Apakah Tanda Pasangan Suami Atau Isteri Curang Apa Yang Perlu Dilakukan


Bagaimana kita boleh tahu suami atau isteri kita curang?
Bagaimana tanda curang tersebut? Apakah yang perlu dilakukan jika terbukti curang? Langit tidak selalunya cerah.
Begitulah alam perkahwinan yang adakalanya diuji dengan pelbagai masalah – antaranya isu kecurangan.
Walaupun masyarakat mencemuh dan kebanyakkan agama melarang perilaku ini, namun ia sering berlaku dan menjadi punca keretakan rumah tangga.
Jika anda salah seorang daripada mereka yang mengalami masalah ini:
Artikel ini akan cuba membantu anda menyelesaikan masalah pasangan suami atau isteri curang dengan sebaik yang mungkin.

Isi Kandungan: Tanda-tanda kecurangan Jangan terus membuat tuduhan Bagaimana berhadapan dengan pasangan yang curang? Perlukah bersemuka dengan pihak ketiga? Jika suami telah berzina, bolehkan saya meminta cerai? Dayuskah jika tidak menceraikan isteri yang curang? Penutup: Berhikmah dalam menyelesaikan isu rumah tangga  
Apakah Tanda-Tanda Jika Suami atau Isteri Berlaku Curang? Kecurangan selalunya berlaku dalam rahsia.
Banyak pasangan diluar sana tidak tahu atau terlepas pandang akan kecurangan suami atau isterinya.
Ini disebabkan oleh kecekapan mereka menyimpan rahsia, serta sikap yang innocence seolah-olah mengambarkan tiada apa yang sedang mereka lakukan.
Bagi yang dicurangi, jangan salahkan diri anda sekiranya tidak menyedari walaupun it happens right under your nose
Memang kita akan rasa bodoh dan perbodohkan.
Kita akan kesal kerana tidak menyedari tanda-tanda kecurangan pasangan kita sudah berbulan-bulan atau bertahun-tahun lamanya.
Di sini saya kongsikan beberapa tanda seseorang itu telah melakukan kecurangan berdasarkan kajian daripada kes-kes mahkamah:
1. Tahap Privasi Telefon Yang Tidak Masuk Akal Orang yang curang biasanya akan membuat dan menjawab panggilan telefon secara berbisik atau berahsia.
Bermesej tidak kira masa. Berchatting pada lewat malam ketika semua sedang lena.
Handphone sentiasa dibawa bersama walaupun ke mana sahaja sehingga ke bilik air.
Malah telefon tersebut diletakkan password yang sukar diakses. Mungkin juga kerap menyatakan silap nombor apabila ditanya siapa.
Bahkan bil telefon juga turut dirahsiakan.
2. Tabiat Diri Yang Berbeza Dari Biasa Sebagai pasangan anda adalah insan yang paling rapat dan lebih mengenali suami atau isteri.
Namun, kadang-kala kita pasti tertanya-tanya mengapa ada sesetengah masa kelakuan mereka berbeza daripada biasa.
Mereka mula memberi tumpuan kepada penampilan diri; mengubah gaya rambut, haruman minyak wangi yang bertukar ganti dan sebagainya.
Kalau ini memang sudah kebiasaanya atau tuntutan semasa – maka tiada apa yang perlu diragui.
Tetapi sekiranya muncul tanpa sebab musabab maka perlulah berhati-hati.
3. Sumber Kewangan Yang Susut Sikap cermat berbelanja tiada lagi, wang simpanan keluarga diambil sesuka hati, banyak berhabis memenuhi keinginan diri bukan keperluan keluarga.
Bila tidak cukup duit disalahkan anak dan pasangan.
Muncul bil kad kredit atau resit-resit untuk barangan yang tidak dapat dikesan bahkan tiada kaitan dengan keluarga, pejabat mahupun sesiapa yang dikenali.
4. Jadual Peribadi Yang Sangat Padat Terlalu banyak masa diluar rumah berbanding bersama keluarga.
Sering di pejabat sehingga lewat malam, sering outstation dan travel secara diam-diam.
Pasangan curang juga sering melebihkan “kawan” daripada pasangan di hujung minggu dan cuti am. Kadang-kadang tidak dapat dihubungi atau dikesan.
Malah mudah melenting apabila dipersoalkan jadual harian.
Mereka sering memberi banyak alasan atau cerita-cerita yang tidak konsisten.
5. Interaksi Yang Semakin Kurang Sikap yang tidak dapat diramal, moody dalam banyak hal, mahu bersendirian dan tidak boleh disentuh walhai ianya halal.
Mudah bertengkar bila berbual dan keluar rumah tanpa sebarang kata.
6. Keinginan Seks dan Kasih Sayang Yang Berkurang Dua kemungkinan yang boleh berlaku:
Keinginan seks menjadi tinggi bahkan lebih ghairah. Atau mengelak untuk bersama tanpa alasan munasabah. Kerap tidur berasingan di bilik sebelah, bahasa dan isyarat cinta (pelukan dan ciuman) yang semakin berkurang serta ayat cinta seperti ‘i love u’ semakin sukar diungkapkan.
7. Hubungan Dengan Anak-Anak Yang Semakin Renggang Sebahagian daripada mereka yang curang dilihat jarang meluangkan masa dan kurang memberi perhatian terhadap anak-anak dan pasangan.
Banyak peranan mula dilepaskan kepada pasangan:
Cepat marah bila anak tidak ikut arahan, permintaan anak sering diketepikan, perkembangan dan pembelajaran anak tidak diikuti.
Dan apabila gagal, maka akan disalahkan pasangan.
Namun bila berjaya tiada penghargaan yang akan diberikan.
8. Kurang Melibatkan Pasangan Dalam Kehidupan Peribadi Selalunya orang yang curang kurang minat untuk melibatkan pasangan dalam kehidupan sosialnya.
Permintaan pasangan untuk mengikut ke majlis keraian ditolak.
Hasrat pasangan untuk bersua dengan kenalan pejabat dan jiran tetangga turut ditegah.
Dia lebih suka keluar bersama kawan-kawan dan mengelak untuk keluar berdua dengan pasangan sahaja.
 
Sabar Dahulu, Jangan Terus Membuat Tuduhan
Antara tanda lain yang memungkinkan pasangan anda curang apabila instinct atau gerak hati anda menyuarakannya..
.. lebih-lebih lagi jika anda tidak pernah merasa sangsi, curiga dan cemburu dengannya sebelum ini.
Namun, timbul persoalan apabila ingin memberitahu pasangan apa yang dirasa tidak kena dengan dirinya atau perlukah bertanyakan seperti ini:
Awak ada perempuan lain ke? Awak curang belakang saya ke?
Dinasihatkan agar tidak terus menuduh pasangan anda curang hanya dengan meneliti tanda-tanda yang dinyatakan diatas.
Kita juga perlukan bukti yang sahih.
Tuduhan liar sebegitu boleh memporak-perandakan rumahtangga dan menghuru-harakan keadaan.
Sebaliknya, mintalah pendapat atau pandangan dari mereka yang arif dalam isu sebegini.
Jangan menghabiskan sepanjang hayat anda hanya dengan mencari petunjuk atau tanda-tanda kecurangan pada pasangan anda.
Sebaliknya mohonlah perlindungan dan bantuan daripada Allah.
Percayalah semua bentuk penipuan atau pengkhianatan yang dilakukan pasangan akan terbongkar jua akhirnya dengan petunjuk dan izinNya.
 
Bagaimana Berhadapan Dengan Pasangan Apabila Timbul Kesangsian? Bersemuka dengan pasangan bukan bermakna kita menyerang pasangan.
Menyerang lebih kepada serangan peribadi yang menyakitkan seperti tuduhan, kritikan, hentaman serta penderaan mental, emosi mahupun fizikal.
Sebaliknya konsep bersemuka dengan pasangan adalah persetujuan untuk mendapatkan penjelasan terhadap sesuatu isu.
Beberapa perkara yang mungkin berlaku sekiranya isteri yang dicurangi berkonfrontasi dengan suami yang curang.
Antara respons atau maklum balas daripada pasangan boleh datang dalam pelbagai bentuk iaitu:
Penerangan Pengakuan Penafian Pembelaan diri Tidak dinafikan semua perasaan akan mula bercampur-baur bila mengesyaki pasangan berlaku curang di belakang.
Perlu atau tidak berdepan dengan pasangan bagi merungkai segala persoalan yang bermain di fikiran adalah terpulang kepada anda.
Dinasihatkan agar anda menilai beberapa perkara di bawah ini sebelum melakukannya:
1. Buat Persediaan Yang Sewajarnya Pilih masa dan tempat yang sesuai dan jauh dari gangguan.
Pastikan anda betul-betul tenang dan bersedia untuk berdepan dengan pasangan.
Elakkan confront disaat anda sedang marah kerana keberkesanan perbincangan bergantung pada apa yang anda fikirkan dan bagaimana anda melaluinya.
Maklumkan pada pasangan apa tujuan dan harapan anda dari perbincangan tersebut.
2. Elakkan Perkara Ini Elakkan confront melalui telefon mahupun mesej.
Maklumkan pada pasangan apa yang anda telah tahu, dengar dan nampak tentang kecurangannya.
Mohon penjelasan sebaiknya jika terdapat percanggahan maklumat yang ditemui.
Luahkan perasaan anda yang terasa dikhianati, sedih, kecewa, takut, terhina andai tiada ketelusan dan kejujuran dalam kata-kata pasangan anda.
Elakkan memerangkap pasangan anda dengan penipuan hanya untuk mendapatkan kebenaran seperti mengada-mengadakan cerita atau bahan bukti yang tidak wujud kerana ia boleh mengeruhkan keadaan.
Bijaklah dalam menanyakan soalan.
Saya dengar awak kerap keluar berdua dengan staf awak, boleh jelaskan pada saya?
adalah lebih baik daripda terus menyerang dengan soalan seperti:
Awak curang dengan saya ke? Siapa dia orang tu?
 
Perlukah Bersemuka Dengan Pihak Ketiga?
Perlukah kita bersemuka dengan orang yang cuba merosakkan rumah tangga kita?
Lazimnya, kemarahan yang datang tatkala mengetahui pasangan ada hubungan sulit membuatkan anda terasa benar ingin bersemuka atau menyerang orang ketiga tersebut dan memberitahu pasangannya (jika orang ketiga itu sudah berkahwin) tentang kecurangan yang berlaku.
Mungkin ia boleh memberi kepuasan — tetapi cuma seketika.
Anda tidak dapat apa-apa dengan cara ini melainkan hanya lebih terluka dan sakit hati.
Bagi sesetengah individu yang dicurangi apa yang dilakukan itu adalah sebagai dendam.
Bagi yang lain pula, mereka percaya apabila keluarga, suami atau isteri orang ketiga itu tahu, maka akan tamatlah skandalnya.
Apa yang diharap daripada tindakannya itu adalah orang ketiga akan merasakan derita seperti yang dirasainya.
Mungkin betul dia akan terasa sakit malah orang di sekelilingnya, anak-anak dan ahli keluarga turut terasa sakitnya.
Biarpun begitu, kesakitan anda tidak akan terhenti di situ malah masalah tidak akan selesai jika dimaklumkan pada pasangan orang ketiga itu.
Oleh itu, jika anda bercadang untuk memberitahu pada pasangan orang ketiga itu, fikirlah berkali-kali.
Ramai wanita atau isteri yang dicurangi menyesal setelah bertindak memaklumkan kecurangan yang berlaku pada pasangan orang ketiga.
Ini kerana mereka akan dimarahi oleh suami yang sedang angau bercinta.
Malah lebih sakit apabila suami menyebelahi dan membela kekasih gelapnya dari isteri sendiri.
Ini adalah pahit untuk ditelan. Rasa lebih sakit dikhianati.
Andai masih berhajat dan berhasrat ingin menemuinya atau bercakap dengannya sama ada melalui telefon atau whatsapp, dua persoalan yang harus kita timbulkan:
Apa niat dan tujuan untuk berjumpa? Bagaimana keadaan emosi diri sebelum, semasa dan selepas bersemuka? Buatlah senarai semak baik dan buruk bagi memperjelaskan kesan setiap tindakan yang ingin dilaksanakan.
Andai kedua-dua jawapannya adalah negatif, maka elakkan dari meneruskan rancangan tersebut.
Namun jika sebaliknya, maka berundinglah secara bijaksana dan penuh terhormat.
Walaupun niat anda baik untuk mempertahankan rumahtangga tetapi jika tidak kena dengan caranya seumpanya menyerang, bergaduh, maki hamun dan sebagainya, maka natijah akan lari dari landasan sebenar.
Ingatlah bahawa matlamat tidak menghalalkan cara.
Bila niat dan cara baik pendekatannya, natijahnya akan turut baik.
Berikan tumpuan dan fokus pada apa yang penting sekarang.
Satu percubaan yang dilihat dapat membantu ialah dengan duduk dan bercakap dengan pasangan anda yang curang dalam keadaan tenang.
Ini akan membuatkan pasangan anda rasa selamat untuk menjawab.
Anda perlu tahu niatnya terhadap hubungan itu.
Orang ketiga tidak mempunyai jawapan kepada soalan ini.
Hanya dengan bercakap dengan pasangan anda akan tahu erti hubungan itu padanya dan bagaimana anda boleh membina semula kehidupan.
 
Jika Suami Telah Terlanjur Sehingga Berzina, Bolehkah Saya Meminta Cerai?
Apa yang berlaku menjadikan saya tawar hati untuk meneruskan ikatan perkahwinan ini.
Adakah wajar saya menuntut cerai atas sebab ini?
Puan boleh menuntut cerai atas sebab yang dinyatakan itu.
Walau bagaimanapun, sebelum menuntut cerai kerana sebab di atas, sewajarnya pihak isteri mengambil kira beberapa perkara berikut terlebih dahulu.
1. Bukti dan maklumat yang diterima itu perlu dinilai terlebih dahulu sama ada sahih atau tidak. Jika maklumat datang daripada orang lain, maka perlu diteliti kewibawaan pemberi maklumat itu dan perlu juga disiasat sama ada benar atau tidak.
Jika bukti itu diperoleh dari gambar, video atau rekod komunikasi melalui telefon bimbit dan seumpamanya, perlu diselidiki juga sama ada tulen atau rekaan.
Juga perlu diambil kira kemungkinan maklumat itu adakah hanya berbentuk gurauan atau permainan.
Prinsip menyiasat maklumat yang diterima ini berasaskan ayat al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
— Surah Al-Hujuurat ayat 6
2. Jika maklumat itu benar sekali pun, perlu juga dinilai kemungkinan suami telah bertaubat dan meninggalkan terus perbuatan terkutuk itu. Taubat suami ini boleh dilihat melalui beberapa petanda seperti dia melaksanakan amal ibadahnya yang fardhu dengan cukup, melakukan amalan-amalan sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan meninggalkan tabiat-tabiat buruk.
3. Jika pasti suami terlibat dalam dosa besar itu dan dia masih tidak bertaubat dengan taubat nasuha, menjadi peranan isteri untuk menegur, menasihati dan menghalang kemungkaran itu mengikut kemampuan. Jika perlu, bolehlah mendapatkan bantuan daripada rakan, ibu bapa, guru atau orang-orang yang lebih berpengalaman untuk menasihatinya.
Nasihat dan perbincangan mungkin boleh mencetuskan kesedaran dan membuka jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul.
4. Jika segala ikhtiar tidak mendatangkan hasil, maka sewajarnya isteri menimbangkan kembali ikatan perkahwinan yang wujud itu. Pertimbangan ini perlu dibuat kerana beberapa sebab, termasuklah:
Keterlibatan dalam dosa besar secara berterusan akan menjejaskan peranan seorang suami yang sepatutnya memimpin dan membimbing keluarga menuju kebahagiaan dan takwa Zina boleh mendedahkan isteri kepada penyakit seperti AIDS dan seumpamanya Akhlak seorang bapa boleh mempengaruhi tingkah laku anak-anak. Oleh itu, faktor pendidikan anak juga perlu dipertimbangkan. Rumah tangga yang berkat dan sakinah adalah rumah tangga yang bersih daripada dosa-dosa besar. Hakikat kebahagiaan emosi dan rohani berkait rapat dengan ikatan manusia dengan Allah Yang Maha Pengasih. Apa yang penting, pertimbangan mestilah dibuat berasaskan kepada iman, maklumat yang jelas dan pertimbangan yang waras.
Bukan bersandarkan kepada emosi dan perasaan.
 
Dayuskah Jika Tidak Menceraikan Isteri Curang?
Apakah maksud sebenar dayus?
Ramai ulama’ membincangkan berkenaan dayus melalui pengkajian, penelitian dan pemahaman yang khusus terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan.
Ringkas untuk difahami, dayus merupakan satu gelaran penghinaan khusus buat lelaki yang sanggup membiarkan isteri, anak perempuan dan ahli keluarganya melakukan kemungkaran seperti berzina, mendedahkan aurat, bergaul bebas dan berbagai keadaan lagi..
… tanpa ada sebarang perasaan untuk mengubahnya.
Sabda Rasulullah:
‘Tiga yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.’ lalu sahabat berkata: ‘wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?’ Baginda berkata: ‘Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya)’
— Hadis riwayat At-Tabrani
Imam az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kabair turut menerangkan perihal dayus:
Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isteri, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya.
Dayus hanya akan sabit ke atas lelaki bila mana mengetahui isteri atau anak perempuannya melakukan kemungkaran secara terbuka namun hanya membiarkannya.
Jika ia berlaku secara sulit, maka tiadalah tanggungjawab ke atas lelaki dan tidaklah dia disabit dayus.
Maknanya, jika isteri berlaku curang dibelakang, sedang suami tidak mengetahuinya sehinggalah dimaklumi kepadanya tanpa disertakan bukti untuk mengesahkannya itu tidak dinamakan dayus.
Begitu juga setelah suami mendapat tahu kecurangan isterinya dan dia telah mengakui dan kemudian telah bertaubat nasuha, lantas si suami memaafkan dan menerimanya kembali juga tidak digelar dayus sebaliknya punyai hati yang tulus.
Melainkan jika suami mengetahui isterinya berlaku curang dan berterusan melakukan kemungkaran sedang suami tidak cemburu bahkan tiada usaha melarang.
Maka ini sememangnya layak dikatakan dayus.
Soal perlu cerai atau tidak, suami perlu pertimbangkannya dengan bijak.
Jangan buat keputusan terburu-buru mengikut hawa nafsu, sebaiknya berfikir dahulu.
Fahami setiap hukum penceraian; wajib, haram, sunat, harus dan makruh.
Wajar diceraikan isteri yang terus-menerus bersikap nusyuz sehingga menjadikan suaminya dayus.
Dimana isteri semakin rancak dengan maksiat sehingga apa yang ditegur, dilarang mahupun dinasihati langsung tidak dipandang.
Apatah lagi mahu bertaubat sebaliknya mencabar hukum Tuhan.
Jika penceraian juga dipilih, lakukan dengan cara terbaik melalui proses yang betul agar redha Allah dapat diraih.
 
Penutup: Berhikmah Dalam Menyelesaian Ujian Rumah Tangga Hidup ini memang ada pasang surutnya.
Tidak semua perkara boleh diselesaikan dengan mudah, terutamanya perkara yang melibatkan kepercayaan.
Ujian yang menimpa suami isteri apabila pasangannya terlibat dengan perkara sumbang merupakan ujian yang besar.
Islam memberikan beberapa jalan keluar bagi merungkaikan kekusutan ini berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang adil dan penuh rahmat.
Semoga tulisan ini mampu membantu anda menyelesaikan masalah sedikit sebanyak.
Anda boleh meninggalkan komen pada bahagian bawah jika mempunyai sebarang persoalan.
The post Apakah Tanda Pasangan Suami Atau Isteri Curang? Apa Yang Perlu Dilakukan? appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/suami-isteri-curang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Mia Ahmad Nafi Curang Ketika Isteri Berpantang

Suami Mia Ahmad Nafi Curang Ketika Isteri Berpantang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 680 hits
Baru baru ini seperti yang peminat setia Mia Ahmad perasan pelakon wanita berkenaan ada memuatnaik gambar yang tidak tahu ditujukan kepada siapa Namun The post appeared first on
Terlalu Marah Suspek Tetak Mangsa Berang Dituduh Curang Suami Tetak Isteri Sampai Mati

Terlalu Marah Suspek Tetak Mangsa Berang Dituduh Curang Suami Tetak Isteri Sampai Mati

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1061 hits
Terlalu marah suspek tetak mangsa Berang dituduh curang suami tetak isteri sampai matiSeorang wanita ditemui mati dengan kesan tetak di kepala muka dan tangan dipercayai ditetak oleh suaminya lapor Dalam kejadian jam 8 pagi Sabtu di Ladang ...
Aznil Terkejut Dilamar Pasangan Suami Isteri

Aznil Terkejut Dilamar Pasangan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 410 hits
PENGACARA Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil mendedahkan dia telah dilamar oleh seorang wanita menerusi sepucuk surat yang diberikan oleh seorang lelaki Pak Nil menerusi akaun Instagram peribadinya memuat naik sebuah video beserta kapsyen b...
Persediaan Diri Isteri Apabila Suami Mahu Berpoligami

Persediaan Diri Isteri Apabila Suami Mahu Berpoligami

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 545 hits
Hidup bermadu bukan perkara yang mudah Tidak ada wanita di dunia ini yang mahu berkongsi suami sama ada menjadi yang pertama atau kedua ketiga dan keempat juga Realitinya berpoligami adalah ketentuan syariat dengan hukum harus bukan sunat M...
Suami Pukul Isteri Hingga Cedera Selepas Berang Kereta Calar Dalam Satu Kemalangan

Suami Pukul Isteri Hingga Cedera Selepas Berang Kereta Calar Dalam Satu Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 461 hits
Suami pukul isteri hingga cedera selepas berang kereta calar dalam satu kemalangan Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat...
Tanggungjawab Suami Isteri Yang Wajib Dalam Perkahwinan

Tanggungjawab Suami Isteri Yang Wajib Dalam Perkahwinan

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 597 hits
Apakah tanggungjawab suami dan isteri dalam sesebuah perkahwinan menurut Islam Dalam artikel ini saya akan membantu anda mengetahui dan memahami apakah tanggungjawab tanggungjawab wajib yang harus dipikul oleh suami dan isteri Saya juga aka...
Lihat Isteri Meroyan Suami Ellie Suriati Luah Rasa Hati

Lihat Isteri Meroyan Suami Ellie Suriati Luah Rasa Hati

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 944 hits
Lihat Isteri Meroyan Suami Ellie Suriati Luah Rasa HatiSetiap kali susuk Ellie Suriati Omar muncul bersama penyokong Umno mengecam kerajaan setiap kali itu jugalah hati suaminya yang juga seorang pelakon Azri Iskandar kerisauan video sekada...
Ketahui 7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah

Ketahui 7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 284 hits
Haaa apa lagi Checklah dengan pasangan korang Serasi ke tak Semua orang mengimpikan sebuah rumah tangga yang harmoni hingga ke akhir hayat Tapi rata rata yang sudah berkahwin mengatakan bahawa alam perkahwinan tidaklah semudah yang disangka...
Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 465 hits
Sekatan bank terhadap bekas suami culas bayar nafkah kepada bekas isteri dan anakKerajaan sedang mempertimbangkan tindakan lebih tegas termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang didapati culas dalam memberi nafkah k...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik