Art Harun Perlu Nyatakan Pendirian Atau Letak Jawatan


 

Pada 11 September 2021oleh V. SivakumarKenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia, Timbalan Pengerusi DAP Perak, Setiausaha Majlis Pakatan Harap Perak, Mantan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak pada 10 September 2021 di Ipoh
Dalam sistem demokrasi Malaysia, institusi Parlimen adalah yang paling mulia. Institusi ini tidak boleh dicemari supaya nama baik negara tidak tergugat di dalam dan di arena antarabangsa.
Ketua cabang legislatif ialah Yang Dipertua Dewan Negara, dan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang juga dikenali sebagai Speaker Dewan Negara dan Speaker Dewan Rakyat. Kedua-dua Yang Dipertua itu dibantu oleh Timbalan-timbalannya dalam urusan pengendalian Parlimen.
Jawatan Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua adalah sangat dihormati bukan sahaja dari kalangan ahli-ahli Parlimen malah oleh seluruh rakyat Malaysia. Baru-baru ini, satu kontrovesi telah mula menghantui pemikiran rakyat jelata apabila Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri mencalonkan Ahli Parlimen Pontian iaitu YB Datuk Seri Ahmad Mazlan untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Pencalonan ini bukan sahaja menimbulkan kontrovesi dari kalangan ahli-ahli politik tetapi menimbulkan kebimbangan dan kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Ahmad Mazlan adalah diantara pemimpin-pemimpin “Kluster mahkamah” yang mempunyai tuduhan yang berat.
Beliau didakwa mengikut seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 5 tahun atau denda RM 3 juta atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.
Oleh itu, Ahmad Mazlan bukanlah calon yang layak untuk jawatan Timbalan Speaker bagi Dewan Rakyat yang mulia. Perdana Menteri Ismail Sabri telah membuat satu pilihan yang cukup janggal apabila beliau menamakan Ahmad Mazlan bagi mengisi jawatan tersebut.
Pandangan saya ini adalah seiring dengan YB Tan Sri Rais Yatim, Yang Dipertua Dewan Negara yang secara ikhlas membuat kenyataan bahawa jawatan Yang Dipertua atau Timbalan Yang Dipertua tidak boleh ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang dituduh dan didakwa di mahkamah.
Beliau menegaskan lagi bahawa sesiapa yang dicalonkan untuk jawatan-jawatan itu mestilah bersih dari segi rekod jenayah atau sebarang pendakwaan di mahkamah. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Rais Yatim yang berpegang kepada prinsip demi menjaga nama baik institusi Parlimen.
Tetapi, saya rasa amat kecewa kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat YB Datuk Azhar Azizan Harun (Art Harun) masih membisu mengenai pencalonan ini. Sehingga detik ini beliau tidak membuka mulut memberi apa-apa komen tentang pencalonan Ahmad Mazlan.
Suatu ketika dahulu, Art Harun dipercayai sebagai seorang reformis yang disegani. Tetapi hari ini, beliau telah kehilangan keperibadian dan prinsip perjuangannya. Beliau tidak berani membuat apa-apa kenyataan mengenai pencalonan jawatan Timbalan Yang Dipertua.
Saya memohon kepada beliau supaya membuat kenyataan terbuka mengenai pendiriannya seperti mana yang dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Negara. Jika tidak, adalah wajar untuk beliau meletakkan jawatannya secara terhormat dengan hati terbuka supaya kemuliaan institusi Parlimen tidak dicabuli oleh mana-mana pihak. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/art-harun-perlu-nyatakan-pendirian-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Ismail Gagal 100 Hari Apakah Dia Akan Letak Jawatan Atau Bagi 100 Alasan Untuk Kekal Kuasa

Jika Ismail Gagal 100 Hari Apakah Dia Akan Letak Jawatan Atau Bagi 100 Alasan Untuk Kekal Kuasa

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 231 hits
Jangan lepaskan jawatan PM ITU satu yang pelik Hanya orang nyanyok seperti Mahathir sahaja yang akan lepaskan jawatan PM dengan mudah sebanyak dua kali
Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di Fam Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah Fc

Datuk Ong Kim Swee Letak Jawatan Di Fam Untuk Jadi Ketua Jurulatih Sabah Fc

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 354 hits
Datuk Ong Kim Swee letak jawatan Pengarah Teknikal FAM untuk mengendalikan pasukan Sabah FC RASMI FAM Umum Peletakan Jawatan Pengarah Teknikal Datuk Ong Kim Swee Akan Kemudi Pasukan Sabah FC Persatuan Bolasepak Malaysia ingin mengumumkan pe...
Hiburan Ahmad Idham Letak Jawatan Ceo Finas Dapat Kerja Di Kementerian Bertaraf Diplomat

Hiburan Ahmad Idham Letak Jawatan Ceo Finas Dapat Kerja Di Kementerian Bertaraf Diplomat

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 184 hits
Pengarah dan pelakon Ahmad Idham dilaporkan selagi lagi meletakkan jawatan secara mengejut pada Khamis lalu sebagai Ketua Pegawai eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional BACA Dia yang sebelum ini hanya berkhidmat selama 15 bulan dimakl...
Kajian Ukm Dapati 92 Tak Sokong Muhyiddin Letak Jawatan

Kajian Ukm Dapati 92 Tak Sokong Muhyiddin Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 142 hits
AGENDA DAILY Tan Sri Muhyiddin Yassin Majoriti 92 peratus responden tidak bersetuju dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri baru baru ini yang kononnya dapat menstabilkan keadaan politik negara kata kajian yang di...
Pembangkang Desak Exco Kesihatan Letak Jawatan Minta Maaf

Pembangkang Desak Exco Kesihatan Letak Jawatan Minta Maaf

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 201 hits
SAIFULLAH AHMADIPOH Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak mendesak Exco Kesihatan Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin meletakkan jawatan ADUN Manjoi Datuk Asmuni Awi berkata gesaan itu dibuat susulan kegagal...
Derhaka Pada Agong Ph Gesa Peguam Negara Letak Jawatan

Derhaka Pada Agong Ph Gesa Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 224 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan membidas kenyataan Peguam Negara Idrus Harun berhuhung tiada keperluan undi percaya terhadap perdana menteri baharu di Parlimen Dalam satu kenyataan Majlis Presiden PH menyifatkan Idrus sebagai bia...
Tok Mat Desak Pas Buat Pendirian Segera Mahu Bersama Mn Atau Pn Jangan Main Dua Kolam

Tok Mat Desak Pas Buat Pendirian Segera Mahu Bersama Mn Atau Pn Jangan Main Dua Kolam

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 457 hits
perakinsights com UMNO tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan BERSATU berhubung pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu jelas ker...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

What You Should Know About New Construction Plumbing

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm