Kemenangan Che Gu Bard Di Port Dickson Boleh Dicabar Jumlah Kertas Undi Meragukan



Kemenangan Che’gu Bard atau nama aslinya Badrul Hisham Shaharin dalam pemilihan Parti Bersatu Bahagian Port Dickson boleh dicabar apabila kertas undi dikeluarkan didakwa tidak setara jumlah perwakilan yang diumumkan sebelum proses pengundian bermula pada 2 November lalu.
(Suara TV) – Keputusan menang cuma dengan perbezaan tiga undi membuatkan kedudukan Che’gu Bard selaku Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson boleh dicabar.
Kemenangan Che’gu Bard atau nama aslinya Badrul Hisham Shaharin dalam pemilihan Parti Bersatu Bahagian Port Dickson boleh dicabar apabila kertas undi dikeluarkan didakwa tidak setara jumlah perwakilan yang diumumkan sebelum proses pengundian bermula pada 2 November lalu.
Memetik laporan Utusan malam tadi, perkara itu berlaku apabila terdapat 171 helai kertas undi dimasukkan ke dalam peti undi sedangkan perwakilan yang sah hadir membuat pemilihan seramai 165 orang.
Menerusi laporan oleh Ketua Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) peringkat Negeri Sembilan, Mohd Nazim Maaruf yang diterima akhbar itu menyatakan, walaupun tanda tangan kehadiran cukup 171, namun ia bertentangan dengan pengumuman dibuat oleh pengerusi tetap.
Bahkan katanya, kesilapan turut dikesan pada senarai kehadiran apabila terdapat tanda tangan perwakilan yang dibuat bukan pada namanya.
“Oleh demikian, saya memutuskan untuk tidak meneruskan pengiraan undi kerana jumlah kertas undi yang keluar tidak sama dengan jumlah perwakilan yang diumumkan sebelum proses pengundian bermula.
“Saya menyerahkan kembali kepada Pengerusi Tetap Persidangan bagi membuat keputusan. Keputusan terakhirnya ketika itu adalah untuk membatalkan persidangan tersebut,” katanya dalam laporan setebal empat muka surat yang dikemukakan dikemukakan kepada Pengerusi JPP Bersatu, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.
Sementara itu, laporan sama juga memaklumkan, ketika itu juga, Pengerusi Tetap Persidangan memohon untuk menggunakan kuasa yang termaktub di dalam Fasal 10 perlembagaan Parti Bersatu untuk menghalang perwakilan tersebut dari mengundi.
“Bagi memastikan tindakan tersebut, saya menghubungi Setiausaha Kerja Pusat iaitu Datuk Suhaimi untuk meminta penjelasan berkaitan tindakan yang mahu diambil Pengerusi Tetap Persidangan.
“Jawapan yang diterima adalah pengerusi tidak boleh menghalang perwakilan untuk mengundi kerana senarai akhir dari Pejabat Bersatu Pusat masih tertera nama mereka dan perkara tersebut di bawah bidang kuasa pihak Pengurusan Parti.
“Pengerusi akur dengan keputusan tersebut dan saya telah meneruskan proses pengundian selepas selesai taklimat,” tambahnya.
Dalam pemilihan Bersatu Port Dickson itu, Aktivis politik, Che’gu Bard memenangi jawatan Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson dengan perbezaan sebanyak tiga undi.
Beliau menewaskan pencabarnya, Ketua Bersatu Cawangan Linggi, Datuk Zamri Md Said dalam pertandingan satu lawan satu.
Dalam pada itu, Mohd Nazim dalam laporan sama turut menjelaskan, beliau diminta untuk meneruskan kiraan undi oleh pengerusi tetap, timbalannya dan setiausaha bahagian kononnya mahu menjaga nama baik parti dan Bersatu Bahagian Port Dickson.
Bagaimanapun, beliau mengingatkan mereka, keputusan tersebut boleh dicabar kerana terdapat keraguan jelas pada jumlah kertas undi, senarai kehadiran dan pengumuman kehadiran oleh pengerusi tetap.
Katanya, makluman tersebut dibuat menerusi laporan bertulis kepada pihak berkenaan.
“Saya bersetuju. Tetapi saya memaklumkan hasil kiraan itu boleh dicabar kerana tidak mematuhi peraturan serta tatacara pengundian yang ditetapkan oleh JPP Pusat iaitu terdapat perbezaan jumlah kertas undi yang keluar dengan jumlah kehadiran yang diumumkan oleh Pengerusi Tetap Persidangan sebelum agenda pengundian bermula.
“(Malah) Saya juga tidak membenarkan wakil calon untuk menandatangani borang K11 dan K12 bagi pengesahan kerana saya tahu hal tersebut menyalahi peraturan serta tatacara pengundian,” tegasnya.
Selain itu, turut dipertikaikan apabila JPP Negeri Sembilan memaklumkan terdapat tiga orang perwakilan yang dikesan ahli sah Parti Pejuang turut serta dalam pemilihan berkenaan.
Ketiga-tiga perwakilan berkenaan dilaporkan daripada Bersatu Cawangan Chuah di mana salah seorang daripadanya turut bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian.
The post Kemenangan Che’gu Bard di Port Dickson boleh dicabar, jumlah kertas undi meragukan appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/11/20/kemenangan-chegu-bard-di-port-dickson-boleh-dicabar-jumlah-kertas-undi-meragukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tourism Corridor In The Works To Boost Port Dickson S Growth

Tourism Corridor In The Works To Boost Port Dickson S Growth

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 251 hits
Economy minister Rafizi Ramli said Port Dickson s tourism sector also stood to benefit from the new West Coast Expressway PORT DICKSON The federal and Negeri Sembilan governments plan to develop a tourism and service corridor aimed at boost...
Pintu Terlarang Satu Filem Yang Ada Plot Twist Yang Buat Min Rasa Memang Tak Boleh Dipercayai

Pintu Terlarang Satu Filem Yang Ada Plot Twist Yang Buat Min Rasa Memang Tak Boleh Dipercayai

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 130 hits
Pintu Terlarang Satu movie yang dia punya plot twist buatkan min rasa mmg xboleh nak agak jadinya smpai habis kita sanggup tunggu smpai ending Tpi diingatkan movie ni bkn laa untuk tontonan ssantai bersama anak2 ade unsur penderaan 18sx arc...
Gula Gula Boleh Rawat Penyakit Adik Longlai Ini Respon Balas Kkm

Gula Gula Boleh Rawat Penyakit Adik Longlai Ini Respon Balas Kkm

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 71 hits
Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa produk gula gula ginseng dari Malaysia iaitu Kingu Ginseng Candy telah dikesan mengandungi racun berjadual tadalafil dan dijual di platform dalam talian Lazada KKM menyatakan bahawa Program Kes...
Am Pm Amir Masdi Album Yang Boleh Dilupakan

Am Pm Amir Masdi Album Yang Boleh Dilupakan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 64 hits
WALAUPUN saya pernah meletakkan album debut penyanyi Amir Masdi antara album penuh terbaik mewarnai 2023 saya tidak dapat menyembunyikan perasaan bahawa Amir Masdi bukan produk muzik yang akan bertahan lama sepanjang dia bermuzik Alasan mel...
Minyak Zaitun Boleh Menyebabkan Alahan

Minyak Zaitun Boleh Menyebabkan Alahan

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 72 hits
Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya mula mengambil minyak zaitun OLIVIE tetapi selepas dua bulan saya mula mengalami gatal gatal Saya cuba berhenti mengambilnya selama tiga hari dan gatal gatal tersebut hilang Bolehkah anda memberikan cadangan ...
Goyang Tangan Pun Boleh Buat Duit

Goyang Tangan Pun Boleh Buat Duit

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 76 hits
Biasanya kita dengar goyang kaki dapat duit kan Ya sekarang ni kalau goyang tangan pun boleh dapat duit Best kan Macam mana tu Dengan menulis Ala kita kan sejak tadika lagi dah belajar menulis Rugi la kalau kita tak kembangkan penulisan kit...
Tourism Corridor In The Works To Boost Port Dickson S Growth

Com Domains Still The Gold Standard

Macam Dah Kembali Ke Zaman Bn

Nak Cuba Guna Guardian Facial Cotton

Keluaran Inovasi Realme Pad 2 Lite Pada Harga Rm899 Realme Buds T310 Pada Harga Rm199

Petronas Bandar Tiram

Will Sabah Graft Scandal Nudge Kingmaker Harapan To Pick Sides

Lirik Lagu Ahmad Aurora Salwa


echo '';
Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu


Drama Dhia Kasyrani Lakonan Ben Amir Rita Nadira

Mesin Basuh Pun Perlukan Spa

Packaging Pouch Menjaga Kesegaran Dan Kualiti Makanan Dengan Sempurna

Silkscreen Printing Dari Idea Ke Realiti

Huawei Matepad 12 X Portable Pc Level Bundle All Day Long Elevating Productivity

Selling Your Land Shouldn T Be Complicated A Guide To Stress Free Transactions