Apa Yang Anwar Umum Di Kelantan



Akhir tahun... seakan boleh diteka apa yang acap kali berlaku? Sehinggakan ada yang menganggapnya rutin tahunan. Ya.. banjir terutama di negeri-negeri pantai timur. Berulang kali berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara.
Ada yang baru pertama kali, mungkin tidak berapa terkesan. Ada yang lebih 3 kali. Sikit? Tidak ... sebenarnya ada yang berdepan bencana itu puluhan kali, khususnya di kawasan berisiko banjir. Kita yang mendengarnya pun rasa penat dan lelah. Apatah lagi mereka yang melalui pengalaman sukar itu.
Manakan tidak, setiap kali bah, rumah dinaiki air dan hampir kesemua perkakasan rumah perlu ditukar. Impian menyimpan duit untuk kecemasan seakan-akan terpaksa direalisasikan setiap tahun.
Belum lagi jika bencana banjir melanda, ada beberapa gelombang 1... 2 dan 3. Sudah tentu perbelanjaan semakin meningkat memandangkan ia perlu juga digunakan untuk persiapan sesi baharu persekolahan anak-anak.
Rentetan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada saat-saat akhir berlabuhnya tirai tahun 2023 terus melangkah tanpa henti.
Semalam (28/12/2023), beliau turun padang meninjau permasalahan rakyat... melihat sendiri situasi banjir di Kelantan, salah sebuah negeri yang terkesan. Selain Terengganu, Pahang dan Sabah yang turut dilanda bencana itu. Tidak terkecuali sebelumnya -- Selangor, Perak dan Johor.
Rasionalnya, ia tindak balas atas tuntutan dan tanggungjawab besar yang digalas sebagai ketua kerajaan sejak menerajuinya pada 24 November 2022. Ya, ucapan mengotakan janji memang mudah. Tetapi menepatinya, memerlukan komitmen yang tinggi dan jitu.
Itulah yang dilakukan Datuk Seri Anwar dalam kepadatan jadualnya, sebaik mengadakan pertemuan secara santai bersama Perdana Menteri Thailand - Srettha Thavisin di Phuket, Selasa lalu. Bukan pertemuan santai 'kosong" tapi ada isinya apabila sempat membicarakan isu terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini di kedua-dua negara. Sambil mencapai persepakatan untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung Malaysia secara lebih pesat.
Berbalik kepada keprihatinan berhubung isu banjir, menerusi tinjauan di Pasir Mas, beliau mengumumkan bantuan awal sebanyak RM50 juta untuk mangsa banjir di Kelantan. Peruntukan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan disalurkan terus kepada mereka yang terkesan akibat tiga gelombang bencana alam itu sejak November lepas.
Setiap keluarga akan menerima RM1000.00 dan bantuan lain bergantung pada kerugian yang dialami. Manakala bantuan tambahan akan dibuat berdasarkan penilaian terhadap kerosakan dan kerugian yang disahkan oleh pegawai yang dipertanggungjawabkan.
Tidak cukup dengan itu, bagi mengatasi masalah banjir termenung di Rantau Panjang, kerajaan meluluskan peruntukan segera bernilai RM6 juta untuk membina benteng sementara. Termasuk struktur alur limpah bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Pada masa sama kerajaan negeri bersetuju menyegerakan proses pengambilan tanah bagi membolehkan projek PLSB Sungai Golok Fasa 2 dilaksanakan dalam tempoh masa terdekat, seawal Januari 2024. Dengan peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta telah diluluskan. Lagi.. sebanyak lima projek baharu bagi mengatasi masalah banjir di Kelantan juga dijangka memulakan proses perolehan pada tahun depan.
Sesungguhnya, dalam berdepan persiapan gerak kerja pasca banjir, kerajaan perpaduan terus ambil cakna. Pantas merencanakan langkah demi langkah, khususnya dalam memastikan kebajikan penduduk terjejas banjir terjaga. Sebelum…semasa dan selepas.
Antara lain -- peruntukan bernilai RM135,000.00 disalurkan Kementerian Perpaduan Negara kepada 12 pejabat bawah kendaliannya. Melibatkan program seperti Rukun Tetangga 'Cares', Dapur Komuniti Kawasan Rukun Tetangga dan aktiviti pembersihan lokasi terjejas banjir. Di samping ziarah perpaduan dan gerak kerja lain yang bersesuaian dengan keperluan semasa komuniti.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui agensi di bawahnya pula akan mengenal pasti kerosakan rumah mangsa banjir. Sebaik sahaja mendapat maklumat, dijangka dalam masa terdekat ... penilaian akan dibuat sebelum bantuan disalurkan.
Terbukti, pengenalan konsep Malaysia Madani, sememangnya mencakupi pelbagai aspek. Bukan sekadar hal seperti ekonomi, politik, sosial, dan pendidikan. Tetapi tumpuan turut terarah kepada kemaslahatan rakyat.
Menjelang 2024, usaha menangani kesan perubahan iklim akibat fenomena cuaca ekstrem -- antara yang akan terus dipergiat. Sekali gus mengatasi kesan buruk musibah banjir.
Apapun perlu diingat, banjir bukanlah perkara yang boleh dinormalisasikan, dan tidak boleh dipandang ringan, memandangkan ia membawa kesan serius terhadap masyarakat dan ekonomi. Meskipun ia merupakan bencana alam.
Berhenti salahkan alam! Sebaliknya kerakusan manusia punca segala -- khususnya kemusnahan tadahan hujan... menyebabkan kerugian dari segi kehilangan nyawa dan harta benda.
Sehubungan itu, setiap perancangan perlu ada strategi. Setiap strategi dirangka, mesti ada yang pakar di sebaliknya. Sama-sama muhasabah diri. Sama-sama mendapat manfaat.
Ulasan berita ini disediakan oleh Eza Yusmawati Yaacop Editor Kanan Berita Radio RTM.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/12/apa-yang-anwar-umum-di-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Umum Bantuan Banjir Rm1000 Rakyat Kelantan Bagi Satu Keluarga

Kerajaan Umum Bantuan Banjir Rm1000 Rakyat Kelantan Bagi Satu Keluarga

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 173 hits
Kerajaan Umum Bantuan Banjir RM1000 Rakyat Kelantan Bagi Satu Keluarga 11 Pengumuman terbaru PM Anwar mengenai bantuan banjir RM1000 rakyat Kelantan Bantuan awal sebanyak RM50 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi mangsa yang te...
Agensi Lama Umum Btob Bebas Guna Nama Kumpulan Tanpa Halangan

Agensi Lama Umum Btob Bebas Guna Nama Kumpulan Tanpa Halangan

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 231 hits
Berita baik buat Melody ARTIKEL BERKAITAN Menurut sumber pada 18 Disember BTOB sedang berunding dengan Cube Entertainment mengenai penggunaan nama kumpulan tersebut Di mana telah dilaporkan bahawa kesemua ahli BTOB akan dapat menggunakan na...
Ancaman Uang Dalam Pemilihan Umum 2024 Aipi Sorot Perlu Tindakan Tegas Dari Dkpp

Ancaman Uang Dalam Pemilihan Umum 2024 Aipi Sorot Perlu Tindakan Tegas Dari Dkpp

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 174 hits
Menurutnya ancaman tersebut semakin serius dan berpotensi mengganggu integritas dan keadilan dalam proses pemilu terutama menjelang Pemilu 2024
Keadilan Akan Menang Polis Umum Keputusan Akhir Skandal Dadah G Dragon Bigbang

Keadilan Akan Menang Polis Umum Keputusan Akhir Skandal Dadah G Dragon Bigbang

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 257 hits
Polis mengakhiri siasatan dakwaan dadah terhadap G Dragon BIGBANG tanpa sebarang pertuduhan ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan pada 19 Disember Unit Siasatan Jenayah Dadah Agensi Polis Metropolitan Incheon mengumumkan bahawa mereka telah mem...
Saya Siti Nurhaliza Tokti Umum Konsert

Saya Siti Nurhaliza Tokti Umum Konsert

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 180 hits
nbsp Datuk Seri Siti Nurhaliza umumkan akan mengadakan konsert pada tahun hadapan Berita gembira buat peminat itu diumumkannya melalui satu hantaran di Instagram petang ini 8220 Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza 8221 tulisnya Konsert Sebua...
Kerajaan Umum Akaun Fleksibel Kwsp 2024 Untuk Semua Pencarum

Kerajaan Umum Akaun Fleksibel Kwsp 2024 Untuk Semua Pencarum

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 315 hits
Kerajaan Malaysia memperkenalkan akaun fleksibel KWSP untuk kemudahan para pencarum sebagai inisiatif yang akan membantu kebajikan mereka yang membuat caruman Perkara ini disambut baik oleh semua pihak dan dijangka akan diumumkan dalam masa...
Pnb Umum Agihan Dividen 5 25 Sen Bagi Asb

Pnb Umum Agihan Dividen 5 25 Sen Bagi Asb

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 198 hits
KUALA LUMPUR Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd Amanah Saham Nasional Berhad mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5 25 sen seunit untuk dana utamanya Amanah Saham Bumiputera bagi tahun
Sedapnya Nama Dia Lama Fikir Nama Baby Boy Ayda Jebat Nabil Umum Nama Anak Kedua

Sedapnya Nama Dia Lama Fikir Nama Baby Boy Ayda Jebat Nabil Umum Nama Anak Kedua

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 130 hits
Selepas selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada tanggal 12 Disember yang lalu mengambil sunah hari ketujuh kelahirannya pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan nama cahaya mata mereka Tidak hanya berkongsikan nama yan...
Bukan Cuma Baliho Alumnus Memalukan Bem Ugm Juga Pernah Kritik Jokowi Lewat Poster Juara Umum

Bukan Cuma Baliho Alumnus Memalukan Bem Ugm Juga Pernah Kritik Jokowi Lewat Poster Juara Umum

papar berkaitan - pada 18/12/2023 - jumlah : 119 hits
Tercatat BEM UGM dua kali memberikan kritik dalam bentuk poster dan baliho kepada Presiden Jokowi
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran