Aplikasi Maybank E Wallet Berwajah Baru
Kini Apps Maybank berwajah baru. MAE memudahkan urusan seharian.
MAE adalah singkatan kepada Maybank Anywhere Everyone (MAE) baru sahaja dilancarkan oleh Maybank. MAE ni sebenarnya macam e-wallet kita lah.
Apa yang menariknya mengenai applikasi MAE ini adalah sekiranya korang tidak mempunyai akaun Maybank, korang tetap boleh menggunakan MAE dan kemudahan-kemudahan yang tersedia di dalamnya. Menarik bukan?
Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun Maybank tetapi ingin menggunakan kemudahan MAE, korang hanya perlu memuat turun applikasi Maybank dan hanya perlu memasukkan maklumat yang diminta seperti nama penuh, no kad pengenalan dan sebagainya sahaja.
Sekiranya korang dah ada aplikasi Maybank, korang hanya perlu update sahaja aplikasi Maybank tersebut.
Untuk log in aplikasi MAE secara mudah dan cepat pula, korang boleh pilih sama ada nak log in melalui fingerprint, face id ataupun voice id. Setkan siap-siap.
Secara ringkasnya cara penggunaan MAE ni,
1. Mestilah ada akaun MAE
2. Topup duit ke dalam akaun MAE korang tu, sama ada nak transfer dari akaun sendiri ataupun dari pihak lain ke akaun MAE korang.
Korang selalunya nak pergi mana-mana, berapa banyak cash yang korang bawa?
Dengan aplikasi MAE ni, korang dah tak perlu bawa cash. Korang cuma perlu top up kan sejumlah wang ke dalam akaun MAE dan gunakan ia untuk bayar bil, split bill, top up, send or request money, beli tiket flight, tiket wayang, shopping dan sebagainya. Nama pun e-wallet kan. Wallet tapi bukan dalam bentuk fizikal wallet.
Macam-macam lah yang boleh cerita dia.
Antara 2 Kemudahan Menarik yang Tersedia dalam aplikasi MAE:
1. Split bill dan Request/Send Money
Kemudahan splitbill adalah sesuatu yang sangat menarik bagi saya dan boleh menyelesaikan masalah "guna duit kau dulu, nanti aku bayar balik". Sudahnya tak bayar-bayar kan? Siapa pernah kena macam ni? Siapa yang dah bayar, siapa yang belum bayar pun, kadang2 kita lupa kan.
Dengan adanya kemudahan splitbill ni, kita akan tahu siapa yang dah bayar dan siapa yang belum bayar. Dan nak tak nak, yang tak bayar lagi tu, tetap kena bayar.
Untuk notify sesiapa yang sepatutnya bayar, orang tu tak perlu ada MAE pun, tapi kita still boleh notify diorang melalui WhatsApp atau aplikasi lain. Oh ya, kemudahan split bill ni, korang boleh split sampai maksimum untuk 30 orang. Ramai la juga kan. Boleh la buka puasa berjemaah nanti, lepas tu split bill.
Nak request atau send money pun senang je dengan kemudahan yang ada dalam MAE ni. Klik-klik je, dah settle.
2. QR Pay
Sekarang dah banyak guna kemudahan ni. Nak beli apa-apa barang ke apa-apa ke, hanya perlu scan barcode sahaja. Contohnya di Watsons ada kemudahan pembayaran menggunakan barcode. So dalam MAE ni memang ada tersedia kemudahan bayar menggunakan QR ni. Tak payah susah-susah bawak wallet lagi dah. Just scan barcode barang yang nak dibeli tu.
MONEY MAE HEM
Menariknya lagi, dalam app MAE ini sendiri, ada game tau. Game tersebut boleh didapati pada icon petak yang terletak di bahagian bawah sebelah kanan. Mudah je main game tu. Hanya perlu kutip sebanyak mana coins yang boleh. Tapi awas jangan collect bom pulak. Collect bom, game over terus lah. Kemudian duit yang korang kutip tu, ianya akan dikreditkan ke dalam akaun anda.
Duit free oii.. siapa nak bagi.
Guna referral code ni shb02161 untuk main game tu.
Nanti bila dah daftar akaun MAE, korang akan ada referral code sendiri. Referral code korang tu, korang share bagi orang lain pulak yang guna. Setiap yg daftar menggunakan referral code korang, korang akan dapat satu peluang untuk main game tu. Jadi makin ramai yang guna referral code korang, makin banyak peluang untuk main game dan lagi banyak korang boleh kumpul duit. Ha gittu..
Mana yang dah ada apps Maybank tu, jangan lupa update dulu ya. Lepas update, klik MAE. Kemudian register dan guna referral code ni shb02161
So, dengan adanya MAE, tak perlu keluar bawa cash lagi. Mudah kan sekarang.
Nak log in cara mudah dan cepat pun boleh. Hanya sentuh dengan jari, sesaat kemudian korang dah pun log in MAE.
E-wallet pilihan saya. Terima kasih Maybank.
Semuanya dihujung jari.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://soobeey.blogspot.com/2019/03/aplikasi-maybank-mae-e-wallet-berwajah.html