Apam Nasi Gebu
Dah lama tak buat n3 kat blog nih. Sekarang ni masak yang biasa-biasa sangat. Tak ada kerajinan nak memasak masakan yang best. Kalau ada pun, semuanya dah letak dalam blog ni. Kerajinan pula tengah merudum dek laptop yang lambat loading. Inilah jadinya....
Gambar masakan yang di masak terperap di henpon je. Ari ni letak gambar kuih apam nasi yang dah berkali2 letak di sini. Kuih yang sangat sedap ditekak aku dan tak jemu aku makan. Buatnya pun mudah la jugak. Cuma renyah sikit
Kita letak resepi kat sini untuk mana yang belum tahu.... N3 resepi kuih ni antara yang paling popular di blog ni. Huiyyo, ramai betul yang mencari resepi dan suka kuih ni....And then aku kongsi gambar kuih ni yang aku buat beberapa hari lepas.... Merah menyala pinknya... gittewww... hihi
Bahan2 :
3 cawan tepung beras
1cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 paket mauripan @ ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-cara :
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk besar kecuali nasi dan air. Gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu. Kisar nasi dengan air sehingga betul2 hancur
Campurkan nasi yg telah dikisar dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan. Biarkan adunan mesra selama 1 jam. Adunan akan mengembang selepas itu.
Selepas 1 jam, isikan adunan ke dalam acuan dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15 minit. Sebelum tu jangan lupa sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum memasukkan adunan agar kuih mudah ditanggalkan dari acuan nanti
p/s : Boleh di makan begitu saja tapi makan dengan kelapa parut yang telah digaul sedikit garam., lagi sedap... :)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://annurbeauty.blogspot.com/2016/12/apam-nasi-gebu.html