Apa Yang Nak Dibanggakan Dengan Menara 118 Itu Agaknya



SAYA tidak nampak sebarang alasan mengapa Permodalan Nasional Berhad (PNB) harus berbangga dengan Menara setinggi 118 tingkat.
Apa yang dikenal sebagai ‘Merdeka 118’ merupakan bangunan kedua tertinggi di dunia (678.9 meter). Hanya Burj Khalifa di Dubai (setinggi 828 meter) yang mengalahkan ketinggiannya.
PNB yang ditubuhkan pada 17 Mac 1978 adalah instrumen utama Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menangani isu tidak seimbang ekonomi dalam masyarakat majmuk.
Apa yang lebih penting adalah untuk menggalakkan pemilikan modal saham oleh masyarakat bumiputera dalam sektor korporat Malaysia selaras dengan DEB.
Sewaktu PNB melancarkan unit pelaburannya yang pertama, skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981, tidak mudah bagi meyakinkan orang Melayu dan bumiputera untuk terbabit sama.
Menabung bukanlah kekuatan utama mereka. Tidak kurang pentingnya disebabkan hidup mereka yang susah dan banyak yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pada masa itu saya salah seorang sidang pengarang majalah di Bahagian Penerbitan Am (BPA) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang diketuai oleh Mohd Noor Azam (Datuk).
Kami diarahkan untuk turut membantu menimbulkan kesedaran orang Melayu tentang perlunya melabur. Kami menggunakan semua majalah DBP yang relevan khususnya Dewan Masyarakat untuk tujuan itu.
Sambutan terhadap skim ASN pertama itu cukup memberangsangkan. Seperti juga simpanan Tabung Haji, pelabur ASN terdiri daripada rakyat biasa, yang memasukkan duit getah, kelapa, sagat (ubi kayu yang diparut untuk membuat kerepek), tangkapan ikan, duit memandu teksi dan lain-lain.
Budaya melabur secara sistematik dalam kalangan orang Melayu bermula dengan ASN.Menurut data rasmi PNB, syarikat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini menguruskan 16 dana unit amanah dengan RM273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun.
PNB pula merupakan syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) sebanyak RM343.1 bilion (pada 30 November 2022).
Kita semua tahu portfolio PNB merangkumi pelaburan strategik dalam pelbagai syarikat terkemuka Malaysia selain ekuiti global, pelaburan persendirian, hartanah dan lain-lain.
Tetapi kejayaan PNB sebagai institusi pelaburan tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya dalam konteks kejayaan pelaburan bumiputera. Hasrat untuk melihat pelaburan bumiputera yang jauh lebih memuaskan masih belum tercapai.
Malah berdasarkan semakan Ahli Ekonomi dan Penganalisis, Dr Muhammad Abul Khalid, terdapat perbezaan yang ketara dalam pelaburan bumiputera itu sendiri.
Ambil sahaja contoh pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang popular dan kritikal itu. Beliau bangkitkan tentang 10 peratus pelabur ASB terkaya yang sebenarnya menguasai lebih 80 peratus unit amanah. Pada masa ini terdapat 10.6 juta pelabur ASB.
Tambahan pula sebanyak 76 peratus pelabur hanya mempunyai purata RM590 dalam akaun mereka. Dengan jumlah itu, mereka secara purata sekadar mendapat pulangan sebanyak RM30.09 berdasarkan dividen 5.1 peratus yang baru diumumkan.
Berdasarkan angka itu, sekiranya jumlah dividen yang dikeluarkan adalah RM8.9 bilion, maka secara purata setiap pelabur mendapat RM839.62 sen sahaja.
Sepatutnya PNB menumpukan lebih banyak usaha untuk menggalakkan pelaburan dan mengenal pasti pelaburan strategik di lebih banyak syarikat.
Lebih penting lagi untuk memberikan pulangan lebih tinggi bagi pelaburnya. Pulangan 5.1 peratus yang baru diumumkan itu adalah antara paling rendah dalam sejarahnya.
Saya bersetuju dengan Datuk Kadir Jasin yang telah membangkitkan hal ini dalam tulisannya, bahawa PNB tidak perlukan menara setinggi 118 tingkat yang berharga berbilion ringgit. (Khabarnya antara RM5 bilion hingga RM7 bilion).
Mengapakah pengurusan PNB begitu obses dengan mercu tanda seperti bangunan tertinggi hingga terlupa matlamat awal penubuhan PNB?
Mengapakah PNB harus mengorbankan kepentingan pulangan pelabur sebaliknya terbabit dalam persaingan untuk menunjukkan gah bangunan ibu pejabatnya?
Sepatutnya PNB beroperasi dari pejabat yang sedia ada atau kalau perlu membina pejabat yang seadanya. Bukan untuk memperagakan kepada dunia bahawa ia memiliki bangunan kedua tertinggi di dunia.
Perlu diingatkan duit siapa yang memulakan pelaburan awal PNB dan yang menjadikan PNB dalam kedudukan hari ini. Ingat juga matlamat asal penubuhan PNB. Cukup-cukuplah budaya bermegah di negara ini.
Oleh Tan Sri Johan Jaaffar, Tokoh Wartawan Negara. Kolumnis untuk akhbar New Straits Times, Berita Minggu dan The Star

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/02/apa-yang-nak-dibanggakan-dengan-menara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Merasai Penginapan Mengujakan Atas Lalaport Bukit Bintang Dan Menghadap Menara Merdeka 118

Merasai Penginapan Mengujakan Atas Lalaport Bukit Bintang Dan Menghadap Menara Merdeka 118

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 286 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Harit u Maha dah kongsi percutian mewah di atas untuk 4hari 3malam Kalau nak dapat harga yang berpatutan dan bebaloi boleh ruj...
Hiburan Sengketa Pasal Rumah Abang Hidayah Bengang Dengan Sikap Ali Cakap Pandai Bayar Saman Nak Mengelak

Hiburan Sengketa Pasal Rumah Abang Hidayah Bengang Dengan Sikap Ali Cakap Pandai Bayar Saman Nak Mengelak

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 164 hits
Ali Puteh ketika ditemu bual memberitahu dia bersetuju untuk membayar wang RM60 000 kepada balu Abam Hidayah Ali secara ansuran Bagaimanapun dia turut meluahkan kekesalan atas dakwaan Hidayah tentang rumah milik arwah abangnya itu tidak dij...
Nak Harapkan Orang Kita Tak Ada Le Orang Kita Suka Buat Tiktok Fitnah Saja Kerja Senang Dosa Pahala Sebelah

Nak Harapkan Orang Kita Tak Ada Le Orang Kita Suka Buat Tiktok Fitnah Saja Kerja Senang Dosa Pahala Sebelah

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 165 hits
Kurang pekerja antara faktor masalah bekalan telur ayam February 11 2023 Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu berkata masalah utama pengeluar telur ayam selain kenaikan harga makanan adalah kekurangan pekerja SEREMBAN Kem...
Adoiiii Aku Tak Tau Nak Kata Apa Bab Hilang Pekerjaan Ni Yang Buat Ni Jpj Ka Mak Bapa Kau Punya Syarikat

Adoiiii Aku Tak Tau Nak Kata Apa Bab Hilang Pekerjaan Ni Yang Buat Ni Jpj Ka Mak Bapa Kau Punya Syarikat

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 161 hits
Jamzuri Ardani Ni sekor lagi walauntit tak malu tunjuk bodoh sendiri kat khalayak orang suruh jadi pembangkang bukan pembangang
Hiburan Datang Hari Kami Kerja Pastu Nak Kata Kami Tak Layan Ali Kata Hidayah Peguam Datang Mengejut

Hiburan Datang Hari Kami Kerja Pastu Nak Kata Kami Tak Layan Ali Kata Hidayah Peguam Datang Mengejut

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 178 hits
Berikutan video yang dimuat naik oleh kedua dua pihak isu membabitkan Ali Puteh dan balu Abam Hidayah Ali menjadi bualan hangat di media sosial Terdahulu Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila rumah milik arwah suaminya itu tidak dijaga deng...
Bapak Dia Tak Keruan Anak Bujang Buat Hal Gelagat Anak Nak Berkawan Curi Perhatian Comel

Bapak Dia Tak Keruan Anak Bujang Buat Hal Gelagat Anak Nak Berkawan Curi Perhatian Comel

papar berkaitan - pada 11/2/2023 - jumlah : 163 hits
Anak anak yang sedang membesar ni ada saja ragamnya yang mencuti hati Ada masanya mereka akan buat perkara di luar jangkaan Bila dikenangkan semula memang lucu dan seronok bila teringatkan kerenah anak tersayang ni Sudah menjadi lumrah anak...
Takkan Dia Nak Mengaku

Takkan Dia Nak Mengaku

papar berkaitan - pada 12/2/2023 - jumlah : 111 hits
NORMAN RADZUANTentulah Muhyiddin denial apa you all ingat Muhyiddin akn mengaku dan kita pun tahu mustahil ia berlaku Dkt sekolah kentut pun sampai tunjuk langit bersumpah tak mengaku Mcm geng dia sebelum ini nafi nafi nafi ada bukti dgn vi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia