Apakah Ada Kebaikan Pokok Lidah Jin Atau Hanya Ada Keburukan
Apakah Ada Kebaikan Pokok Lidah Jin Atau Hanya Ada Keburukan | Sejak pandemik Covid-19 melanda, aktiviti menanam tanaman sayuran dan tanaman untuk mencantikkan kawasan rumah menjadi satu aktiviti cukup popular. Mana tidaknya, bila orang ramai tidak boleh keluar sebarangan dan kalau dapat keluar pun hanya bila ada keperluan dan itu pun tidak boleh bawa anak kecil.
Maka timbullah idea berkebun dalam kawasan rumah dan dalam rumah bagi mengelakkan kebosanan dan antara yang menjadi tular adalah tanaman hiasan pokok lidah jin atau ada yang memanggilnya lidah mentua
Ada yang mengatakan pokok lidah jin ini mempunyai pelbagai kebaikan jika ditanam dan disimpan di dalam rumah.
Anda suka shopping kat Mr DIY? klik SINI
Tidak kurang juga yang mendakwai, tumbuhan ini sebenarnya beracun dan berbahaya. Kenyataan tersebut ada benarnya namun orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada.
Jadi, apakah kebenarannya? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!
Apakah Ada Kebaikan Pokok Lidah Jin Atau Hanya Ada KeburukanApa itu pokok lidah jin?Pokok lidah mentua (Sansevieria trifasciata) adalah sejenis tanaman yang tergolong dalam genus Dracena dan mempunyai lebih daripada 70 jenis spesies.
Fizikalnya sangat mudah dikenali dengan daun yang berbentuk panjang, bermuncung tirus dan bercorak pedang.
Tanaman ini sangat mudah ditanam dan disimpan di dalam rumah ekoran memiliki sifat yang tahan lasak.
Kebiasaannya, ia digunakan sebagai tanaman hiasan dalaman (indoor plant) namun kegunaan perubatan pokok lidah jin ini juga adalah sangat menakjubkan!
Apa manfaat pokok lidah jin?Bukan sekadar perhiasan, tumbuhan ini juga sering kali digunakan untuk perubatan tradisional ekoran manfaat yang wujud di dalam daunnya seperti yang kami nyatakan di atas.
Buat anda yang belum tahu, daun pokok lidah mentua ini kaya dengan abamagenin, kardenolin, saponin dan polifenol yang boleh membantu merawat penyakit seperti:
Sakit perutCirit-biritMuntah-muntahBuasirSelesemaBatukBengkakBisul
Menurut kajian pusat penyelidikan tempatan, tumbuhan ini dipercayai mampu menjadi kolagen yang bagus untuk kesihatan kulit selain boleh membantu merawat masalah keguguran rambut.
Disebabkan itu, orang ramai mula memburu dan mencari tumbuhan ini lebih-lebih lagi selepas Public Health Malaysia mengeluarkan kenyataan tentangnya di dalam laman Facebook rasmi mereka.
Orang ramai menanam dan menyimpan pokok lidah jin di dalam rumah kerana percaya ia menghasilkan oksigen selain boleh membuang toksik seperti formaldehid, xilen dan toluene dari udara.
Namun kajian The National Aeronautics and Space Administration (NASA) menyatakan ia tidak tepat.
Ini kerana tumbuhan ini hanya akan berkesan menapis udara jika ia diletakkan di dalam ruangan tertutup.
Jika mahu meletakkan ia di dalam rumah atau pejabat, anda memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 pokok lidah mentua untuk menapis udara secara berkesan!
Benarkah pokok lidah mentua beracun?Setiap perkara yang wujud di dunia ini pasti akan ada pro dan kontranya, begitu juga dengan tumbuhan ini.
Pokok lidah jin ini memang dipercayai boleh mendatangkan beberapa manfaat sebagai perhiasan dan perubatan.
Pun begitu, ketahuilah bahawa ia juga membawa mudarat yang kalian mungkin tidak pernah sangka.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Racun Negara menerusi laman Facebook rasmi mereka, pokok lidah jin sebenarnya beracun dan berbahaya!
Ini kerana ia mengandungi bahan aktif saponin yang boleh mengakibatkan gejala-gejala ringan kepada manusia terutamanya kanak-kanak seperti cirit-birit, muntah-muntah dan ruam.
Bukan itu sahaja, tumbuhan ini turut menyebabkan gejala yang lebih teruk terhadap haiwan peliharaan di dalam rumah seperti kucing dan anjing.
Mereka berkemungkinan mengalami gejala berat seperti kurang selera makan, lesu, cirit-birit, muntah-muntah serta pengeluaran air liur berlebihan.
Jika anda menyangka bahawa anda sekeluarga akan selamat selagi tidak termakan tumbuhan ini, anda salah.
Ketahuilah bahawa saponin juga boleh menyebabkan kalian keracunan jika terdedah dengan sentuhan sahaja.
Awas jika ada tanaman ini di rumah!Kami tidak kata yang kalian langsung tidak boleh menanam dan menyimpan pokok lidah jin di dalam rumah untuk tujuan perhiasan atau perubatan.
Akan tetapi, kami menyarankan anda untuk lebih berwaspada dengannya kerana memang benar ia boleh menjadi punca keracunan saponin.
Kesimpulannya, ia mungkin kurang mendatangkan bahaya kepada golongan dewasa namun sila perhatikan 2 golongan yang lebih mudah terdedah iaitu:
Kanak-kanakHaiwan peliharaan seperti kucing dan anjing
Ini kerana mereka mungkin kurang arif mengenai bahaya pokok lidah mentua lantas meningkatkan risiko termakan mahupun tersentuh.
Akhir kata, sila elak dari menanam dan menyimpan pokok lidah jin di dalam rumah untuk memastikan anda dan keluarga selamat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://gerobokpetua.blogspot.com/2022/02/apakah-ada-kebaikan-pokok-lidah-jin.html