Apa Sebab Spv Kementerian Kewangan Pegang Aset Tabung Haji




Saya akan cuba mengulas berkenaan keperluan memindah aset tidak untung Tabung Haji kepada SPV bagi tindakan jangka pendek dengan bahasa mudah dan difahami orang awam. 


Menurut standard laporan kewangan (FRS), sesebuah syarikat harus mengisytiharkan kerugian jika nilai saham yang dibeli jatuh 20 peratus berbanding kos asal secara berterusan dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan. 


Bagaimanapun, menurut PWC, Tabung Haji menetapkan had ambang (threshold) 70 peratus untuk tempoh 24 bulan. Angka itu diubah dua kali pada 2017, kepada 85 dan 90 peratus.


PWC berkata jika had ambang ditetapkan pada 70 peratus, TH patut mengisytiharkan kerugian sebanyak RM1.313 billon. Jika pada 85 dan 90 peratus pula, kerugian patut diisytiharkan masing-masing sebanyak RM171 juta dan RM1 juta sahaja.


PWC berkata penyembunyian kerugian ini bertujuan menunjukkan jumlah keuntungan yang cukup untuk membayar dividen pada 2012. Akta Tabung Haji 1995 tidak membenarkan pengagihan dividen ketika rugi. PWC berkata jika standard biasa dipakai (had ambang 20 peratus untuk tempoh 12 bulan), jumlah kerugian penuh ekuiti adalah sebanyak RM4.258 bilion. 


Bagi mengadapi masalah peninggalan pentadbiran lama tersebut, Tabung Haji dilihat berusaha mengemaskini aset tidak menguntungkan yang dimiliki ketika yang bernilai lebih RM 19.9 billion (berbanding asset yang bagus bernilai RM 57.1 bil). 


Ertinya aset ini semuanya rugi di atas kertas dan jika tidak memberikan hasil kepada Tabung Haji bagi tahun kewangan terkini dan kewujudannya di dalam buku Tabung Haji hanya merosakkan kesihatan laporan kewangan Tabung Haji yang akhirnya akan menyekat pemberian dividen kepada pendeposit. 


Justeru, bagi merawat hal terbabit dengan segera, pihak Tabung Haji memilih untuk memindahkan atau menukarkan aset tidak untung masa ini (termasuk Tanah TRX sebagaimana klasifikasi yang ditetapkan oleh Tabung Haji sendiri dan kaedah perakaunan) itu semuanya kepada SPV di bawah MOF, ia perlu dilaksanakan kerana tiada entiti perniagaan yang ingin membeli aset kurang bagus itu pada waktu ini, maka MOF adalah entiti yang tepat mewakili Kerajaan Malaysia bagi tujuan penerima pemindahan dengan berbalaskan pegangan instrumen pelaburan Sukuk dan RCPS-i untuk dimiliki oleh Tabung haji. 


Pegangan Sukuk bertempoh matang 7 tahun terbabit akan memberikan jangkaan pulangan sebanyak 5 % setahun  kepada Tabung Haji berbanding aset tidak bagus sedia ada yang tidak memberikan apa-apa. 


Bagaimanapun Redeemable Convertible Preferences Share (Islamic) yang bernilai RM 9.9 bil tiada tarikh matang dan tiada dividen tetapi sentiasa terbuka untuk ditebus kembali oleh TH. Jika digabungkan kedua-duanya beerti untuk aset bernilai RM 19.9 b, TH bakal mendapat pulangan 2.5 % setahun.


Saya juga tidak lihat bagaimana mungkin MOF akan ‘merampas’ aset tiada hasil itu di masa akan datang, MOF Inc sifatnya berbeza seperti syarikat yang sifatnya hanya mengejar keuntungan, ia membawa agenda kerajaan. 


Kecuali jikalau SPV di bawah MOF inc itu menjualnya kepada pihak ketiga, itupun perlu diputuskan oleh kerajaan dan bukannya keputusan satu dua orang sahaja, khususnya jika aset terbabit adalah aset strategik. 


Semua wang pendeposit turut dijamin oleh kerajaan. Sebenarnya kerajaan Malaysia ‘hampir’ boleh dikatakan melalui MOF sedang ‘bail out’ Tabung haji melalui dua instrumen ini. Orang yang tidak biasa isu kewangan mungkin menganggapnya sebagai pelik.


Aset tidak bagus atau tidak menguntungkan TH dikenal pasti menerusi dua kriteria. Bagi hartanah, ia membabitkan aset dengan hasil kurang dua peratus dan bagi ekuiti, nilai rosot nilai melebihi 20 peratus. Justeru jumlah nilai asset tersebut mencecah RM19.9 billion. 


Sefaham saya, tindakan pemindahan kepada SPV dan menerbit instrument pelaburan Sukuk dan RCPS-i tersebut boleh memberi kebaikan kepada TH iaitu : 


a. Menjadikan Tabung Haji mungkin berpeluang mendapat keuntungan dari pegangan Sukuk sebanyak 5 % setahun berbanding terjerat dengan aset tidak untung serta merosakkan tanggungan liabiliti dengan membesarkan jumlah ‘impairment loss’ dalam laporan kewangan Tabung Haji. 


b. Memastikan Tabung Haji mampu memberikan dividen kepada pendeposit kerana tanpa pemindahan melalui terbitan dua instrument patuh shariah itu; Tabung Haji akan dikira dalam keadaan defisit dengan liabilitinya melebihi aset justeru tidak boleh membayar dividen menurut akta Tabung Haji.  


Adalah hal biasa SPV di bawah MOF Inc  bertindak untuk tujuan-tujuan spesifik memegang aset kerajaan atau institusi kerajaan. Dahulu pun kerajaan merawat non-performing loans melalui Danaharta Nasional Bhd yang berfungsi seperti SPV pada waktu itu. 


Kini model yang digunakan dan dibentuk di bawah MOF bagi mengambil milik asset dengan ’bayaran’ sukuk dan RCPS-I sebagai balasan kepada Tabung Haji. Juga, aset di bawah di bawah MOF itu tidak sama sekali beerti ia dimiliki oleh Menteri kewangan atau timbalannya atau mana-mana individu politik, tetapi ia adalah dipegang oleh kerajaan Malaysia sendiri. Mungkin menjadi sebahagain GLC pada masa akan datang juga.


Sebaiknya isu ini tidak dipolitikkan berlebihan (sikit-sikit adalah natural kerana tiada apa yang dapat lari dari politik) kerana pihak TH sedang berusaha sungguh-sungguh membaik pulih Tabung Haji yang sebelum ini dipegang oleh orang politik khususnya (dari kalangan ahli Lembaga Pengarah) sehingga kelihatan wujud campur tangan yang akhirnya mengurangkan kredibiliti dan TH, hari ini semua ahli Lembaga Pengarahnya bukan orang politik dan cadangan pemindahan ke SPV di bawah MOF juga sefaham saya adalah datang dari perbincangan lembaga Pengarah, PWC dan pengurusan tertinggi lalu dibentang cadangan tersebut di kabinet Malaysia. 


Kita sama-sama berdoa Tabung amanah untuk tujuan mulia Haji ini semakin baik. Sudah tentu pihak pengurusan baru mereka sedang melaksanakan tugasan mereka sebaik mungkin bagi mengembalikan zaman keuntungan bagi TH sebagai contoh tahun 2013 dengan keuntungan bersih sebanyak RM 2.45 bil setelah ditolak segala liabiliti dan adjustment.


Jikalau apa yang dijangka tidak berlaku malah Tabung haji telah menjadi semakin teruk dan dicerobohi pula secara politik, maka bolehlah dianjurkan bantahan ala Himpunan Kesyukuran Penolakan ICERD sekali lagi atau boleh juga diubah kerajaan yang ada melalui Pilihanraya ke-15 kelak. 


Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
Adj. Prof Faculty of Business & Accountancy UNISEL


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/12/apa-sebab-spv-kementerian-kewangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

Tabung Haji Pindah Aset Rm19 9b Kepada Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 270 hits
Langkah TH sebagai tukaran kepada penerbitan sukuk RM10 bilion dan saham Islamik RM9 9 bilion bagi mengimbangi liabiliti RM77 bilionKUALA LUMPUR 3 Rabiulakhir 1440H Selasa Lembaga Tabung Haji akan memindahkan asetnya bernilai kira kira RM19...
Hampir 20 000 Tandatangan Petisyen Bantah Tabung Haji Bawah Kementerian Kewangan

Hampir 20 000 Tandatangan Petisyen Bantah Tabung Haji Bawah Kementerian Kewangan

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 517 hits
ISMA WEB Agenda letak TH bawah BNM ibarat halalkan pengawalan Lim Guan Eng KUALA LUMPUR Satu petisyen yang membantah tindakan meletakkan Lembaga Tabung Haji di bawah Kementerian Kewangan telah berjaya mengumpul hampir 20 000 tandatangan Pet...
Aset Tabung Haji Yang Perlu Anda Tahu

Aset Tabung Haji Yang Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 372 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata beliau mengumumkan dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewengan Lembaga Tabung Haji pada Isnin di Parlimen Beliau berkata pengumuman berkenaan antaranya ber...
Tabung Haji Kenal Pasti Rm20 Bilion Aset Tiada Hasil Untuk Bayar Dividen

Tabung Haji Kenal Pasti Rm20 Bilion Aset Tiada Hasil Untuk Bayar Dividen

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 359 hits
Tabung Haji kenal pasti RM20 bilion aset tiada hasil untuk bayar dividenPosted By on December 12 2018Syarikat khas akan mengembalikan bon dan saham bernilai RM19 9 bilion kepada Tabung Haji sebelum akhir tahun ini bagi membolehkan pengagiha...
Tabung Haji To Transfer Rm19 9b Assets Including 1mdb Land To Spv

Tabung Haji To Transfer Rm19 9b Assets Including 1mdb Land To Spv

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 380 hits
Tabung Haji will transfer around RM19 9 billion in assets including its land in the 1MDB linked Tun Razak Exchange to a special purpose vehicle under the Finance Ministry According to Tabung Haji CEO Zukri Samat these underperforming assets...
Lim Guan Eng Patut Digantikan Dengan Anwar Ibrahim Bagi Menyelamatkan Aset Tabung Haji

Lim Guan Eng Patut Digantikan Dengan Anwar Ibrahim Bagi Menyelamatkan Aset Tabung Haji

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 318 hits
THE THIRD FORCE Apakah pemindah milikkan aset kepada SPV yang dikuasai Bangsa DAP satu satunya cara bagi memulihkan keadaan Bukankah kaedah yang paling berkesan bagi menyelesaikan kemelut ini adalah dengan memecat Lim Guan Eng dan melantik ...
Skandal Tabung Haji Najib Curiga Hairan Dengan Ph

Skandal Tabung Haji Najib Curiga Hairan Dengan Ph

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 472 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hairan bagaimana PH mampu menyelesaikan masalah defisit besar Tabung Haji berjumlah RM4 1 bilion dalam jangka masa singkat Berkongsi laporan Sinar Harian dalam laman Facebooknya ...
Umno Cadang Suruhanjaya Diraja Siasat Wang Tabung Haji

Umno Cadang Suruhanjaya Diraja Siasat Wang Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 272 hits
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Umno serius dalam usaha memelihara kewibawaan institusi berkaitan dengan orang Melayu dan Islam Foto oleh Shafwan ZaidonSEREMBAN 10 Dis Umno hari ini mencadangkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhka...
Tabung Haji Akan Diawasi Bank Negara Untuk Masa Depan Terjamin

Tabung Haji Akan Diawasi Bank Negara Untuk Masa Depan Terjamin

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 297 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata Tabung Haji melanggar dua syarat pemembayaran hibah sejak 2014 Mujahid menjelaskan terdapat dua syarat tersebut merupakan sebelum pembayaran hibah dibuat aset tidak boleh kurang ...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Fries With Your Mcbaguette For Some Travelers Mcdonald S Is A Destination

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Petanda Hubungan Percintaan Tidak Sihat

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Cinta Itu Perhatian Suami Kupas Rambutan Isteri Tersentuh Hati

Kari Kepala Ikan Sedap Di Penang Restoran Pen Mutiara Batu Maung

Pengalaman Berdepan Situasi Terminal Lucidity

Shell Pulai Perdana 2 Livina

Pengomen Tegar Bertuah Untuk Tahun 2024 Siapakah Orangnya

Selamat Hari Lahir Buatku