Covid 19 Kita Ikhtiar Jangan Lupa Kuasa Allah


YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengajak semua ahli politik untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan di kala negara sedang sibuk berhadapan dan bergelut dengan pandemik Covid-19 yang melanda sejak setahun lebih yang lepas.
Kenyataan-kenyataan media sama ada berbentuk video atau tulisan kalangan ahli politik yang berlegar dengan membawa naratif kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada hari ini gagal dengan peningkatan angka positif Covid-19 adalah satu kerja jahat yang merosakkan mood petugas barisan hadapan dan rakyat yang kini bersama-sama dengan kerajaan PN dengan fokus yang sama.
Lontaran persoalan mengenai peningkatan angka positif sedangkan penguatkuasaan PKP, PKPD, PKPB dan PKPP sedang berlangsung adalah persepsi yang tidak wajar bagi seorang ahli politik malah seakan lupa akan segala yang berlaku terkait dengan ketentuan dari Allah sebagai ujian. Kita sebagai manusia hanya rancang, usaha dan ikhtiar, selebihnya adalah serah pada ketentuan daripada Allah.
Peningkatan angka positif ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja malah boleh dilihat di negara-negara luar juga dan paling ketara ialah di India. Ia bukan soal gagal atau berjaya negara kita, tetapi kerajaan PN telah berusaha sehabis baik dengan penguatkuasaan SOP ditambah lagi suntikan dana dari satu pakej ke satu pakej sejak PKP 1.0 tempoh hari bagi tujuan meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas.
Mengapi-apikan polemik dengan naratif jahat sebegini tidaklah menguntungkan apa-apa kepada negara dan rakyat. Malah sehingga ke hari ini sekalipun, terdapat serahan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan awal proklamasi darurat serta desakan Parlimen bersidang, namun Yang di-Pertuan Agong masih dengan ketetapan awal mengajak seluruh rakyat mematuhi SOP dan gembleng tenaga bersama memberikan fokus keutamaan untuk menyelesaikan isu pandemik ini sebagaimana menerusi kenyataan Media Istana Negara yang dikeluarkan pada 30 April 2021, baru-baru ini.
Dan Dato’ Seri Najib Razak juga dinasihatkan agar kurangkan troll dan lontaran polemik yang tidak memberikan apa-apa faedah kepada situasi sekarang ini, perkara tersebut hanya keseronokan untuk mendapatkan reaksi suka oleh pengikut sendiri di media sosial sahaja. Beliau sebagai mantan Perdana Menteri sepatutnya turut serta bersama dalam fokus ini membantu rakyat yang susah dan seiringan dengan tindakan kerajaan jika benar berjiwa besar setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Jika beliau meneruskan sikap sebegini sebenarnya beliau sendiri seolah-olah memperkecilkan peranan menteri-menteri kalangan Umno-BN yang ada dalam kerajaan dan yang terlibat langsung dalam Kabinet sekarang ini. Maka jika begitu, kalau mahu disebutkan gagalnya kerajaan PN maka beliau sendiri sebenarnya mengatakan kepada parti beliau sendiri semenangnya gagal dan tidak berfungsi.
DUPP menegaskan bahawa komitmen kita semua pada hari ini ialah tangani pandemik dengan semangat kebersamaan tanpa ada yang cuba mengambil peluang kepentingan politik pihak tertentu dengan mengganggu kerja-kerja pemulihan ekonomi dan penguatkuasaan SOP dalam membendung penularan Covid-19. Usaha bersama ini adalah sebagai bukti keprihatinan ahli politik cakna isu kesejahteraan dan kebajikan rakyat umum.
Firman Allah SWT:
(قُل لَّن یُصِیبَنَاۤ إِلَّا مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوۡلَىٰنَاۚ وَعَلَى ٱللَّهِ فَلۡیَتَوَكَّلِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ)
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”. [Surah At-Taubah: 51]
Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan
(*)  YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH. Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)
 – HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/covid-19-kita-ikhtiar-jangan-lupa-kuasa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Covid 19 Jangan Tipu Sorok Maklumat

Covid 19 Jangan Tipu Sorok Maklumat

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 188 hits
Oleh Gambar hiasan Foto fail NSTP KUALA TERENGGANU Jabatan Kesihatan Terengganu meminta rakyat negeri itu tidak menipu dan menyorok maklumat mengenai kesihatan mereka kepada petugas kesihatan Pengarah Kesihatan negeri Dr Nor Azimi Yunus ber...
Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Pada Suami Isteri Kita Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Murah Rezeki

Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Pada Suami Isteri Kita Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Murah Rezeki

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 352 hits
Ustaz Ebit Lew penceramah bebas yang sangat terkenal di media sosial seperti Facebook dan Instagram berkongsi sebuah posting berkenaan rezeki Kenapa rezeki sempit dan asyik tak cukup Di mana silapnya Dalam rumah tangga mungkin kita terlepas...
Termasuk Video Ucapan Hamid Bador Rasuah Lompat Parti Selain Mahiaddin Sprm Jangan Lupa Siasat Sama Tun Mahathir Juga

Termasuk Video Ucapan Hamid Bador Rasuah Lompat Parti Selain Mahiaddin Sprm Jangan Lupa Siasat Sama Tun Mahathir Juga

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 219 hits
Apa yang diperkatakan oleh Ketua Polis Negara Hamid Bador mengenai amalan melompat parti dengan perbuatan rasuah dalam kerajaan seperti videonya yang disertakan di sini adalah jelas ditujukan kepada dua pihak Pertama kepada kerajaan PN seka...
Menteri Perlu Bincang Jangan Tunjuk Kuasa Campur Tangan Bidang Lain Kata Noh

Menteri Perlu Bincang Jangan Tunjuk Kuasa Campur Tangan Bidang Lain Kata Noh

papar berkaitan - pada 2/5/2021 - jumlah : 264 hits
Noh Omar kesal kerana dakwaan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin campur tangan dalam urusan polis tidak sepatutnya berlaku PETALING JAYA Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar berkata menteri perlu berbincang bukannya menunjukkan kuasa mer...
Saman Masjid Zuharnan Tidak Salah Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

Saman Masjid Zuharnan Tidak Salah Jawatan Kuasa Covid Daerah Putuskan Tindakan Saman

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 629 hits
Ketika ini ramai yang mengecam tindakan yang dilakukan oleh Pegawai Kesihatan yang bernama Zuharnan Rashid kerana mengeluarkan kompaun kepada Pengerusi Masjid Sri Maulana Pekan atas sebab tidak menyediakan QR Code MySejahtera dan buku penda...
Kah Kah Kah Para Lebai Bersekongkol Dengan Penguasa Kah Sesiapa Nak Bersalin Jangan Lupa Jemput Mereka Yeeeehaaaaa

Kah Kah Kah Para Lebai Bersekongkol Dengan Penguasa Kah Sesiapa Nak Bersalin Jangan Lupa Jemput Mereka Yeeeehaaaaa

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 395 hits
Netizen persoal kehadiran individu ternama di majlis tahnik anak Siti NurhalizaSinar HarianMei 2 2021 Perkongsian majlis tahnik anak Siti Nurhaliza yang dihadiri oleh beberapa individu ternama baru baru ini Foto Instagram Siti Nurhaliza Tar...
Ahli Politik Gila Kuasa Punca Covid Menggila Di India

Ahli Politik Gila Kuasa Punca Covid Menggila Di India

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 455 hits
Laporan dari Al Jazeera mengatakan semalam India telah mencatatkan satu rekod baru dalam situasi pendemik COVID 19 dimana dalam masa 24 jam 412 262 kes baru dilaporkan menjadikan jumlah yang dijangkiti melebihi 21 juta kes Jumlah kematian b...
Ganjar Ingatkan Jangan Karena Mudik Terjadi Lonjakan Covid 19 Seperti India

Ganjar Ingatkan Jangan Karena Mudik Terjadi Lonjakan Covid 19 Seperti India

papar berkaitan - pada 29/4/2021 - jumlah : 241 hits
Sedangkan untuk mengantisipasi ledakan kasus Covid 19 di Jateng Ganjar menegaskan siap mengisolasi warganya yang mengabaikan larangan mudik Lebaran Idulfitri 2021
Umno Jangan Lupa Sejarah

Umno Jangan Lupa Sejarah

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 199 hits
Umno sedang menyerang PAS habis habisan dan mengata macam macam terhadap PAS Tetapi Umno lupa sejarah PAS parti yang pertama yang mempertahankan Anwar Ibrahim selepas beliau di buang dari Umno pada September 1998 Apabila DAP buang PAS dari ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya