang tiga hari kerana cercaan orang ramai.
Keserabutan Muhyiddin
Di sini letaknya cabaran buat Muhyiddin. Beliau akan terpaksa hidup bersama setiap seorang anggota gabungan yang diikat secara kelam kabut ini.
Beliau tak boleh buang sesiapa, seluruh anggota Kabinetnya boleh membuli beliau dengan begitu mudah. Contoh terdekat ialah tuntutan Umno Sabah ke atas hasil mahsul rampasan kuasa, terutamanya untuk Pengerusi Perhubungan negeri Sabah, Bung Mokhtar Radin yang kini turut berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Muhyiddin kini menjadi PM dengan disokong sekitar 113 atau 114 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen. Meski majoritinya begitu tipis, dan menolak tepi penjelasan teknikal undang-undang, boleh kita katakan bahawa tidak mudah bagi Parlimen untuk meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.
Tetapi itu tidak bermakna Muhyiddin boleh tidur lena. Sama ada mentadbir dengan sokongan 113-114 kerusi, buktinya bukanlah dalam usul undi tidak percaya. Buktinya wujud dalam setiap rang undang-undang yang dibentang di Parlimen. Setiap satunya akan menjadi peluang untuk membuktikan sama ada kerajaan masih mempunyai majoriti.
Kita ambil contoh Johor. Kerajaan negeri pimpinan Umno mendakwa ia mempunyai sokongan 29 kerusi, manakala Pakatan Harapan  mempunyai 27 kerusi. 29 kerusi itu termasuklah Adun Bukit Gambir, iaitu Muhyiddin sendiri. Sekiranya beliau gagal hadir sidang DUN, kerajaan negeri pada hari itu hanya mempunyai 28 undi berbanding 27 undi di pihak Pakatan Harapan.
Pada hari mengundi Belanjawan, misalnya, jika dua atau tiga orang ADUN dari pihak kerajaan tidak puas hati dengan Menteri Besar dan mengambil cuti sakit, sementara ADUN PH semuanya hadir, kerajaan akan tewas dalam undi Belanjawan.
Parlimen juga berfungsi dengan cara yang sama. Oleh yang demikian, kita dapat melihat bagaimana Umno sedang membuli Muhyiddin apabila PM itu sendiri tidak mampu mengambil tindakan disiplin terhadap jemaah menterinya yang melanggar peraturan PKP.
Gabungan anak ayam Muhyiddin
1. BersatuBersatu kini ada empat puak.
Pertama ialah kumpulan yang menyertai Bersatu ketika ia dibentuk pada 2016, seperti Menteri Tugas-tugas Khas Mohd Redzuan Yusof yang sebenarnya tidak ada fungsi pun dalam kerajaan Muhyiddin; Exco Melaka Rafiq Naizamohideen yang berangan mahu jadi Ketua Menteri tetapi dijahanamkan rakan-rakan baharunya; serta mantan Menteri Besar Johor Sahruddin Jamal yang hilang segala-galanya walaupun taat setia dengan Muhyiddin.Kumpulan ini diserang Umno sejak 2016 hingga 2018, menanggung seksa secara kewangan dan peribadi, menang dengan mandat rakyat, dan kini terlungkup dan dilupakan.
Kedua, kumpulan penyokong Mahathir. Tiada siapa tahu berapa ramai sebenarnya bilangan penyokong mantan PM itu sehingga pemilihan parti diadakan. Hakikatnya Tun Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai penyokong dan pesimpati dalam Bersatu yang mencukupi untuk menggegar Muhyiddin.
Ketiga adalah kumpulan yang masuk Bersatu selepas 2018, diketuai Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dengan beberapa bekas Ahli Parlimen Umno. Mereka ini mendapat habuan besar dalam kabinet Muhyiddin.
Keempat adalah puak yang paling banyak mendapat untung daripada lantikan menteri, i.e. kumpulan Azmin Ali yang meninggalkan Parti Keadilan Rakyat untuk masuk Bersatu dan memulakan Langkah Sheraton. Setiap satunya dilantik jadi anggota pentadbiran.

2. UMNOUmno ini bukan sebuah entiti tunggal. Sejak PRU 2018, tiada seorang pemimpin yang mempunyai kawalan penuh ke atas parti itu, yang telah berkecai menjadi beberapa puak.
Personaliti paling bising pastinya bekas perdana menteri, Najib Razak. Beliau paling dikenali ramai dan mempunyai sokongan terbanyak dalam kalangan penyokong tegar Umno, tetapi beliau ibarat racun kepada pengundi Melayu atas pagar.
Tetapi Najib ini seorang ‘survivor’. Meski menanggung pertuduhan rasuah yang menggunung tinggi, beliau masih bebas memainkan peranan sebagai tukang troll, menyerang Pakatan Harapan dengan tiga suku kudratnya, dan selebihnya digunakan ke atas pentadbiran Muhyiddin.
Dengan berpandukan pemikiran Najib, Umno telah mencipta ruang untuk dirinya sendiri: Umno bersama PAS dalam Muafakat Nasional, menyokong Perikatan Nasional Muhyiddin hanya sehingga pilihan raya umum akan datang.
Satu puak lagi dikepalai presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sebenarnya tidak dapat mengawal parti itu. Beliau nampaknya bersama Najib, tetapi ada ketikanya mereka tidak seiring, terutamanya pada minggu-minggu awal Februari 2020.
Hishammuddin Hussein, Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali adalah perencana asal rampasan kuasa ini dan telah bekerjasama rapat secara merentas parti sejak awal 2019, atau mungkin lebih awal lagi. Tujuan mereka adalah untuk menghalang Anwar Ibrahim daripada menjadi PM. Hishammuddin mendakwa beliau memiliki antara 17 ke 22 orang Ahli Parlimen Umno.
Kemudian ada juga Mohamad Hasan dan Khairy Jamaluddin di Negeri Sembilan, serta Khaled Nordin di Johor dan watak-watak lain yang tidak masuk dalam tiga kumpulan di atas.

3. PASPAS sebagai sebuah parti politik adalah kukuh dan ‘solid’ sebagai satu kumpulan, tetapi kekurangan bakat politik di peringkat nasional.
Pada ketika ini, pimpinan PAS sedang menikmati ‘ghanimah’ termasuk lantikan GLC sambil menantikan pilihan raya akan datang. Objektif PAS adalah untuk menguasai Kelantan dan Terengganu, serta bergerak maju di Kedah dan Perlis.

4. Gabungan Parti Sarawak (GPS)GPS menguasai Sarawak dan tidak setia kepada sesiapa. Pimpinannya lebih suka untuk bekerja dengan bekas rakan-rakan Barisan Nasional yang mereka kenal betul, daripada berkawan dengan pimpinan Pakatan Harapan, seperti DAP yang menjadi seteru mereka dalam politik Sarawak.
Cabaran Muhyiddin
Gabungan kerajaan Muhyiddin ini terdiri daripada empat puak di Bersatu, empat puak Umno, GPS dan PAS; kesemuanya sepuluh puak dengan kepentingan berbeza-beza, ada waktunya bersaing, dan di waktu yang lain boleh bekerjasama.
Bagi sang Perdana Menteri, apabila wabak Covid-19 kian perlahan, beliau akan perlu bimbang tentang Malaysia pasca-PKP.
Sama ada Muhyiddin akan berjaya dengan mengawal rakan gabungannya yang begitu kompetitif, masa akan menentukan apabila keperluan ekonomi rakyat dan negara memperlihatkan realiti yang memeritkan; tidak lama sahaja lagi.
Adakah gabungan ‘anak ayam’ Muhyiddin ini akan kekal bersama? Saya tidak begitu yakin.
*Liew Chin Tong adalah mantan Timbalan Menteri Pertahanan, Pengarah Pendidikan Politik DAP dan Pengerusi DAP Johor.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/dilema-muhyiddin-pasca-covid-19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Digesa Lebih Terbuka Bentang Pelan Pasca Covid 19

Kerajaan Digesa Lebih Terbuka Bentang Pelan Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 305 hits
SHAH ALAM Kerajaan digesa untuk lebih terbuka mendedahkan pelan perancangan pasca wabak koronavirus khususnya selepas berakhir tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Naib Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata langkah ...
Ini Cara Unik Pelajar Di China Kembali Ke Sekolah Selepas Pasca Covid 19

Ini Cara Unik Pelajar Di China Kembali Ke Sekolah Selepas Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 600 hits
Tak perlu teknologi yang sofistikated Corona Virus aka Covid 19 mula dikesan di negara China pada lewat tahun 2019 lalu Kini selepas berbulan berjuang memerangi wabakmaut itu China sudah kembali menjalankan aktiviti seperti biasa Pelbagai s...
Perkenal Pertanian Model Baru Ekonomi Pasca Covid 19

Perkenal Pertanian Model Baru Ekonomi Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 240 hits
Oleh Mustaffa Kamil Ayub ULASAN Sektor sumber bekalan makanan adalah paling utama dan kritikal terutama di saat ini beberapa bulan dan tahun mendatang Di sini pentingnya kita melihat bahawa food security adalah penting tanpa terlalu bergant...
Di Mana Tuah Muhyiddin Pasca C0vld 19

Di Mana Tuah Muhyiddin Pasca C0vld 19

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 208 hits
Menurut Chin Tong watak watak yang menjadi ahli kabinetnya terdiri daripada mereka yang langsung tidak dipeduli tidak dikenali ditertawakan atau amat dibenci Menurut beliau Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato Seri Azmin Ali k...
Jerman Merancang Untuk Menarik Semula Sekatan Yang Dikenakan Sewaktu Memerangi Penularan Wabak Covid 19

Jerman Merancang Untuk Menarik Semula Sekatan Yang Dikenakan Sewaktu Memerangi Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 241 hits
Canselor Jerman Angela Merkel mengumumkan rancangan untuk menarik semula sekatan yang dikenakan untuk memerangi wabak coronavirus Langkah pergerakan jarak sosial akan berlangsung sehingga 3 Mei dan Merkel menyeru rakyat agar memakai topeng ...
Pm Muhyiddin Sertai Pemimpin Dunia Gesa Kolaborasi Global Hasilkan Vaksin Covid 19

Pm Muhyiddin Sertai Pemimpin Dunia Gesa Kolaborasi Global Hasilkan Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR 24 April Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini menyertai beberapa pemimpin dunia dalam menggesa kolaborasi global untuk menyegerakan usaha dalam penghasilan vaksin untuk COVID 19 yang telah menjejaskan dunia dengan...
Janus Seat Kerusi Pesawat Penumpang Untuk Pembatasan Sosial Pasca Covid 19

Janus Seat Kerusi Pesawat Penumpang Untuk Pembatasan Sosial Pasca Covid 19

papar berkaitan - pada 25/4/2020 - jumlah : 304 hits
Penyelidik dari Universiti Harvard menyarankan pembatasan sosial dilakukan sehingga 2022 untuk memastikan wabak Covid 19 tidak akan merebak sekali lagi Tetapi industri penerbangan kini tidak lagi mampu beroperasi sehingga penghujung 2020 se...
Muhyiddin I M Focusing On Covid 19 Because Rakyat Sick Of Politics

Muhyiddin I M Focusing On Covid 19 Because Rakyat Sick Of Politics

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 312 hits
Prime Minister Muhyiddin Yassin has declined to comment on the legitimacy of his Perikatan Nasional government He said he is focused on dealing with the Covid 19 crisis and not on politics Since the first days that I ve been prime minister ...
As Muhyiddin Azmin Doze On A Second Wave Looms Around The World Lifting Lockdown Has Seen Covid 19 Spike Again

As Muhyiddin Azmin Doze On A Second Wave Looms Around The World Lifting Lockdown Has Seen Covid 19 Spike Again

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 318 hits
An aerial view of Johor Baru city skyline First here are some headlines from around the world These are reports of Corona Virus cases spiking again after the lockdowns were lifted COVID 19 Panic As Ghana Records 60 Per Cent Increase In Case...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi