Apamacam Walauncai Cina Mana Pulak Yang Melingkupkan Tabung Haji


 
Kameel Abuya

DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJI

Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.

Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.

Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?

Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.

Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.

Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:

1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau

2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu

Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.

Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh.

Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:

1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;

2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;

3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.

Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.

RAFIZI RAMLI

NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG KEADILAN

AHLI PARLIMEN PANDAN

8 MEI 2015

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/apamacam-walauncai-cina-mana-pulak-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Pulak Tak Jejas Memalukan Orang Pas Saja Walaun Nak Letak Muka Mana

Apa Pulak Tak Jejas Memalukan Orang Pas Saja Walaun Nak Letak Muka Mana

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 174 hits
PASLeaks tak jejas imej PAS Hadi AwangPresiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang PAS yakin isu penyebaran dokumen PASLeaks tidak akan menjejaskan imej parti tersebut kata Presidennya Tan Sri Abdul Hadi Awang Beliau berkata sehingga kini PAS sent...
Cara Buka Akaun Tabung Haji Dewasa Kanak Kanak Online 2022

Cara Buka Akaun Tabung Haji Dewasa Kanak Kanak Online 2022

papar berkaitan - pada 28/4/2022 - jumlah : 203 hits
Anda ingin buka akaun Tabung Haji untuk diri sendiri atau untuk anak anda secara online Caranya cukup mudah Jadi nanti korang bolehlah simpan duit raya anak korang di Tabung Haji Korang boleh daftar secara online melalui Virtual Account Ope...
Hahh Tabung Haji Belum Selesai

Hahh Tabung Haji Belum Selesai

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 141 hits
Saya hanya tampal dan unjurkan Pengenalan Saya adalah antara jutaan majoriti yang diam Kebiasaannya berdasarkan berita yang saya baca saya hanya geleng kepala mengucap dan menguatkan azam untuk memilih parti yang mengutamakan atau pentingka...
Akhirnya Shuib Siti Nordiana Disatukan Macam Tak Percaya Pulak

Akhirnya Shuib Siti Nordiana Disatukan Macam Tak Percaya Pulak

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 332 hits
Permintaan Shuib supaya Siti Nordiana atau Nana menyanyikan lagu Allayarham Siti Sarah menimblkan reaksi berbeza net1zen
Tu Dia Aihh Ban Pun Runtuh Nak Kena Belat Ayaiaq La Pulak Kata Pelaboq Masuk Puloh Billion

Tu Dia Aihh Ban Pun Runtuh Nak Kena Belat Ayaiaq La Pulak Kata Pelaboq Masuk Puloh Billion

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 164 hits
Ban runtuh beri kesan jaminan keselamatan makanan negara kata Sanusi May 11 2022 Proses baik pulih perlu dibuat dalam tempoh dua minggu akan datang jika tidak sawah seluas lebih 13 000 hektar itu akan terjejas kata Menteri Besar Kedah Sanus...
Bercerita Berkenaan Dana Ngo Pulak

Bercerita Berkenaan Dana Ngo Pulak

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 156 hits
Semalam seorang lagi akauntan menziarahi saya di Laman Pok Nik Dia memang macam pelanggan tetap akan sentiasa beraya di rumah saya setiap tahun Cerita punca cerita keluarlah cerita berkenaan orang orang yang menubuhkan NGO untuk melakukan p...
Ishh Ishhh Issshhh Hangpa Baru Kenai Pas Dah Talam Dua Muka Pulak Dah Keh Keh Keh Rakit Pun Depa Kata Feri

Ishh Ishhh Issshhh Hangpa Baru Kenai Pas Dah Talam Dua Muka Pulak Dah Keh Keh Keh Rakit Pun Depa Kata Feri

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 185 hits
PAS talam dua muka siang cakap lain malam berubah cakap lain kata Zahid May 7 2022 Zahid Hamidi berkata Umno tidak mahu sahabat yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan PETALING JAYA Presiden U...
Masa Ph Dulu Bantu Tak Kata Apa Pun Tu Pun Kena Kecam Ini Dah Jadi Kerajaan Kutuk Pulak Petani

Masa Ph Dulu Bantu Tak Kata Apa Pun Tu Pun Kena Kecam Ini Dah Jadi Kerajaan Kutuk Pulak Petani

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 236 hits
Ubah mentaliti harapkan subsidi petani nelayan diberitahu May 14 2022 Stephen Rundi Utom menerima cenderamata selepas ucapannya pada majlis Aco Lepa Ajau Birami Gawai di Kuching semalam KUCHING Petani serta nelayan perlu mengubah mentaliti ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat