Apakah Hidangan Telur Kegemaran Anda


Terdapat pelbagai cara untuk memasak telur yang boleh memikat selera ramai dan dipadankan sebagai hidangan pagi, tengahari mahupun malam. Biarpun nampak mudah untuk disediakan, telur perlu dimasak dengan cara betul supaya dapat menghasilkan juadah sempurna lagi enak.
Kaedah Memasak Telur
Telur Goreng
Cara terbaik untuk menggoreng telur adalah dengan menggunakan kuali tidak melekat dan kuantiti minyak tidak melebihi satu sudu besar.
Telur Rebus
Untuk menghasilkan telur kuning yang cantik, didihkan air dan masukkan telur sebanyak empat biji serta rebus selama lapan minit. Kemudian angkat dan basuh telur dengan air sejuk untuk mematikan haba yang masih tersimpan di dalam telur. Jika anda menggemari telur kuning yang sedikit cair, kurangkan masa merebus kepada enam minit. Cara untuk membelah telur dengan kemas adalah dengan menggunakan benang atau pisau yang tajam.
Jika kulit telur yang direbus retak dan putih telur mengalir keluar, cara terbaik untuk mengelak perkara sebegini dari berterusan adalah dengan masukkan satu sudu cuka ke dalam air yang sedang mendidih dan kacau.

Poached Egg
Kaedah poaching atau merebus telur tanpa kulit dan kuning telur masih cair memang menjadi kegemaran rakyat Eropah. Hidangan Egg Royale begitu popular, di mana telur yang telah direbus tanpa kulit dihidangkan bersama hirisan salmon salai bersama sos hollandaise – campuran telur kuning dan mayones bersama jus lemon.
Untuk mendapatkan telur poached yang cantik, panaskan air di dalam periuk dengan api kecil dan masukkan satu sudu besar cuka. Air tidak perlu dididihkan, cuma dipanaskan dengan api yang kecil. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam mangkuk kecil atau cawan dan tuangkan dengan perlahan di dalam air yang sedang panas. Masak selama tiga ke empat minit sehingga putih telur menjadi pejal, tetapi masih lembut pada bahagian kuning telur. Gunakan senduk berlubang untuk mengangkat keluar telur yang telah masak.
Scrambled Egg
Untuk mendapatkan telur hancur yang enak dan lembut, pukul dua telur bersama dengan dua sudu besar susu segar dan masukkan garam serta lada hitam yang dikisar secukup rasa. Jika anda ingin pelbagaikan ramuan, anda boleh masukkan herba segar atau kering seperti basil, oregano atau rempah seperti paprika. Anda boleh juga gunakan herba tempatan seperti serai yang dihiris halus, pegaga atau daun kunyit. Setelah digaul, panaskan kuali leper dengan sedikit mentega dan biarkan cair. Kemudian masukkan telur dan kacau hingga masak sepenuhnya. Resipi ini boleh juga dimasak sebagai telur dadar.
Omelette
Spanish Omelette juga menjadi kegemaran ramai dengan menggunakan bahan seperti bawang, tomato ceri, kacang buncis, ayam rebus dan sayur-sayuran yang digaul bersama telur yang sudah dipukul sedikit kembang. Ia kemudian diperasakan dengan garam dan lada hitam dan digoreng bersama sedikit minyak. Untuk menambah keenakan, anda boleh masukkan sedikit kicap masin.
Seperti telur pindang Johor atau telur masin, rakyat Eropah juga gemar menjerukkan telur di dalam cuka supaya tahan lama. Telur yang telah direbus dan dikupas kemudian direndam di dalam cuka dan mampu bertahan selama beberapa bulan.
Bezakan Telur Lama dan Baru:
• Telur baru – selepas dipecahkan, telur putih masih lagi nampak pejal.
• Telur lama – telur putih bertukar menjadi cecair.
• Untuk mengetahui telur baru atau lama tanpa memecahkannya, masukkan telur dalam gelas berisi air. Jika telur tersebut tenggelam, maka ia adalah telur baru. Jika timbul, telur itu lama.
Tip oleh: Chef Norman Musa, Chef kelahiran Malaysia kini menetap di United Kingdom dan memperkenalkan masakan Malaysia di Eropah.
The post Apakah Hidangan Telur Kegemaran Anda? appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herinspirasi.com/dapur-with-love/guru-dapur/apakah-hidangan-telur-kegemaran-anda/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dijamu Makan Siang Jokowi Disuguhi Jk Coto Makassar Hingga Telur Ikan Terbang

Dijamu Makan Siang Jokowi Disuguhi Jk Coto Makassar Hingga Telur Ikan Terbang

papar berkaitan - pada 22/12/2018 - jumlah : 243 hits
Presiden Joko Widodo atau Jokowi menyempatkan diri berkunjung ke kediaman Wakil Presiden Jusuf Kalla di sela sela kunjungan kerjanya di Kota Makassar Sulawesi Selatan Dalam kunjungannya ini Jokowi didampingi Ibu Negara Iriana Jokowi
Harga Telur Tak Turun

Harga Telur Tak Turun

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 345 hits
Adnan Ibrahimcnews nstp com myHARGA telur ayam di sebuah kedai runcit di Taman Sri Impian masih dijual pada harga yang sama seperti minggu lepas KLUANG Peniaga kedai runcit merayu pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan ke atas pembekal t...
Kerajaan Berjaya Turunkan Harga Telur 2 Sen

Kerajaan Berjaya Turunkan Harga Telur 2 Sen

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 450 hits
Kerajaan Berjaya Turunkan Harga Telur 2 Sen Berita yang pasti menggembirakan seluruh rakyat Malaysia Tetapi semua itu seperti melepas batuk di tangga sahaja Sebabnya atas perhatian admin sepanjang 3 bulan ini harga telur yang dulunya bawah ...
Harga Telur Turun 2 Sen Belum Puaskan Hati Pengguna Kata Fomca

Harga Telur Turun 2 Sen Belum Puaskan Hati Pengguna Kata Fomca

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA Gabungan Persatuan persatuan Pengguna Malaysia berkata langkah kerajaan menurunkan harga telur ayam setiap gred sebanyak 2 sen susulan lonjakan 10 sen baru baru ini belum memuaskan hati pengguna Timbalan Presiden Fomca Mohd Yu...
Harga Maksimum Telur Ayam 44 Sen Sempena Krismas

Harga Maksimum Telur Ayam 44 Sen Sempena Krismas

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 421 hits
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Mohd Roslan Mahayudin diiringi Pengarah Eksekutif de Market Khor Hui Sin melihat harga barang barang asas keperluan semasa membuat tinjauan sempena Pela...
Penyebab Telur Burung Kenari Menjadi Lembek

Penyebab Telur Burung Kenari Menjadi Lembek

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 1606 hits
Menangkar burung kenari memang ada tidak selalu dianggap enteng atau hanya sekedar memberi pakan memandikan dan menjodohkan tetapi ada kalanya juga sang penangkar menemui permasalahan yang aneh apalagi bagi penangkar kenari pemula Jika mene...
Harga Telur Di Pasar Tradisional Saat Natal Dekati Rp 30 000 Per Kg

Harga Telur Di Pasar Tradisional Saat Natal Dekati Rp 30 000 Per Kg

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 193 hits
Salah satu pedagang telur Dedi mengungkapkan saat ini harga telur adalah Rp 27 000 per Kg Harga telur mulai merangkak naik sejak awal bulan Desember ini Sementara itu berdasar informasi dari situs info pangan Jakarta rata rata harga telur h...
Timb Menteri Jamin Telur Mencukupi Untuk Perayaan

Timb Menteri Jamin Telur Mencukupi Untuk Perayaan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 250 hits
KEADILAN DAILY Timbalan Menteri Pertanian Sim Tze Tzin memberi jaminan bekalan telur akan kembali mencukupi untuk perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina Menurutnya bekalan telur menghadapi masalah sebelum ini sehingga harga bahan mentah itu n...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Peminat Sayu Klopp Melangkah Pergi

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Sambutan Ulang Tahun Vivo Malaysia Yang Ke 10 Dan Berpeluang Untuk Menang Perjalanan Ke Shenzhen China

Tahniah Izzat Upkk

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura