Aplikasi Aplikasi Terbaik Untuk Digunakan Pada Ubuntu



Secara umumnya, artikel ini boleh juga diguna pakai pada distro lain kerana nama aplikasi adalah sama untuk semua.
Saya dah perkenalkan aplikasi OpenShot untuk tujuan penyuntingan video dalam Linux. Tetapi bagus juga jika ada senarai beberapa aplikasi lain kan?
Berikut saya berikan nama beberapa aplikasi yang bagus sebagai alternatif kepada aplikasi proprietary dalam Windows/macOS.
1. FlareGet Download Manager
Dalam Linux pun ada download manager seakan IDM. Jangan tak tahu tu. FlareGet ialah nama yang patut diketahui umum kerana dari paparan antaramuka hinggalah membawa kepada ciri dalaman aplikasi, semuanya hampir menyamai IDM, bahkan ia juga ada extension untuk pelayar web.

2. OnlyOffice
OnlyOffice ialah alternatif kepada Microsoft Office, yang tidak memerlukan sebarang lesen untuk digunakan. Ia percuma, sumber terbuka, dan mempunyai keserasian dengan dokumen yang telah disunting menggunakan Microsoft Office.

3. Kdenlive
Kdenlive ialah salah satu lagi alternatif untuk Filmora X, perisian penyunting video yang terdapat khusus untuk Linux dan Windows, manakala macOS pula terdapat ‘port’ untuknya, tetapi sudah lama tidak dikemaskini.

4. Shotcut
Ya, sekali lagi saya sertakan penyunting video kerana ramai yang berminat hendak mengetahuinya. Shotcut ini istimewa kerana ia ada untuk kesemua platform iaitu Windows, macOS dan juga Linux. Anda boleh export video beresolusi 4K, dan paling penting ia percuma. Tak perlu keluarkan modal yang mahal untuk kerja penyuntingan video.

5. SMPlayer
SMPlayer sudah menjadi pemain media pilihan saya sejak dulu lagi. Pada saya, ia menggantikan MPC dalam Windows, dan punyai lebih lagi ciri tambahan yang mungkin agak ‘overwhelming’ untuk pengguna biasa. Bahkan, ia sesuai sekali digunakan pada Windows 10, untuk mengganti pemain video lalai yang kekurangan pelbagai ciri.

6. GIMP
Kalau anda minat dengan penyuntingan gambar, GIMP ialah jawapannya. Saya tidak cekap membuat kerja sunting gambar, tetapi melihat hasilnya di YouTube sudah cukup untuk meyakinkan saya bahawa perisian sumber terbuka dan percuma juga mampu untuk bersaing dengan perisian berbayar dan proprietary.

7. digiKam
digiKam ialah pengurus foto digital yang tersedia untuk Windows, macOS, dan Linux. Ia mampu menggantikan perisian Windows Photo Viewer, dan mempunyai pelbagai ciri lain seperti mengimport, mengurus, menyunting, dan berkongsi gambar.

8. Lutris
Lutris ialah platform permainan sumber terbuka untuk Linux. Saya jarang sekali bermain permainan, tetapi saya pasti ramai antara mereka yang beralih ke Ubuntu/Linux ingin ciri ini. Anda hanya perlu pasang, dan lancarkan terus permainan pilihan.
Lutris ialah gedung permainan untuk anda.

9. KeePassXC
KeePassXC merupakan pengurus kata laluan buat mereka yang mempunyai daya ingatan lemah mahupun ingin menyembunyikan kata laluan dari isteri.
Letak gurauan itu ke tepi, KeePassXC ialah satu alternatif kepada pengurus kata laluan lain yang mengenakan caj, dan meletakkan pelbagai sekatan sebelum dibayar. Oh ya, tidak lupa juga ia tersedia untuk semua platform dari Windows, macOS, dan Linux.
Ingat kata laluan, ingat KeePassXC.

 
10. LMMS
LMMS ialah aplikasi ‘digital audio workstation’. Saya pasti ada di kalangan pengguna Ubuntu yang merupakan seorang penggubah muzik. LMMS sangat sesuai digunakan jika anda ingin menggubah lagu yang dirakam.
Tak salah jika anda tukarkan sistem operasi kepada sebuah studio muzik yang dijalankan di rumah sendiri.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/aplikasi-aplikasi-terbaik-untuk-digunakan-pada-ubuntu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Google Family Link App Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar

Google Family Link App Aplikasi Terbaik Untuk Pantau Anak Anak Menggunakan Telefon Pintar

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 381 hits
Google Family Link adalah aplikasi terbaik untuk parental control pantau anak anak menggunakan telefon pintar yang ibu bapa kena download Sejak perlaksanaan PdPR ni anak anak lebih kerap menggunakan telefon Jadi macamana kita nak pantau dan...
Yang Paling Penting Berikan Yang Terbaik Buat Pasukan Nasir

Yang Paling Penting Berikan Yang Terbaik Buat Pasukan Nasir

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 245 hits
Foto Terengganu Football ClubKuaIa Terengganu Pemain tengah Terengganu FC Nasir Basharudin mengakui persaingan semakin sengit bagi merebut posisi utama dengan kehadiran dua pemain baharu Nik Akif Syahiran dan Asnan Ahmad bagi mengharungi sa...
Contoh Cover Letter Yang Baik Cv Terbaik

Contoh Cover Letter Yang Baik Cv Terbaik

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 252 hits
3 Contoh Cover Letter yang baik dan contoh cv Terbaik dalam bahasa melayu Contoh Cover Letter atau kita lebih dikenali dengan surat permohonan pekerjaan anda mestilah dilampirkan sekali dengan cover letter Anda akan nampak lebih professiona...
Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

Kerajaan Perpaduan Di Bawah Anwar Penyelesaian Terbaik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 201 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Penubuhan kerajaan perpaduan yang diterajui ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai penyelesaian terbaik untuk blok pembangkang dan kerajaan berbanding tindakan mencabar proklamasi darurat Penganali...
Nikmati Dimsum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia

Nikmati Dimsum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 284 hits
Nikmati DimSum Terbaik Dengan Rasa Fusion Asia Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai Reader semua Siapa dikalangan pembaca blog Bonde yang sukakan Dim Sum Pada anda yang tak pernah tahu mengenai This is a content summary only Visit my websit...
Pru15 Peluang Terbaik Tapi Semakin Mustahil

Pru15 Peluang Terbaik Tapi Semakin Mustahil

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 233 hits
Untuk pertama kali dalam sejarah politik negara di mana perikatan parti politik yang mempunyai peluang tinggi untuk menang besar pada Pilihanraya Umum Tetapi ikatan di antara parti parti Melayu ini masih samar samar dan mungkin hancur Sehin...
Brunei Catat Rekod Terbaik Dunia 261 Hari Tanpa Jangkitan Tempatan

Brunei Catat Rekod Terbaik Dunia 261 Hari Tanpa Jangkitan Tempatan

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 218 hits
BANDAR SERI BEGAWAN 12 Jamadilakhir 1442H Isnin Brunei merekodkan 261 hari tanpa jangkitan tempatan untuk COVID 19 dan dianggap sebagai salah satu rekod terbaik di dunia Jumlah jangkitan sebanyak 175 kes hingga hari Ahad lepas juga merupaka...
New Zealand Vietnam Negara Terbaik Urus Covid 19 Malaysia Tangga Ke 16

New Zealand Vietnam Negara Terbaik Urus Covid 19 Malaysia Tangga Ke 16

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 192 hits
New Zealand Vietnam dan Taiwan tersenarai sebagai negara negara terbaik mengurus pandemik COVID 19 dengan meraih tiga tangga tertinggi dalam ranking Indeks Prestasi COVID oleh Lowy Institute Malaysia menduduki tangga ke 16 dengan skor purat...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Henry Ridley Kuala Tembeling Jerantut 1911

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity