App Tuju Aplikasi Navigasi Lebuh Raya Terbaru
App TuJu ialah aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan sejak 2022 oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB) bagi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Jika sebelum ini pemandu bergantung kepada aplikasi seperti Waze dan Google Maps, kini hadir pilihan tempatan iaitu TuJu ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan iPhone, dengan fokus khusus pada maklumat dan kemudahan lebuh raya di Malaysia.
Apa itu App TuJu
TuJu ialah sebuah aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan oleh memudahkan perjalanan pengguna di seluruh negara.
Selain memberikan maklumat aliran trafik secara terkini, TuJu turut menawarkan pelbagai maklumat penting seperti lokasi kawasan rehat (R&R), stesen minyak, stesen pengecas EV serta pilihan tempat makan sepanjang laluan anda.
Aplikasi ini juga menyediakan akses pantas kepada perkhidmatan kecemasan, termasuk nombor talian konsesi, nombor talian insurans dan nombor kecemasan, bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.
Pada masa akan datang, lebih banyak kemudahan tambahan turut dirancang untuk dimasukkan bagi melengkapkan pengalaman pengguna.
TuJu turut dilengkapi pautan ke platform MyJalan, membolehkan pengguna melaporkan kerosakan jalan raya, lampu isyarat rosak dan pelbagai isu lain dengan lebih mudah.

Ciri-Ciri Utama Aplikasi TuJu
Aplikasi TuJu Highway Navigation menawarkan pelbagai fungsi moden yang memudahkan pengguna ketika menggunakan lebuh raya.
Fungsi ini turut merangkumi elemen kemampanan, keyakinan dan kesejahteraan selaras dengan enam nilai teras “Malaysia Madani”.
Navigasi – Laluan destinasi dengan maklumat ETA yang tepat
Pengawasan CCTV – Akses kamera lebuh raya secara langsung
Caj Tol – Pengiraan caj tol di sepanjang perjalanan
Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) – Carian dan info fasiliti di R&R dan hentian sebelah lebuh raya
Info Terkini – Laporan trafik secara langsung daripada TMC LLM
Bantuan Kecemasan – Akses pantas kepada pengguna yang mengalami kerosakan/kemalangan di lebuh raya
Pautan MyJalan KKR – Pautan dengan MyJalan untuk melaporkan sebarang kerosakan melibatkan lebuh raya
Cara Daftar Akaun TuJu
Berikut adalah cara untuk mendaftar akaun TuJU:
Muat turun aplikasi TuJu ke dalam telefon masing-masing melalui pautan ini:
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=tuju.my
App Store: https://apps.apple.com/my/app/tuju/id6463124230
Daftar akaun TuJu melalui beberapa cara seperti;
Sign in with Google
Sign in with Apple
Sign in with email
Register with email
Terima permintaan izin aplikasi untuk mengesan aktiviti anda.
Aplikasi TuJu sedia untuk digunakan.
PAPARAN APLIKASI
CIRI-CIRI UNIK APLIKASI
Cara Guna App TuJu
Berikut adalah cara penggunaan aplikasi TuJu sebagai alternatif untuk menggantikan aplikasi Waze atau Google Maps:
Masukkan nama tempat atau alamat lokasi yang ingin anda tuju dalam ruangan “Choose Your Destination”.
Paparan peta akan membawa anda terus ke laluan destinasi tersebut.
Anda akan dapat melihat maklumat ETA, jarak perjalanan (KM), senarai R&R berdekatan, info trafik dan Live Kamera.
Kini, anda boleh rancang perjalanan anda dengan bijak dan selamat.
Paparan Aplikasi TuJu
Senarai R&R Sepanjang Perjalanan
Senarai Lebuh Raya Dengan Live Kamera
Maklumat Trafik Terkini
Muat Turun App TuJu
Anda boleh muat turun App TuJu ini ke dalam telefon masing-masing untuk memudahkan urusan perjalanan harian:
Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=tuju.my
App Store: https://apps.apple.com/my/app/tuju/id6463124230

Soalan Lazim App TUJU
1. Apa itu App TuJu? App TuJu ialah aplikasi navigasi lebuh raya yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama Prosignal Consortium Sdn. Bhd. untuk menyediakan maklumat trafik, kemudahan lebuh raya dan perkhidmatan kecemasan kepada pengguna.
2. Adakah App TuJu percuma? Ya, App TuJu disediakan secara percuma untuk semua pengguna.
3. App TuJu boleh digunakan pada telefon apa? Aplikasi ini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iPhone (iOS).
4. Apa perbezaan App TuJu dengan Waze atau Google Maps? Waze dan Google Maps memberi navigasi umum, manakala App TuJu memberi fokus khusus kepada maklumat lebuh raya Malaysia, termasuk aliran trafik terkini, lokasi R&R, stesen minyak, pengecas EV, tempat makan dan perkhidmatan kecemasan.
5. Adakah App TuJu memberikan kemas kini trafik secara langsung? Ya, App TuJu menyediakan kemas kini trafik real-time untuk membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih mudah.
6. Bolehkah App TuJu menunjukkan lokasi R&R dan kemudahan lain? Boleh. Aplikasi ini memaparkan lokasi R&R, stesen minyak, pengecas EV, surau, tandas, dan pelbagai kemudahan lain sepanjang lebuh raya.
7. Adakah App TuJu menyediakan maklumat perkhidmatan kecemasan? Ya. App TuJu menyenaraikan nombor talian kecemasan, talian konsesi lebuh raya, dan talian insurans untuk situasi kecemasan.
8. Bolehkah saya buat laporan jalan rosak melalui App TuJu? Ya. App TuJu mempunyai pautan terus ke MyJalan, membolehkan pengguna melaporkan kerosakan jalan, lampu isyarat rosak, atau isu infrastruktur lain.
9. Adakah lebih banyak ciri akan ditambah pada masa akan datang? Ya. Pembangun merancang untuk menambah pelbagai kemudahan dan ciri tambahan bagi meningkatkan pengalaman pengguna.
Baca juga:
Aplikasi MYJalan KKR: Aduan Jalan Raya Berlubang / Rosak
e-Reporting PDRM : Laporan Polis Online & Kemalangan Kecil
Senarai Lebuh Raya Malaysia & Talian Hotline Kecemasan
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/app-tuju/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=app-tuju