Apalah Nasib Rumah Kg Sri Makmur Dirobohkan Rakyat Jadi Gelandangan




Pasangan suami isteri hilang tempat tinggal selepas rumah peninggalan bapa mereka turut terlibat dalam operasi perobohan setinggan di Kampung Sri Makmur pada Isnin lalu

Mohd Hamdan Ghazali, 40, yang menyara keluarga dengan berniaga burger berkata, dia menjadi gelandangan sejak kejadian apabila terpaksa tidur dalam khemah di bawah jejambat berhampiran lokasi perobohan itu

Menurutnya, isteri dan dua anak berusia 10 bulan dan dua tahun pula ditumpangkan di rumah kakak ipar di Selayang Baru

"Kakak ipar pun anak ramai jadi saya hanya hantar isteri yang sedang mengandung lima bulan serta anak-anak di sana, sementara saya tinggal di bawah jejambat.
"Saya sudah ikhtiar cari rumah sewa, namun tidak mampu menyediakan wang deposit kerana pendapatan saya buat masa ini sekadar cukup untuk menampung susu dan lampin pakai buang anak-anak," katanya ditemui berhampiran tapak perobohan pada Ahad.
Operasi perobohan struktur rumah penduduk dilakukan pada Isnin lalu selepas penduduk terlibat menerima notis supaya mengosongkan rumah selewat-lewatnya pada 21 Januari lalu

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebelum ini memaklumkan penjualan tanah di kampung itu kepada sebuah syarikat dimeterai pada 8 September 2020 dan syarikat tersebut memperoleh perintah mahkamah untuk melaksanakan tindakan meroboh semua struktur di tanah itu pada 14 Mei lepas

Kerajaan Selangor juga telah menawarkan pembelian seunit Rumah Selangorku dengan harga subsidi RM65,000 dan sagu hati 'ex-gratia' sebanyak RM1,000 kepada 21 setinggan asal, berdasarkan pengesahan bancian pada 2006 dan 2016 mengikut senarai Pejabat Daerah Daerah dan Tanah Gombak

Katanya, penguatkuasaan dilakukan itu merupakan ujian berat buatnya sekeluarga yang ditimpa isu kewangan kebelakangan ini

"Saya baru saja enam bulan mula berniaga sendiri selepas kontrak sebagai juruelektrik tidak disambung oleh majikan

"Isteri sebelum ini kerja tapi saya minta dia berhenti untuk jaga anak. Lepas tidak kerja, rumah pula kena roboh," luahnya

Justeru dia berharap kerajaan negeri dapat mempertimbangkan rayuan dan membantu isu penempatan bagi baki penduduk yang tercicir menerima bantuan

"Saya dipinggirkan daripada menerima rumah ganti kerana rumah diduduki sejak 2000 atas nama bapa yang telah pulang ke kampung

"Saya telah lampirkan dokumen sijil kelahiran dan bil elektrik, namun masih tidak memenuhi syarat diperlukan. Saya harap kerajaan negeri dapat pertimbangkan rayuan ini," katanya

Penghantar makanan, Mohamad Ali Osman, 41, pula berharap, dapat menyelesaikan isu rumah sebelum ketiga-tiga anaknya memulakan sesi persekolahan Selasa depan

"Sebagai bapa, saya rasa gagal jika lihat isteri dan anak-anak terus tinggal sebagai gelandangan seperti ini

"Saya sedang mencari rumah sewa sekitar Sri Gombak memandangkan anak-anak bersekolah di sini, namun kadar sewa mahal, bagi bajet RM700 sedikit jauh dari sini

"Untuk sedia deposit memang tiada kemampuan namun saya tak boleh biarkan anak-anak terus begini dan perlu bawa mereka keluar jadi akan ikhtiar meminjam daripada kawan-kawan," luahnya

Seorang lagi penduduk, Nur Zaitul Faridah Sulaiman, 40, berkata, dia berharap ehsan daripada kerajaan negeri dan pihak berwajib untuk membantu penduduk yang masih tiada tempat tinggal

"Saya dalam kesusahan, suami ada masalah kesihatan dan perlu jalani dialisis, salah seoang anak sakit leukemia, seorang lagi orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran selain menanggung anak sulung yang menuntut di universiti

"Walaupun suami sakit namun dia masih bekerja sebagai pengawal keselamatan. Ketika ini memang tiada kemampuan untuk sediakan deposit sewa rumah dengan gaji suami sekitar RM2,700 disebabkan banyak komitmen

"Hanya harap kerajaan dapat sediakan rumah ganti, soal sewa atau bayaran bulanan kami akan cuba ikhtiar kemudian," katanya yang turut terpaksa bermalam di bawah jejambat susulan tiada tempat tinggal

Sementara itu, Pengerusi Perantau Sri Makmur, Noora Mustafa menerusi sidang akhbar yang diadakan di lokasi penempatan sementara itu berkata, walaupun perobohan telah dilaksanakan namun pihaknya berharap kerajaan negeri tidak lepas tangan terhadap baki penduduk yang tercicir menerima bantuan

Katanya, proses dokumentasi sedang diuruskan untuk diserahkan kepada Menteri Besar dan juga untuk perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta berharap rayuan penduduk dapat dipertimbangkan

"Baki sembilan keluarga hanya mahukan penempatan sementara kemudian rumah ganti yang mampu mereka bayar ansuran setiap bulan, itu sahaja," katanya

Pada masa sama beliau berharap, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Lembaga Zakat Selangor juga diharap tampil menyalurkan bantuan kecemasan kepada beberapa penduduk yang tiada tempat tinggal sejak operasi perobohan dijalankan

SinarHarian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2024/06/apalah-nasib-rumah-kg-sri-makmur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apakah Wajar Penduduk Kampung Sri Makmur Diusir Menumpang Di Tanah Orang Tiba Tiba Minta Pampasan

Apakah Wajar Penduduk Kampung Sri Makmur Diusir Menumpang Di Tanah Orang Tiba Tiba Minta Pampasan

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 178 hits
Apakah Wajar Penduduk Kampung Sri Makmur Diusir Menumpang di tanah orang tiba tiba minta pampasan Saiful NizamIsu perobohan rumah di Kampung Sri Makmur Gombak telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi Namun adakah tindak...
Rakyat Malaysia Perlu Pertimbangkan Menyewa Berbanding Membeli Rumah Penganalisis

Rakyat Malaysia Perlu Pertimbangkan Menyewa Berbanding Membeli Rumah Penganalisis

papar berkaitan - pada 29/5/2024 - jumlah : 247 hits
Melalui laporan seorang penganalisis menyarankan agar rakyat Malaysia untuk pertimbangkan menyewa rumah daripada membeli
Tan Sri Mana Yang Kena Tibai Dengan Dr Maza Tu

Tan Sri Mana Yang Kena Tibai Dengan Dr Maza Tu

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 115 hits
Dr Maza sekolahkan Tan Sri siapakah dia kesiannyaAKMAL MANAFMufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyekolahkan seorang pemimpin tertinggi parti pembangkang berhubung teguran terhadap pemerintah iaitu kerajaan Pasaipa nak tegoq peme...
Potret Sri Mulyani Dan Menko Airlangga Nebeng Truk Di Pelabuhan Tanjung Priok

Potret Sri Mulyani Dan Menko Airlangga Nebeng Truk Di Pelabuhan Tanjung Priok

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 118 hits
Mulanya Sri Mulyani bahkan mencoba naik di bagian belakang ruang kemudi tepat berada di sela sela antara kontainer dan kepala truk
Enzy Storia Keluhkan Pajak Bea Cukai Lebih Mahal Dari Harga Tas Stafsus Sri Mulyani Beri Penjelasan Begini

Enzy Storia Keluhkan Pajak Bea Cukai Lebih Mahal Dari Harga Tas Stafsus Sri Mulyani Beri Penjelasan Begini

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 146 hits
Pratowo melanjutkan nilai koreksi lebih tinggi dari harga retail dan tas merupakan barang substitusi Enzy pun mempersilakan PJT untuk mengembalikan barang itu
Foto Momen Tim Sinkronisasi Prabowo Gibran Temui Sri Mulyani Blak Blakan Sudah Dua Bulan Intens Komunikasi

Foto Momen Tim Sinkronisasi Prabowo Gibran Temui Sri Mulyani Blak Blakan Sudah Dua Bulan Intens Komunikasi

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 191 hits
Prabowo Gibran membentuk tim sinkronisasi untuk menyelaraskan kerja pemerintahan saat ini dengan program kerja yang dijanjikan Prabowo
Pengerusi Mitrajaya Tan Sri Mohamad Noor Berundur Selepas 22 Tahun

Pengerusi Mitrajaya Tan Sri Mohamad Noor Berundur Selepas 22 Tahun

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 179 hits
Syarikat Mitrajaya Holdings Berhad telah mengumumkan bahawa pengerusi beliau Tan Sri Dato Seri Mohamad Noor Abdul Rahim telah memutuskan untuk melepaskan jawatannya bermula 30 Mei di mana beliau menyatakan bahawa adalah untuk pemimpin baru ...
Amyra Rosli Malas Check Telefon Suami Fokus Jaga Anak2 Amp Rumah Tangga

Amyra Rosli Malas Check Telefon Suami Fokus Jaga Anak2 Amp Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 180 hits
Aktres Amyra Rosli malas check telefon suami dan tidak pernah tahu kata laluan telefon pasangannya yang juga aktor Amar Baharin Menurutnya dia berbuat demikian bagi menghormati privasi suaminya bagi mengelakkan sebarang isu timbul dalam rum...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever