Apa Yang Saya Faham Tentang Berwaspada Ketika Sihat Sebelum Datangnya Sakit




Jaga ketika sihat sebelum sakit ni merupakan satu rumusan yang ringkas tapi sangat padat dan mendalam nasihatnya.
Ia merupakan salah satu dari nasihat yang sangat popular didengari sejak kecil dulu lagi.
Anda tentu dah pernah dengar nasihat tentang perlunya jaga 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara ni.

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.”
Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi

Untuk artikel ni, saya nak fokus hanya kepada bab sihat dan sakit saja.
Jom kita lihat nasihat itu dan cuba memahami perjalanan hidup ini demi mengejar satu kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat.
Sihat sebelum sakitSemenjak dilahirkan, sehingga ke saat ini, sihat dan sakit sentiasa datang dan pergi. Ada 3 faktor utama yang mempengaruhi kesihatan anda.

Keturunan - Faktor ini memang tak boleh nak buat apa-apa. Ia bukan satu pilihan yang telah tersurat. Terima dan anggap ianya satu ujian untuk menilai keupayaan diri dalam menerima cabaran dan melayari kehidupan.Keadaan sekeliling - Sekalipun genetik yang anda ada jenis tak ada penyakit keturunan, faktor sekeliling masih mampu berikan kesan terhadap tahap kesihatan anda. Tapi faktor ini mampu untuk ditangani berdasarkan pilihan yang kita sendiri buat.Amalan gaya hidup - Faktor ini berkait rapat dengan kedua-dua faktor di atas. Dilahirkan dari keluarga yang mencintai makan banyak, akan berikan pengaruh yang sama terhadap cara anda menerima amalan tersebut. Juga dibesarkan di bawah satu suasana sekeliling tertentu, mampu berikan idea akan cara menjalani kehidupan. Namun tetap masih dalam kawalan diri sendiri seandainya anda mahu menggunakan akal yang Tuhan berikan.Dalam banyak-banyak masalah kesihatan, yang paling penting untuk diperhatikan adalah jenis yang terbentuk secara perlahan-lahan. Datangnya ambil masa dan apabila datang, tak akan balik lagi dah.
Contohnya seperti masalah kencing manis terutamanya jenis 2.
Ketiga-tiga faktor di atas mainkan peranan dalam menentukan samada masalah itu akan hinggap atau tidak pada anda.
Sakit sebegitu tak datang secara mengejut. Anda tak akan terus kena kencing manis selepas minum air gula 3 timba berturut-turut.
Amalan berterusan dalam tempoh yang lama, suka kepada bahan makanan yang mampu berikan masalah kencing manis akan berikan masalah itu bila tiba masanya.
Bila dah kena, tak boleh nak patah balik. Sudah terlewat.
Oleh itu, perhatikan keturunan, perhatikan suasana sekeliling dan perhatikan gaya hidup untuk cuba jauhkan masalah kesihatan jenis yang terbentuk perlahan-lahan ini.
Hanya gaya hidup sahaja yang paling berkesan dalam memelihara diri anda berhadapan dengan perkara ini.
Kuasai keinginan ketika sihatBila ada penyakit dari keturunan, ada makanan dan amalan hidup yang terpaksa di jauhkan jika dah terkena.
Dalam contoh kencing manis ni, ada banyak makanan dan minuman yang anda tak boleh belasah sesuka hati jika dan menghidapinya. Contohnya karbohidrat dan lain-lain makanan yang banyak gula.
Jika dah tahu, maka belajarlah kuasai nafsu keinginan terhadap semua benda tersebut.
Memang betul. Ketika masih sihat, kenapa nak pantang?
Pantang bukan sebab tak boleh makan. Tapi bertujuan untuk kuatkan emosi agar tidak ketagih lalu bergantung emosi terhadap semua benda itu.
Bila dah jatuh sakit, tak boleh minum manis dan makan nasi banyak. Jika selama hidup sihat berajakan nafsu semua makan dan minum sedemikian, maka teramat sukar nak pantang seandainya dah dihinggapinya.
Itulah tujuan berpantang ketika sihat masih tak ada apa-apa masalah. Satu ketika nanti, dah terkena akibat keturunan tu. Bila doktor kata tak boleh makan itu tak boleh minum ini, sedikitpun tak ada masalah untuk dilakukan.
Kan mudah begitu?
Berpantang ketika sihat tak semestinya dapat elakkan terus penyakit keturunan itu. Tapi paling besar faedahnya adalah tidak dikawal oleh emosi keinginan terhadapnya bila diperlukan.
Makan sekali sekala ok saja ketika sihat. Yang pentingnya jangan sampai terikat dan menggemarinya.
Ziarah orang sihatDah jadi amalan kita setiap kali dengar saudara atau kawan rapat sakit akan pergi ziarah.
Apatah lagi jika ibubapa atau adik abang yang sakit.
Tapi yang lebih bagus adalah ziarah ketika mereka semua masih sihat. Ketika itu lebih bermakna menjalinkan perhubungan. Bukan ketika dah jatuh sakit baru nak berhubung.
Jika ketika sihat kita ziarah, apatah lagi ketika sakit. Lagipun anda yang sering ziarah kawan yang sihat, sudah tentu kawan akan ziarah dan bantu ketika anda sakit. 
Terutamanya kedua ibubapa yang dah tua. Waktu terbaik menziarahi mereka adalah ketika kedua-duanya masih sihat. Bila dah sakit biasanya dah terlewat.
Amalkan petua mudah ini dalam bab penjalinkan perhubungan kekeluargaan atau kenalan. 

Waktu terbaik untuk jaga perhubungan adalah ketika masih tiada apa-apa masalah dalam perhubungan"
Belajar tingkatkan kesabaranMasa sihat boleh juga diumpamakan dengan kuat. 
Bila tengah kuat, belajar tahan diri dari menggunakan kekuatan itu sekalipun anda berada di pihak yang benar. Jika tidak perlu, tidak mendatangkan sebarang kebaikan, berlalu saja.
Tanya dulu samada bertindak sekadar nak puaskan ego atau atas faktor keselamatan. Jika hanya ego yang mahu dipuaskan, beredar saja adalah lebih baik.
Bukan penakut, bukan lemah. Anda sendiri tahu dengan kekuatan yang ada boleh saja bertindak.
Mampu kawal diri dalam keadaan itu adalah kekuatan yang paling penting yang sanagt diperlukan ketika lemah.
Bila sakit, tak kuat, orang akan berani dan ambil sikap tak endah dengan diri kita. Jika selama hidup, ketika kuat layan kekuatan itu, maka ketika lemah, cubaan nak tunjuk kuat akan makan diri sahaja.
Nak sabar dah tak mampu sebab selama ini tidak belajar kendalikan dan tingkatkan kesabaran.
Maka di saat kesabaran tinggi amat diperlukan, anda tentu akan kecundang dan merana jiwa. Namun tak dapat buat apa-apa.
Ingat, ketika sihat dan kuat, gunakannya untuk baiki tahap kesabaran dengan menahan diri dari melepaskan kekuatan tersebut.
Keupayaan itu amat berguna ketika sakit dan lemah.
Ingat!
Tak ada hebatnya seorang yang kuat sasa, belasah orang lain sampai masuk hospital. Namapun kuat. Apa nak heran?
Tapi yang jauh sangat hebat adalah seorang yang kuat sasa, tahan diri dari belasah orang yang jauh lebih lemah dalam keadaan dia berupaya dan layak melakukannya.
Banyak kali saya lihat sendiri bagaimana orang yang jenis panas baran layan semahu-mahunya keadaan itu ketika dia masih sihat dan kuat. Bila diri dah sakit lemah, masih cuba nak layan barannya tapi orang hanya tertawa dan jentik telinga saja.
Tak ada sesiapa yang susah ketika anda tidak sabar dan bersikap panas baran ketika diri sakit dan lemah selain dari diri sendiri yang makan hati dan merana.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/05/apa-yang-saya-faham-tentang-berwaspada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Rasa Bersalah Jadi Ayah Kini Bobby Ikon Luah Tentang Kehamilan Sebelum Perkahwinan

Saya Rasa Bersalah Jadi Ayah Kini Bobby Ikon Luah Tentang Kehamilan Sebelum Perkahwinan

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 151 hits
Sudah hampir setahun bergelar ayah Bobby iKON langsung tidak pernah meluahkan perasaannya mengenai hal itu secara terbuka ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru Oh Eun young s Golden Clinic ahli iKON iaitu Bobby Jun hoe dan Kim Dong hyuk te...
Dia Satu Satunya Anak Kami Saffiya Hanya Ada 6 Bulan Sebelum Pejam Mata

Dia Satu Satunya Anak Kami Saffiya Hanya Ada 6 Bulan Sebelum Pejam Mata

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 228 hits
Usianya baru saja menginjak enam tahun namun sudah diuji dengan penyakit kanser otot atau rhabdomyosarcoma sejak tiga tahun lalu Bermula dengan benjolan di paha kanan Lebih menyedihkan apabila doktor pakar mengesahkan bahawa kanser yang dih...
Baby Kurus Tak Cukup Susu Tu Top Up Guna Formula Sebelum Cakap Tak Cukup Susu Ambil Tahu Perkara Ini

Baby Kurus Tak Cukup Susu Tu Top Up Guna Formula Sebelum Cakap Tak Cukup Susu Ambil Tahu Perkara Ini

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 155 hits
Anggapan tidak cukup susu adalah salah satu sebab utama ibu memberhentikan penyusuan susu ibu terlalu awal atau memberi susu formula serta makanan lain kepada bayi sebelum tiba waktu yang sepatutnya Ramai ibu tertanya tanya sama ada susu ba...
Caprice Tuntut Najib Minta Maaf Sebelum Buat Repot Polis Kerana Ganggu Isterinya Video

Caprice Tuntut Najib Minta Maaf Sebelum Buat Repot Polis Kerana Ganggu Isterinya Video

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 151 hits
Caprice Tuntut Najib Minta Maaf Sebelum Buat Repot Polis Kerana Ganggu Isterinya VIDEO PENYANYI rap Ariz Ramli atau Caprice berang dan kurang senang apabila isterinya iaitu Farra Inalis diganggu seorang lelaki pada tengah malam Menerusi vid...
Mana Janji Warta Semula Hsklu Sebelum Aidilfitri Soal Penyokong Anwar Ngo

Mana Janji Warta Semula Hsklu Sebelum Aidilfitri Soal Penyokong Anwar Ngo

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 144 hits
Kerajaan negeri digesa jelaskan status pewartaan semula Hutan Simpan Kuala Langat Utara yang sebelum ini dijanjikan untuk dilaksanakan sebelum Aidilfitri PETALING JAYA Kumpulan penyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim menuntut kerajaan Selangor...
10 Kemampuan Sepele Yang Harus Dimiliki Cowok Sebelum Memutuskan Untuk Menikah Wajib

10 Kemampuan Sepele Yang Harus Dimiliki Cowok Sebelum Memutuskan Untuk Menikah Wajib

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 220 hits
Sebelum nikah ada baiknya kamu sebagai cowok menguasai skill yang terlihat sepele ini
Sebelum Kabur Sopir Bus Kecelakaan Di Ciamis Sempat Dibawa Ke Puskesmas Dan Rsud

Sebelum Kabur Sopir Bus Kecelakaan Di Ciamis Sempat Dibawa Ke Puskesmas Dan Rsud

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 120 hits
Meski sopir bus pariwisata masih belum ditemukan Polisi sudah mengamankan kernet bus
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot