Syariah Dalam Pelaburan Emas Perak




Entri kali ini saya ingin kongsikan tentang hukum jual beli Emas dan Perak. Saya juga kongsikan bagaimana urusan jual beli emas dan perak di Public Gold menepati syariah.

Dalam aktiviti jual beli, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi memastikan aktiviti jual beli mengikut garis panduan yang ditetapkan (patuh syariah).

1# Transaksi dilakukan dengan ikhlas dan jujur
2# Mengambil untung tidak berlebihan
3# Barang yang dijual haruslah halal
4# Barang bukan milik orang lain
5# Tidak menyembunyikan kecacatan dalam barang

Dan sebagainya.

Bagi barang ribawi, terdapat dua syarat tambahan yang perlu dipenuhi iaitu:

1# Aktiviti jual beli dilakukan secara lani (serentak)
Urusniaga tidak boleh dilakukan secara bertangguh seperti bayar dulu, ambil kemudian atau ambil dulu, bayar kemudian.

2# Berlaku pertukaran pemilikan (taqabudh) dari penjual kepada pembeli
Barang yang hendak dijual oleh penjual mestilah wujud serta dimiliki sepenuhnya. Penjual juga mestilah berkemampuan menyerah barang kepada pembeli tanpa halangan.

Oleh kerana Emas dan Perak dikategori sebagai barang ribawi, maka hukumya sedikit ketat berbanding dengan urusan jual beli biasa. Kedua-dua syarat tersebut mesti berlaku ketika akad jual beli.


Ikuti perkongsian Ustaz Khairul Anuar Basri tentang pekara ini.

Akad jual beli ialah gabungan ijab (offer) dan qabul (acceptance). Akad yang kita faham biasa dalam bahasa ialah “Aku Jual’ dan “Aku Beli’.

Akad sebenarnya simbol kerelaan hati pembeli dan penjual bertukar barang dan harga dalam bentuk duit. Oleh itu, ia boleh berlaku dalam apa saja aksi dan gerak badan yang difahami oleh penjual dan pembeli.

Sebab itu kita boleh berjual beli dengan mesin air tin, secara atas talian (online), secara tulisan (emel dan Whatsapp dan macam-macam cara lagi tanpa lafaz “Aku Jual” dan “Aku Beli”.

Yang lebih penting, akad juga boleh berlaku dan sah walaupun dengan orang bukan islam. Jadi jangan bimbang berakad jual beli dengan Public Gold walaupun pemiliknya bukan beragama islam.

Soalan yang boleh merungkai banyak masalah ialah:
1# Bila akad berlaku?
2# Apakah makna lani (spot)
3# Apakah falsafah sebenar dari keperluan untuk bertukar pemilikan (taqabudh)

Dalam bisnes Public Gold, ada beberapa akad yang biasa berlaku seperti akad jual beli (al-bai’), akad pinjaman (qardh), akad simpanan (wadiah), akad upah (ujrah), akad sewaan (ijarah) dan lain-lain.

Dalam jual beli emas, kita mesti tahu bila akad berlaku supaya kita boleh pastikan 2 syarat khusus akad berlaku demi mengelakkan riba.

Bila kita boleh tentukan di mana akad berlaku dengan 2 syarat khusus dipenuhi, maka kita boleh menjawab pelbagai soalan tentang hukum jual beli emas.

Beli secara kunci harga.
Beli secara kena bayar dulu.
Beli segara atas talian.
Beli secara pos.

Dan macam-macam cara belian emas. Hatta beli secara ansuran pun boleh jadi sekiranya kita tahu di mana titik bermulanya akad. Akad jual beli emas, mesti wujud emas untuk jual dan beli. Jika kita serah wang dengan mengharapkan keuntungan, itu bukan akad jual beli. Itu kita panggil akad pelaburan (mudharabah).

Beli emas dengan Public Gold ada 2 kaedah saja iaitu:
1# Beli biasa ikut Barang (item)
2# Beli GAP ikut berat (gram)

Bagi belian biasa, proses pertama ialah kunci harga. Kunci harga ini menggunakan akad janji (wa’ad) iaitu kita berjanji dengan Public Gold untuk membeli emas tertentu dengan harga tertentu.
Apa saja yang jadi selepas itu dengan harga emas, sama ada naik atau turun. Kita tetap akan membeli dengan harga yang telah ditetapkan (Kunci harga).

Kunci harga bukan akad jual beli. Ia Cuma janji sahaja. Jadi pada ketika itu, tidak perlu risau tentang 2 syarat khusus ketika akad jual beli itu. Janji boleh dibatalkan oleh pembeli. Tapi biasanya bila mungkir janji, denda (penalti) akan dikenakan. Hukumnya harus atas dasar memberi pengajaran supaya tidak sewenang-wenangnya kunci harga sana sini kemudian batalkannya.

Di pihak Public Gold, apabila pembeli mula kunci harga, pihak pengurusan Public Gold sudah mula mengambil langkah-langkah perlu bagi menyediakan emas yang akan dibeli oleh pembeli.

Kalau mengikut prosedur biasa selepas kunci harga. Pembeli akan memindahkan duit secara atas talian ke akaun Public Gold. Jumlah duit tersebut sama dengan harga emas yang dikunci. Akad yang digunakan ialah wadiah (simpanan dengan jaminan).

Adakah perbuatan memasukkan duit itu menandakan ia adalah akad jual beli?

Memasukkan duit itu prosedur biasa sebagai menunjukkan kesungguhan pembeli emas untuk berurusniaga dengan Public Gold. Ia bukan akad jual beli.

Zaman sekarang orang bukan beli emas harga puluh atau ratus ringgit. Ia boleh mencecah jutaan ringgit. Pelanggan Public Gold pula bukan seorang dua yang mengunci harga dengan Public Gold. Mereka sangat ramai.

Jika tiada prosedur sebegini, maka sangat sukar untuk Public Gold menyelaraskan antara kunci harga dan penyediaan emas bagi orang yang benar-benar hendak membeli emas.

Pada bila-billa masa jika pembeli membatalkan kunci harga, Public Gold mesti memulangkan balik duit yang dimasukkan tadi. Bayaran denda kerana mungkir janji setelah mengunci harga boleh ditolak dari duit yang telah dimasukkan.

Bila emas yang dikunci harga telah sedia untuk diambil di mana-mana cawangan Public Gold, pembeli akan pergi bersama bukti pembayaran (slip bayar atau sebagainya) yang telah dimasukkan ke akaun Public Gold. Pada ketika itulah baru akan berlaku akad jual beli. Emas telah sedia, slip pembayaran sebagai bukti duit dalam akaun Public Gold pun sudah ada.

Maka berakad jual beli lah antara pembeli dengan Public Gold yang berwakilkan staf di cawangan.

Emas dan harga pada ketika itu akan bertukar secara lani (spot). Pemilikan emas pula bertukar secara sebenar daripada Public Gold kepada pembeli. Bukti akad diterjemahkan dalam bentuk dokumen yang ditandatangani oleh pembeli dan staf Public Gold.

Alhamdulilah, Selesai akad jual beli secara patuh syariah.

Kadang-kadang ada pembeli emas Public Gold yang mewakilkan kepada ‘Introducernya’ untuk mengambil emas di cawangan Public Gold.

Akad yang digunakan ialah akad wakalah. Bila berakad jual beli nanti, ‘introducer’ akan bertindak bagi pihak pembeli. Akad jual beli ini juga sah.

Public Gold menawarkan jaminan belian balik semua produk emas dan peraknya. Dari sudut shariah, hukumnya harus. Tambah menarik, ia tidak terhad kepada produk keluarannya sahaja. Public Gold menerima emas keluaran syarikat lain dalam bentuk jongkong, syilling dan barang kemas.

Jaminan yang diberikan oleh Public Gold untuk membeli balik setiap emas dan perak keluarnya dari pemilik asal, bukan bermaksud pemilik tersebut mesti menjual balik hanya kepada Public Gold. Pemilik emas dan perak bebas menjual kepada sesiapa sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga bebas untuk digadaikan (Rahnu).

Setiap pemilik emas yang menjual balik emasnya kepada Public Gold dan menyerahkan emasnya sebelum pukul 4 petang, maka Public Gold akan memindahkan wang harga belian ke dalam akaun banknya pada keesokan harinya.

Jika penyerahan emas berlaku selepas pukul 4 petang, maka Public Gold akan memindahkan wang. Harga belian ke dalam akaun banknya pada hari lusanya.

Ini adalah lani (spot) dalam konteks ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk memahami secara lebih lanjut, anda boleh membeli buku yang bertajuk Emas & Syariah yang ditulis oleh Khairul Anuar & Mohd Daud Bakar di PG Mall. Buku ini akan mengulas secara lebih terperinci berkaitan isu shariah dalam urusan jual beli emas.

Di Mana Hendak Beli Buku Tersebut?

1# Daftar sebagai pengguna baru di SINI atau log masuk.


Daftar Atau Log Masuk
2# Taip ‘Emas Dan Shariah’ di ruang Pencarian (Search)


Pilih Dan Beli
Mudahkan caranya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mdfaiez84.com/2020/03/syariah-dalam-pelaburan-emas-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Emas Wabak Covid 19 Dan Federal Reserve Usa

Pelaburan Emas Wabak Covid 19 Dan Federal Reserve Usa

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 314 hits
Pelaburan emas menjadi topik hangat apabila harga emas dunia semakin naik semasa wabak koronavirus COVID 19 semakin merebak ke seluruh dunia Mengapa harga emas semakin meningkat manakala pasaran saham semakin menjunam Semuanya bersangkutan ...
8 Kategori Ilmu Tentang Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Ketahui

8 Kategori Ilmu Tentang Pelaburan Emas Yang Perlu Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 285 hits
Jika anda berhasrat untuk mendalami ilmu tentang Emas Carilah ilmu sebanyak mungkin dari pelbagai sumber mengikut kategori seperti berikut 1 Ilmu Kepentingan Memiliki Dan Menyimpan EmasIlmu ini membantu kita memahami akan kepentingan menjad...
Arti Mimpi Koin Logam Emas Perak Kuningan

Arti Mimpi Koin Logam Emas Perak Kuningan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 850 hits
Koin dalam mimpi pada umumnya memiliki hubungan dengan kesehatan dan kekayaan Jika bahan dari koin itu bukan perak emas atau tembaga dan terbuat dari bahan
Emas Melonjak Lagi Tetapi Untuk Berapa Lama

Emas Melonjak Lagi Tetapi Untuk Berapa Lama

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 228 hits
Emas telah menurun sebanyak 1 504 dalam sesi perdagangan Jumaat tetapi kini berdagang dalam warna hijau selepas keputusan Federal Reserve untuk menambah lebih banyak langkah rangsangan untuk menangani kejatuhan coronavirus FED telah mengura...
Warga Emas Lari Dari Hospital Berjaya Dikesan

Warga Emas Lari Dari Hospital Berjaya Dikesan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 484 hits
SEORANG warga emas dengan simptom koronavirus baharu yang melarikan diri dari Hospital Jasin berjaya dikesan dan dibawa oleh pasukan petugas khas hospital itu ke Hospital Melaka untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut Ketua Polis Daerah Jasi...
Mydin Usj1 Jaya Grocer Sedia Waktu Khas Bagi Warga Emas Oku Belanja Tatkala Covid 19

Mydin Usj1 Jaya Grocer Sedia Waktu Khas Bagi Warga Emas Oku Belanja Tatkala Covid 19

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 241 hits
Pasar raya itu setengah jam lebih awal daripada waktu biasa bagi membolehkan warga emas dan OKU berbelanja tanpa kesesakan small Cover image via Mydin jayagrocer small Semalam 16 Mac kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kaw...
Lelongan Besar Emas Dibatalkan Bagaimana Gelembung Emas Melonjak

Lelongan Besar Emas Dibatalkan Bagaimana Gelembung Emas Melonjak

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 327 hits
Salam Sejahtera pedagang yang dihormati Tahniah kepada mereka yang masih bertahan dalam keadaan yang sukar ini Malangnya badai baru bermula Saya ingin menyatakan satu peristiwa penting hari ini Idea yang saya hasilkan dalam analisis video s...
Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram

Tiga Warga Asing Di Tahan Melombong Emas Secara Haram

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 299 hits
LIPIS Tiga lelaki warga asing ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang selepas dikesan menjalankan aktiviti melombong emas secara haram dalam Hutan Simpan Aur Gading di sini kelmarin Penolong Pengarah Kanan Azmi Mohd Zain berkata penahanan ...
Tular Ayat Al Quran Berkenaan Covid 19 Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak

Tular Ayat Al Quran Berkenaan Covid 19 Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak

papar berkaitan - pada 5/4/2020 - jumlah : 449 hits
Pentafsiran ayat al Quran yang dikatakan mempunyai maksud berkaitan wabak koronavirus sepertimana tular sejak dua hari lalu merupakan satu pendustaan dan pembohongan nyata terhadap ALLAH SWT Tular Ayat Al Quran Berkenaan Covid 19 Ini Jawapa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner