Katakanlah kaum Cina di Indonesia buat perangai macam kaum Cina di Malaysia. Apa yang akan terjadi? Kaum Bumiputera Indonesia tidak akan bagi muka kepada kaum Cina seperti mana orang Melayu bagi muka kepada orang Cina di Malaysia. Pada tahun 1965 hingga 1966, dianggarkan antara dua hingga ke tiga juta kaum Cina mati di bunuh di Indonesia.NO HOLDS BARREDRaja Petra KamarudinSaya masih ingat lagi peristiwa “Vietnamese Boat People” diantara tahun 1975 hingga ke awal tahun 90an semasa saya di Terengganu. Rumah saya pada masa itu di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, dan saya selalu jogging di Pantai Kuala Ibai (di mana hari ini terletaknya “Masjid Terapung” yang tidak terapung atau floating) hingga ke Pantai Batu Burok (jarak pergi dan balik lebih kurang 10 kilometer)
Nasib dua juta Cina dari VietnamLebih dari 97% rakyat Terengganu terdiri dari orang Melayu yang beragama Islam dan mereka tidak akan menzalimi “Boat People” ini. Malah, di Terengganu, “Boat People” akan diberi perlindungan, makanan dan juga layanan yang lebih baik dari rakyat Terengganu sendiri
Makanan untuk Cina Vietnam di Pulau Bidong lagi special dari makanan orang Melayu TerengganuPercayalah apabila saya katakan yang makanan “Vietnamese Boat People” ini lebih bagus dari makanan rakyat Terengganu itu sendiri disebabkan budgetnya dibiayai oleh UNHCR. Askar yang menjaga mereka pun kadang-kadang bengang melihat makanan yang disediakan untuk orang Vietnam ini. Kerana makanan mereka lebih baik dari makanan yang diberi kepada askar-askar yang menjaga keselamatan “Boat People” di Pulau Bidong
Cina dari Vietnam dilayan dengan baik sekali oleh orang Melayu TerengganuInilah sikap dan tabiat orang Melayu-Islam. Tanyalah yang lebih dari dua juta pelarian Cina dari Vietnam yang masih hidup pada hari ini dan menetap diseluruh pelusuk dunia. Kalau bukan disebabkan orang Melayu-Islam Terengganu, ramai diantara mereka pada hari ini tidak akan hidup senang-lenang di negara-negara barat, Australia dan lain-lain lagi.Hari ini “Kampung Vietnam” boleh dikatakan berada disetiap negara dan diseluruh dunia dan asal-usul kesemua mereka ini merupakan pelarian-pelarian Cina yang pernah berlabuh di pantai Terengganu. Kebanyakan pelarian Vietnam ini saya sempat berjumpa semasa berjogging dari Pantai Kuala Ibai ke Pantai Batu Buruk. (Sekiranya orang Terengganu ingat ada seorang “Mat Saleh Sesat” yang tiap-tiap pagi atau petang berjogging dengan memakai Walkman dan headphone, tak kira lah hujan atau panas atau pun tengah ribut masa bulan tengkujuh)
Cina Vietnam di “Paradise Island” di TerengganuCuba tenguk bagaimana orang Islam Uyghur, rakyat mereka sendiri, dilayan di Negara Cina. Mereka dilayan dan diperlakukan seperti sampah. Di Malaysia orang Melayu akan memanggil orang Cina “towkay” walau pun orang Cina itu kuli dan orang Melayu itu pegawai kerajaan
Di Malaysia saja kaum Cina berani kurang ajarKatakanlah kaum Cina di Indonesia buat perangai macam kaum Cina di Malaysia. Apa yang akan terjadi? Kaum Bumiputera Indonesia tidak akan bagi muka kepada kaum Cina seperti mana orang Melayu bagi muka kepada orang Cina di Malaysia. Pada tahun 1965 hingga 1966, dianggarkan antara dua hingga ke tiga juta kaum Cina mati di bunuh di Indonesia|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |