Apa Yang Tidak Kena Dengan Kaji Selidik Mega 100 Hari Itu



Ini adalah kali kedua lima media iaitu Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban mengadakan kaji selidik mega, kali mpertama ianya diadakan bersama tiga firma penyelidikan terdiri daripada Ilham Centre, Huayan Policy Institute Centre dan O2 Research Malaysia yang bergabung mengumpulkan suara rakyat Malaysia menjelang PRU-15 yang lalu.
Pada 26 Februari 2023 dapatan kaji selidik mega Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang mereka jalankan dari 6 hingga 16 Februari 2023 dengan kerjasama firma penyelidikan O2 Malaysia didedahkan kepada media.
Bagaimanapun kajian tersebut dilihat gagal menepati sudut metodologi kerana hanya melibatkan pembaca dan pelayar media tertentu.
Menurut Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian, hasil kaji selidik tersebut tidak menggambarkan demografi jantina rakyat Malaysia yang sebenar kerana kebanyakan sampel kajian melibatkan golongan lelaki sahaja.
"Penarafan seperti ini sebenarnya tidak mencerminkan apa yang sedang berlaku sebab ramai menteri yang menjalankan tugas mereka tidak dilakukan dalam paparan media dan banyak dilakukan tidak berada di ruangan awam. Jadi apa yang kita lihat di sini merupakan persepsi responden yang boleh membantu memberi dorongan kepada tokoh-tokoh politik ini untuk meningkat dan menambah baik kerja mereka. Dan juga hubungan mereka dalam menceritakan apa yang mereka usahakan pencapaian mereka dan masalah yang mereka alami kepada rakyat Malaysia," kata Ibrahim kepada media.
Sementara itu, penganalisis politik Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi berpendapat, kaji selidik tersebut dianggap lemah kerana tidak merujuk sumber kukuh dan platform yang digunakan dalam melaksanakan dan mendapatkan sampel kajian.
"Dan sekiranya sedemikian ia memberikan satu bias gender, yang kedua lokasi persampelan tersebut bagaimana ia disebarkan. Adakah ia disebarkan melalui temu bual bersemuka, adakah secara temu bual secara dalam talian, panggilan telefon, adakah sekadar berdasarkan pembaca media-media terlibat sahaja. Kalau begitu yang tidak menjurus metodologi secara yang teratur kira ia bukanlah mencerminkan gambaran sebenar," kata Awang Azman.
Selain mereka Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Mashitah Mohd. Udin juga mempertikaikan kaji selidik tersebut.
SEMALAM, lima media arus perdana menyiarkan dapatan kaji selidik mega, Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang mereka jalankan dari 6 hingga 16 Februari lalu dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Malaysia. Ia dinamakan kaji selidik mega kerana membabitkan lima media arus perdana memaparkan soalan-soalan secara terbuka kepada pembaca dan pelayar agensi mereka yang pada akhirnya berjaya mendapat 35,077 respons.
Meneliti dapatan-dapatan kaji selidik mega ini, rata-ratanya berbentuk negatif. Dari segi Tahap Kepuasan Hati Terhadap Usaha Kerajaan Menunaikan Manifesto PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15), 51 peratus tidak berpuas hati dengan usaha kerajaan menunaikan manifesto PRU15, 25 peratus berpuas hati dan 24 peratus neutral.
Dari segi Pakatan Harapan (PH) bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN), tidak menerima (47%), menerima (33%) dan neutral (33%). Dari segi Lantikan Menteri dan Timbalan Menteri, tidak menerima (47%), menerima (29%) dan neutral (24%).
Dari segi Keadaan Semasa Negara, berpandangan keadaan semasa negara lemah (45%), berpandangan kuat (28%) dan berpandangan tidak lemah, tidak kuat (27%). Dari segi Situasi Ekonomi Negara, berpandangan ekonomi negara dari Disember hingga Februari 2023 bertambah buruk (39%), berpandangan bertambah baik (38%) dan berpandangan tiada perubahan (23%).
Dari segi Sentimen Terhadap Hubungan Kerjasama Antara Parti-Parti Politik Di Dalam Kerajaan Campuran, berpandangan hubungan kerjasama antara parti politik dalam kerajaan tidak berjalan dengan baik (36%), berpandangan berjalan dengan baik (34%) dan berpandangan tidak pasti (30%).
Ringkasan utama dapatan-dapatan kaji selidik mega ini pula adalah “Walaupun kerajaan perpaduan mempunyai dua pertiga kerusi Dewan Rakyat, tetapi tidak berpadanan dengan tahap penerimaan rakyat terhadap prestasi semasa kerajaan, adanya jurang antara sentimen rakyat dengan kerjasama pemimpin dalam kerajaan.”
Begitupun, ada juga dapatan-dapatan kaji selidik mega ini yang positif, cuma kelebihan dari segi peratusan positifnya tidak tinggi, iaitu menerima blok Sabah dan Sarawak menyertai mana-mana parti yang menjadi kerajaan (39%) berbanding tidak menerima (34%), menerima Anwar sebagai Perdana Menteri (47%) berbanding tidak menerima (37%), serta berpandangan hala tuju semasa negara betul (45%) berbanding salah (30%).
Kami di Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) yang pernah menjalankan beberapa kaji selidik sebelum ini ragu-ragu dengan dapatan-dapatan kaji selidik mega ini. Keraguan timbul kerana dari sudut metodologi, ada sesuatu yang tidak betul. Kaji selidik mega ini hanya membabitkan pembaca dan pelayar Sinar Harian, Awani, The Star, Sin Chew dan Malaysia Namban. 35,077 respons yang diterima adalah tidak representatif kepada pandangan seluruh rakyat Malaysia, sebaliknya hanyalah cerminan kepada pendapat pembaca dan pelayar lima media arus perdana ini.
Kebiasaannya, kaji selidik saintifik yang mempunyai tahap keabsahan tinggi dibuat secara tatap muka atau melalui panggilan telefon ke atas responden yang dipilih secara pensampelan rawak berstrata atau sekurang-kurangnya secara pensampelan rawak mudah meliputi semua segmentasi jantina, kaum, umur, latar belakang ekonomi, tahap pendidikan, julat pendapatan dan lokaliti.
Bagaimanapun, ini tidak berlaku dalam kaji selidik mega ini kerana responden tidak dipilih secara rawak. Sebab itulah sebagai contohnya, respons kaji selidik mega ini ialah lelaki (81%) sedangkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia menunjukkan hanya 52.3 peratus rakyat Malaysia ialah lelaki.
Timbul juga isu bila lima media arus perdana ini memaparkan soalan-soalan secara terbuka kepada pembaca dan pelayar agensi mereka kerana pihak partisan tertentu yang mengetahui mengenai kaji selidik mega ini boleh sahaja masuk ke dalamnya beramai-ramai untuk memastikan dapatan-dapatannya memihak kepada mereka. Dari sudut lain, terdapat banyak perkara membanggakan dilakukan oleh Anwar dan kerajaan perpaduan khususnya yang melibatkan reformasi institusi dan tata kelola baik.
Pengumuman hala tuju baharu kerajaan perpaduan, iaitu gagasan Malaysia Madani baru dibuat pada 19 Januari lalu. Gagasan ini akan didukung oleh empat dasar semasa, yakni Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Bajet Tahunan Kerajaan, Pelan Baharu Antirasuah serta Matlamat Pembangunan Mampan. Belanjawan 2023 juga baru sahaja dibentangkan 24 Februari.
Pemberian Sumbangan Tunai Rahmah, peruntukan geran khas kepada Sabah dan Sarawak, pengekalan tarif elektrik dan kadar dasar semalaman (OPR), pengukuhan nilai ringgit, pengenalan Menu Rahmah dan sebagainya adalah antara perkara-perkara bagus yang dilaksanakan.
Permukiman menteri-menteri yang diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera kerajaan juga baru dilangsungkan pada 15 Januari, manakala pemukiman timbalan-timbalan menteri baru dilangsungkan 25 Februari.
Pelaksanaan perolehan kerajaan yang kini dibuat secara telus dan terbuka tanpa menggunakan kaedah rundingan terus yang mengakibatkan penjimatan wang adalah satu contoh. Pembatalan projek tebatan banjir bernilai RM15 bilion dan Jana Wibawa bernilai RM7 bilion dibuat secara rundingan terus sebelum ini bila ditender semula secara telus dijangka menghasilkan penjimatan sehingga RM3 bilion.
Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff baru dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri pada 2 Februari. Oleh itu, beliau memerlukan sedikit masa untuk membetulkan persepsi masyarakat serta menyampaikan kepada rakyat segala pencapaian Anwar dan kerajaan perpaduan.
Semakan prestasi menteri selalunya dibuat berdasarkan tiga elemen utama, iaitu prestasi kementerian atau agensi, prestasi kepimpinan menteri dari segi kecekapan inisiatif mereka serta persepsi masyarakat terhadap menteri. Kaji selidik hanyalah sekadar mencerminkan persepsi masyarakat terhadap menteri.
Kaji selidik yang dibuat menggunakan metodologi yang betul dan dalam tempoh masa betul akan lebih mencerminkan pandangan sebenar rakyat. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/03/apa-yang-tidak-kena-dengan-kaji-selidik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Apa Nak Dibangga 100 Hari Anwar Jadi Pm Kata Mahathir

Tiada Apa Nak Dibangga 100 Hari Anwar Jadi Pm Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 204 hits
freemalaysiatoday com 04 Mar 2023 7 49pmBekas perdana menteri itu berkata Anwar hanya menabur janji sahaja untuk melakukan perubahan tetapi hasilnya belum nampak Dr Mahathir Mohamad berkata beliau memilih untuk menyertai Putra sebagai platf...
Kejayaan Kesilapan Anwar Sepanjang 100 Hari Jadi Pm

Kejayaan Kesilapan Anwar Sepanjang 100 Hari Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 187 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Hari ini genap 100 hari Anwar Ibrahim memegang jawatan perdana menteri selepas hampir tiga dekad menjadi ketua pembangkang Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov 2022 pelbagai usaha dilakukan Anwar dan ker...
Ulasan 100 Hari Pertama Anwar Ibrahim

Ulasan 100 Hari Pertama Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 187 hits
malaysiakini comULASAN Sejak 2018 rakyat Malaysia sudah pandai menilai dan membandingkan untuk melihat kerajaan mana yang lebih baik Mereka tahu sosok yang gagal atau yang berjaya bersungguh sungguh atau sekadar melantunkan kata kata bombas...
100 Hari Kerajaan Pentadbiran Anwar Tidak Gambarkan Kegagalan Mahupun

100 Hari Kerajaan Pentadbiran Anwar Tidak Gambarkan Kegagalan Mahupun

papar berkaitan - pada 27/2/2023 - jumlah : 425 hits
Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggambarkan kegagalan mahupun kejayaan dalam tempoh 100 hari pemerintahan Malah jelas Ahli Parlimen Kota Belud Isnaraissah Munirah Majilis berkata adalah satu yang...
100 Hari Dia Hanya Pandai Bercakap Sahaja Tun M

100 Hari Dia Hanya Pandai Bercakap Sahaja Tun M

papar berkaitan - pada 6/3/2023 - jumlah : 145 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Kerajaan Perpaduan gagal membawa sebarang perubahan besar kepada rakyat malah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak memberi apa apa kesan pun untuk negara Dia setiap hari ada kenyataan k...
Kekal Cantik Sambut Hari Jadi Pertama Sebagai Ibu Penampilan Comel Park Shinhye Jadi Perhatian

Kekal Cantik Sambut Hari Jadi Pertama Sebagai Ibu Penampilan Comel Park Shinhye Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 138 hits
Sedar tak sedar pelakon kanak kanak yang menghiasi drama Stairway To Heaven dahulu sudah pun bergelar ibu kini ARTIKEL BERKAITAN Bahkan siapa sangka peminat K Drama membesar bersama wanita itu dan menemaninya menerajui pelbagai drama popula...
Atraksi Debus Meriahkan Pawai Hari Jadi Garut Ke 210 Tahun

Atraksi Debus Meriahkan Pawai Hari Jadi Garut Ke 210 Tahun

papar berkaitan - pada 19/2/2023 - jumlah : 274 hits
Atraksi Debus Meriahkan Pawai Hari Jadi Garut ke 210 Tahun Pawai ini dimeriahkan berbagai kesenian mulai dari atraksi debus musik dan tarian tradisional hingga karnaval batik Garutan yang ditampilkan oleh 42 kecamatan di Kabupaten Garut
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt