Tak Serik Hina Agong Tukang Kebun Dipenjara Kali Ketiga Atas Kesalahan Sama


 


V Anbalagan -September 24, 2021 Tertuduh membuat kenyataan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter bernama ‘Sharil bin Mohd Sarif’, pada 7.43 pagi, 20 April lalu.KUALA LUMPUR: Seorang tukang kebun yang sebelum ini pernah menjalani hukuman penjara dua kali kerana menghina Yang di-Pertuan Agong di media sosial kira-kira dua tahun lalu, sekali lagi dihukum penjara setahun dan denda RM20,000 selepas didapati bersalah atas kesalahan sama.
Sharil Mohd Sarif, 38, dijatuhi hukuman itu selepas tertuduh menukar pengakuan tidak bersalah selepas kes disebut semula di hadapan hakim Mahkamah Sesyen M M Edwin Paramjothy, yang turut mengenakan denda tambahan RM1,000 terhadap tertuduh kerana mengulangi kesalahan.
Tertuduh membuat kenyataan jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain melalui akaun Twitter bernama “Sharil bin Mohd Sarif”, pada 7.43 pagi, 20 April lalu.
Hantarannya itu kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, pada 1.30 tengah hari, hari sama.
Sharil, yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan menyalahgunakan fasiliti internet mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Ketika rayuan, tertuduh merayu hukuman diringankan kerana mempunyai tiga anak untuk ditanggung, manakala isterinya meninggal dunia tiga bulan lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang bagaimanapun mempertahankan hukuman dikenakan sebagai pencegah, selain berhujah tertuduh sebelum ini sudah dua kali disabit atas kesalahan sama.
Tahun lalu, hakim sama menjatuhkan hukuman 10 bulan penjara berasingan membabitkan dua tuduhan selepas tertuduh mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam akaun Instagram miliknya.
Hakim Paramjothy memerintahkan kedua-dua hukuman penjara dilaksanakan serentak bermula tertuduh ditahan pada 2 Mac tahun lalu.
Kenyataan menghina itu dibuat di akaun rasmi Instagram, Istana Negara ketika siaran secara langsung majlis angkat sumpah Perdana Menteri ke-8 Muhyiddin Yassin.
Sharil berdepan hukuman penjara pertamanya selama dua bulan selepas mengaku bersalah menghina Yang di-Pertuan Agong, menggunakan akaun Facebook, “Shahril Chain”, dalam satu hantaran pada 11.30 pagi, pada 13 Mac 2019.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/tak-serik-hina-agong-tukang-kebun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Swab Test Dan Kuarantin Buat Kali Ketiga

Pengalaman Swab Test Dan Kuarantin Buat Kali Ketiga

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 546 hits
Assalammualaikum Selamat Hari Malaysia semua Sempena Hari Malaysia hari ni Eyza dan kawan kawan kena buat swab test sebab ada membe opis yang positif Kami semua jadi contact rapat sebab waktu makan buka mask Walau x duduk dekat sgt tapi seb...
Tidak Serik Menghina Yang Di Pertuan Agong Penganggur Di Penjara Dan Denda Rm20 000

Tidak Serik Menghina Yang Di Pertuan Agong Penganggur Di Penjara Dan Denda Rm20 000

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki tidak serik mengulangi kesilapan sama apabila sekali lagi menghina Yang di Pertuan Agong di media sosial dan akhirnya mengundang padah dan dihukum penjara setahun dan denda RM20 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini h...
Hiburan Kau Ingat Atas Bukit Sana Ada Tukang Kutip Sampah Ara Johari

Hiburan Kau Ingat Atas Bukit Sana Ada Tukang Kutip Sampah Ara Johari

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 305 hits
Penyanyi Ara Johari meluahkan rasa kesal apabila melihatkan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata rata di pusat rekreasi air terjun seperti yang telah tular di media sosia sebelum ini ARTIKEL BE...
Akan Adakah Peniaga Tamak Mengambil Kesempatan Atas Alasan Pandemik Covid 19

Akan Adakah Peniaga Tamak Mengambil Kesempatan Atas Alasan Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 435 hits
Jangan tutup lagi LangkawiLANGKAWI Penggiat industri pelancongan di sini akan menanggung kerugian lebih besar se kiranya projek rintis gelembung pelancongan gagal sehingga mengakibatkan pulau itu ditu tup sekali lagi Pengerusi Persatuan Pen...
Dilaporkan Atas Kasus Pencemaran Nama Baik Medina Zein Minta Dijemput Polisi Pakai Mobil Mewah

Dilaporkan Atas Kasus Pencemaran Nama Baik Medina Zein Minta Dijemput Polisi Pakai Mobil Mewah

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 269 hits
Tak takut diperkarakan Medina justru tantang selebgram yang melaporkannya untuk mencarikan mobil mewah Bahkan ia akan membayar biaya sewanya
Terkejut Selepas Terserempak Buaya Atas Jalan Berliaran Ketika Hujan Di Papar

Terkejut Selepas Terserempak Buaya Atas Jalan Berliaran Ketika Hujan Di Papar

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 249 hits
Kelibat buaya atas Jalan kejutkan penduduk kampung di Papar Penduduk di salah sebuah kampung di Papar Sabah heboh selepas seekor buaya dilihat berada di atas jalan malam semalam Menurut laporan Sinar Harian kejadian tersebut dilaporkan berl...
Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Atas Dasar Cinta Pandang Pertama

Remaja 19 Tahun Kahwini Lelaki 61 Tahun Atas Dasar Cinta Pandang Pertama

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 592 hits
Audrey berkenalan dengan Kevin melalui satu aplikasi pacaran dan menyifatkan hubungan itu sebagai cinta pandang pertama Jam Press 19 tahun berkahwin dengan lelaki 42 tahun lebih tua walaupun ibu bapanya pada mulanya memanggil polis ke atas ...
Hiburan Ke Cameron Highland Atas Urusan Kerja Emma Maembong Bawa Suami Anak Dan Pembantu Rumah Ambil Angin

Hiburan Ke Cameron Highland Atas Urusan Kerja Emma Maembong Bawa Suami Anak Dan Pembantu Rumah Ambil Angin

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 398 hits
Pelakon Emma Maembong khabarnya sedang berada di Cameron Highlands bersama suami anak dan juga pembantu rumahnya Ujar Emma keberadaannya di Cameron Highland bukanlah untuk bercuti namun atas urusan kerja iaitu menjalani suatu penggambaran d...
Sprm Siasat Tiga Pegawai Kanan Mereka Atas Dakwaan Curi Barang Kes Wang Tunai Rm25j

Sprm Siasat Tiga Pegawai Kanan Mereka Atas Dakwaan Curi Barang Kes Wang Tunai Rm25j

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan suruhanjaya itu SPRM da...
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Mendaki Rawang Bypass

Marjeena Cafe Parit Buntar

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jpbm Pahang Terima 11 Kes Kecemasan Ketika Lakukan Aktiviti Mendaki Gunung Bukit Dalam Tempoh Lapan Bulan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

High Voltage High Speed Utility Giant Tnb Makes Rtd S Fast And Furious List Of Shame

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Unreciprocated Handshake Between Pm Anwar With Thai Girls Draw Scrutiny Pr Disaster Or Just A Small Issue