Aplikasi Youtube Di Android Anda Tak Berfungsi


Aplikasi YouTube Di Android Anda Tak Berfungsi?

YouTube adalah platform video dalam talian terbesar di dunia dengan lebih daripada 1.5 bilion pengunjung  setiap bulan.
Sekitar 400 jam kandungan dimuat naik setiap minit, dan lebih daripada satu bilion jam video ditonton setiap hari.
Jadi, apa yang anda lakukan bila aplikasi YouTube anda tidak berfungsi?
Google melakukan tugas yang baik untuk memastikan YouTube berfungsi setiap masa, tetapi akan berlaku waktu di mana ia menghadapi isu.
Malangnya, Youtube tak termasuk dalam dashboard status Aplikasi Google, jadi sukar untuk menentukan sama ada hanya anda yang alami masalah tersebut atau juga orang lain.
Cadangan paling mudah ialah terus hantar aduan kepada mereka seperti Twitter.
Akaun rasmi Twitter untuk @TeamYouTube umumnya akan memberi maklum balas bagaimana mengatasi isu-isu yang berlaku.
 
Untuk laman Youtube, salah satu cara nak tau samada hanya kita bermasalah atau orang lain juga ada isu yang sama adalah dengan semak di sini downforeveryoneorjustme.com/youtube.com.
Tapi ini hanya akan ada laporan untuk laman web sebenar dan bukan aplikasi.
Jadi, kalau laman web ok dan paparan video yang tiada, mungkin sebab-sebabnya adalah seperti berikut :
 
Laman web ok ! Tolong saya Kita anggap semuanya di laman web adalah ok, ada beberapa isu biasa yang menganggu.
Video tak keluar. Ini paling tak best lah sebab memang kita buka Youtube untuk tonton video lah kan..
Berikut adalah beberapa isu dan  senarai untuk baiki Android anda dan juga untuk komputer (Chrome browser).
 
Youtube Tak Berfungsi – Cara Baiki Untuk Peralatan Android
Fix nombor 1: Restart peralatan anda Banyak masalah yang berkaitan dengan telefon pintar boleh selesai restart semula peralatan.
Ini menutup aplikasi yang berjalan di latarbelakang, yang mungkin menyebabkan masalah yang anda alami.
Ia penyelesaian mudah dan pantas yang hanya mengambil masa satu hingga dua minit.
jika anda mendapati YouTube tidak berfungsi, hanya tekan dan tahan butang kuasa pada peranti dan tekan pilihan mula semula yang muncul pada skrin.
Selepas telefon pintar dihidupkan semula, buka aplikasi YouTube dan semak apakah masalah telah diselesaikan.
Arahan langkah demi langkah : Langkah 1: Tekan dan tahan butang kuasa beberapa ketika.
Langkah 2: Pilih restart pada skrin.
Langkah 3: Cuba guna aplikasi youtube selepas ia dihidupkan kembali.
 
Fix nombor 2: Semak talian internet anda
Antara sebab video di Youtube tak dapat dimainkan, mungkin disebabkan isu sambungan.
Jika anda melihat YouTube tak berfungsi, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah semak sama ada anda disambungkan ke internet dengan betul. Buka menu tetapan – Wi-Fi atau rangkaian selular.
Sekiranya tidak, anda baru sahaja menemui masalah itu.
Tetapi jika anda tersambung, cuba cari sesuatu di Google untuk melihat jika anda sebenarnya mempunyai akses ke internet.
Dalam sesetengah kes, anda mungkin disambungkan ke rangkaian Wi-Fi tetapi masih tiada akses internet kerana pelbagai sebab – masalah dengan router, atau ada kerja-kerja yang dilakukan menggukan talian tersebut yang menyebabkan talian kurang lancar untuk anda.
Sekiranya anda boleh mencari di Google dan melakukan tugas berkaitan internet lain kecuali melawat YouTube, sambungan itu bukan isunya.
Arahan langkah demi langkah : Langkah 1: Bukan menu setting pada peralatan anda.
Langkah 2: Sambungkan ke Wi-Fi atau rangkaian penyedia (jika belum).
Langkah 3: Buka app Youtube dan cuba mainkan video.
 
Putuskan talian dan sambung semula (disconnect dan connect) mungkin membantu terutama jika sebelum itu talian dari penyedia pernah terputus atau berlaku reset talian pada router.
 
Fix nombor 3: Kemaskini sistem pengoperasian Ada faktor kecil YouTube tidak berfungsi mungkin disebabkan oleh versi Android yang tidak dikemaskini.
Buka menu tetapan pada peranti anda, pilih “Kemaskini sistem” dan muat turun kemas kini jika tersedia.
Perlu diingat bahawa bergantung kepada peranti anda, “Kemaskini sistem” mungkin terletak di bawah pilihan “Perihal telefon” dalam menu tetapan.
Sebaik sahaja anda memuat turun kemas kini, tekan butang Pasang dan biarkan peranti reboot.
Kemudian buka YouTube dan semak untuk melihat apakah masalah masih berlaku.
Arahan langkah demi langkah : Langkah 1: Buka menu settings pada peranti.
Langkah 2: Cari dan tap pada “Kemaskini sistem” (system updates) yang mungkin ada dalam folder Tentang Peranti (About phone).
Langkah 3: Muat turun (download) dan pasang (install) kemaskini jika ada.
 
Fix nombor 4: Bersihkan (clear) cache dan data
Seterusnya adalah dengan membersihkan cache dan data YouTube.
Yang pertama padamkan data sementara.
Yang kedua hapuskan semua data aplikasi, termasuk pelbagai tetapan.
Buka menu tetapan pada peranti, tekan “Aplikasi” (apps) dan pilih YouTube.
Langkah seterusnya, pilih “Penyimpanan” (storage), yang akan membawa dua pilihan:
Kosongkan data dan Kosongkan cache. Kosongkan cache dahulu dan periksa sama ada YouTube kini berfungsi sebagaimana yang sepatutnya. Jika tidak, kembali dan kosongkan data juga untuk melihat apakah itu menyelesaikan masalah. Arahan langkah demi langkah : Langkah 1: Buka menu settings pada peralatan.
Langkah 2: Tap pada “Aplikasi (app) dan pilih YouTube.
Langkah 3: Pilih “Penyimpanan” (Storage) dan tap pada “Bersihkan data/cache”.
 
Fix nombor 5: Semak tetapan tarikh dan masa Walaupun kedengarannya pelik, tetapan tarikh dan masa boleh menjadi punca untuk isu berkaitan YouTube anda.
Pelayan Google mungkin mengalami masalah penyegerakan (syncing / sync) jika tetapan tidak betul.
Untuk membetulkannya, pergi ke tetapan peranti anda, pilih pada “Tarikh & masa”, dan pastikan pilihan “Tarikh & masa automatik” dihidupkan.
Jika ini tidak menyelesaikan masalah, beralih kepada penyelesaian seterusnya pada senarai ini.
Arahan langkah demi langkah : Langkah 1: Buka tetapan pada peranti anda.
Langkah 2: Tap pada “Tarikh dan masa”.
Langkah 3: Hidupkan (turn on) fungsi “Automatic”.
 
Fix nombor 6: Kemaskini aplikasi Youtube
Perkara terakhir yang anda boleh cuba jika YouTube anda tidak berfungsi adalah untuk mengemas kini aplikasi YouTube pada peranti anda.
Untuk memeriksa sama ada kemaskini tersedia, buka aplikasi Google Play, pilih “Aplikasi & permainan saya” dari menu, dan semak jika YouTube berada pada senarai “Kemaskini”.
Sekiranya ya, tekan butang “Kemaskini” dan tunggu selama satu minit atau lebih untuk menyelesaikan proses tersebut.
Setelah itu selesai, lancarkan aplikasi YouTube untuk memeriksa sama ada semuanya adalah seperti sekarang.
Arahan langkah demi langkah : Step 1: Buka Google Store.
Step 2: Tap pada “Aplikasi & pemainan saya”.
Step 3: Tap “Kemaskini” sebelah di YouTube jika ada.
 
Kami harap ini dapat menyelesaikan isu berkaitan YouTube anda pada peranti Android anda.
Masih terdapat pelbagai cara yang boleh anda cuba dan senarai ini hanya sebahagian daripada penyebab yang biasa berlaku.
Mana satu yang menyelesaikan isu anda? Beri tahu kami di dalam komen ye.
Terima kasih =)
The post Aplikasi YouTube Di Android Anda Tak Berfungsi? appeared first on masterlatif.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://masterlatif.com/aplikasi-youtube-di-android-anda-tak-berfungsi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aplikasi Youtube Kini Ditawarkan Untuk Nintendo Switch

Aplikasi Youtube Kini Ditawarkan Untuk Nintendo Switch

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 339 hits
Nintendo Switch merupakan salah satu konsol hibrid yang telah diperkenalkan oleh Nintendo sebelum ini memudahkan pengguna untuk menikmati permainan video secara mudah alih atau dengan menghubungkan ia kepada kaca televisyen Sejak pengenalan...
Aplikasi Android Kini Boleh Digunakan Sambil Ia Sedang Dikemaskini

Aplikasi Android Kini Boleh Digunakan Sambil Ia Sedang Dikemaskini

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 484 hits
Kemaskini sesuatu aplikasi pasti mengganggu Lebih lebih lagi aplikasi pada peranti Android Apabila aplikasi sedang dikemaskini aplikasi yang sedang digunakan akan tertutup dengan sendiri dan buka semula Kadang kala ia hanya terus tertutup d...
6 Aplikasi Android Yang Digunakan Untuk Ngoding

6 Aplikasi Android Yang Digunakan Untuk Ngoding

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 594 hits
Berbicara soal ngoding biasanya identik dengan sebuah komputer dengan berbagai software yang mendukung Tapi dengan adanya Aplikasi Android yang digunakan untuk belajar ngoding dan mengenal bahasa pemrograman semua berubah menjadi serba prak...
Cloudflare Melancarkan Aplikasi Dns 1 1 1 1 Untuk Pengguna Android Dan Ios

Cloudflare Melancarkan Aplikasi Dns 1 1 1 1 Untuk Pengguna Android Dan Ios

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 346 hits
Cloudflare sebelum ini telah mengumumkan penawaran perkhidmatan DNS tersendiri iaitu 1 1 1 1 Ia pada awalnya dibuka kepada akses kepada semua pengguna terutamanya pengguna komputer Kini dalam usaha memudahkan lagi pengguna peranti mudah ali...
Kfc Malaysia Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk Ios Dan Android Menawarkan Cheezy Wedges Percuma

Kfc Malaysia Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk Ios Dan Android Menawarkan Cheezy Wedges Percuma

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 798 hits
KFC Malaysia nampaknya kini telah mula memberikan perhatian kepada arena digital dengan lebih serius Selain mengumumkan kerjasama dengan pihak Maybank untuk penerimaan QR Pay di restoran KFC kini restoran popular berkenaan juga telah mula m...
Ulasan Wiko Sunny3 Plus Telefon Android Go Rm249

Ulasan Wiko Sunny3 Plus Telefon Android Go Rm249

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 337 hits
Wiko Sunny3 Plus Skrin 5 45 TN FWVGA Chipset MediaTek MT6580 CPU 4 x Cortex A7 1 3 GHz GPU Mali 400 MP2 Memori 1GB RAM Storan 8GB mikroSD Kamera Utama 5MP Kamera Hadapan 2MP Sambungan WiFi 802 11 b g n Bluetooth 4 0 A GPS GPS
Buat Game Android Sendiri Tanpa Koding Serius Mudah

Buat Game Android Sendiri Tanpa Koding Serius Mudah

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 284 hits
Cara Buat Game Android Sendiri Tanpa Koding Pada kali ini saya nak kongsikan cara untuk buat game android yang mudah dengan menggunakan laman web secara online Anda tidak perlu pasang install apa apa di komputer anda Anda hanya perlu daftar...
Tema Gelap Pada Android Boleh Menjimatkan Penggunaan Bateri Sehingga 60

Tema Gelap Pada Android Boleh Menjimatkan Penggunaan Bateri Sehingga 60

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 240 hits
Tema gelap pada peranti Android dipopularkan oleh OnePlus menerusi pelancar Oxygen OS mereka Menerusi Android Pie penggunaan tema gelap mula diaktifkan kepada pengguna yang ingin menggunakannya Pihak Google telah berkongsi data mengenai ber...
Fossil Sport Dilancarkan Jam Tangan Pintar Android Wear Janaan Snapdragon 3100

Fossil Sport Dilancarkan Jam Tangan Pintar Android Wear Janaan Snapdragon 3100

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 377 hits
Qualcomm Snapdragon 3100 adalah cip pemprosessan untuk jam tangan pintar yang terkini Cip ini menggunakan rekaan 28nm pada mod kuasa rendah ia menggunakan kuasa hanya 67 dan 49 kuasa untuk GPS Menarik sekali cip ini juga menawarkan ketahana...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage

Daun Gugur Dijadikan Baja Kompos