Apakah Itu Saling Memahami
APAKAH ITU "SALING MEMAHAMI"
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
APAKAH ITU "SALING MEMAHAMI" | Berenang di persisir pantai..menyelam ke dasar lautan.Ada bezanyakan.Begitu juga antara faham dan memahami.Faham itu lebih bersifat ringan.Tetapi memahami itu lebih mendalam.Faham itu boleh jadi bersendirian pun memadai berbanding saling memahami itu melibatkan dua..tiga dan seterusnya banyak pihak.Bila banyak pihak,ramai orang maka pelbagai perangai juga ragamnya.
Apakah itu "saling memahami".
Keperluan dan kehendak.Keperluan mesti di dahulukan.Bagi PC keperluan itu asasnya.Manakala kehendak itu ada pilihan di dalamnya..boleh ada boleh tiada..boleh dicepatkan boleh juga dikemudiankan..boleh dikurangkan boleh dilebihkan.Dalam kehendak ada pertimbangan yang boleh ada tolak ansurnya kecuali yang pada keperluan itu sudah lebih daripada cukupnya dipenuhi.Bismillah silakan.Saling memahami.Bila?.Bila mula mahu membuat apa pun keputusan yang melibatkan pengurusan dan pengeluaran wang contohnya atau apa sahaja yang menerlukan perbincangan.Sesiapa pun.
Bertolak ansur.Sedayanya usahakan seimbang.Cukup cantik sangat dah tu.."bertolak" "ansur".Sama-sama.Berlebih kurang.Ada ketika lebih..sampai masa kurang.Sempurna memang bukan milik kita cuma milik DIA.Apa yang boleh kita lakukan usaha semampu dan sedayanya.Bila satu pihak mahu sentiasa menegakkan haknya pasti satu pihak atau banyak pihak lainnya rasa teraniaya.Begitulah sebaliknya.Saling memahami mesti ada pada setiap kita walau hanya sedikit sahaja.
Padam anggapan "ah dia sangat memahami".Atau "kami saling memahami" sebagai tiket untuk memenuhi tuntutan diri sendiri.Apakah itu "saling memahami". Bila sentiasa ada usaha untuk tidak memberatkan atau fokus hanya di mana-mana bahagian.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2018/11/apakah-itu-saling-memahami.html