Apabila Menteri Perpaduan Bertukar Menjadi Menteri Perpecahan


1. Suhu atmosfera politik tanah air luar biasa panas kebelakangan ini walaupun musim tengkujuh sudah mula melanda. Ia berikutan daripada isu ICERD yang ditentang keras oleh masyarakat Melayu-Muslim dan golongan bumiputera.
Umum mengetahui, Kerajaan PH hari ini didominasi oleh kelompok bukan Muslim kerana bilangan Ahli Parlimen Muslim dalam PH hanyalah 58 orang berbanding Ahli Parlimen Bukan Muslim seramai 66 orang.
2. Antara kesilapan besar dalam pembentukan Kabinet PH ialah apabila Perdana Menteri melantik Senator P. Waytha Moorthy sebagai Menteri melalui pintu belakang.
Dia tidak pun dipilih oleh rakyat pada PRU 14 yang lalu.
P. Waytha Moorthy merupakan pengasas dan pemimpin utama Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang merupakan kumpulan ekstrem menuntut hak penganut Hindu yang kononnya ditindas oleh kelompok Muslim di Malaysia.
Sebagai penghargaan kepada HINDRAF kerana membantu PH memperoleh sokongan undi masyarakat India maka P. Waytha Moorthy dianugerahkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).
3. Pemimpin HINDRAF yang kerjanya menghasut perpecahan rakyat dilantik sebagai Menteri untuk agenda perpaduan, sungguh melucukan bukan Kabinet PH ini.?
Sepertimana PH melantik Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Seputeh Wilayah KL sebagai Menteri Industri Utama untuk menjaga hal ehwal penoreh getah, pekebun dan peladang sawit.
4. Pada 23 Oktober 2018, Senator P. Waytha Moorthy berucap dalam perasmian penutup Persidangan Kebangsaan Non-Diskriminasi ke-8: ” Malaysia Lebih Dekat untuk Meratifikasi ICERD” anjuran Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS).
Beliau menyatakan bahawa “Kerajaan Malaysia komited untuk meratifikasi enam perjanjian antarabangsa termasuk Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun hadapan”.
5. Sebelum daripada itu, Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto ketika berucap di Parlimen pada 15 Oktober 2018 turut menggesa Kerajaan PH agar mematuhi janji ke-26 dalam Manifesto Pakatan Harapan iaitu meratifikasi kesemua konvensyen antarabangsa termasuk ICERD ini.
Antara kenyataan pertama Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah setelah dilantik sebagai Menteri ialah pada 02 Julai 2018 juga ada menyatakan hasrat Kerajaan PH mahu meratifikasikan kesemua baki 6 konvensyen antarabangsa yang masih belum ditandatangani.
6. Jadi, tuduhan Anwar dan pemimpin PH kononnya PAS dan UMNO memanipulasi isu ini bagi kepentingan politik adalah tidak benar kerana yang mula menuntut dan berjanji ICERD ini diratifikasikan ialah pemimpin PH sendiri.
Usahlah hanya pandai membaling batu tetapi sembunyi tangan pula dalam ketakutan.
7. PH juga kelihatan tidak seiring sekata dalam icu ICERD ini.
PPBM antara yang paling awal menolak ICERD.
PKR kata ICERD ini bagus tapi perlu tangguh dulu.
PAN pula tengah pening lalat, Presiden senyap sepi, Timbalan Presiden menolak, Mujahid dan Khalid Samad pula perlekeh orang yang menentang ICERD.
DAP antara pendokong tegar ICERD ini, lihat sahaja kenyataan rasmi di portal Roketkini yang bertajuk “DAP harus sokong ICERD” sepertimana yang terkandung dalam Deklarasi Setapak 1967 bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label “bumiputera” dan “bukan bumiputera”.
8. Di Parlimen pada hari ini, suasana Dewan menjadi kecoh apabila tiba giliran Senator P. Waytha Moorthy menyampaikan ucapan penggulungan belanjawan 2019 bagi portfolionya iaitu perpaduan.
Dia ditekan hebat oleh barisan Ahli Parlimen Pembangkang yang meminta dia bercakap benar berkenaan hasrat meratifikasi ICERD.
P. Waytha Moorthy mengubah pula kenyataan yang dahulunya dia berkata Kerajaan akan meratifikasi ICERD pada suku pertama tahun hadapan kepada sesi konsultasi akan bermula pada tempoh tersebut.
Dia juga didesak memperjelas berkenaan kononnya Artikel 153 Perlembagaan tidak terjejas apabila ICERD diratifikasi sedangkan Artikel 1. 4 Konvensyen ICERD secara jelas menyatakan pengecualian (reservation) perlu ada had tempoh masa bukannya boleh kekal untuk selamanya.
9. Apa jaminan Kerajaan PH tidak akan mengusik Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan suatu hari nanti kerana pihak antarabangsa pasti mendesak ianya dihapuskan seiring dengan matlamat utama ICERD.?
Kelihatannya P. Waytha Moorthy gagal menjawab persoalan asas ini sehingga dia sendiri gagal meneruskan sesi penggulungan akibat asakan kuat daripada sekalian Ahli Parlimen Pembangkang.
Yang anehnya apabila kita dapat lihat tidak ada seorang pun Ahli Parlimen Kerajaan PH yang berani bangun membela P. Waytha Moorthy yang terkapai-kapai keseorangan menghadapi serangan demi serangan Pembangkang.
Benar apa yang dikata Ahli Parlimen Kubang Kerian, YB Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim bahawa Menteri Perpaduan ini sudah hilang kelayakan untuk menjawab di dalam Dewan. Tugas ini perlu digalas oleh Perdana Menteri sendiri.
10. Tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap Menteri PH ini agar dia sedar dan insaf bahawa apa yang dia pernah sebut dalam rakaman video yang sedang hangat tersebar itu adalah suatu fitnah jahat dan pengkhianatan kepada negara Malaysia yang menganugerahkan kewarganegaraan kepadanya.
Tidaklah mustahil P. Waytha Moorthy ini akan berundur sepertimana yang dia pernah lakukan ketika bergelar Timbalan Menteri pada zaman BN dahulu. Dia meletakkan jawatan pada 10 Februari 2014.
Seandainya PM sedar akan kemarahan rakyat yang sedang meluap sekarang, sepatutnya sudah tiba masanya P. Waytha Moorthy ini digugurkan terus daripada jawatan menteri.
Lagipun dia bukannya dipilih oleh rakyat pada PRU 14 lepas.
Catatan oleh;
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS
19 November 2018


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/11/19/apabila-menteri-perpaduan-bertukar-menjadi-menteri-perpecahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kesilapan Ph Melantik Seorang Extrimist Sebagai Menteri Perpaduan

Kesilapan Ph Melantik Seorang Extrimist Sebagai Menteri Perpaduan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 1030 hits
Kesilaoan Tun Mahathir paling besar yang aku nampak dah dilakukannya ialah melantik seorang extrimist sebagai Menteri Perpaduan Bila dia bercakap tak guna otak habis kecoh satu negara dan dimanipulasi sebaik mungkin oleh UMNO dan PAS PKR PP...
Kecoh Isu Icerd Menteri Perpaduan Mengganggu Perpaduan

Kecoh Isu Icerd Menteri Perpaduan Mengganggu Perpaduan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 461 hits
KEMBALI kecoh isu ICERD Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum minoriti sesama bangsa seseuah negara Terganggu perpaduan kita ketika konvensyen itu diluluskan oleh dunia Puluhan tahun isu itu reda Perpa...
Wayta Moorthy Menteri Perpecahan Nasional Utusan Online

Wayta Moorthy Menteri Perpecahan Nasional Utusan Online

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 321 hits
Wayta Moorthy menteri perpecahan Nasional Utusan Online Wayta Moorthy menteri perpecahan 23 November 2018 12 23 AM Hishamudin Rais pada forum Apa Perlunya ICERD untuk Malaysia di UIAM Gombak malam tadi UTUSAN ONLINE SHAIFUDIN MOHD NOR KUALA...
Menteri Perpaduan Moorthy Wajar Didakwa Di Bawah Sosma Khairuddin

Menteri Perpaduan Moorthy Wajar Didakwa Di Bawah Sosma Khairuddin

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy yang dianggap pengkhianat negara atas cubaan mengaibkan dan mencemarkan nama baik negara Ahli Jawatankuasa Biro Komunikasi da...
Macamana Menteri Yang Paling Racist Boleh Jaga Perpaduan

Macamana Menteri Yang Paling Racist Boleh Jaga Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 341 hits
ICERD bukan perkara baru ujud di kerajaan PH tetapi sejak BN kenapa umno tidak matikan tamatkan tolak pada masa itu Takut pada mca mic ini murthy menambah kerosakan bukan sahaja tidak layak jadi menteri tetapi tidak layak juga jadi warganeg...
Syukur Pas Umno Mainkan Peranan Di Parlimen Pertikaikan Fitnah Menteri Perpaduan Kata Maza

Syukur Pas Umno Mainkan Peranan Di Parlimen Pertikaikan Fitnah Menteri Perpaduan Kata Maza

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 385 hits
Oleh MP UMNO DAN PAS BERPERANANAhli Parlimen UMNO dan PAS menyuarakan bantahan mereka kepada pengkhianat negara di Parlimen Malaysia Bersyukur atas peranan yang mereka mainkan Jika di India ada pengkhianat seperti itu saya percaya dia tidak...
Menteri Yohana Sebut Gembong Narkoba Incar Anak Menjadi Pengedar

Menteri Yohana Sebut Gembong Narkoba Incar Anak Menjadi Pengedar

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 251 hits
Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Yohana Yembise mengatakan saat ini para gembong narkoba banyak mengincar anak anak Para gembong narkoba ini memanfaatkan anak anak untuk menjadi pengedar narkoba
Pemuda Umno Desak Peletakan Jawatan Menteri Perpaduan

Pemuda Umno Desak Peletakan Jawatan Menteri Perpaduan

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 359 hits
KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak dan menggesa agar P Waytha Moorthy meletakkan dan melepaskan jawatan beliau selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial Kel...
Menteri Hanif Penurunan Pengangguran Belum Sesuai Yang Diharapkan

Menteri Hanif Penurunan Pengangguran Belum Sesuai Yang Diharapkan

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 235 hits
Menteri Ketenagakerjaan Muhammad Hanif Dhakiri mengatakan meski tren pengangguran pada Agustus 2018 telah mengalami penurunan namun angka tersebut belum cukup menunjukkan pencapaian yang diharapkan oleh pemerintah
Immersify Kuala Lumpur A Mesmerising Multi Dimensional Media Art Experience

Aktiviti Kunjungan Hormat Ppim Ke Pejabat Pengarah Kpdn Ppim 10 02 2025

Pasangan Asing Agresif Dikeluarkan Dari Pesawat Airasia

Kuala Terengganu River Cruise Pengalaman Menarik Menyusuri Sungai Terengganu

Tingkatkan Jenama Anda Dengan Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Semburan Linen Yang Menarik

Unique Gift Ideas For Jewish Holidays And Life Events

Sbdj Siri 223 Di Usik Manusia Keluang

Jalan Jalan Ke Mersing Johor


echo '';
Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia


Pembangkang Yang Tidak Berkualiti Dan Masak Politik

Apa Ada Kat Air Papan Johor

Trip Dua Minggu Jepun 2024

Responsible Gaming At Its Best Dive Into The World Of Gacor Slots

Trump Warga Palestin Tidak Berhak Kembali Ke Gaza Di Bawah Rancangan As

Warga Asing Mabuk Mati Ditikam Rakan Sekerja