Apabila Tidak Memahami Keluhan Rakyat


Isu harga minyak masak bersubsidi, barang kawalan berbeza
PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dibidas kerana tidak memahami keluhan rakyat dalam isu harga minyak masak yang naik melonjak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, isu sebenarnya bukan mengenai isu ketidakcukupan bekalan minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram.

Sebaliknya ujar beliau, isu pokok ialah berhubung kenaikan harga minyak masak dalam botol tidak bersubsidi bagi berat lima kilogram yang lazim dibeli kebanyakan rakyat di negara ini.

“Saya rasa mungkin Timbalan Menteri (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan kementeriannya sedikit keliru dengan isu yang menjadi rintihan rakyat ketika ini,” katanya dalam nada sindiran menerusi kenyataan.

Beliau merujuk laporan Utusan Online yang memetik timbalan menteri berkenaan, Datuk Rosol Wahid menafikan konon harga minyak masak meningkat drastik dan bekalan minyak masak bersubsidi masih cukup.

Pada masa sama, laman sesawang rasmi kementerian itu hari ini melaporkan harga minyak masak dalam botol tidak dikawal kerajaan kerana ada minyak masak dalam peket bersubsidi.

Mengulas lanjut, Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu menyifatkan alasan itu sebagai tidak menjawab rintihan rakyat termasuk kelompok M40 yang turut terkesan dan perlu dibantu.

“Saya ingin sebut di sini jika YB (timbalan menteri) terlepas pandang bahawa barang subsidi dan barang kawalan adalah dua perkara berbeza tetapi minyak masak itu sendiri pun barang kawalan,” tegasnya.

Produk berkenaan ujar beliau, meliputi minyak masak dalam botol walaupun ia bukan barang bersubsidi kerana item itu masih tertakluk di bawah Seksyen 5 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Bahkan jelasnya, produk itu ada dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan senarai barang kawalan ini jelas dipapar melalui laman sesawang kementerian sendiri.

Justeru, beliau bertanya, adakah pihak kementerian boleh memberi jaminan minyak peket bersubsidi satu kilogram ini akan sentiasa ada di kedai dan boleh dibeli oleh para pengguna.

“Sedangkan banyak kedai yang terpaksa mengehadkan pembelian minyak paket ini kerana realitinya ia tidak sentiasa mudah didapati terutamanya di kedai kampung,” kata Jalaludin.

Sehubungan itu beliau membidas Rosol seolah-olah menidakkan keluhan pengguna dan isu kenaikan harga minyak sawit dunia tidak sewajarnya dijadikan alasan bagi menekan rakyat.

Lonjakan harga ini katanya, jika tidak dikawal, akan memberi kesan domino kepada rantaian harga untuk perkara lain apabila pihak kapitalis mengambil kesempatan menaikkan harga.

Kementerian itu jelas beliau, sepatutnya lebih tegas mengawal harga kerana jika tidak dibuat, pihak berkenaan bebas menaikkan harga sesuka hati apabila tiada tindakan dikenakan.

“Saya tidak rasa rakyat boleh terima jawapan ‘kerajaan tidak dapat kawal’. Tolonglah dengar keluhan rakyat, usah sampai rakyat lepas ini malas dengar keluhan kerajaan pula,” katanya.- UTUSAN ONLINE
Apabila Tidak Memahami Keluhan Rakyat...Baju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2021/06/apabila-tidak-memahami-keluhan-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr M Hantar Surat Kepada Agong Minta Campur Tangan Keluhan Rakyat

Dr M Hantar Surat Kepada Agong Minta Campur Tangan Keluhan Rakyat

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 206 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menulis surat secara peribadi kepada Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin lalu meminta campur tangan dalam menangani keluhan d...
Melantik Tengku Zafrul Terbukti Suatu Kesilapan Tidak Bela Rakyat Dan Tidak Bantu Mahiaddin

Melantik Tengku Zafrul Terbukti Suatu Kesilapan Tidak Bela Rakyat Dan Tidak Bantu Mahiaddin

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 186 hits
Walaupun tiada kepastian tentang bagaimana Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz boleh dilantik sebagai Menteri Kewangan hakikat yang jelas sekarang ialah beliau diilihat langsung tidak bermanfaat kepada rakyat terutama golongan miskin dan marhae...
Peguam Muda Ini Persoal Betul Ke Darurat Untuk Bantu Rakyat

Peguam Muda Ini Persoal Betul Ke Darurat Untuk Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 265 hits
June 2 2021Sepanjang tempoh Darurat Perlembagaan sebut ada 6 perkara yang tidak boleh diusik dan diubah iaitu undang undang Islam adat Melayu kebebasan beragama hak kewarganegaraan undang undang adat di Sabah dan Sarawak serta bahasa Selain...
Vaksin Isunya Bukan Rakyat Yang Tolak

Vaksin Isunya Bukan Rakyat Yang Tolak

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 202 hits
Ada sesetengah yang Gila DILUAR sana berhujah dan marah rakyat tidak mahu ambil vaksin betullah begitu Memang ada segelintir bukan sahaja vaksin covid 19 malah mereka sudah memboikot vaksin bayi seperti campak dan polio sejak dulu lagi deng...
Henti Budaya Mula Kerja Setelah Didesak Rakyat

Henti Budaya Mula Kerja Setelah Didesak Rakyat

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 157 hits
BANGI 21 Syawal 1442H Rabu Pemimpin di negara ini digesa untuk menghentikan budaya memulakan sesuatu pekerjaan setelah didesak oleh rakyat Menyuarakan pandangan itu Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah Ustaz Masridzi Sat berharap
Ulama Dan Menteri Ramai Tapi Diam Dan Lemah Dalam Membantu Rakyat

Ulama Dan Menteri Ramai Tapi Diam Dan Lemah Dalam Membantu Rakyat

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 178 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDSIAPAKAH YANG MENGELARKAN MEREKA ULAMA ATAU MEREKA AKUINYA SEDIRI Dalam dunia ni aku rasa Malaysia la paling ramai Ulama sama ngan kuning dan juga menteri cabinet Tiap negeri ada Tapi bila ada isu yang meresahkan rakyat d...
Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Indian Youth Ngo Condemns Racist Hawker S Sign In Sepang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers

Apa Itu Virus Hmpv Dan Gejalanya


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Pengertian Tawakal Dan Ayat Hadits Yang Menjelaskannya

Tissue Or Handkerchief Which Is Better

Guan Eng Akmal Call For Punishment Against Racist Corn Seller

Aide Accuses Steven Sim Of Backstabbing Guan Eng At Kit Siang S Appreciation Dinner

Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya