Apabila Uncle Maszlee Masuk Kelas Ajar Bahasa Inggeris


MENTERI Pendidikan, Dr Maszlee Malik meluangkan masa kira-kira 45 minit mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada 35 pelajar Tingkatan Tiga sempena lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya, di Semporna, hari ini.
Sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas Tingkatan Tiga Beta itu dibantu Fellow Teach For Malaysia (TFM), Susan Balong, 25, yang mengajar Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.
Sepanjang sesi itu, keceriaan terpancar di wajah pelajar yang sesekali diselang-seli dengan gelak ketawa apabila Menteri Pendidikan itu bijak menarik perhatian mereka, termasuk membuat jenaka.

Bagi Nur Shadyra Syazwati Omar Saleh, dia tidak menyangka Maszlee datang melawat sekolah mereka, apa lagi mengajar di dalam kelasnya.

“Memang kami sangat teruja apatah lagi menteri sendiri masuk ke kelas mengajar dan menjadi guru kami. Walaupun sekejap tetapi peluang ini mungkin sekali dalam seumur hidup dan kami rasa sangat bertuah,” katanya.

Rakan sekelasnya, Nurul Ainul Mardhiah Suharto, berkata walaupun ‘guru’ mereka hari ini adalah Menteri Pendidikan, pelajar tidak kekok, malah dapat berkomunikasi dengan baik sepanjang sesi.

“Memang seronok sebab selama ini kami cuma lihat wajah menteri di televisyen, tetapi hari ini siapa sangka menteri masuk mengajar dalam kelas kami.

“Menteri minta kami panggil beliau ‘uncle’. Suasana mesra dalam kelas terasa singkat sehingga sesi mengajar tamat,” katanya yang tidak melepaskan peluang bergambar beramai-ramai bersama Maszlee.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Pengarah Pendidikan Sabah, Mistirine Radin serta Pengetua SMK Bugaya, Rozita Anjuh.
Sementara itu, dalam sidang media, Dr Maszlee berkata, rombongan beliau bersama pegawai kanan KPM bertujuan meninjau keadaan sekolah luar bandar di Sabah termasuk di kawasan pulau.

Katanya, beliau bersama Yusof dan Mohd Gazali turut meluangkan masa mengajar bagi merasai serta menjiwai bagaimana tugas guru di sekolah luar bandar.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Yayasan TFM yang menghantar lima Fellow untuk mengajar Bahasa Inggeris di SMK Bugaya.

“KPM menggalakkan pembabitan pihak swasta dengan kerajaan terutama dalam meningkatkan kualiti dan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar,” katanya.

Sempena lawatan itu, beliau meluluskan peruntukan penyelenggaraan berjumlah RM100,000 kepada sekolah terbabit


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/03/apabila-uncle-maszlee-masuk-kelas-ajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ganti Kelas Pjpk Dengan Matematik Bahasa Inggeris Timb Menteri

Jangan Ganti Kelas Pjpk Dengan Matematik Bahasa Inggeris Timb Menteri

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 520 hits
Imej via Malay MailGEORGE TOWN 22 Feb Kementerian Pelajaran Malaysia menggesa pihak sekolah untuk tidak mengambil mudah terhadap pendidikan seks dalam usaha menangani jenayah seksual terhadap kanak kanak Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie C...
Koleksi Ujian Bulan Mac Bahasa Inggeris Tahun 6 Terkini

Koleksi Ujian Bulan Mac Bahasa Inggeris Tahun 6 Terkini

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 456 hits
Antara ujian bulanan yang dilaksanakan di sekolah adalah ujian bulan Mac Ujian bulan mei ujian bulan september dan ujian bulan november Ujian bulanan yang paling awal adalah ujian bulan mac Ada sekolah meminta guru mentadbir ujian untuk sem...
Dlp Bukan Kaedah Yang Sesuai Untuk Baiki Bahasa Inggeris Datuk Isahak Haron

Dlp Bukan Kaedah Yang Sesuai Untuk Baiki Bahasa Inggeris Datuk Isahak Haron

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 346 hits
Imej via Berita HarianKUALA LUMPUR 9 Mac Pendekatan kerajaan untuk membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah dilihat hanya untuk memenuhi permintaan sebahagian kecil golongan elit Me layu di ...
Kerajaan Benarkan Matematik Sains Diajar Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah

Kerajaan Benarkan Matematik Sains Diajar Dalam Bahasa Inggeris Di Sekolah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 364 hits
BERNAMA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mengambil pendekatan membenarkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah Bagaimanapun Perdana Menteri tetap menegaskan pada masa sama pengajaran kedua d...
Sign On Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019

Sign On Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 616 hits
Assalamualaikum Hai Dah masuk bulan Mac dah kita kan Cepatnyaaaa masa berlalu CikSha ni banyak lagi kerja yang asyik duk pospon Dalam plan tu macam macam nak buat Tapi tak terbuat buat Huhu Start bulan ni nak set rules baru la Terlambat sik...
Pujuk Cakap Lembut Pun Tak Jalan Penyudah Aku Cempung Masuk Kelas

Pujuk Cakap Lembut Pun Tak Jalan Penyudah Aku Cempung Masuk Kelas

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 409 hits
Pujuk Cakap Lembut Pun Tak Jalan Penyudah Aku Cempung Masuk Kelas Cikgu atau guru adalah insan yang bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa dan mencorak masa depan generasi muda selepas ibu bapa Peranan guru begitu besar dalam memastika...
Kelas Ganti Bukan Masa Untuk Bincang Sekarang Maszlee

Kelas Ganti Bukan Masa Untuk Bincang Sekarang Maszlee

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 208 hits
ISU kelas ganti bagi pelajar di sekolah sekolah yang terjejas akibat pencemaran toksik di Pasir Gudang Johor bukan kepentingan pada masa ini kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik push Kita sedan
Saya Cakap Mandarin Haris English Shila Amzah Berhasrat Ajar Bayinya Lebih Satu Bahasa

Saya Cakap Mandarin Haris English Shila Amzah Berhasrat Ajar Bayinya Lebih Satu Bahasa

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 351 hits
Penyanyi Shila Amzah yang kini sedang hamil memaklumkan dia ingin meningkatkan penguasaan bahasa Mandarin kerana berhasrat untuk bercakap Mandarin dengan anaknya bila dilahirkan nanti Menerusi twitternya Shila memuat naik status tersebut de...
Pahang Guna Puisi Bantu Murid Pra Sekolah Kuasai Bahasa Inggeris

Pahang Guna Puisi Bantu Murid Pra Sekolah Kuasai Bahasa Inggeris

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 424 hits
Imej via BernamaKUANTAN Modul bahasa Inggeris Let s Rhyme akan mula digunakan secara berperingkat di 19 buah pra sekolah di seluruh daerah ini dalam usaha membantu murid menguasai bahasa itu dengan lebih pantas Ketua Penolong Pengarah Bahag...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya