Api Membara Di The Manhattan Fish Market Bahang Terasa Dengan Keenakan Feel Da Flame
Kini tiba dengan kempen baharu Feel Da’ Flame, The Manhattan FISH MARKET menghangatkan lagi suasana dan mengangkat keriangan rasa ke tahap yang lebih tinggi, sesuai dengan tagline-nya “Seafood Like Never Before” dengan menu Flamin' Fish N Chips pertama di Malaysia
Menu ini memperkenalkan ciptaan hidangan fish n’ chips klasik yang pasti menggugah selera para pelanggan, dihidang dengan cara yang serba baharu. Sajian popular Fish and Chips, kini bukan lagi sekadar hidangan biasa. Ia telah melalui evolusi, kini dengan ‘persembahan’ sajian hangat membara, sekaligus menjadikan pengalaman pelanggan ke tahap yang lebih tinggi. Mempersembahkan filet ikan yang empuk disajikan dengan api menyala, ia menaikkan lagi keenakan semula jadi untuk pengalaman rasa yang berani.
Bukan sahaja pelanggan dapat menikmati pengalaman makan yang kian berevolusi, malah dapat merasai cara baharu untuk menjamu selera. Setiap suap menjanjikan gabungan tekstur dan rasa yang mengasyikkan, mengangkat hidangan ini sebagai ciptaan kulinari penuh berseni. Selain itu, hidangan ini turut digandingkan dengan kentang goreng waffle yang rangup, pilihan popular dari pelbagai hidangan sampingan lazat The Manhattan FISH MARKET
Pelbagai Pilihan untuk Semua
Menu Feel Da’ Flame menawarkan tiga pilihan hidangan ikan yang berbeza:
FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS DORYCiptaan berapi ini akan membuat anda terliur sebelum anda sempat menjamahnya. Nikmati fillet ikan yang empuk, disentuh api menyala untuk rasa yang lebih mantap, kentang goreng waffle yang rangup disajikan di atasnya. Gandingan dua sejoli yang membawakan kerangupan dan kelembutan dalam setiap gigitan
FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS CHERRY SNAPPERPotongan fillet ikan snapper yang lembut mejadi tarikan utama, dicelup dalam adunan signature kami dan digoreng rangup keemasan. Hidangan ini tiba di sisi meja makan dengan sajian api menyala yang menambah keenakan aroma asap pada hidangan ikan. Disajikan bersama kentang goreng waffle yang dirempah dengan sempurna
FLAMIN’ FISH ‘N CHIPS ALASKAN POLLOCKFlamin' Fish 'N Chips Alaskan Pollock adalah pilihan yang sempurna jika anda menginginkan sesuatu yang lebih lembut tetapi rangup di luar. Hidangan ini menampilkan potongan filet ikan Alaskan Pollock yang berserat dan putih yang dicelup dalam adunan signature kami dan dimasak hingga rangup sempurna. Kehangatan sebenar adalah apabila hidangan ini dibakar dengan api menyala, menambah keenakan aroma asap kepada hidangan ikan ini
Makan bersama rakan dan keluarga? Jadikannya set hidangan kombo dengan dua pilihan set kombo Feel Da’ Flame kami:
FLAMIN’ TWOSOMEFlamin' Twosome menghidangkan sajian Flamin’ Fish ‘N Chips Dory dan Scallop Fish Chicken (kekupang yang dicelup sendiri dengan adunan istimewa, jejari ikan, ayam panggang, sayur-sayuran panas, kentang goreng, dan nasi herba bawang putih) yang sempurna untuk dua orang. Set ini juga disertakan dengan dua hidangan Sup Cendawan kami dan pilihan minuman yang menyegarkan, Coca-Cola atau Iced Peach Tea
FLAME-TASTIC FOURSelain Flamin’ Fish ‘N Chips Dory, para pelanggan juga dapat menikmati hidangan popular Small Flames kami yang menampilkan ikan dory panggang dengan sos herba bawang putih, udang berapi Manhattan, sayur-sayuran panas, kentang goreng, dan nasi herba bawang putih. Set kombo ini juga termasuk Olio Udang Pedas dan Ayam Goreng Lada Hitam. Semua ini disajikan dengan empat hidangan Sup Cendawan dan pilihan minuman anda, Coca-Cola atau Iced Peach Tea
Kedua-dua set kombo menawarkan pilihan untuk menaik taraf minuman kepada Fizzy Floats, Lemongrass Cooler, Gummy Bear, Cala Cala, dan Brooklyn Sunset dengan caj tambahan
Menu Feel Da’ Flame yang Baharu ini ada ditawarkan untuk makan di restoran, dibawa pulang, dan penghantaran dengan harga bermula dari RM33.90 hingga RM149.90. Ia hanya boleh didapati terhad dari 27 Mei hingga 31 Julai 2024 sahaja – jadi jangan lepaskan peluang ini! Segera dapatkan di semua cawangan The Manhattan FISH MARKET. Kunjungi cawangan terdekat anda di www.manhattanfishmarket.com atau ikuti laman media sosial kami untuk maklumat lanjut
Instagram: https://www.instagram.com/mfmmy/ Facebook: https://www.facebook.com/MFM.My/
#MFMMY #MFMWithYou #TheManhattanFISHMARKET
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2024/05/api-membara-di-manhattan-fish-market.html