Apa Yang Mereka Kata Pada Suami Buat Saya Sedih Wanita Ini Tampil Menjawab Kisah Mereka Yang Tular


“Apa Yang Mereka Kata Pada Suami Buat Saya Sedih…” – Wanita Ini tampil Menjawab Kisah Mereka Yang Tular! Dia yang ditemui di Bandar Seri Alam, Masai di Pasir Gudang hari ini, menafikan kisahnya yang tular di media sosial kononnya suaminya, Al Dasir Julasiri, 30, terbabit dengan penyalahgunaan dadah hingga menyebabkan kehidupan mereka tidak seperti diimpikan.
“Suami saya tidak malu melakukan apa juga pekerjaan yang halal kerana niat untuk mencari rezeki kepada kami tujuh beranak dan bersedia menerima sebarang tawaran kerja lebih baik,” katanya.
Menurutnya, semua anak mereka tidak perlu dididik untuk berpuasa sempena Ramadan kerana masing-masing sudah biasa mengikat perut sejak dua tahun lalu.
Serba kekurangan
Nor Hidayah berkata, keluarganya hidup dalam keadaan serba kekurangan berikutan suaminya tiada pendapatan tetap, selain terpaksa menjalani rutin harian dengan apa yang ada saja.
“Masalah putus bekalan makanan juga bukan perkara baru bagi kami, malah anak-anak sudah biasa dengan keadaan itu dan tidak berdepan masalah untuk berpuasa.
“Ramadan kali ini juga tidak jauh berbeza dengan tahun sebelumnya kerana sehingga kini keluarga kami tidak melakukan sebarang persiapan.
“Saya tetap bersyukur kerana walaupun anak-anak masih kecil tetapi mereka tidak pernah meminta juadah berbuka puasa yang sedap sebaliknya hanya makan apa yang ada.
“Sebelum ini, kami pernah berbuka dengan nasi putih, kicap dan telur selain bubur nasi tetapi anak tidak pernah menolaknya dan makan apa yang ada saja,” katanya.
Lima anak pasangan itu ialah Muhammad Nizhar Aliff, 3; Nurul Amira Syazwan, 6; Muhammad Nazry, 8; Ainul Mardiah Izzaty, 10, dan Nurul Wahidah, 11.
Nor Hidayah berkata, dia dan suami serta lima anak mereka dibenarkan untuk menghuni di ruangan kecil di belakang bangunan rumah kedai oleh pemilik bangunan yang bersimpati dengan keadaan mereka.
Menurutnya, ruangan yang diubah suai termasuk berdindingkan papan serta zink itu tidak mempunyai bilik tidur.
Katanya, keluarganya diminta membayar RM80 buat masa ini bagi menampung bil utiliti dan tidak dikenakan sewa.
“Suami saya bekerja sebagai buruh kontrak pembinaan, namun pendapatannya tidak tetap kerana bergantung kepada kekerapan kerja dilakukan.
“Kami juga bersyukur kerana menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 setiap bulan,” katanya.
Nor Hidayah yang kini mengandung enam bulan berkata, pada tahun ini anak-anaknya juga mungkin terpaksa menggunakan pakaian lusuh bagi meraikan Syawal.
“Pada tahun lalu kami hanya mampu menyarungkan anak-anak dengan pakaian lusuh dari kedai pakaian terpakai yang dibeli dengan harga dari RM5 kerana tidak mampu membeli persalinan baru tetapi rezeki mereka murah kerana pada saat akhir ada hamba Allah sedekahkan baju.
“Namun pada tahun ini kami tidak mengharap dan sekiranya ada rezeki, kami juga tidak menolak demi anak-anak.
“Ibu bapa mana yang sanggup melihat anak beraya dengan baju lusuh tetapi memandangkan kami masih diuji, kami tabah mengharungi keadaan ini dan bersyukur dengan apa yang ada,” katanya.
Sumber: harian Metro
The post “Apa Yang Mereka Kata Pada Suami Buat Saya Sedih…” – Wanita Ini tampil Menjawab Kisah Mereka Yang Tular! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/apa-yang-mereka-kata-pada-suami-buat-saya-sedih-wanita-ini-tampil-menjawab-kisah-mereka-yang-tular/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Saya Tiada Sebarang Rekod Lampau Isteri Tampil Perjelaskan Insiden Suami Tampar Wanita Tak Bagi Signal

Suami Saya Tiada Sebarang Rekod Lampau Isteri Tampil Perjelaskan Insiden Suami Tampar Wanita Tak Bagi Signal

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 475 hits
Suami Saya Tiada Sebarang Rekod Lampau Isteri Tampil Perjelaskan Insiden Suami Tampar Wanita Tak Bagi Signal Kisah ini kecoh di media sosial sejak Khamis apabila sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang lelaki bertindak menampar dan m...
Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi Trip Jogja Indonesia

Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi Trip Jogja Indonesia

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 928 hits
Kisah Sedih Di Bunker Kaliadem Kaki Gunung Merapi Trip Jogja Indonesia Permandangan di kawasan Bunker Kaliadem sangat cantik Dari jauh nampak Gunung Merapi mengeluarkan debu debunya So mana yang tak tahu masa kami ke sini kami dilarang untu...
Wanita Maut Motosikal Berkuasa Tinggi Dibonceng Bersama Suami Terbabas

Wanita Maut Motosikal Berkuasa Tinggi Dibonceng Bersama Suami Terbabas

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 446 hits
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR 28 April 2019 5 02 PM TAPAH Seorang wanita maut selepas motosikal yang dibonceng bersama suaminya hilang kawalan sebelum terbabas dan mela
Ni Amanah Aku Aku Akan Jaga Dia Suami Instafamous Beby Tora Tora Sedih Komen Keterlaluan Netizen

Ni Amanah Aku Aku Akan Jaga Dia Suami Instafamous Beby Tora Tora Sedih Komen Keterlaluan Netizen

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1029 hits
Ni Amanah aku Aku Akan Jaga Dia Suami Instafamous Beby Tora Tora Sedih Komen Keterlaluan netizen Suami mana yang tidak sedih seandainya melihat isteri sendiri tumpah air mata gara gara mulut orang Begitulah yang menimpa selebriti media sosi...
Ada Kes Wanita Cederakan Bayi Kerana Tertekan Suami Berilah Isteri Waktu Bertenang Setiap Hari

Ada Kes Wanita Cederakan Bayi Kerana Tertekan Suami Berilah Isteri Waktu Bertenang Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 552 hits
Sebagai ibu kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri Kenapa Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga Fizikal yang penat ditambah pula dengan ...
Betulkah Syafiq Kyle Punyai Ciri Ciri Suami Idaman Wanita Malaya

Betulkah Syafiq Kyle Punyai Ciri Ciri Suami Idaman Wanita Malaya

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 685 hits
Siapa tak kenal dengan aktor kacak Syafiq Kyle atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak yang menjadi kegilaan para gadis gadis di seantaro Malaysia Setiap kemunculannya di layar perak pasti mendapat perhatian dan tempat di hati pem...
Saya Dah Tegur Tapi Mereka Biadap Kata Saya Tak Boleh Buat Apa Apa Bikers Singapura Selamba Merokok Di Stesen Petron

Saya Dah Tegur Tapi Mereka Biadap Kata Saya Tak Boleh Buat Apa Apa Bikers Singapura Selamba Merokok Di Stesen Petron

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 419 hits
Sudah ditegur namun sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura ini memilih untuk biadap dan merokok di stesen minyak yang umum mengetahui ia adalah zon larangan merokok Dalam insiden yang berlaku pada jam 5 15 petang sem...
Saya Yakin Suami Mampu Berlaku Adil Bukan Setakat Berkongsi Kasih Wanita Ini Sanggup Tinggal Sebumbung Bersama Madu

Saya Yakin Suami Mampu Berlaku Adil Bukan Setakat Berkongsi Kasih Wanita Ini Sanggup Tinggal Sebumbung Bersama Madu

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 507 hits
Saya Yakin Suami Mampu Berlaku Adil Bukan Setakat Berkongsi Kasih Wanita Ini Sanggup Tinggal Sebumbung Bersama Madu Bagi lelaki yang berpoligami mereka adalah orang paling bertuah kerana mempunyai dua tulang belakang yang sentiasa ada di si...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord