Jangan Ganti Kelas Pjpk Dengan Matematik Bahasa Inggeris Timb Menteri


Imej via Malay MailGEORGE TOWN, 22 Feb — Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggesa pihak sekolah untuk tidak mengambil mudah terhadap pendidikan seks, dalam usaha menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching berkata pada masa ini pendidikan seks diajarkan di peringkat prasekolah sehingga sekolah menengah sebagai salah satu sukatan pelajaran di bawah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK).
“Malaysia telah menjadi kawasan panas untuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, jadi kita perlu mengajar anak-anak kita pada usia muda, bagaimana mencegahnya.

“Jadi saya berharap, pihak sekolah tidak akan menganggap PJPK sebagai satu mata pelajaran yang tidak penting dan mengantikannya dengan kelas Matematik atau Bahasa Inggeris. Tolonglah jangan berbuat demikian,” katanya kepada pemberita semasa lawatan kerja ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Subramaniya Barathee di Gelugor di sini, hari ini.
Teo berkata pendidikan seks merupakan satu subjek yang agak sensitif dan sebab itulah ianya tidak dinamakan dalam subjek di sekolah, tetapi diletakkan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran di bawah PJPK.

Katanya kerajaan memandang serius mengenai perkara ini, dan bulan lepas satu pertemuan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeo, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan beberapa wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi melihat kaedah memperbaharui sukatan pelajarannya.

“Anak-anak kita pada hari ini mendapat maklumat daripada media sosial, Youtube, jadi adalah amat penting sekolah mengajar pelajar perkara yang betul dengan maklumat terkini,” katanya sambil menambah sukatan pelajaran mengenai pendidikan seks akan lihat semula dari masa ke semasa.
Katanya, pada masa ini, kanak-kanak prasekolah diajar bagaimana untuk berkata “TIDAK” dan untuk membezakan antara sentuhan yang selamat dan yang tidak selamat.

“Kami mengajar mereka membezakan ‘sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat’ dan ‘sentuhan selesa dan sentuhan tidak selesa’ untuk mengelakkan gangguan seksual,” katanya.

Katanya lagi, kaedah pengajaran bagi sekolah menengah adalah lebih rumit, dan pihak sekolah digalakkan mengasingkan antara pelajar lelaki dan pelajar wanita kepada dua kumpulan, supaya mereka dapat membincangkan mengenai topik ini dengan mudah.

Bagaimanapun, beliau berkata sokongan ibu bapa diperlukan dalam perkara ini, bagi memastikan anak-anak mereka lebih faham mengenai perkara tersebut.

“Sukatan pelajaran dan bahan pengajaran mengenai subjek ini akan disediakan untuk semua ibu bapa, dan mereka digalakkan untuk manfaatkannya juga,” katanya. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/02/jangan-ganti-kelas-pjpk-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gerindra Tegaskan Nama Calon Menteri Prabowo Masih Lama Jangan Diributkan Sekarang

Gerindra Tegaskan Nama Calon Menteri Prabowo Masih Lama Jangan Diributkan Sekarang

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 337 hits
Ketua DPP Partai Gerindra Ahmad Riza Patria membantah sudah ada daftar calon kabinet Prabowo Subianto dan Sandiaga Salahuddin Uno jika terpilih sebagai presiden dan wakil presiden periode 2019 2024 Menurutnya Badan Pemenangan Nasional Prabo...
Fadli Zon Minta Menteri Tak Terkait Debat Capres Jangan Datang

Fadli Zon Minta Menteri Tak Terkait Debat Capres Jangan Datang

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 296 hits
Wakil Ketua Umum Partai Gerindra Fadli Zon menyarankan bukan hanya pendukung saja yang dikurangi saat debat Pilpres 2019 Menurutnya menteri menteri yang tidak terkait dengan tim pemenangan atau capres dan cawapres juga tak perlu hadir
Menteri Rini Bumn Terlambat Bayar Gaji Direksinya Saya Ganti

Menteri Rini Bumn Terlambat Bayar Gaji Direksinya Saya Ganti

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 293 hits
Menteri Badan Usaha Milik Negara Rini Soemarno hari ini mengumpulkan seluruh Direksi dan Komisaris BUMN di JCC dalam agenda Rapat Koordinasi BUMN 2019 Dalam acara ini ada beberapa pesan yang disampaikan Menteri Rini kepada para pimpinan BUM...
Minta Menteri Kewangan Komen Tapi Jangan Silap Titik Perpuluhan Lagi

Minta Menteri Kewangan Komen Tapi Jangan Silap Titik Perpuluhan Lagi

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 460 hits
Berdasarkan data rasmi terbaru dari Bank Negara Malaysia defisit kerajaan telah naik satu kali ganda sejak mereka ambil alih Perbelanjaan kerajaan untuk tempoh Mei hingga Disember 2018 ialah RM187 31 bilion berbanding RM171 65 bilion untuk ...
3 Syarat Import Produk Ganja Perubatan Timb Menteri

3 Syarat Import Produk Ganja Perubatan Timb Menteri

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 505 hits
MALAYSIAKINI Produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan boleh diimport tetapi perlu mematuhi tiga syarat yang dikenakan kerajaan dan syarikat yang berbuat demikian perlu mendaftarkannya dengan Kementerian Kesihatan Timbalan Menteri Kesih...
Kefahaman Pbd Oleh Ibu Bapa Penting Untuk Pendidikan Murid Di Rumah Timb Menteri

Kefahaman Pbd Oleh Ibu Bapa Penting Untuk Pendidikan Murid Di Rumah Timb Menteri

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 419 hits
FORUM PENDIDIKAN PLATFORM PENERANGAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAHTimbalan Menteri Pendidikan YB Puan Teo Nie Ching telah meluangkan masa hampir tiga jam bagi bersama sama memberikan penerangan berkaitan Pentaksiran Bilik Darjah kepada lebih 50 ...
Menteri Susi Ingatkan Anak Muda Indonesia Jangan Kebanyakan Chatting

Menteri Susi Ingatkan Anak Muda Indonesia Jangan Kebanyakan Chatting

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 351 hits
Susi menyebut teknologi informasi yang serba memudahkan sekarang harus dapat meningkatkan sikap kepemimpinan anak muda Harus menjadi kreator bukan pengekor
Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris Dengan Buku Mbbi

Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris Dengan Buku Mbbi

papar berkaitan - pada 1/3/2019 - jumlah : 872 hits
Mudahnya Belajar Bahasa Inggeris Dengan Buku MBBI Dulu Umi selalu risau bila Akif cakap tak berapa nak faham sangat Bahasa Inggeris Bila tak faham mula la tak nak belajar Bahasa Inggeris Jenuh la Umi duk berleter suruh baca buku Tapi kalau ...
Sign On Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019

Sign On Kelas Bahasa Isyarat Percuma 2019

papar berkaitan - pada 2/3/2019 - jumlah : 644 hits
Assalamualaikum Hai Dah masuk bulan Mac dah kita kan Cepatnyaaaa masa berlalu CikSha ni banyak lagi kerja yang asyik duk pospon Dalam plan tu macam macam nak buat Tapi tak terbuat buat Huhu Start bulan ni nak set rules baru la Terlambat sik...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera

June 10 2025