Terlalu Marah Suspek Tetak Mangsa Berang Dituduh Curang Suami Tetak Isteri Sampai Mati


'Terlalu marah, suspek tetak mangsa' - Berang dituduh curang, suami tetak isteri sampai mati


Seorang wanita ditemui mati dengan kesan tetak di kepala, muka dan tangan, dipercayai ditetak oleh suaminya, lapor Harian Metro. 
Dalam kejadian jam 8 pagi Sabtu di Ladang Pintasan, Kinabatangan, Sabah, mangsa berusia 27 tahun dibunuh dan laporan polis mengenai kejadian itu hanya dibuat pada jam 8.45 malam. 
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat berkata, hasil siasatan awal mendapati magnsa baru saja bekerja di ladang itu kira-kira sebulan sebagai pemungut biji sawit, manakala suaminya pula tidak bekerja. 
"Kedua-dua mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri

"Siasatan di tempat kejadian mendapati mayat mangsa berada di ruang tamu rumah dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian," katanya. 
Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kecederaan akibat tetakan senjata tajam di bahagian muka kiri, atas dan belakang kepala. Selain itu, pergelangan tangan kanan mangsa juga hampir putus dan tiga jari kanannya putus ditetak. 
"Pemeriksaan di dapur menemui cebisan jari mangsa yang putus. Senjata yang digunakan dipercayai adalah parang milik suami. 
Ketika kejadian, jiran mangsa mendakwa tidak mendengar sebarang pergaduhan atau bunyi bising dari kediaman mangsa. Bagaimanapun selepas kejadian, jiran ternampak suspek berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan sebelum melarikan diri ke arah sungai. 
Bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku, jiran bertindak mengejar suspek, tetapi gagal sebelum memeriksa kediaman mangsa dan mendapati mangsa terbaring tidak bernyawa. 
A Sahak berkata, pihaknya percaya motif kejadian berpunca akibat perselisihan faham di antara pasangan terbabit ketika mereka berada di dapur. Ia berikutan penemuan periuk yang mengandungi sup ayam dan satu pinggan berisi nasi ditemui bertaburan di lantai dapur dipercayai dibaling. 
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat

Polis berjaya menahan suspek berusia 30-an pada jam 10.30 pagi Ahad dan ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan itu dan menjelaskan dia berbuat demikian kerana terlalu marah apabila dituduh mempunyai perempuan lain. 
Suspek yang terlalu marah sehingga tidak dapat mengawal dirinya lalu hilang pertimbangan dan bertindak menetak mangsa apabila ditanya mengenai perkara itu. 
"Disebabkan terlalu marah, suspek bertindak kejam dengan menetak mangsa," katanya. 
Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPS) Kinabatangan dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/10/terlalu-marah-suspek-tetak-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Mia Ahmad Akui Rumah Tangga Sedang Bergolak Dituduh Berlaku Curang

Suami Mia Ahmad Akui Rumah Tangga Sedang Bergolak Dituduh Berlaku Curang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 989 hits
Persoalan dalam minda netizen tentang sebab utama Mia Ahmad dilihat memadam semua gambar suami di laman Instagramnya akhirnya terjawab apabila Izham sendiri mengakui telah dituduh berlaku curang dibelakang Mia oleh sepasang kekasih Penjaga ...
Kahwin Dengan Doktor Patutlah Senang Hidup Dituduh Ditanggung Isteri Nubhan Af Berang Di Instagram

Kahwin Dengan Doktor Patutlah Senang Hidup Dituduh Ditanggung Isteri Nubhan Af Berang Di Instagram

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 457 hits
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasi Nubhan yang pernah popular dengan lagunya Ada Untukmu telah memuat naik gambar komen netizen yang mengkritik dirinya ditanggung oleh isterinya di InstagramPada tahun 2015 penyanyi ini telah berkahwin denga...
Apakah Tanda Pasangan Suami Atau Isteri Curang Apa Yang Perlu Dilakukan

Apakah Tanda Pasangan Suami Atau Isteri Curang Apa Yang Perlu Dilakukan

papar berkaitan - pada 4/11/2018 - jumlah : 845 hits
Bagaimana kita boleh tahu suami atau isteri kita curang Bagaimana tanda curang tersebut Apakah yang perlu dilakukan jika terbukti curang Langit tidak selalunya cerah Begitulah alam perkahwinan yang adakalanya diuji dengan pelbagai masalah a...
Suami Mia Ahmad Nafi Curang Ketika Isteri Berpantang

Suami Mia Ahmad Nafi Curang Ketika Isteri Berpantang

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 748 hits
Baru baru ini seperti yang peminat setia Mia Ahmad perasan pelakon wanita berkenaan ada memuatnaik gambar yang tidak tahu ditujukan kepada siapa Namun The post appeared first on
Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Bertaburan Isteri Mati Ditetak Suami Gila

Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Bertaburan Isteri Mati Ditetak Suami Gila

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 563 hits
Ngeri bayangkan tidak cukup dengan kesan tetakan di muka kiri di atas dan belakang kepala selain pergelangan tangan kanan hampir putus cebisan tiga jari kanan yang putus turut ditemui di dapur rumah Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Berta...
Isteri Nekad Terjun Jambatan Akibat Suami Curang

Isteri Nekad Terjun Jambatan Akibat Suami Curang

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 472 hits
PRAI Kerana suami berhutang along dan curang dengan wanita lain seorang wanita berusia 34 tahun diselamatkan pihak berkuasa selepas dia cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang jam 12 40 tengah malam tadi lapor BHOnline Ketua Polis Daerah Seb...
Isteri Mangsa Nampak Suami Ditelan Bumi

Isteri Mangsa Nampak Suami Ditelan Bumi

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 390 hits
NORAZIZAH menunggu berita usaha mencari suaminya Subairi yang masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh Paya Terubong semasa berada di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang Foto NSTP Danial Saad GEORGETWON Saya tak mampu berger...
Suami Pukul Isteri Hingga Cedera Selepas Berang Kereta Calar Dalam Satu Kemalangan

Suami Pukul Isteri Hingga Cedera Selepas Berang Kereta Calar Dalam Satu Kemalangan

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 501 hits
Suami pukul isteri hingga cedera selepas berang kereta calar dalam satu kemalangan Seorang wanita terpaksa menerima tiga jahitan di kepala dan beberapa kesan lebam di mata serta tangan apabila dipukul suaminya yang berang berikutan terdapat...
Akibat Terlalu Percayakan Rakan Isteri Jadi Mangsa Kenduri 5 Lelaki Dalam Kereta

Akibat Terlalu Percayakan Rakan Isteri Jadi Mangsa Kenduri 5 Lelaki Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 456 hits
Akibat Terlalu Percayakan Rakan Isteri Jadi Mangsa Kenduri 5 Lelaki Dalam Kereta Akibat Terlalu Percayakan Rakan Isteri Jadi Mangsa Kenduri 5 Lelaki Dalam Kereta
Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bos Bagi Kuih Muih

Doa Untuk Kuatkan Hati

Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu

Tunggul Yang Pernah Setia

Arief Mengapa Kau Beri Aku Rasa Chord