Apa Sebab Orang Pergi Travel


Apakah yang membuatkan seseorang itu membuat keputusan untuk pergi travel?
Pernah tak anda terfikir jawapan bagi soalan, kenapa orang pergi travel?
 
Jika anda merupakan individu yang menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan industri percutian atau pelancongan, contohnya seperti perniagaan tempat penginapan atau homestay, ini merupakan salah satu soalan yang patut anda tahu jawapannya.
 
Sekurang-kurangnya anda perlu tahu dengan jelas, kenapa seseorang itu pergi bercuti? 

Setelah anda mengetahui, sebab sebenar kenapa orang pergi bercuti, cuba bandingkan sebab-sebab tersebut dengan unit hartanah yang anda jadikan sebagai homestay itu.
 
Adakah homestay anda dapat memenuhi keperluan dan kemahuan para pelancong itu tadi.
 
Kalau anda luangkan sedikit masa untuk buat kajian dan pembacaan, anda mungkin akan temui perkara-perkara dibawah ini yang menjadi sebab kenapa seseorang itu pergi bercuti.
 
Antaranya ialah

 
(1) Melihat Keindahan Alam Ada orang yang pergi travel kerana ingin menikmati keindahan panorama alam semulajadi.
 
Mereka ingin merasai pengalaman yang unik seperti
1. Bermalam di dalam hutan
2. Menginap di tengah sawah bendang
3. Bermalam di tepi sungai atau tasik
4. Melihat keindahan kawasan pergunungan
5. Menginap di chalet yang dibina terapung atas laut
6. Bermalam ditepi pantai
 
Kesemua ini dilakukan bagi merasai pengalaman menikmati keindahan alam semulajadi dengan lebih dekat lagi.
 
(2) Mengenal budaya berbeza Perbezaan dan keunikkan dari segi budaya masyarakat juga boleh menjadi faktor penarik mengapa seseorang itu berminat untuk pergi bercuti ke destinasi percutian tertentu.
 
Bila sebut mengenai budaya, ia merangkumi perkara-perkara seperti
1. Cara hidup
2. Cara berpakaian
3. Adat dan tradisi
4. Makanan
5. Tingkahlaku
6. Cerita rakyat, lagenda dan kepercayaan
7. Bahan tinggalan sejarah, monumen dan sebagainya
 
(3) Berehat Kehidupan seharian dan rutin kerja kita, adakalanya membuatkan kita berasa stress.
 
Kalau boleh, kita nak cari satu tempat yang kita boleh keluar sejenak dari tekanan dan berehat dengan sepuasnya.
 
Ada sesetengah orang dia berasa tenang bila dapat berehat di tepi pantai, tepi sungai atau melakukan aktiviti seperti mendaki gunung.

Ataupun sekadar duduk berehat tanpa melakukan apa-apa atau memikirkan apa-apa hal berkaitan dengan kerja.
 
Pergi bercuti, melancong atau travel ini juga boleh menjadi satu terapi kepada seseorang yang sedang stress.
 
(4) Keseronokkan dan pengembaraan Jiwa muda ingin melakukan sesuatu yang lain daripada yang lain. Sesuatu yang memberikan keseronokkan dan rasa pengembaraan.
 
Mereka ingin mencuba sesuatu yang baru untuk menikmati keseronokkan. Mereka terbuka untuk mencuba aktiviti seperti bermain ski, meluncur ombak, snorkeling atau mungkin scuba diving.
 
Tempat-tempat seperti taman tema, amusement park dan lain-lain tempat tarikan pelancong boleh menarik perhatian mereka.
 
Taman tema dan tempat seumpama ini, lazimnya mengenakan bayaran masuk yang agak mahal. Cuba bayangkan, kalau nak masuk ke taman tema pun dah kena bayar mahal, adakah mereka masih lagi akan berbelanja mahal untuk tempat penginapan?
 
Besar kemungkinan, kalau boleh berjimat, mereka ini juga akan memilih untuk berjimat. Kita semua tahu, umumnya kalau menginap di homestay, kosnya adalah lebih rendah berbanding menginap di hotel.

Oleh yang demikian, jika homestay anda berdekatan dengan taman tema, bolehlah cuba untuk mempromosikan homestay anda kepada mereka yang mungkin akan mengunjungi taman tema tersebut.
 
(5) Untuk belajar tentang sejarah dan sains Dewasa ini, semakin ramai orang mula berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah dan asal-usul bangsa.
 
Orang yang melupakan sejarah mempunyai kemungkinan untuk mengulangi kesilapan yang sama, seperti yang dilakukan oleh orang yang terdahulu.
 
Orang yang tak mengambil berat mengenai sejarah juga, mustahil untuk mempunyai perasaan bangga dan sayang terhadap susur galur masing-masing.

Terdapat juga perbincangan mengenai sejarah yang digelapkan, yang mana kehebatan sesebuah kaum itu tidak diceritakan kepada generasi terkini. Akhirnya generasi baru hanya berbangga dengan kisah-kisah fiksyen yang dipertontonkan di layar skrin.
 
(6) Ziarah kenalan, sahabat dan keluarga Bila kali terakhir anda menziarahi kenalan dan juga saudara?
Besar kemungkinan, semasa hari raya.
 
Ataupun ketika ada majlis perkahwinan, atau mungkin kematian. Budaya ziarah-menziarahi ini juga sebenarnya semakin mula dilupakan. Jika kita tak hidupkan ia semula, ia mungkin akan hilang terus ditelan zaman.
 
Siapa kita yang saya maksudkan itu?
Jawapannya adalah kita semua.
 
Tak perlu kita nak letakkan beban tanggungjawab ini kepada golongan tertentu. Kalau kita tak mulakan akhirnya ia akan mula hilang begitu sahaja.
 
Ziarah kenalan dan saudara mara ini, tak semestinya kita pergi ke rumah orang yang kita nak ziarah tersebut. Kita boleh ajak mereka berjumpa di tempat kita menginap, sebab yang lebih penting adalah pertemuan tersebut, bukannya dimana nak bertemu.
 
(7) Tujuan perniagaan atau kerja Faktor kerja atau bisnes juga merupakan sebab biasa kenapa seseorang itu perlu pergi travel.
 
Kalau tempat dimana anda menjalankan bisnes tempat penginapan ini ada terdapat bangunan pejabat, kawasan perindustrian, dan sebagainya, ada kemungkinan anda akan menerima tetamu dari kalangan mereka yang datang atas urusan kerja.
 
Cuma persoalannya ialah, adakah homestay anda sesuai untuk mereka yang datang menginap atas urusan kerja ataupun bisnes?

Lazimnya, individu yang perlu travel atas urusan kerja atau perniagaan ini memerlukan tempat penginapan yang memenuhi kriteria seperti
1. Mempunyai semua keperluan asas
2. Masa untuk check in yang fleksibel
3. Ada sambungan internet yang laju
4. Ada televisyen
5. Ruang kerja yang selesa
6. Perabot yang selesa untuk digunakan atas urusan kerja
7. Ada mesin basuh dan pengering pakaian
 
Selepas pandemik covid, ada banyak syarikat yang mula mengubah sistem kerja mereka kepada sistem bekerja dari rumah ataupun kepada sistem hybrid.
 
Kalau sistem hybrid, ada hari yang mereka perlu masuk ke pejabat dan ada hari yang mereka boleh bekerja hanya dari rumah.
 
Sesetengah orang, mereka tidak mempunyai ruang kerja yang selesa jika bekerja dari rumah. Justeru, apa kata sesekali anda promosikan homestay anda kepada mereka yang mungkin perlukan tempat bekerja yang selesa.
 
Individu seperti ini bolehlah bekerja di homestay anda.
 
(8) Untuk menimba ilmu Menimba ilmu ini bukan terhad semata-mata di sekolah, kolej atau di universiti semata-mata.
 
Kita perlu melihat skop mencari ilmu dalam perspektif yang lebih luas lagi.
 
Sudah tentu, kalau kita melihat menimba ilmu ini dari perspektif biasa, kita boleh katakan yang homestay atau tempat penginapan yang kita sediakan ini, akan menerima tempahan pada hujung minggu kerana ada keluarga yang datang dari jauh untuk berjumpa dengan anak-anak.
 
Situasi ini akan biasa berlaku jika homestay anda berdekatan dengan kolej, universiti atau mungkin sekolah berasrama penuh.

Selain itu, kita juga boleh lihat, diluar sana turut ada individu yang mencari ilmu dengan cara yang tidak formal. Mereka ini mungkin akan mengikut program-program ceramah, kuliah, seminar dan sebagainya.
 
Jika berdekatan dengan tempat anda, ada dijalankan program latihan atau seminar tertentu, dan mereka agak aktif dengan aktiviti tersebut, boleh jadi ada peluang untuk anda dapatkan sebahagian dari peserta program tersebut untuk menginap ditempat anda.
 
(9) Menjadi sukarelawan Kerja-kerja sukarelawan ini jarang orang buat, tapi ia biasa berlaku.
 
Sebagai contoh, ketika berlakunya bencana alam disesuatu kawasan. Akan ada individu atau kumpulan dari negeri lain akan datang membantu apa yang termampu.
 
Kalau situasi kita di Malaysia ni, biasanya bencana alam yang sering berlaku ialah banjir. Ataupun mungkin berlaku bencana seperti kebakaran yang mana pemilik rumah memerlukan tempat untuk berlindung untuk satu tempoh masa tertentu, sebelum dia berjaya dapatkan tempat tinggal.
 
(10) Meraikan majlis Kemudian ada juga sesetengah orang yang pergi travel atas tujuan menyambut dan meraikan majlis tertentu.
 
Majlis ini boleh jadi
1. Majlis sambutan hari jadi
2. Majlis Ulangtahun Perkahwinan
3. Reunion
 
Kadang-kadang sesetengah orang ni mereka berada dalam dilema. Mereka merancang untuk mengadakan majlis tertentu, tapi nampaknya mereka tak mempunyai tempat yang sesuai.
 
Adakah patut buat sambutan di restoran?
Itu satu idea yang baik.
 
Walaubagaimanapun, sambutan di restoran ini biasanya akan ada beberapa kekangan, antaranya
1. Tempat tersebut agak sesak dengan pengunjung lain.
2. Makanan perlu order dari restoran
3. Tak boleh bawa makanan dari luar
 
Kalau macam tu, apa kata kalau buat sambutan atau majlis dirumah sendiri?
Itu pun satu cadangan yang baik.
 
Cuma selalunya perkara ini agak sukar sebabnya
1. Tuan rumah biasanya tak ada masa untuk kemas rumah.
2. Perlu fikirkan tentang persiapan sebelum dan selepas.
3. Rumah tak sesuai untuk jemput tetamu, atas sebab kekurangan tempat parking.
 
Jika anda menjalankan bisnes homestay, adakah homestay anda mempunyai kapasiti untuk diadakan majlis?

(11) Berkahwin Sama ada menghadiri majlis perkahwinan sahabat handai ataupun diri sendiri yang akan berkahwin.
 
Jodoh ini sebenarnya agak misteri. Kadang-kadang kita tak tahu pun, yang kita akan bernikah dengan pasangan dari negeri yang berbeza.
 
Kemudian bila kita nak buat majlis perkahwinan, nak tak nak, kita perlu travel.
 
Begitu juga dengan ahli keluarga dan para jemputan yang akan memeriahkan majlis.
 
Mereka yang menjalankan bisnes homestay, mungkin sudah beberapa kali menerima tetamu yang datang disebabkan urusan berkaitan dengan majlis perkahwinan.
 
Dewasa ini, majlis perkahwinan banyak yang diadakan di dewan orang ramai.
 
Ini bermakna, jika homestay anda berdekatan dengan lokasi dewan tersebut, ia sedikit sebanyak akan dapat memberi kelebihan buat anda.
 
(12) Mengalami iklim yang berbeza Orang yang tinggal di negara iklim khatulistiwa seperti di Malaysia, sesekali ingin merasai pengalaman melalui iklim yang berbeza, seperti yang dialami di negara 4 musim.
 
Mereka yang tinggal di negara 4 musim juga, adakalanya memilih untuk travel ke negara yang panas ketika musim sejuk.
 
(13) Makanan dan minuman Bagi mereka yang suka mencuba menu masakan dan makanan yang baru, mereka juga sanggup untuk pergi travel walaupun tempat yang bakal dituju agak jauh.
 
Ini merupakan suatu kepuasan bila dapat menjamah menu baru yang tak pernah dirasai sebelum ini.

Kalau perlu bermalam, mereka mungkin tak kisah kalau menginap satu atau dua malam di tempat tersebut.
 
(14) Shopping Pergi melancong bagi tujuan shopping mungkin sudah mula jarang dilakukan, memandangkan pada hari ini, kebanyakkan barangan yang kita perlukan dan ingin beli, boleh didapati melalui online shopping sahaja.
 
Satu masa dulu, melancong dan shopping ini memang satu aktiviti yang agak sukar untuk dipisahkan.
 
Rasanya tak salah kalau kita katakan, perkembangan online shopping ini, sedikit sebanyak mengubah cara kita berbelanja.
 
Dulu, kalau nak borong kain, antara tempat yang popular adalah di Tangkak, Johor.
Ataupun kalau nak shopping barang-barang murah, akan pergi ke Padang Besar ataupun Wang Kelian.
 
(15) Acara sukan Selain itu, ada juga individu yang travel disebabkan oleh acara sukan. Mereka yang pergi travel disebabkan ada acara sukan, adalah mereka yang terdiri daripada peserta bagi acara sukan, ataupun penonton yang ingin menyaksikan acara sukan dilaksanakan.
 
Kalau dari segi point ini, mereka yang menjalankan bisnes tempat penginapan yang berdekatan dengan stadium atau lokasi acara sukan bakal dijalankan, akan menerima tempias yang positif.
 
Pada masa yang sama, anda juga perlu mempromosikan bisnes homestay anda dengan lebih agresif, supaya orang ramai boleh tahu kewujudan homestay anda sepanjang temasya sukan bakal berlangsung.
 
(16) Konsert dan persembahan Apabila ada artis kegemaran, sama ada dari dalam atau luar negara akan datang ke tempat tertentu untuk membuat persembahan atau konsert, peminat yang datang dari pelbagai daerah akan datang membanjiri kawasan tersebut.
 
Sebahagian dari mereka ini, akan perlukan tempat menginap, terutama sekali jika mereka datang dari tempat yang jauh.
 
(17) Atas tujuan perubatan Ada juga mereka yang travel atas tujuan perubatan.
 
Rawatan yang mereka perlukan mungkin tak terdapat ditempat asal mereka, ataupun kos rawatan yang ada terlalu mahal jika dilakukan ditempat asal mereka.
 
Perubatan ini juga ada perubatan moden dan juga perubatan alternatif.
 
Bagi mereka yang mungkin menderita sakit berkaitan dengan makhluk halus, mereka perlukan rawatan dari perawat yang mahir dengan rawatan cara islam.
 
Kebiasaannya perawat tak boleh pergi ke pesakit.
Maka pesakitlah yang perlu datang ke tempat rawatan.
 
Kesimpulan Bisnes homestay adalah salah satu contoh perniagaan yang mengalami perubahan demi perubahan.
 
Satu ketika dulu, bila bercakap mengenai bisnes homestay, ia adalah tentang merasai pengalaman menginap bersama dengan tuan rumah, dan dalam pada masa yang sama, ini merupakan suatu peluang untuk mempelajari dan melalui budaya dan cara hidup.
 
Kemudian, ia mula berubah kepada konsep menyewa sebuah rumah tanpa kehadiran pemilik rumah.
 
Pada hari ini, bisnes homestay bukan sekadar bisnes menyediakan perkhidmatan tempat untuk bermalam sahaja. Ia telah mula berubah kepada perniagaan memberi tempat penginapan dan
1. Pengalaman percutian
Tetamu ingin merasai suatu pengalaman yang unik, yang hanya boleh diperolehi jika dia menginap di suatu lokasi yang spesifik tersebut.
 
2. Perkhidmatan terbaik
Tetamu juga sangat demanding dan mereka mahukan servis yang terbaik, setara dengan yang mereka boleh perolehi dari hotel terkemuka.
 
Ini bermakna, jika anda masih lagi jalankan bisnes homestay ini dengan cara lama, maka anda akan lihat nanti kesannya dari segi sambutan terhadap tawaran perkhidmatan yang anda berikan.
 
Pemain baru, mungkin akan terus bermula dengan mindset yang berbeza dengan anda. Jika anda tak mengubah strategi anda, anda mungkin akan kehilangan pelanggan dimasa hadapan kelak.
 
 
 
The post Apa sebab orang pergi travel? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/sebab-orang-pergi-travel/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ikut Babah Pergi Kebun Lagi Bagus

Ikut Babah Pergi Kebun Lagi Bagus

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 246 hits
IKUT BABAH PERGI KEBUN LAGI BAGUS Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Assalammualaikum semua Hihi SUDAH MENJADI RUTIN SEKARANG Sambung aktiviti dan rutin zaman kanak kanak dan remaja 15 tahun tinggal Sekarang mula semula...
16 Tahun Menanti Cahaya Mata Bayi Kembar 4 Pergi Selamanya Selepas Sebulan Dilahirkan Undang Sebak Netizen

16 Tahun Menanti Cahaya Mata Bayi Kembar 4 Pergi Selamanya Selepas Sebulan Dilahirkan Undang Sebak Netizen

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 182 hits
Selepas 16 tahun menunggu kehadiran cahayamata seorang bapa Fadi Khaled Al Baba dan isterinya Wafaa Abdul Khaliq Al Sweirki telah dikurniakan anak kembar empat Bagaimanapun sebulan setengah kemudian pasangan suami isteri ini diuji hebat Apa...
Pandu 152km Pergi Balik Ke Sekolah Punca Isteri Alami Masalah Tulang Belakang Ajak Terkilan

Pandu 152km Pergi Balik Ke Sekolah Punca Isteri Alami Masalah Tulang Belakang Ajak Terkilan

papar berkaitan - pada 27/10/2023 - jumlah : 197 hits
Isteri kepada pelakon dan pelawak Ajak Shiro Afifah Amin dimasukkan ke hospital akibat masalah tulang belakang Pelawak dan penyampai radio Ajak akui terkilan apabila permohonan isterinya untuk berpindah ke sekolah yang lebih dekat telah dit...
Selepas 51 Tahun Skuad Munich 72 Jadi Sebutan Hanya Bila Ada Yang Pergi

Selepas 51 Tahun Skuad Munich 72 Jadi Sebutan Hanya Bila Ada Yang Pergi

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 144 hits
Kepulangan Harun Jusoh ke Rahmatullah pada usia 75 tahun Selasa minggu lalu bermakna seorang lagi bekas anggota skuad bola sepak kebangsaan ke Sukan Olimpik Munich 1972 meninggalkan kita Lebih dahulu ialah jurulatih Jalil Che Din Ali Bakar ...
The Sheep Sanctuary Tempat Menarik Di Cameron Highlands Wajib Pergi

The Sheep Sanctuary Tempat Menarik Di Cameron Highlands Wajib Pergi

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 309 hits
Menjerit ketakutan saya dan suami bila tiba tiba beberapa ekor biri biri datang menyerbu sebaik kami menjejakkan kaki ke dalam The Sheep Sanctuary Kenapa biri biri ni berani sangat Kami yang takut bila kena serbu macamtu Pengalaman pertama ...
Niseko Autumn Travel Guide

Niseko Autumn Travel Guide

papar berkaitan - pada 9/11/2023 - jumlah : 121 hits
Explore Niseko s Autumn delights flavors of local Hokkaido food autumnal scenery and luxury hotels READ
Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

Dr Malar Kongsi Tip Cantik Cuci Muka Dengan Air Mineral Bila Travel

papar berkaitan - pada 30/10/2023 - jumlah : 161 hits
terutama yang mengandungi kandungan siliki yang tinggi memang elok kita amalkan setiap hari Selain bagus diminum air mineral juga boleh digunakan untuk mencuci kulit wajah Jika diamalkan secara konsisten kulit wajah akan lebih sihat dan beb...
Viral Nestapa Jemaah Umrah Travel Zamzam Terlantar Di Tanah Suci Diberi Makanan Tak Layak

Viral Nestapa Jemaah Umrah Travel Zamzam Terlantar Di Tanah Suci Diberi Makanan Tak Layak

papar berkaitan - pada 1/11/2023 - jumlah : 237 hits
Selama di 2 hari 3 malam menunggu di Malaysia para jemaah umrah PT Zam Zam itu harus menginap di hotel kelas murah dengan nasi kotak seadanya
Travel Agents To Answer For Chinese Tourists Overstaying Says Saifuddin

Travel Agents To Answer For Chinese Tourists Overstaying Says Saifuddin

papar berkaitan - pada 2/11/2023 - jumlah : 152 hits
Malaysia receives 120 000 Chinese tourists every month KUALA LUMPUR Tourism agencies will be held to account for Chinese visitors under their supervision overstaying their visas says home minister Saifuddin Nasution Ismail Since Oct 15 we h...
Tourism Corridor In The Works To Boost Port Dickson S Growth

Com Domains Still The Gold Standard

Macam Dah Kembali Ke Zaman Bn

Nak Cuba Guna Guardian Facial Cotton

Keluaran Inovasi Realme Pad 2 Lite Pada Harga Rm899 Realme Buds T310 Pada Harga Rm199

Petronas Bandar Tiram

Will Sabah Graft Scandal Nudge Kingmaker Harapan To Pick Sides

Lirik Lagu Ahmad Aurora Salwa


echo '';
Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu


Huawei Matepad 12 X Portable Pc Level Bundle All Day Long Elevating Productivity

Selling Your Land Shouldn T Be Complicated A Guide To Stress Free Transactions

Pegawai Dirakam Tumbuk Pelancong Asing Jerit Sial Di Ntl

Warga Indonesia Dipenjara 7 Bulan Kes Curi 2 Tan Sawit Tinggal Lebih Masa

Kemenangan Che Gu Bard Di Port Dickson Boleh Dicabar Jumlah Kertas Undi Meragukan

Too Many Civil Servants Are Either Moonlighting Or Doing Some Side Businesses