Apakah Keputusan Besar Umno Menurut Zahid


SESUDAH SUBUH
PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksi awalnya setelah Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan denda RM240 juta, Umno akan membuat keputusan besar. Bunyi macam ada mesej penting di sebalik kata-kata Zahid itu. Apa? 
Orang mula berteka teki, mentafsir dan menanti kata-kata Zahid dengan pelbagai tafsiran dan adunan perasaan. Ada juga meragui kenyataan Zahid itu dan mencongak sebesar manakah keputusan besar itu? Besar betis, besar paha atau pun sebesar kelingking
Ini kerana dalam sejarah hidup Zahid dia suka buat gempar dan mengeluarkan kata-kata bersifat teka teki yang kemudian tidak ada jawaban sampai ke sudah. Sudah berguni kenyataan dan kata-kata bersifat politik dikeluarkan, semuanya terburai begitu sahaja tanpa ditunaikan. Kesangsian itu ditambah dengan sikapnya yang tidak ada pendirian dalam politik. 
Kalau boleh dipercayai ada dua kemungkinan di sebalik kenyataan dan kata-kata Zahid itu. Pertama beliau mengambil tanggungjawab meletak jawatan sebagai presiden Umno. Itu adalah langkah terbaik. Zahid kena mengambil tanggungjawab itu kerana beliau adalah sang setia dan penyokong kuat Najib Razak

Antara kenapa Najib berdegil untuk terus berkuasa dan enggan mengundurkan diri bila isu 1MDB timbul sehingga menyebabkan Umno hilang kuasa, adalah kerana disokong oleh Zahid selaku timbalan Najib. Apabila Muhyiddin Yassin yang mengkritik Najib dan dipecat Zahid sedia memikul tanggungjawab menjadi pembantu Najib sebagai timbalan perdana menteri. 
Zahid adalah pembela utama Najib dan juga Rosmah Mansor. Apabila mahkamah telah membuktikan segala tuduhan ke atas Najib (walaupun masih belum muktamad sama ada ke penjara atau tidak kerana dalam proses rayuan), tetapi keputusan semalam menjawab apa yang selama ini disembunyikan Najib kepada Zahid dan orang lain juga, maka wajar Zahid bertindak. 
Dengan cara itu beliau dilihat bertanggungjawab dan menyelamatkan Umno. Umno perlu dipimpin oleh orang yang bersih dan berwibawa dan perlu disapukan daripada bayangan Najib. Zahid selamanya dalam mentadbirkan Umno akan dilihat sebagai prokasi Najib. 
Apa lagi Zahid sendiri sedang mengerudi pintu penjara dan sedang mengecat tembok penjara untuk menjadi penghuninya bersama Najib. Beliau juga sedang menghadapi puluhan tuduhan seperti Najib. Langkahnya bercuti daripada menjalankan tugas sebagai presiden Umno sebelum ini patut disudahi dengan berundur secara terhormat. Zahid tidak perlu tunggu sehingga "dunia politik" khiamat. 
Kedua, mungkin beliau akan membuat keputusan mengejutkan menggunakan kuasanya sebagai presiden menarik balik sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan PN. Umum tahu kerajaan PN dibentuk atas sokongan Umno bersama Pas. Zahid mencuri bersama Muhyiddin. 
Tetapi kemungkinan ini sangat sukar tetapi tidak mustahil. Soalnya apakah dalam keadaan Umno berpecah tiga atau empat kini, Zahid ada kekuatan itu dan arahannya itu akan dipatuhi?  Tidakkah mereka yang kini sudah berada di atas kerusi empuk sedia mematuhi kehendaknya. Kalaulah itu keputusan besar dimaksudkan, Zahid tidak akan mendapat sokongan padu. 
Dalam Umno mepunyai anggota parlimen tidak sampai 30 orang, Zahid tidak boleh menggunakan kuasanya itu untuk "mengajar" Muhyiddin yang dilihat tidak sedikit pun bersimpati dengan Najib dan membalas budi Najib yang ikut menanda tangan SD untuk menyokong Muhyiddin untuk jadi PM dengan cara drastik itu menarik sokongan. Zahid akan gagal dia akan malu dua kali. 
Kenyataan Muhyiddin sebagai reaksi kepada keputusan mahkamah itu tentu kurang disenangi Zahid dan juga Najib. Muhyiddin seakan tidak menunjukkan simpati apabila berkata dan meminta semua pihak kena menghormati proses undang-undang. Kenyataan itu dilihat sebagai sikap Muhyiddin terhadap apa yang berlaku

“Kerajaan menghormati keputusan mahkamah dan menggesa semua pihak terus meletakkan kepercayaan kepada sistem perundangan serta kehakiman negara sebagai institusi bebas dan berkecuali,” demikian kenyataan Muhyiddin.  Kalau Zahid menarik balik sokongan kerajaan PN memang boleh jatuh. Tetapi apakah jaminan yang diingini itu tercapai. Kalau diam-diam Zahid sedia menjatuhkan kerajaan PN dan mengharap kerajaan PH akan tumbuh balik, apakah maksud disebalik tindakan itu terlaksana? Kalau Zahid mengira pertukaran kerajaan itu mengubah keadaan, ia satu kesilapan besar, ia tidak akan berlaku sama sekali

Saya tidak fikir PH sedia menukar prinsip hanya untuk jadi kerajaan dengan memaafkan orang dituduh di mahkamah yang selama ini diserangnya bertubi-tubi. Itu bukan caranya. Dan retentan daripada kemungkinan kedua itu tidak akan berlaku. 
Makanya keputusan besar dimaksudkan Zahid itu bagi saya kalau ianya berlaku adalah Zahid BERUNDUR dan serahkan kepada tokoh lain, sementara dia bersiap sedia untuk bersara atau menghuni penjara bersama Najib. Masih ada tokoh berwibwa untuk memimpin Umno dan memulihkannya, antara Tengku Razaleigh Hamzah. Status Tengku Razaligh sebagai penasihat Umno boleh diperluaskan.  [wm.kl.9:10 am 29/07/2020]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/06/kebaikan-amanah-sebagai-parti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Keputusan Besar Bakal Umno Lakukan Berikutan Keputusan Terhadap Najib

Apa Keputusan Besar Bakal Umno Lakukan Berikutan Keputusan Terhadap Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 266 hits
Sebaik keputusan bersalah dijatuhkan terhadap Najib Razak dalam kes salah guna kuasa pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menegaskan suatu keputusan politik yang besar ak...
Keputusan Najib Bersalah Umno Tentukan Hala Tuju Kerajaan Pn Dalam Masa Terdekat Kata Zahid

Keputusan Najib Bersalah Umno Tentukan Hala Tuju Kerajaan Pn Dalam Masa Terdekat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 307 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu keputusan politik besar susulan keputusan kes mahkamah Najib Razak hari ini Zahid berkata demikian selepas mahkamah mendapati Najib bersalah dalam tujuh tuduhan te...
Kalau Setakat Umno Tak Masuk Pn Tapi Masih Sokong Kerajaan Ia Bukanlah Satu Keputusan Besar

Kalau Setakat Umno Tak Masuk Pn Tapi Masih Sokong Kerajaan Ia Bukanlah Satu Keputusan Besar

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 227 hits
Sebagai memenuhi janjinya dua hari lalu yang UMNO akan membuat keputusan politik besar susulan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang diterima Najib Razak Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengeluarkan kenyataan media be...
Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

Zahid Umno Will Not Join Perikatan But Strengthen Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 303 hits
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 8211 Picture by Bernama KUCHING Umno has decided today not to join Perikatan Nasional but to strengthen Muafakat Nasional with Pas and Barisan Nasional parties said Umno president Datuk Seri Ahmad Zahi
Video Kalau Umno Tak Keluar Pn Zahid Akan Senasib Najib

Video Kalau Umno Tak Keluar Pn Zahid Akan Senasib Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 301 hits
Ahli Parlimen Umno diingatkan agar berani bertindak untuk keluar daripada Perikatan Nasional Perkara ini ditegaskan oleh seorang penyokong Dato Seri Najib di luar perkarangan mahkamah yang berhimpun menyatakan sokongan terhadap mantan perda...
Akur Keputusan Umno Kata Najib

Akur Keputusan Umno Kata Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 292 hits
Najib berkata beliau sedia menerima sebarang keputusan yang akan dibuat Umno susulan penghakiman hari ini Ahli Parlimen Pekan itu menyifatkan pendirian secara terbuka Umno itu sejajar prinsipnya sendiri dirinya Tak tahu tapi saya ini orang ...
Keputusan Najib Bukti Kebejatan Umno

Keputusan Najib Bukti Kebejatan Umno

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 261 hits
Penerangan KEADILAN menyambut baik keputusan mahkamah yang mensabitkan salah terhadap DS Najib dalam 7 pertuduhan yang dihadapinya dalam kes penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta Ini sebenarnya jumlah kecil daripada banyak lagi kes mel...
Umno Umum Tarik Diri Daripada Perikatan Nasional Zahid Hamidi

Umno Umum Tarik Diri Daripada Perikatan Nasional Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 317 hits
Harits Asyraf HasnanJulai 30 2020 13 10 MYTAhmad Zahid berkata sokongan terhadap PN hanya berlandaskan kepada Ahli ahli Parlimen UMNO dan BN serta sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri dalam pembentukan kerajaan Pusat dan di beberapa buah neg...
Umno Keluar Pn Muafakat Nasional Jd Abang Besar

Umno Keluar Pn Muafakat Nasional Jd Abang Besar

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 385 hits
1 UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai Perikatan Nasional sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional bersama sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional 2 Sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional hanya berlandaskan sokonga...
China S President To Host Official Dinner For Anwar

Drama One Cent Thief 2 Lakonan Syafiq Kyle Azira Shafinaz

I Bought A Toy Like Vape Online Mp Tells Dewan Chamber

Unlocking Savings Expert Tips For Finding Discounted Cigarettes In Australia

Kips Bay Decorator Show House Dallas 2024 An Exquisite Showcase Of Design

India Secebis Kenangan Di India Random Photos

Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Realiti Bila Ada Anak Kecil

Love Please Don T Let Me Go Angelina Jordan

Konsep Wadiah Pengertian Hukum Dan Rukun Dalam Perspektif Syariah

Sayonara Iza Arina

Build A Strong Team For A Startups

Simple Menu Untuk Dinner